Pages

Thursday, October 18, 2012

Piala

bila hujan mlm2 dah astro takdak siaran, bagus juga sebab boleh spend quality time bersama sekeluarga.
abg ajies spray ubat nyamuk kat depan so ramai2 pakat menyempit dalam bilik belakang yg juga merangkap bilik persalinan keluarga.
jadi aktiviti paling sesuai adalah tidak lain tak bukan adalah acara melipat baju masing2.
tak kisahlah bila si kecil lipat baju senget2, kurang2 diorang belajar take charge.
abak mcm biasa la, tolong jaga Adyra yg dah makin melasak skrg ni. tu cara2 belum boleh merangkak lagi tu, baru dok belajar push badan ke depan. kalau letak kat lantai pusing sekejap tgk dah sampai bawah katil dah..

mula2 Aisyah taknak tolong, tapi bila Aliya wat statement wajib dia
"Liya tolong mummy lipat kain, Liya kat anak yg baik kan mummy kan??'

terusss cargas je kaklong sama tolong..

taknak kalah, kaklong pun wat dialog
'Abak, Aisyah lipat kain ni Allah nampak kan? Nanti Allah bagi piala kat along kan abak kan?'

ye la...piala pun piala la..
derang ni mmg sampai ke sudah dok konfius pahala dgn piala
ada sekali tu bila Aisyah baca dlm majalah ada gambar piala, dia terus tanya,
Mummy, ni ke piala yg Allah bagi kat kita tu?

alohhh camna nk jawab tu?

No comments: