Pages

Sunday, December 30, 2012

The other ajies's girl

Jarang citer pasal adira kan?
Dah besar dah dia..at 10months dah laju merangkak, dah nak panjat2 and... Dah tumbuh gigi!!
Sebab dia ni tak byk bunyik, dan mummy spent most of the time berbunyik kuasa tinggi kat kakaks dan abang, at times mcm 'lupa' pulak kat dia ni hehehe nasib gak ler dira jenis melekap kat mummy jek
Dira ni kan dulu kecit je so kita mmg dok ingat dia mcm baby jek.. Diam2 dia dah pandai itu ini...paling pandai - kentut pastu gelak sengeh2

Maybe sbb dok tgk kakak2 pegang buku, Dira pun selalunya akan capai buku dari mainan. Pastu gaduh dgn abg umar sebab apa Adira pegang is 'umar nye!!

Cepat je kan anak2 membesar..*sigh* mummy is soooo gonna miss these times raising u all up..
I always feel so guilty sbb when busy handling and managing lives, at times I ter forgot to sÉe them growing up..
May they don't grow up with memories of having angry mummy all the time!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, December 28, 2012

anak masuk sekolah

finally.. anak ai masuk darjah satu uolllss...!

muka eksaited perasaaan dah jadi budak besar dah ni sebab dah pegi sekolah kebangsaan hehe

mula2 sampai kena cari anak kita duduk kelas mana. mengagau nk cari mana satu kelas dia sebab budak nama aisyah punya la ramia..mcm2 aisyah ada!
Aisyah dpt kelas G..tp mcam biasa, kena wat ujian dulu, lepas tu baru tau kelas mana yg sepatutnya
masa anak2 wat test, ibubapa patutnya kena duduk dlm dewan dengar cikgu besar ceramah dan bagi taklimat pasai skim baru pendidikan - KSSR.
tp biasa la..ibu je lah yg duduk kan..abaknya dok luar, mana tahan panas kat dlm tu katanya.. lepas tu abak dia sibuk pegi tengok anak dia wat peksa :-p sambil2 tu derang gelak2kan gelagat budak2 darjah satu..mcm2 peel. ada sorng tu elok cikgu habis explain, dia dah angkat tangan "Cikgu! dah siap!' fuhh calon tererist tu!
ada yg terkial2 tak reti nk tulis, ada yg tak kenal huruf tp eksyen
Cikgu : ni apa..bola kan..haa tulis huruf B
Murid : (dgn konfidennye tulis L )
Cikgu : ye ke ni B? sapa ajar ni?
Murid : betul la cikgu..saya belajar sendiri ni!
*adoiii pingsan cikgu!!**

baru habis wat ujian..senyum je kan..siap angkat tangan tunjuk 'OK' kat mummy
hehehe kejap lagi tau la..hehe
kawan baru kat sebelah tu siap kasi dia hotdog lagi..suka2 je korang makan dlm kelas ehh..

eksyen ye dah siap peksa..

kebetulan masa dengar taklimat tu, aku borak2 dgn sorang akak ni, dia bgtau sekolah agama kat masjid tu pun orientasi hari ni, petang satgi. haa cantekkk sgt kan.. lepas habis semua terus zass ke masjid daftar sekolah agama kafa pula. nasib la sempoi je pendaftaran dia, isi borang, ptg ni puan dtg utk ujian ye..
dan disebabkan kat situ puna da tadika, maka kitorang pun terus daftar aliya sekali utk tadikat kat masjid juga..senang nk urus transport.

yg bes masa tu ada lelong baju sekolah - sepasang RM10!! apa lagi terus amik 2 pasang.. call kawan kot sapa2 nk beli tp takjawab haa nasib lah ye
balik rumah baru sorang ni bgtau dia nk gak 2psg.
so ptg tu nk pegi balik, tinggai kain je la..takpe lah atleast dapat lah selai RM5 kain hijau tu

sekolah agama pun kena ujian jugak..sama juga mak bapak kena dengar taklimat masa anak2 amik ujian.
abg ajies cuma drop kitorang sebab dia nk kena pegi pejabat pendaftaran.
si aisyah ni mana pandai sgt bca jawi, hurup jawi pun tak berapa nk lancar so apa lagi muka dah cebek sebab tak tau nk wat apa..cari2 mak pulak tak nampak..

elok habis terus aku pegi tgk dia..angkat tgn "thumbs up" konon nk bg semangat tp dia ingat mummy tanya dia boleh buat ke tak..terus geleng2 kepala nk nangess..hahaha
dalam hati dok tertanya susah sgt ke soklannye???
aku bgtau ustazah tolong tgk sat anak saya dah nak nanges dah tu..!
bila ustaz dtg tunjuk+ajar baru cerah sikit muka, siap angkat ibu jari kat mummy!

bila dah ramai budak2 habis and keluar dari dewan, mak mak baru berani masuk dok dekat anak2..masa tu baru dpt tgk.. boleh tahan la jugak, soalan mmg full in jawi, so budak mmg tak reti baca
kalau yg isi huruf jawai kat tempat kosong tu aisyah boleh agak la, tp bila suruh kaler dia mana tau hahaha
lg satu yg susak bila diberi perkataan dalam bahasa, murid kena tulis semula dlm jawi. Anak ai mana le reti tuli lagi hehethen kena suaikan perkataan (nombor dlm jawi) dgn bilangan dlm gambar) ni aisyah main garis je haha.. masa ni dia dah sibuk nak balik..mummy suruh betulkan pun dia memula taknak..bila mummy kata takpe mummy tunggu..betulkan dulu baru la nk padam dan buat balik..

nak kata excited tu, rasanya lebih kepada anxious sebenarnya
nak excited pebende pun, buka maknya yg masuk sekolah
yg pasti mak dia risau camna la dia nak balik sekolah karang, jumpa ke kereta dlm ramai2 org/kereta/van sekolah tu..
bab pelajaran tu aku tak risau sgt..itu kita boleh pantau dan ikut perkembangan
cuma
risau karang dia main tepi jln ke lintas jln ke..huhu minta dijauhkanlah..moga Allah selamatkan dia
mana dengan kena usung beg sekolah naik tangga tinggi nak ke tempat menunggu kenderaan balik sekolah (sebab sekolah dia bawah bukit)
risau camna la dia nk beratur beli makanan kat kentin..nk kira duit pon blom reti. dah la pemalu.. mmg kena siapkan bekal dari rumah ler rasanya..
mak dia sebenarnya tak berapa seronok bila anak2 kena duduk transit kat rumah pengasuh..mcm kesian je kat budak2 dok rumah org..tah la, buat masa ni itulah opsyen terbaik aku rasa. we'l see how nanti. insyaallah aku percaya Allah akan tunjukkan mana yg terbaik utk kami semua..
dan pengalaman tgk aisyah menggagau kat sekolah agama tu membuat aku jadi lagi lebih bersemangat nak hantar aliya ke tadika yg agama-based. mudah2 cepat dia boleh belajar bahasa arab+Quran..

Wednesday, December 26, 2012

Feshbook

BiLa berebut tab dgn anak, I will always say 'kejap laaa mummy nk wat keje ni!'
When I actually checking my fb feeds.
Kids do noticed, tell ya
One day I heard they playing rolepLay
Aisyah said to aliya : kejap ye along nk wat keja along ni..
Aliya: keje apa along??
Aisyah: haa tgk tu biru2 tu? Tu La along nk keje feshbuk ni!

Ok logout skrg jugak!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, December 24, 2012

Korban asmara

kdg2..
kita sibuk melayan  perasaan seakan kita sorg kena tnggung segala beban
sibuk tanya kenapa org tak amik tau pasai susah payah kita..kenapa tak rasa nk tolong kita
kenapa kita nk kena buat semua2 perkara..
sampai kita lupa dan tak nmpk Allah dah hantar pertolongan
kita tak perasan pengorbanan org lain utk kita

jadi saya perlu stop membebel pagi2
sebab masih ada org yg sanggup pegi kl semata2 utk hantar saya
pastu patah balik pegi keja
...demi saya..


saya patut lebih bersyukur
dan tidak memandang remeh perbuatan org pada saya
kerana selagi saya pandang remeh, mcm tu lah jugak pandangan mereka pada apa yg saya buat utk mereka..
hidup ini kan adil..

Tungguu!

saya ada byk benda nk tulis tetapi tak sanggup nk berblog sambil jln kaki..bahaya nanti kena ragut atau langgar tiang
dlm monorel jgn harap nk buka henfon sebab terlalu sibuk menyelamatkan diri dari geselan2 dan bergayut sakan..
dalam tren saya pening dan hilang imbangan cecair dlm telinga
so sabar lah yek

Thursday, December 13, 2012

Cabaran

Every day is a new race
And I compete with no one else but myself.

Today's new record :
Route 1 : 8min!! (Ok need to check my time properly tomorrow, most prolly salah timing)

Route 2 : 13min - down another 2 minutes!!
Yess.. Tahun depan boleh masuk RatRace hahaha
Tu belom pakai nike lagi tuh!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, December 07, 2012

Mak Dara-bif

Tiap hari aku lalu kedai beger darabif ni
Tp tak koser la nk singgah kan..pagi2 blom buka, ptg lak kalut nk balik rumah, lgpun takde la lapar sgt.
Mmg berkobar nak singgah dan makan berger disini. Last time makan adalah 2thn lepas kat damansara uptown. Outlet kat situ pun dah tutup.
Dan outlet kat wisma cosway ni adalah satu2nya outlet yg aku tau wujud kat kl ni.
Teringin sgt sbb pengalaman pertama merasa adalah sgt indah - beger patty yg sgt tebal, juicy dan enak. Kira kalau gigit tu semcm tenggelam gigi dlm daging tu. Dah la rasa daging yg mmg rasa daging segar dan suci..mmmmm..
Pastu dulu dia ada buat daging salai juai dlm peket kecik2 dlm bentuk strip. wahhh mmg bes la layan


Tapi..itu semua dah tiada..tinggai kenangan je lah.
Tadi lunch aku pegi dgn kawan ofis, punya la semangat promote ni tp kami keciwa..sedikit lah.
Daging dia dah nipis sikit, *sob sob*
Rasa pun kurangg sikitTtttt dari dulu
Tatau la kot kenangan menghantui diri lantas mengenakan benchmark yg lebih tinggi dari sepatutnya..
Tp roti dia mmg bes..lembut dan panas2 tu mmg layan la..dan fries dia pun rasa kentang fresh dari ladang! Mcm potong dan goreng sendiri kat rumah. Maybe better!
Overall aku rasa darabif masih burger yg aku prefer selepas burger tepi jln.. Dah la its the only fastfood yg jual berger kambing!
Korang cubalah sendiri dulu baru tau


Sent from my BlackBerry® wireless device.

kekanda adinda

kadang-kadang, eh selalu la jugak
bila mesej2 dgn abg ajies
akak panggil dia kanda, dan bahasakan diri sendiri adinda..
bajet mesra la konon..
.

tp selalunya nya dia balas tak lebih dari
..
.
.
hmm..
jadi lah tu
dari dua patah 'ok' jek

Wednesday, December 05, 2012

Pretty faces

Bila berasak-asak dalam kenderaan awam I got to see people at their closest.
Ketiak masam, mismatched outfit and henfon aside, I see that each and every one of us are indeed beautiful in our own way. When overall look may not be so pleasing to the eye but if one were to look closely, these people may have beautifully shaped nose, eyes etc..
So rejoice what we have..for Allah are the Ever Best Creator..No way He'll gonna create a crap nor ever he had an accident!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Ismail Menk Live in KL

jom serbu... free je tayah beli tiket mahai2 macam konsert JLo..

Lailatul Safar

Pagi tadi tersedar bila alarm munyik, mcm biasa snooze lah dulu Kan seround dua.. Sekali tgk dah 6.30 hang!! Apa lagi kelamkelibut lah kan, dah la kena pakai baju korperat tp aku tak iron siap2 semlm haa dabel padan muka kan..
Pedulik apa aku.. Dgn tangkas amik baju yg ready-to-wear, siap2 semua kejut abg ajies terus masuk kereta.
Terlintas gak apasal la hari ni gelap lak, biasanya pukul 7 tu dah terang benderang.. Rumah jiran pun senyap je.. Selalu pukul 7 pakcik depan tu dah balik hantar anak dia. Tp kereta dia 2 2 rosak semlM so maybe tak keje lah kot..

Di saat aku seTat kereta barulah segala misteri terjawab....
.
.
.
.
Jam kat kereta menunjukkan pukul 5.04!!


CisSs cissss cissssss!!!
Cissss!!

Sambil gelakkan diri sendiri aku pun naik atas tido balik la apa lagi..hahaha
I can feel that His Almighty also laughing at me
'Wa ma karu.. Wa ma karullah
Wallahu khairunMakirin..'
sodaqallahul'azim

Dan disebabkan itu hari ni abg ajies ofer nak hantar aku ke ofis ..hehe

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 04, 2012

Alam Damai

'SesungguhnyA apa yg kamu tidak suka itu mungkin lebih baik utk kamu'

So Jgnlah marah saya jika saya kentut di stesen.. Kerana Itu usaha saya unTuk memastikan keamanan dan kedamaian sejagat yg pastinya akan tercemar menyesakkan jiwa andai saya melakukannya didalam tren.. Sekian terima Kasih.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, November 29, 2012

Quality or Quantity?

Dato Sri Wahid Omar, when asked how he manage his work-life balance
'I'm gratefuL to have an understanding wife, always told her: its not the quantity but the quality of time I spent with her and family that counts!'

Hehe
But if u ask me,
Quality can always proportionate with quantity
What much quality u can get for less than 10min?
I wud rather spend 3hr just being in the same room with abg ajies even when we'r not in speaking term
Tambah pulak akhir2 zaman ni masa cukup la pantas berlalu kan? 3hr tu mcm 3 mint je..tgk2 dah nak magrib..rasa mcm baru je masuk zohor tadi.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Bila Hati Mahu Menangis..

“Wahai Rasululloh mengapa Anda menangis? Bukankah Anda telah melarang menangis?’


Baginda menjawab :
“Wahai Ibnu Auf, sesungguhnya tangisan itu adalah rahmat, dan barangsiapa tidak memiliki kasih sayang maka ia tidak mendapatkan kasih sayang”,

kemudian beliau melanjutkan sabdanya:
" Sesungguhnya mata bisa berlinang, hati juga bisa berduka namun kita hanya bisa mengucapkan yang diridhai Rabb kita."



~Mata bisa berlinang, hati juga bisa berduka, namun kita hanya bisa mengucapkan apa yang diredhai Rabb kita~

Tuesday, November 27, 2012

Alo makcik!

Semlm masa akak tgh sibuk jln nak ke stesen, ada budak 2 org tumpang tanya
'Makcik, mcmana mau pegi Sogo ah?'

Hah?? Makcik??
Nasib baik la nampak sgt kau bawah umur yg baru belajar nak mengular dgn kawan tuisyen.

Balik tu, cerita kat abg ajies..
Balasan yg aku dpt :
'Haa elok la tu..sedarlah diri sikit awak mmg dah makcik2 pun..'
Sambil sengih dlm hati.
Ye walau taknmpk di luaran aku tau dia gelakkan aku. Tp takberapa berani nk gelak depan2, kan bang kan?
Akhirnya, puas hati abg ajies
Now kitorg dah setarap
Dia tu dari tahun lepas lg budak2 remaja kat area rumah tu dok panggil dia 'pakcik'

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, November 26, 2012

Kuang - btg kali - bangi - nilai

Maybe tiba masa utk riki area2 perumahan yg dekat dgn komuter stesen/mrt. Seeloknya langkah keluar stesen je dah sampai baris rumah aku.
Senang nak commute to tempat kerja. Kalau xde org amik pun tayah risau dan tak perlu bayar tambang teksi yg mahal cekik poket aku.
Harap2 tempat kerja aku tahun2 akan dtg akan remain di tempat yg dicapai oleh segala jenis tren.

Amiinn..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Saturday, November 24, 2012

Potelgeist?

Few days ago..

Mummy..
Semlm kan Aisyah tido kan..pastu kan
Aisyah bangun kan..
Tengok2 ada org lukis ni!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Mengeteh

Tiap hari lalu sini.. Sg Gombak never fails to tempt me to spent some time watching it flow..
I wanted so..but to bad time is not my willing partner in crime, it'll never wait for me. Dah la now its getting faster and faster!
Tiap hari arusnya tak pernah sama, hari ni kaler the tarik.. Semlm mcm nescafe tarik.. Milo je belum penah ku nmpk..
Entah bila airnya akan semurni bak air tapisan penapis MLM yg kosnya beribu ringgit itu.
Hari ni alirannya nmpak tenang. Mungkin sedikit malas.
Tapi semlm lebih ceria, dgn pusaran2 kecil bagai kanak2 riang bergembira.
Di tgh2 kekalutan kotaraya ini betapa kehadirannya bagai melengkapkan. Walaupun sedikit ironik.

Kalau korang taknampak apa aku nmpk..takpe, bukan tanda korang ada masalah pun. Cuma, maybe sometimes we need to stop and see more, smell the flowers..enjoy the nature. Whatever pieces that we're left with..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, November 22, 2012

Ephyra : 1001

Its E.f.I.R.a ye..bukan elfira loy!

Dia ni supplement yakni makanan tambahan utk kesihatan. Sumber utama adalah kolagen (sourced from marine -deep sea fish) pastu ditambah la juga dgn lain2 sumber makanan yg dipercayai ada kebaikan utk badan mcm acai berri, acacia gum, superberry, marigold, tomato dan sedikit campuran buah2. boleh dapatkan lebih info kat website EPHYRA sendiri ya tuan-tuan dan puan puan.

Sebenarnya sebelum ni saya kurang sikit nk percaya benda2 supplement gini, sbb mostly marketing gimmick je.. (Blame it to incik aidid muaddid ye heheh) Lagipun kita taktau mcmana diorang proses.
Tpi antara faktor utama saya rekemen benda ni adalah sebab diorang ada sijil halal dan gmp. Lagipun kebetulan kawan saya kenal rapat dgn tokey dia. I met her once.. and I'm sure she's (yes its a woman product for woman kekdahnye ;-p) not the type yg sanggup kompromise untung at the user's cost- both pocketwise and health.


Kalau nak tau lebih lagi boleh gugel byk testimoni mereka2 yang dah lama amik. Mostly komen depa ephyra byk menbantu:
1. Kulit lebih cerah dan 'clear'. Dah tak kusam. Kalau yg byk bekas jerawat tu pun makin pudar. Ada yg seminggu je rasa kulit makin gebu.

2. Kualiti tidur meningkat, lebih lena dan segar bila bangun.

3. Rasa lebih bertenaga dan dah tak mandom sgt.

4. Elok juga untuk mengurangkan masalah eczema. Ada sorg pengguna yg eczema sedang try ni, katanya kurang sikit tp kita tgk lagi sebulan dua mcmana.

Semua org laki pompuan boleh amik, except:

1. utk yg elejik kepada seafud kena test dulu la kot gatai ke apa kan sbb bahan utama dia ikan

2. Ada masalah kesihatan mcm darah tinggi ke buah pinggang ke atau amik ubat2 apa ke..sila rujuk doktor dulu ya!
note: admin ephyra kata selamat sebab its 100% natural, but stil i insist tanya dr you dulu ya!

3. Org mengandung pun tanya doktot dulu ya, tp so far kalau kandungan ok takde masalah. Tp apa2pun pun lebih selamat tanya pakar dulu lah ye.

4. Ibu menyusu so far takde masalah..but no harm kalau nk dptkan second opinion

Sesiapa nak try ephyra ni boleh tinggal kontek no kat komen box. Rega RRP sekotak (30 sachet x 15g- stok utk sebulan) adalah RM228 tp tokey dia ckp kalau oder kat kitorang akan dpt best price hehe..
Lg satu, tokey jugak sedang merancang utk keluarkan trial pack sebab ramai taknak beli 30 pcs terus, tapi nak try test dulu kan..kalau nak tu kena tunggu sikit la sbb so far blom ada apa2 lg dari kilang.

Ok, selamat mencantikkan diri dalam dan luaran!


eh eh baru perasan.. ini entri yg ke 1001.
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, November 20, 2012

M for Malas

Pada suatu hari.. Hari biasa
Dan Aisyah mcm biasa dok tak diam melompat sini sana..

Larang sekali tak dengar..
Larang dua kali laagi buat2 tak dengar
Larang tiga kali pusing pun tidak..

Last2.. Mummy fedap, lantas bersuara:
"Hmm..ikut suka laaAh.. mcm ni malas lah mummy...!"

"Ha? Mummy ckp Malas??"
Oh dengar pulak ekau eh?

'Mummy malas eh?'
'Mummy ni meeeemanggg ibu yg pemalas!'

CHiiiiSsssSssss!!!!

Dan ciss! cissss lagi!

Nasib baik hg belum aqil baligh lagi wahai anakandaku

@ @
U

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, November 19, 2012

Save Palestine..

this is the least i can do..

Kepada semua, marilah kita pakat2 menyumbang..ada sikit bg sikit.. ada banyak bagi banyak..

1. Aqsa Syarif

Teruskan menyumbang ke dalam TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.


2. AMAN PALESTIN   sumbangan melalui sms.. semua ada henfon kan.. apa lah sgt kredit singgit tu kan.. taip PALESTIN rm10/5/3/1 dan hantar ke 39111   juga boleh bank in ke   AMAN PALESTIN BERHAD

Bank Islam 12029010047880

MayBank 562263010787

Bank Muamalat 12070005133717

amanpalestin@yahoo.com

amanpalestin.org



Wednesday, November 14, 2012

when the sunshines are all gone

miss them all.. sunyi sepi rumah..
sorg kat utara nun,
2 lagi kat klang..


Kau Siapa?

Ada org cerita ada org buat naya kat kaum pendatang yg dtg cari makan kat negara kita ni
org tu dah elok2 potong rumput bagai, org Malaysia yg konon berhemah dan berbudi bahasa sgt ni boleh buat tanak bayar sebab tadek permit la apa la..
ciss.. siries aku tumpang malu. marah pun ye jugak la
masa nak upah dia awat tak selidik betui2, kalau kau betui jujur dan ikhlas la kan..
ni mmg nampak sgt saje cari jln mudah nk dpt free labor cost.

kat area rumah aku pun ada sorg mamat india ni amik upah cuci kereta. yg jenis bawa tong air kayuh basikal satu taman tu. kitorang pun ada amik servis dia. seminggu rm40, cuci keta selang sehari gitu la.
kalau dia dtg tu abg ajies siap kasi rokok lagi. sampai kdg2 dia saje lalu ketuk pintu sebab nk minta rokok je pun! kalau mak ayah aku ada lagi la diorang siap layan dia borak la apa la..hehe
mak aku memangg suka buat baik kat org wat keja. sapa je dtg rumah nak repair ke apa ke dia siap hidang air la bg makan la..mcm2 la diorang borakkan. dia cerita hidup susah kat sini sewa bilik kecik ramai2 makan pun sikit je sebab bulan2 hantar duit kat keluarga dia dekat 2k..wahh mmg kayaraya la family dia kat india nun.. nak pulak adik dia nak kawen hari tu..

tapi ada juga time dia mai minta payment full tp cuci tak full..ha ni mmg kena sekeh la dgn abg ajies kau.. sengeh la mcmanapun kitorang bayar berapa x kau cuci je la kan..

satu hari lama tak nampak mamat tu.. hasil risikan abg ajies dpt tau dia kena pukul teruk dgn salah sorg kastemer dia.. puncanya keta bmw org tu tercalar, terus dia kena tuduh basuh kereta tak betul. kesian sgt teruk kena belasah tu..

but end up, rupanya2 anak org tu yg calarkan kereta bapak dia.. haa terdiam bapak dia
bila abg ajies tanya, mamat tu ckap takde pun nak minta maaf kat dia..hmm manusia.. ingat tukang cuci kereta tu tak setarap dgn kau? tak layak dpt ucapan 'maaf' sebab kau lgi hebat dari dia?

lagi kesian.. few days after mamat tu pegi jugak rumah tu sebab nk collect payment dia. aku tatau dia dpt ke tak..
kitorang pun dah amik servis dia sebab selalu takde rumah time dia dtg. kalau rasa malas nk cuci, dan dia lalu, bgtau je la.

pada aku, semua org manusia sama rata, takde tinggi rendah taraf kita, melainkan kalau diukur dari segi moral. itupun belum tentu, kot hari ni jahat giler tp esok dapat hidayah terus lebih baik dari kita.
takpayah la nk pandang hina kat org lain, just because depa tu tak cantik hensem mcm kau, tak keje bes mcm kau..sekurang2 mereka guna tulang 4 kerat cari rezeki sedangkan kita mungkin 'mencuri' dlm kerja kita sendiri..
unless mmg ternyata mereka tu buat niaya tipu ke apa mungkin boleh dipertimbangkan hehe

Friday, November 09, 2012

org bisnes kau pun nak jugak

bila dah bosan jadi org mati,

lepas tu depa jadi org bisnes. main jual2 pulak,


kakak2 jadi penjual, Umar jadi 'pembayar'

bila mummy ckp bukan pembayar..pembeli lah

they say 'aah Umar pembeli, Mummy pembayar!'   haaa... saja ler pun!! byk cantik muka kau!

Thursday, November 08, 2012

Talkin

Padah selalu suruh anak tgk Tanah Kubur,
Semlm diorang main org mati lak dahh..
Dan mangsa pelakon org matinya manjang la si Aliya.
They put her to sleep inside the box,pastu tutup. Konon dah tanam lah tu.

The best part:
'Umar, dia dah masuk kubur ni,
Jom kita mainnn!!'

Hahahaha!! Ingatkan nak baca talkin ke apa!!

After few round Aisyah dok insist aliya je kena tanam,
"Ala asyik Liya je kena mati!!! Panas tau!!'

Hahahaaha

Dah main benda lain lah anak2 ye..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, November 07, 2012

Hujan di kuala lumpur

Hari ni nampak elok je cuaca..
Tapi elokkk je kluar ofis angin dah tak berapa nak berbahasa dah..
Takpe, rilek. Kita kan macho.
Turun monorel dah stat rintik2..nasib baik akak macho ni dah sediakan payung sebelum hujan :-)
Tp lembab la jugak sikit2 tang kaki tu kan nak buat mcmana lagi kan, dengan payung di tangan kanan dan helmet di sebelah lg (yee.. Hari2 aku bawa helmet naik tren sebab leceh abg ajies nak bw balik, aku leceh takpe hehe) dah redah je la..
Berlari2 anak melintas ke sogo sambil mencerca pemandu yg langgaq lampu merah tatkala pejalan kaki mcm aku nak lintas. Walaupun dah berzaman takpi sogo Sebbaik teringat ada pintu utk exit belah cimbeng tu kan,selamat sikit akak takpayah berhujan.
Rupanya sekrg dah ada laluan direct berbumbung yg menyambungkan terus laluan pejalan kaki ke lrt+komuter. Cantekkkk.. Mmg selamat lah akak didalam hujan begini. cuma sedikit komen air bertakung dilaluan dan design bumbung yg membolehkan tempias hujan terkena pengguna.kalau lebat lagi mmg kena pakai payung gak ler. Selain itu mmg saya suka! Saya suka! Terima kasih lah kepada kerajaan yg perihatin kpd rakyat marhaen mcm saya.

Tau la musim2 nak mengundi ni kan..pesal la pulak berjangkit buat entri berbaur politik ni tah?!?

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, November 05, 2012

5.50 pm punch out
6.14 pm monorel stesen
Missed 1st tren - malas nk bergasak
6.19 pm board the tren
6... (2 stops after) got off
Walked to komuter
6.46pm board the komuter
ETA - 7pm

Total cost :
Fare = rm1.20 + rm1.70
Tiring but got to mingle wit people from all walks of live = priceless

Conclusion :
Savings: 1/2hr travelling time
Petrol
Parking

Tapi kalau hari2 lalu route yg sama..hmm bosan gak kot when things become predictable

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Spm

Oh dah musim Spm eh?

Bila teringat zaman aku amik spm dulu2 bes pulak.. Junior semua dah balik so sekolah,asrama dan dewan makan kamii yg punyaa!!
Ketaq nak exam tu mcm dah tak terasa sgt, sebab sejak bulan 7 manjang exam je. Pre-trial, official trial, trial tipu2, trial amali, test cikgu2.. Trial dgn kengkawan etc, Sampai dah tak heran nak peksa betul haha
Paling best, Toward the last weeks cikgu2 akan buat crash course: 3-4hrs speed revision. Pehhhhh terer sungguh cikgu2 aku..pelajaran 2 tahun depan kasi khatam 2 jam jek. Awatla awai2 cikgu tak wat camnii...masa ni lah baru cikgu kasi tip, spot questions semua. Kira kalau kau ponteng kelas setahun pun gerenti boleh pass punya.
Sebelum masuk dewan exam, memula aku+closest group akan baca doa, then klasmet mula join kitorang.. Then next class's students pun tumpang angkat tangan. At the end, the whole floor united and took time to tafakur!
Aktiviti malam2 lagi best..
Warden dah tak strict sgt time kritikat cam ni so we all have more freedom to study anywhere we want. But not the boys hostel la of course. Me and the geng selalu keluar amik angin lepak kat pdg after prep time. Dah la pakai jubah hitam kan, jln ramai3 pastu menyakat budak2 yg prep sorg2 hehe.. Ada sekali tu dgn pakgad sekali kena usik. Nasib tak kena cota!!
Siries masa tu mcm2 peel student keluar. Ada yg gila p main tenis mlm2 buta. Release tension la konon..
But myself, like I said takde la pressure sakan. Konfiden je boleh pass konon.. Cuma struggle sikit je la kalau nak merasa terbang berwarna-warni..
Its kind of sad tho, sebab it marks the end of our journey there..time to say goodbye to friends..makcik kentin, pakgad..cikgu2..
Till today, the experience there remains one of my best. I learned a lot from it.

I wish my kids can travel the same journey I had..

Good luck to all SPMer.. Just remember, spm may not be the reason why you failed this world, but to some degree, it can be your very much needed certificate in your life.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Saving Aliya

Semua dah siap2 nak keluar,
Aliya over excited sebab boleh rasmi baju baru hadiah besday dari maklong paklong.
Aisyah excited jugak sebab boleh tumpang join Aliya pakai gaun
Sampai depan pintu, mummy tengok Aliya dah siap pakAi tudung. Tapi tudung lama aisyah yg dah pendek dan pesen span tebal kat awning dia. Dah serupa pelakon cilik sinetron indon dah..

'Liya..awat pakai tudung tu.. Tayah pakai lah!'
'Ala mummy.. Liya kan nak tutup aorat!!'

Ok..
.
.
.
Mummy pun tertunduk malu....

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, November 02, 2012

Picking up

Ok sambung hat semlm.
After about an hour waited, the tren arrives.
Tried my best to squeeze in. And yeehaa I made it.
Once inside, its not so cramped afterall. Biasa la org malesia ni kalau naik bas ka ketapi ka mesti nak konker tepi pintu tu.
But not to blame them entirely..maybe their stop is just next, so why susah payah masuk dlm kan? I'd do that..hehe

And I found myself thanking the govt for the effort of having the ladies only coach. Its so much relief in there. At least, we ladies smells better even after a hard day's work! And ladies are relatively smaller in size so I don't need to gasp for air.
Despite the minor hiccup, everything ends well. And I found myself liking the public transportation much better!

Ok next I will share with you today's experience pulak ye ;-p

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, November 01, 2012

Stress Test!

Hari ni abg ajies started his latest adventure, somewhere not close to KL. So I'm left on my own. Since I'm attending a course at sheraton, he did sent me tho..but I had to go back myself. So I decided to take the train home.
Soon after the course wrApped up, solat siap2 sebab dah agak dah I won't be home until magrib. Then I took the long forgotten journey - passing the doraisamy, dang wangi polis station, wisma campbell, sogo.. Stopping only at traffic lights while retracing back some old memories.
Only to arrive at the ktm station fully packed to the max. Saw people patah balik, and overheard some re-arranging the plan.. Oh no.. This cud not be happening
I was told ktm is having track problem whic only one track left available, and that will cause delay. A 'normal, routine' delays of komuter is already making you sick, what more for a 'major breakdown' like this??!!!
Cudnt get abg ajies, so I brace myself to buy the ticket jugak..crossing my finger nonetheless..
Then I went down, squeezing my way in the swamp of, well, literally all-sweating people.
Not long, the tren arrived. But of course it's a full housed to the max!!
Tried to squeeze in hard, but had to gave in since the sardines were simply unmoved!
I dunno how long I had to wait for another train. So in the meantime, busying myself with this entry.
Will fill u up with the ending later ya!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, October 30, 2012

Aliya is 4 today

today marked another milestone for this cheeky lady

Happy 4th Birthday Aliya

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah kamu datang..
dengan Nama Nya juga Mommy sentiasa bekalkan kamu..

Semoga Allah sentiasa memberkati setiap pekerjaanmu
Semoga Allah kurniakan rambut yg cantik buatmu
Semoga Allah luaskan rumahmu, dan banyakkan rezekimu
Semoga kamu sentiasa dalam lindungan rahmatNya

Ya Allah,
Jadikan Aliya anak (dan wanita) yg Solehah seperti Fatimah bt Muhammad
kurniakan Aliya aqal dan ilmu yg tinggi sepertimana Kau kurniakan kepada Ali bin Abi Talib
tinggikan akhlaknya sebagaimana Kau tinggikan akhlak Rasul2 Mu Ya Allah
Sihatkan tubuh badannya, penglihatannya dan pendengarannya
Fasihkan lidahnya, dan Lunakkan suaranya untuk membaca Al-Quran (serta faham isinya)
Jadikan ALiya (dan seluruh keturunannya) seorang yg tetap mengerjakan solatnya
Peliharalah dia dari pandangan mata/niat jahat manusia dan seluruh makhlukMu
..Amiinn Aminn Ya Robbal Alamin..


Aliya,
Mommy loves you the way you are
im sorry..sometimes i forgot that you'r barely 4!!
you had so much more in front of you
do not be afraid to venture out of the ordinary
just be careful ya..

*thank you maklong and pakteh for the pic hehe

the YOung Gun

*intro lagu young riders di balik tabir


sapa amik pistol saya cepat ngaku?!!

Sunday, October 28, 2012

Education does not have to be expensive
Look around you
There's always a teaching tool within reach.
Like my case, why waste a calendar note book - its have just nicely sized box for kid to write in it, with the date as reference. Great for teaching the numbers and the sequence, or just to introduce random number, whicever u prefer it.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, October 26, 2012

Ben 10

Siapa nama?
Muhammad..
'mmmadd..!"

..Uumarrr...
"mmat!"

Qayyum..
'Yyomm!'


Bin?
Ajies...?

(Geleng kepala..)
Butan!

Eh? Ye la
Abis tu bin apa?

Ten!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, October 24, 2012

Ejen M

the name is M..
Malas..

dah masuk 8 bulan ni aku mengaku dah mula malas nak pam susu Adyra
ditambah dengan kekangan kerja di opfis..selalu cuma dpt pam lepas zohor
(okayyy..ok aku tau itu ekskius..big ekskiuss pffff)

selalunya pam pukul 2+ tu dpt la 6oz
pastu sampai rumah sebelum amik derang balik aku pam lagi seround
Adyra pulak tak minum byk, 8oz pun tak abis!
dia ni ada angin sikit, pg2 kdg2 dia dah minum direct kul 6 tu, pastu kat sekolah tak minum pun sampai tghari terus lunch ajek

baru ni pulak dah sesema berkahak bagai sampai kena neb.. sian la kecik2 dah kena amik gas
nangis meraung2 sampai serak sora. makcik tu pulak mmg kalau dia taknak pulun nangis sampai nk keluar tekak.

bila anak tak sihat gitu, mmg rasa nak kena tambahkan production
sebab taknak kasi susu lembu, kot2 elejik ke apa ke

juga perlu makan dgn lebih sihat
dan stop amik those 3-in 1 oldtown hazelnut ..huhuhuhu
*iskk iskk..*

so M, please go away..
come back another day

Tuesday, October 23, 2012

WonderGirls

CAKkk!!

Abg Ajies's all four..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, October 21, 2012

Saat saat indah

Budak 'Umar ni org dah cakap takleh tutup tin tu sebab pensel kaler panjang..Dia nakkkkk juga tutup sampai meraung2
Rasa nak tempeleng je 2 3 das

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, October 19, 2012

Lirik Suka Hati

Kayu hapi basahh
Kayu hapi basahhh
Mcmana kamu tak basahhh
Tanya sama pokokkk
Nanti pokok cepuk kamuuu
Rasa sayang yeyy
Hey Rasa sayanggg. Rasa sayang yeyy
Lihat jauh rasa sayang heyy
Buah cempedak diluaaar pagar
Tolong ambil tolong jolokkan
Saya lah budak baru belajar
Lihat jauh rasa sayang ehh
Ayahh dan ibuu..
Ayah dan ibUuu...
Ibu dan bapa sila nikmati
Penat memasak malam ke pagii
.
..
..




Suka hati hang la Aliyaaaa.. asal bahagia


Sent from my BlackBerry® wireless device.

heinz yg halal ditonton


antara karekter utama dlm katun fineas and ferb ni adalah si villain dr heinz doofenshmirtz (watever the spelling is, i still cant spell it correctly walaupun tiap episod mesti akan tunjuk gambar wisma doofenshimrtzz itu)

tapi dia ni takde la jahat sgt..jahat2 manja je gitu
sebab dia ni saintis, jadi dia hanya semata2 nk cuba rekaan terbaru dia je
walaupun si Perry platipus tu adalah ejen rahsia yg ditugaskan untuk menggagalkan setiap misi dr heinz ni, sebenarnya he ha a soft spot for perry. setiap kali kalau dia ada evil plan, dia mesti tunggu perry dtg dulu baru jalan.
ada satu episod tu yg fineas+ferb and the geng jumpa time machine dan pergi ke masa hadapan, ada scene dr heinz dan perry dah tua giler dok main chess sama2, lepas tu bergaduh dan dr heinz "lari' pakai tongkat sambil di'kejar' oleh perry. dah macam slow-mo pulak.
walaupun jahat, dia sebenarnya adalah insan berhati mulia dgn anak pompuan dia yg 'howtt' itu dan juga dgn ex-wife dia.

aku teringat kat dia ni sebab semlm aku nampak sorg staf kat sini, eh ada iras2 dr heinz la pulak.
lebih kurang je pun gayanya..
hmm..bakal?

Obviously obvious

Antara perkara yg aku tak berapa berkenan adalah apabila orang suka menyuluh di dalam terang..(Baca: stating the obvious)
Untuk apa? Lainlah kalau menyuluh bawah sofa. Ok kat situ mmg gelap walaupun seluruh bilik disinari cahaya.
Kdg2 saja nak bercakap juga sebab nk tunjuk kau masih ada authoriti?
Ke rasa org lain tak cerdik tak leh fikir mcm kau?
Org mcm ni mmg kita akan jumpa. Kalau dulu kat sekolah kita tak nmpk sgt bulunya tp bila dah keja kat opis mula lah muncul dlm hidup kita. Kat perumahan, hatta sedara mara pun akan ada sorg dua.. Yg tukang wat kecoh arah itu ini time ada majlis. Depa ni hari tu lah nk tunjuk pandai atur itu ini padahal org lain dah berbulan mensyuarat nk susunatur.
Adik aku dulu tetiba penah kena sound dgn sorg sedara kitorang yg baru je Tunjuk muka hari kenduri kakak aku, arah dia buat itu ini..bengkekk je diaa, terus ban abang tu dari salasilah keluarga haha

Myself, kalau terpaksa kena hadap golongan ini aku wat muka blur je..
Ye, aah.. hangguk sikit..
dah jom blahh...!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, October 18, 2012

Piala

bila hujan mlm2 dah astro takdak siaran, bagus juga sebab boleh spend quality time bersama sekeluarga.
abg ajies spray ubat nyamuk kat depan so ramai2 pakat menyempit dalam bilik belakang yg juga merangkap bilik persalinan keluarga.
jadi aktiviti paling sesuai adalah tidak lain tak bukan adalah acara melipat baju masing2.
tak kisahlah bila si kecil lipat baju senget2, kurang2 diorang belajar take charge.
abak mcm biasa la, tolong jaga Adyra yg dah makin melasak skrg ni. tu cara2 belum boleh merangkak lagi tu, baru dok belajar push badan ke depan. kalau letak kat lantai pusing sekejap tgk dah sampai bawah katil dah..

mula2 Aisyah taknak tolong, tapi bila Aliya wat statement wajib dia
"Liya tolong mummy lipat kain, Liya kat anak yg baik kan mummy kan??'

terusss cargas je kaklong sama tolong..

taknak kalah, kaklong pun wat dialog
'Abak, Aisyah lipat kain ni Allah nampak kan? Nanti Allah bagi piala kat along kan abak kan?'

ye la...piala pun piala la..
derang ni mmg sampai ke sudah dok konfius pahala dgn piala
ada sekali tu bila Aisyah baca dlm majalah ada gambar piala, dia terus tanya,
Mummy, ni ke piala yg Allah bagi kat kita tu?

alohhh camna nk jawab tu?

Wednesday, October 17, 2012

Pesan ibu sepanjang zaman

Dari kecik mak saya pesan:

1. susah2 kita makan ke tak, ada ke takde..dok rumah dendiam. makan/pakai apa yg ada..

Maknanya - tak perlu jaja sekampung kesusahan atau kesempitan hidup kita.
Mak pesan sgt2 kat kami sebab rumah tok sebelah je, agaknya mak risau kot kitorang kena intebiu dgn tok/tokwan/makcik2. Segan agaknya.
Dan sekrg bila dah ada rumahtangga sendiri saya mulai faham. Dan saya pun pesan benda yg sama kat anak2. Tau je lah anak2 saya yg bijak ini juga sgt jujur dlm bercerita. Aisyah penah ckp kat cikgu tadika kat rumah dia takde beras! Hehe mmg la takde sebab masa tu saya jarang masak di rumah.
Apapun, The best is to pray to Allah, Dia lah sebaik-baik pemberi rezeki

2. Biar tak baru tapi bersih + tak selekeh.

Mak mg pantang kami pakai baju koyak/berlubang. Mak akan jahit selagi boleh pakai. Tapi seingat saya, miskin2 kami Alhamdulillah tak pernah lah sampai pakai baju bertampal. Takat berlubang sikit2 tu adalah mak jahitkan.kdg2 dia sengaja taknak jahit sebab dia tak suka saya pakai baju tu..
Tiap kali raya koman2 mesti ada kurung sepasang. Mak jahit sendiri.
Saya sendiri jadi pelik bila tgk budak2 sekampung pakai baju koyak2 berlubang, like mcmana la korang boleh pakai baju camtu??
And now dah jadi mak (again) baru paham hehe
Budak2 ni kdg2 sukasuki je ambik baju pakai.depa bukan kesah baju lusuh dah nak wat kain buruk ka, janji dia suka. Jenuh la nak sembunyi dari diorang. Anak saya lak mmg jenis perisik tegar mmg habis la kotak2 baju lama yg kita dah kemas kena bongkar. Bila mak saya dtg pulak habis dia basuh semua,
"Laa mak mana tau, tgk mcm elok je lagi ingat budak2 ni pakai lagi.."


Itulah mak saya dan pesan hikmatnya

Sent from my BlackBerry® wireless device.
Semalam terdengar anak2 bergaduh. Perkara biasa dlm hidup beranak pinak.
Along Aisyah seperti selalu akan dictate dan menggunakan kuasa kakak.
Dan Aliya juga mcm biasa akan 'bertarung' sepenuh hati. Sama saja mcm mummy dgn maklong kecik2 dulu.

Terdengar Aliya mengejek
'Tak takott!! Liya takut Allah!!!'

Cukup utk membuat mummy dan abak bertentang mata. Senyum sedikit terukir di hujung bibir.
Adakah ini hasil didikan ibubapa? Alangkah cantiknya kalau 'takut' hanya kepada Yang Esa itu kekal sampai bila2 dan bukan setakat alasan nak menang bergaduh.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, October 16, 2012

Apek minang

dalam dok redho jadi bahan ujikaji kakak2 atau model sambilan bila kaklong nk belajar 'set' rambut atau main mekap2, "Umar masih tegap mencirikan boyish featuresnya sebagai jatidiri lelaki sejati haha

dia ni kalau main bola je manjang tangkap bola pastu jatuhkan diri ala-ala goalie..

so khairul fahmie.. (ehem)..anda ada 10tahun je lagi sebelum hero malaya baru ni naik eh.
masa tu 'apek' look mungkin dah tak berapa nak in, MMS (minang+mami+siam) will be the new sage.. true blood gitu..hahaha

err.. ada sapa2 nk sponsor kasut tak? :-p

Monday, October 15, 2012

Anak awak berapa A?

baru ni aisyah bawa balik kertas peksa
BM - okay
English - okay
Matik matik --
uh uh.. tgk markah 88% je?
ok tahan diri utk tanya soalan berbaur negative dulu
walaupun mulut ringannn je nak tanya 'awat banyak salah ni??'
dgn budak ni kita ibu bapa kena saikologi sikit
ibu bapa kena positif dulu
jadi perlu fokus kepada yg dia buat betul dulu sebelum semak (ye semak, dan bincang. bukan interrogate)
sabar..sabar..
Aisyah pun sibuk buka kertas peksa dan citer apa dia kena buat
so puji lah dulu kan
"oh okayy..haa betul ni, pandai aisyah!"
bila sampai tang salah tu, selo2 tanya 'ermm ni macamana boleh salah ni?'
alahaii .. salah benda simple2 je pun..
aisyah ni mmg kalau buat kerja dia nak cepat, kalut sikit. pastu takleh ada gangguan sikit dia dah lupa apa dia pikir tadi.
sebenarnya aku sedang cuba tanak tekankan sgt pencapaian akademik yg terlampau.
bukan lah tanak atau tak kisah anak nk corot dlm kelas, tp kitorang taknak push anak2 MESTI dpt A semua2..if they can, its bonus for them. bagi kitorang apa yg penting mesti dia paham dulu konsep kehidupan and the survival of realities.
tapi mak diorang ni, somehow taknak la anak2 menten top three terakhir dlm kelas kan..kurang2 pun takdela koman sgt.
apa2pun yg penting, walaupun depa tak top 5, as long as depan faham apa yg depa belajar dan dpt aplikasikan dalam kehidupan is good enough. afterall, aku nak derang jadi 'insan'. bukan wiki berjalan.
if u recall in my previous entry i did tell u about few people i met, they encourage me to fully encourage anak2 to be more than all-star students at school. there;s so much more in kids that we need to nurture.
let them enjoy beings kids now, while they'r kids. but at the same times need to teach them the value of life.
.
.
.
ya itu tidak mudah sebenarnya.
untuk mak bapak nak balancekan semua tu.. dah mak bapak pun tak balance2 lagi hahah

lihat keliling pun, ramai org2 yg berjaya bukan semua star student pun masa sekolah. ada yg tak pass universiti pun.
but takde la aku nk ajar anak tak payah pass belajar kan. belajar is VERY IMPORTANT. menuntut ilmu kan wajib. belajar sampai betul2 faham tu lebih penting dari pass with A. kdg2 dpt A tapi konsep pun tak paham, sebab dok menghafal jek lebih..
biar faham sampai boleh olah teori sendiri, boleh relate dgn semua2 aspek. itu baru betul2 A!
lgi satu, sekeping ijazah bukan jaminan boleh senang2 dapat kerja. so biarlah belajar dengan niat nk tuntut ilmu, bukan nk kerja semata2. kalau dpt kerja, itu rezeki Allah. kalau tak dapat, there's actually rezeki kau di tempat lain.
and most often, at work, kita akan jumpa mereka2 yg kemain berbintang2 berdekan2 masa belajar tapi bila kerja..adoiyaiii sakit kepala nak deal dengan mereka. ada yg sijil biasa2 tapi cara bekerja mmg worth a respect. at the end, itu lah kita nak kan?

pengalaman sendiri semasa budak2, aku tak perlu byk, sebab kehidupan keluarga masa tu dah cukup bg motivasi untuk menjayakan diri sendiri. kecik2 dah faham there's no other way to help my parents than to study hard at that time. syukur Allah sentiasa melindungi dan menolong, i did well, at least.
looking back, im amazed gak, at such young age dah boleh fikir gitu hehe. but again, i know why, its just part of Allah's grand plan. there's reason why he put me there and here and now...
so for my kids, im yet to 'implant' any motivational factors for them. still looking for their specialities to nurture. apa2pun, i believe Allah has already worked His finger. we just need to figure it out.

Friday, October 12, 2012

Family Quality time


KARTUN PUJAAN SEISI KELUARGA SEKARANG INI


pastikan anada menonton dalam bahasa melayu. lebih terserlah kelakarnya.
p/s: watak kesukaan mummy adalah Gunther. cool!

Di tempat kedua adalah:

yg ni kena tengok versi bahasa penjajah

Thursday, October 11, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Insaf

Mengikut kawan ke jusco untuk membeli tako pada suatu tengahari
Sempat menjeling baju baru kat ladies dept.. Hati terus teringin
Kalbu sempat berbisik ke serebelum - alah tak sampai rm50, sgt comel dan cutting memenuhi SIRIM 100%..tak salah kan?
Hati mula tidak menentu.. JCard day pun dah dekat ni, hati memujuk lagi.

Tapi teringat kisah Rasulullah, Fatimah dan sahabat2
Fatimah cuma ada 2 helai baju. Lusuh. Takde manik2 atau ropol2. Jauh sekali batu swarowski..


Saidina Umar yg kaya raya..bajunya bertampal ada kot 14 tempat..

Baju aku masih penuh almari..
Jgn kata berlubang..tertarik benang sikit dah taknak pakai..

Astaghfirullah..
Takpa la, tak mati pun kalau takde baju baru...
Hati, belajarlah tinggalkan dunia..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sendiri


piture courtesy of aramblingmuse.blogspot.com

sebenarnya bila kita rasa totally alone dan takde sapa2
adalah kerana Allah mahu kita berdua dgnNya sahaja
supaya kita mengadu dan mengharap pada Dia semata..

dan Dia tak akan sekali2 membiarkan kita keseorangan
sebab Dia sayanggg sgt kat kita.

kita spesyel kan?
it only take the special one to be the chosen ones

Monday, October 08, 2012

Buah cempedak kat mana eh?

Aliya yg memang suka menyanyi tak kira masa
sampai overqualified untuk dicalonkan sebagai artis cilik terhebat blokbuster

'buah cempedak di tepi.. err..

mummy.. buah cempedak di tepi apa eh?

'tepi pagar.."
(mami pun salah lirik hahaha)

'buah cepmpedak di tepi padar..' abaikan lirik yg pelat
'amil galah tolong.. tolong amilkann..'

mummy yg nampak opportunity dengan pantas menyahut
'saya budak suka hingaq hingaq..
ambil rotan rotan-rotankan...!'

'Oohh.. dulu cikgu mummy ajar camtu eh?'
dengan ekspresi muka yg naive dan suci


dan abak mcm biasa ambil peranan pak pacak tukang gelak terkekeh2 di tepian.

Friday, October 05, 2012

Durian jatuh ke riba

Rejeki org bercuti tapi lupa dia oder penkek durian telah selepuk jatuh ke riba org yg dtg opis hari ini.
Hehe (takleh gelak evil sgt kat org mengandung)

Marilah nikmati keindahan durian penkek
Rm2.50 sebijik
Bau durian sgt semerbak hummmm....

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Harta untuk anak2

walaupun pada asasnya saya kurang setuju anak2 kecil disuap dgn gajet2 segala mcm di zaman ini,
saya akur juga akhirnya.
terpaksa merelakan juga, sebab need to reward her atas kejayaan berpuasa sebanyak 29 hari di bulan puasa lalu..
bukan saya yg janji, bukan bapak dia juga.
kami tak janji nk beli apa2.. cuma ckp there'l be something
saya nak bagi benda lain.. atau mungkin tak bagi apa2..
bukan kedekut, tapi saya rasa saya perlu ajar anak untuk tidak mengharap balasan dunia.
puasa itu kan wajib pun, kan?
tetapi anak2 tetap anak2.. sukar bagi seorang ibu hendak meyakinkan anaknya bahawa pahala puasa itu amat besar ganjarannya..sebab tak dpt nk tunjuk. ibu sendiri tak pernah dan tak akan tahu apakah puasa ibu dan puasa siapa2 yang Allah terima dan apa pula ganjarannya nanti..

dan oleh kerana ayahmu juga seorang penggemar gajet (read: pemain dan penghadap game obsessive)
maka selayaknya lah ayahmu sgt2 melobi ibu untuk belikan anak2nya tab komputer sorang sebijik.

dan kerana kamu anak2 yg masih belum aqil baligh ibu tahu sgt pasti kamu akan berebut sesama sendiri
jadi mari kita beli tab local saje. takpayah nk beripad2 ke galaksi ke apa..
murah dan selamat utk belanjawan keluarga.
beli 2 untuk 3 org kanak2 ribena yg sedang meningkat umur. supaya  mereka belajar bersabar, berkongsi kasih, menghormati giliran org lain, dan juga belajar menghormati pilihan ibu dan menerima kenyataan hidup ini penuh rintangan.. tu diaaaaaa.. pelajaran yg mungkin tiada di bilik darjah sekolah kamu anakku..hahaha

ternyata tak salah pilihan ibu bijak ini,
2 minggu saja, skrin tab aisyah pecah.
mungkin tertekan. masih boleh guna cuma touch skrin terlebih sensitif.
abah segera hantar repair. kos tukar cermin RM150.
kalau apple? habis la kena cukur bulu kaki abak kau...
it takes about 2 weeks to settle.
in the meantime, aisyah dpt crash course on Cause and Effect serta minor in kepentingan menjaga harta keluarga.

itu baru seperkara.

pada pengamatan ibu ortodoks ini,
takde la byk sgt pekdah pun untuk anak2 kecil.
setakat boleh la tumpang cerita dgn kawan2 derang pun ada juga menda tekan2 main game tu.
ye, budak2 boleh menjadi sgt competitif dan kekurangan bahan untuk mempertahankan diri boleh menjadi punca rasa rendah diri.
ok we stil need to work it the other way. ibu akan sentiasa mengajar anak2 untuk melihat dunia dari angkasa..bukan di dalam kotak.
anak2 leka main game, boleh berebut2 bergaduh adik beradik. tiada team work macam main doktor McStuffin atau main cikgu2
mata anak2 kecil akan cepat rosak kerana dok la hadap menda tu.. dan budak2 mesti nak kena tengok dekat2 baru puas ati.
dan saya perasan gerakan mata aisyah semakin sensitif (dia  mmg ada masalah otot mata)
si umar pula kalau main game habis semua org tensyen, sebab dia punya la emo..asal tak dpt je nanges..eeiiiii!!
Aliya walaupun garang, akan tetap relahati mengajak Umar berkongsi dengannya, walaupun at the end umar akan konker kat dia sorang dan Aliya dtg mengadu tak dpt main..
mmg byk aplikasi berunsur pendidikan yg kita boleh upload, tp budak2 ni pasti lebih berminat nak main game manjang... jenuh ibu nk paksa baca Iqra'. takat A B C keluar suara ngan gambaq tu tak dipandangnye Umar..balik2 Enji Bird..enji bird... siap eksyen lak tu bila dpt bintang.

apapun, ibu percaya ini pengalaman yg sihat untuk kamu anak2, dan juga kepada ibu.
ibu rasa tenang dan bersyukur kerana anak2 masih boleh terima had limit yg ditetapkan, dan tahu menggembirakan diri sendiri dengan permainan alam nyata.
apa benda pun, selagi tak berlebih2 its okay.

Friday, September 28, 2012

free style

sebenarnya saya sedang mencari kabinet siap bersinki untuk dapur untukmenggantikan sinki yg sedia ada.
pernah jumpa di kedai perabot di kedah nunn..tapi di area2 selangor ini belum lagi.
selama ni pun dok melilau dia kawasam sg buloh je pun hehe
 rupa dia macam kabinet dapur biasa freestanding yg kita beli kat kedai perabot tu..
cumanya top dia ada sinki.

lebih kurang camni lah



tapi ni pesen mahal lah..

saya nak yg biasa2 je..

agak2 kedai perabot hashim tu ada jual tak eh?
kat vseng jaya takde pulakk..

Thursday, September 27, 2012

Kena Mandrem?

antara benda yang sgt menstress kan saya di alam fana ini adalah..

1. katalog Ikea

2. menjejak kaki ke kedai 'gula2' perempuan dewasa ini..


mencik sgt sebab konfem tak dapat percayakan diri sendiri yg semulajadi rendah jati diri bila di omongkan dengan benda2 comel yg cantik.
tak semena2 terus terasa saya sgt perlukan semua benda yang dijual..

aarghhhh STreSSSSS!!!


Wednesday, September 26, 2012

Mak, mak.. pegi kedai beli baju warna a..pa..?!





Sapa penah main anak patung ni cepat jerit 'Yaa..oh yeeyy!!'
dah..dah.. ombak2 takpayah laa

zaman aku kecik2 sampai tak berapa kecik dulu mmg sukeee sgt main menda alah ni
beli kat kedai apek depan masjid masa pi sekolah agama, berapa sen ke sekeping
tp anak patung dia takde lah rope anak mat saleh mcm kat atas tu.. tu aku gugel jek
selalunya rupe anak dara jepun je
yg bes dia ada byk baju2, siap ada topi la henbeg la kasut la
boleh la buat berangan masa main dgn kawan2 kat sekolah.
nanti lama2 bila anak patung ngn baju2 tu dah lunyai, kitorang akan pakat2 tekap balik anak patung tu kat manila kad. masa tu sailor moon dan anak2 dara jepun yg lain tgh femes jadinya patung kitorang pun akan bermata bulat sebesar alam siap ada efek 'berkaca' lagi. konon habih comel la
pastu kalau boring dgn baju2 dia, kitorang akan design baju sendiri.. ikut shape 'baju' lama, sebab anak patung ni unik, kalau tgn dia melenggang ke tepi ke tgh lambai2 ke haa sampai kesudah la dia jadi camtu so penggayaan baju pun kena sepesen ja
pastu kitorang design la baju apa nak, baju gaun ke, baju ofis ke baju seket la seluar kembang la semua ado..siap buat swimming suit lagi!
yg best tu sorang kawan aku ni mmg pandai design baju. cantik2 baju anak patung dia. dan berebut la semua pakat2 nk tempah rekaan dia. tapi sekarang jadi designer baju artis, dah kawen dgn artis pun kau Ruby eh..hehe
tp sekarang ni aku kesian dgn anak2 aku.. main  tukar2 baju anak patung pun dlm alam maya jek.. tekan2 dah siap.. mana thrill!

pikir2 balik baguih jugak main mcm org dulu2..walaupun mak aku tak berapa berkenan.
dan semua anak patung tu ko kena cross kat leher sebab takut besok2 kat akhirat dia dtg minta nyawa dgn kau sebab korang yg 'create' dia huhu..buleh?

benda2 ni mmg menjana minda sebab kau betul2 'involve'
boleh pegang dan sentuh <-- dan="dan" deria="deria" itu="itu" kan="kan" ke="ke" menggerakkan="menggerakkan" otak.="otak." sambung="sambung" terus="terus">nak lukih2 dan kaler baju semua tu membina kreativiti kanak2
mcm aku, at age 9 aku dah poyo design baju sendiri..hahaha. makteh aku tukang jahit, so baju2 aku byk dia yg jahit. aku pun membesar di kalangan tukang jahit semi-pro so selalu la tgk org dtg nk upah makteh jahit baju. nanti makteh akan lukih2 gambaq baju dlm buku hikmat dia. majalah2 wanita,  jelita semua2 bersepah buat rujukan contoh baju kurung pesen apa ko nak..
mak nah pun ada gak belajar jahit baju. masa kekecik baju raya mmg tayah beli la, beli kain je mak jahit kan. bila dah besar sikit mula la demand nk pesen selit sini la ropol2 sini la

apapun, itu semua tak menjamin kehidupan setelah dewasa
tak bermakna aku sekarang dah jadi profesional designer.
aku masih hanya setakat tukang design baju anak patung.
baju sendiri pun ala kadar je, mmg dah semulajadi jenis tak pedulik apa rupa sendiri
sokmo kena sound dengan polis fesyen di opis ni hehe
aahh janji 'presentable' dan aku tak pakai baju oren+kain ijau+tudung pink sudahhh..
btw, its kinda 'fashionable' wahat to wear such color block kan..
afterall, fashion is an art.. so everyone is free to manifest their own.
rejoice!

Tuesday, September 25, 2012

KOTA BUKU - KL Car book Sale

yehaaaa!!

ok saya mmg ketinggalan keretapi
saya baru tau rupanya ada car book sale ataupun nama melayunya jualan buku di but kereta
boleh lihat di link ini

Details:

Dates: Every 2 weeks (Sunday),
Time: 8.30am-1.30pm
Venue : Perkarangan KL Library (dekat Dataran Merdeka)

ya..lebih baik pergi mengusyar buku daripada berkhemah di dataran
atau pun boleh jugak berkhemah sambil baca buku..


ok gambar semua di blog orang so malas nk amik kredit hehe
sila gugel sendiri ya.

Friday, September 21, 2012

kenapa lah kau comel sgt!

geram sgt tengok kapkek comel mcm niiii!!!


tak tahu nak makan ke nak usap2


lagi sebulan besday Aliya pulak

perlu siapkan diri untuk belajar buat kek sendiri sampai jadi.

hehe ada hati nak berangan buat kek camtu..
buat puding roti pun menggagau..

Jemputan

Seronok sayu sebak semua ada bila tengok berduyun2 manusia pegi haji..
aku ni bila tah agaknya

tapi segera sedar diri..
panggilan yg lima tu pun sayup2 je aku jawab
..
imejin,
kita ada kawan
bila kita call takdenye dia nk jawab
kalau jawab pun nak cepat2 'bye' aje
poke kat fb pun tak penah
agak2 nak jemput ke 'kawan' cam tu dtg rumah??

.
.
.
.

Wednesday, September 19, 2012

'i love you' power

mendidik anak bukan  mudah..
ada masa kita rasa nak marah..
kdg2 mungkin perlu ckp dgn tangan bila dah berbuih mulut potpet2 tak jalan jugak (eh?)
tapi lepas tu ibubapa akan rasa bersalah.. like why la we have to face this..
kalau tak marah kang.. tatau apa korang nak jadi esok2

tapi saat paling syahdu adalah apabila anak2 pandang muka kita dgn mata berkaca
dan kata
'mummy.. i love you..'

aduhaiii....
never mind walaupun mummy tau kdg2 korang saje ckp sebab nak selamatkan diri je
mummy pun sayangggg kamu sgt2!!!!

Friday, September 14, 2012

La ila haillah..Muhammadan Rasulullah

BIG FFFFFFFFFF to sam (im)Becile!!!

u non-muslim will never understand why us muslims loves our prophet so much..
even tho most of us never meet him personally, the 'connection' are very strong

we dislike any attempt to mock Rasulullahh..EVER!

even if u put the brain of 40 einstein to make an Oscar movie

makcik ubi

i first read about makcik ubi kat blog budak ini..
and we were 'thinking' really hard then.
i think his is original.

and only now its been spreading like H1N1 in fb
and not many people really know who is the real writer


i just dont like to see people 'sharing' things like this blindly
atleast.. know your source.

Wednesday, September 12, 2012

tile yillekkk

dah 2 minggu beli ni
tapi tak sempat test drive lagi
wiken memanjang sebuk berkendurikendara di rumah sanak saudara
pastu pakat demam seluruh keluarga
sampai mak mentua akhirnya dtg menjengah baru padan muka
hahaha

kurang2 pantun saya lebih menarik dari calon mastercef musim dua

Tuesday, September 11, 2012

Legoland


Semalam Abg Ajies dgn takjubnya ckp kat aku..
eh yang...Legoland ni kat JB lah!!

Kanda...
where have you been??

i not a real fan of Lego myself
cuma aku amaze la jugak bila rajinnya lahai mereka2 dok menyusun sampai jadi mcm2 tu
akak dulu tak main lego, mahai
so akak main 'kabada' je
kabada tu ala2 lego gak le ada tempat nak pasang2 cantum but not as extensive as lego la
jadi lah kan, at least i got to try my creativity to build (or rather 'tiru' gambar diberi)
only ujung2 tu baru tau rupanya ada instruction sheet, siap step by step lagi!
my dad hid it, dia suruh akak wat sendiri
but he followed it, tu pasal la dia punya dinosor cantik je!!

kalau tanya akak nk pegi ke tak..
hmmm tgk la tahun depan.. atau tahun tahun tahun depan..

Wednesday, September 05, 2012

Saya budak baru belajar

Tgh tunggu turn jumpa doktor kat klinik
Aisyah yang boring dan baru lepas kena sound soh duduk dendiam, cuba membaca benda2 kat dinding klinik
'Mummy.. Apa ni?'
'Bacalah..mummy nak dengar' kata si ibu tanpa memandang kerana sibuk meng check-in

'Alaa..tak pandaii..'
'Ishh mummy kata apa..taknak ckp tak pandai tau!'
'Ye la..pandai..'
'Mummy..mummy pandai tak? cuba mummy baca ni?'

erkkk..
sekali dai tulis arabb daaaa...!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, September 03, 2012

insyaallah...

alangkah bertuahnya menjadi manusia seperti late Ustaz Asri..
perginya meninggalkan nama besar
jasad sudah tiada tapi suara masih kedengaran
berkumandang mengalunkan azan dan zikir..
masyaallah hebat..

besarnya anugerah Allah padanya
subhanallah..

kita yg masih hidup ini bagaimana?
nak sebut alhamdulillah sekali sehari pun berat lidah?

Wednesday, August 29, 2012

Abg Cik dah besauuu

Umar is 2..


stil remember this budak tecik yg baru kluaq dari balang..

in no time dah jadi budak bolats yg suka senyum

and now..

dah jadi abg chik yg kuat menyakat semua org!!

now mmg tak berani lepas dia sorang kat supermarket
menonong je jln sorg2 tak tau takot!
mummy yg luruh jantung baru kelip mata tgk dia dah takde depan mata
instead of adik Dira, abg cik yg kena ikat dok lam stroler..padan muka!

Ya 'Umar..
moga kamu dirahmati selama lamanya
murah rezeki dan panjang umurmu supaya kamu dpt berbakti kepada Rabbmu dan orang-orang kamu
Ya 'Alim, Ya Hakim.. moga dikurniakan aqal yg bijaksana dan banyak ilmumu
Tinggi akhlak secantik rupamu
jadilah pemimpin yg terbaik utk dirimu..dan pimpinanmu..
taati.. dan jagalah ibu bapamu esok2 bila kami memerlukanmu
amiin...

Friday, August 24, 2012

Dok diAm2 sudahh..

Bila ada anak kecik mak pak mmg kena banyak berkorban.
1.Tak boleh suka2 lepak kedai mamak mlm2
2.Kena tutup tv dan 'tido' pukul 9..kalau tak anak2 pun tak tido sampai ke sudah
3. Tv pun dah takleh tgk citer lain..balik2 disney channel ja ulang tiga ratus kali pun dokkk nak tgk jugak..bapak pun sama nAik hari2 nak kena tgk spanbob! Agaknya kalau tak tgk tumbuh gatai2 satu badan kot
4.Apa2 pun anak2 didulukan -yUran sekolah/taska,pensel kaler, baju raya kasut raya, baju tak raya,kasut tak raya..makpak pakai je apa yg ada
5. Mak kejap2 pam susu buat bekal anak tatkala mak pi keja..ingat syiok ka sgt?? sakit wehhh
6.Bapak pun dah takleh senanglenang pi memancing..kejap2 mak call tanya bila nak balik. Tu pasai bapak sukaAaa sgt bila balik rumah tok, sebab mak takleh nk ckp byk sgt :-p!!
7.Mak pak dah takleh nak kluar jimba2 (konon nak de-stress) dgn rakan taulan..habih terer pun kena usung semua sekali, wic is more stressing,thus defeating the purpose. Nak ajak kwn2 dtg rumah pun koman2 kena amik masa 2minggu nak 'detox' rumah dulu hahaha
8.Mak dah tak de nak tepek2 mekap ke apa..asal beli je mak blom rasmi, anak2 dara tu yg sebok nak menepek sama.. buang duit je beli
9. Mak pak terpaksa hold dulu plan nak sambung blajaq ke apa sbb nak fokus kat anak2 dulu. Atleast mak sedar diri dia mmg tak boleh bawa semua ni skrg..
10. Apa2 acara official je tak official ke kena cut short to accomodate anak2..
11. Nak gi jln pasar mlm ka supermarket ka hanya kalau betul2 perlu shaje. One word - s.e.r.I.k

Lantak la apa org nak kata, dah mmg MY reality is this. Kami ni xdak bibik,takkan nak tinggal anak lama2 dgn parents,dah la depa pun dok jauh,xberapa sihat, plus ada komitment lain gak kan. Anak2 pulak bukan tamagochi boleh main tekan2 ja. Ni betul2 punya 'baby alive' siap lari berkejaran mmg tak menang tgn punya
Takpa la kita berkorban sikit sekarang..bukan apa sgt pun, the time spent with them are much much much more rewarding kan? Priceless.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, August 17, 2012

Lagu Raya

Aliya dah start nyanyi lagu raya

Bunga Rayaaaa...!
Bunga rayaa!
Selamat Hari Raya!!

Jalan raya..!
Jalan raya..!
Selamat Hari Raya...!!!

Liya, hantu raya takde?

the race is coming to the end..

sedar2 ramadha tinggal lagi 2 hari je lagi..
hmm.. kira2 berapa sgt la hasil tahun ni agaknya ye..
kalau nk harap solat puasa ngaji semata mmg kurang la
cuma last hope minta2 Allah consider la akak jaga anak dan bangun mlm takat bagi susu anak sekali dua tu ye..amiiinn....

dalam kemeriahan org keliling nk sambut raya.. sedih lebih  menerpa
betapa akulah org yg rugi itu
Demi Masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

peluang yg dtg di sia-siakan
masa ada..dok la bertangguh
bila dah takde baru mengelupur..
kalau lah.. tolong lah panjangkan masa kami..
Ramadhan pasti dtg setiap tahun
yg tak pastinya -> kita akan bertemu kah lagi?




Monday, August 13, 2012

Pink toing toing

Ahaahaa..
Who needs shizens when u can opt for this at only RM7.90? Capnya adalah Sophie, beli kat budak ofis. Sophie ni ala2 caelygirl la sikit, cuma dia jual brg luar je. Dalam2 punya takde ye.
Mmg la shizens semestinya yg top, boleh pakai kat lips (my overly dry lips bertukar menjadi mungil dalam sekelip mata- suka! Suka!) Tp memandangkan AKU nakpakai pun tah berapa kala je pun setahun..kita beli yg bawah seploh ringgit je la ye adik2.
Kasi akak torai dulu ya..nanti kite review kat sini.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, August 12, 2012

Adyra @6th month

Adyra dah 6bln..kejapp je kan.
Dah berisi dah pun. Peha dah boleh wat Kfc. Nak pulak dah setat solid. Cumanya dia tak berapa reti mkn pakai sudu, habis bersembur. Tu yg cikgu taska kasi bubur pakai botol je tuh! Nak wat camna..bulak2 posa ni mummy pasrah je lah. Selo2 mummy train kat rumah eh lagi sebulan 2 pandai la tu.
Budak Adyra ni perasan dia dah besar. Now mana nak dok baring je..Sokmo nk berdiri..lenguh la dik..mummy pun nak wat keja lain gak.. Kalau nak sgt main dgn kakak+abang cepat2 belajar jalan eh. Boleh buli abg Umar balik. Asyik abg je buli Dira mana aci kan

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, August 10, 2012

Doa surah Al-Waqiah

salam Jumaat semua..

rasanya ramai dah tau Surah AlWaqiah ni antara amalan untuk menambah rezeki dan mencegah kefakiran. dulu ada org bgtau, ada doa lepas baca surah ni tp lepas tu saya tukar tempat kerja dan doa tu terkubur dalam inbox lama.. too bad.

hari ni saya nak bagi doa selepas membaca Surah Al-Waqiah. dah lama saya cari tiba2 Allah temukan hari ini..Alhamdulillah. harap bole hafal segera. marilah kita sama2 ya..

Erti doa surah al-waqiah

“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”


another version lagi senang nak baca: