Pages

Wednesday, December 28, 2011

Commercial break

Cruising down the supermarket aisle, Aliya happily sang 'harummmnyaaa carrie junior!!' Oblivious to the crowd around her.
When I stopped at the freezer and tossed the mini cornetto into the trolley, Aliya dengan girangnya mengeluarkan statement
'Mummyy memanggg Bijakkk!!'

Ye.. Bijak..bijak..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 27, 2011

anak mami

anak-anak kecil mmg masih suci
jadi mereka hanya akan berkata yg benar sahaja
tiada yg tidak benar melainkan benar belaka..


dah 2 hari Aisyah mengulang benda ni..

sedapnyaa mami  masak..
sungguh cantik si rama-rama..

(dia nak pantun sebenarnya. tapi terbalik pembayang terdatang kemudian.)

kemana tumpahnya kuah sup kalau tak ke pinggan aisyah..

Monday, December 26, 2011

selama hidup, aku banyak belajar dari pengalaman org lain. tak kira real punya atau setakat dalam pilem.

contohnya
1. bila Fahri diuji sampai kena masuk penjara (Ayat-ayat Cinta),


Apa salah saya sama Allahu
Ingatlah lagi siapa dirimu
apa yang kau lakukan selama ini
tidakkah kau sombong fahri
kau merasa paling benar
kau merasa paling suci
bahkan dihadapan istrimu sendiri
kredit to :http://thelandaboveus.blogspot.com/2010_08_01_archive.html


dan semasa dalam penjara itu baru dia sedar kenapa. kerana dia dalam tak sedar, ada sedikit rasa tak redho dgn isteri dia yg kaya raya dan bagi dia macam2. kira sikit2 ada la kufur nikmat  gak kot? sebab apa2 pun kan rezeki tu datang dari Allah juga.. tp last2 isterinya si Aisyah juga yg susah payah nak selamatkan dia, siap berkorban bagi kawin lagi satu.
but at the end.. after all the hardships.. dia bahagia. dpt 2 bini sekali tuh!
and Aisyah, terus jadi isteri tunggal bila si no 2 tu passed away..

2. Citer drama Jiwa Lara

aku selalu ingat scene masa Jiwa aka Dato' Bachtiar Mursyid ke apa ejaan nya tu ckp kat Lara (kot) bila depa jumpa balik. tak ingat skrip penuh but its something like after all these years going through all the hardships, he begin to understand why God has put him in this path..

3. Tun M, in his book lamented that he actually wanted to do law degree at first place but offered medicine instead. he has no choice but to accept it. but later, when he became the PM, he now realized how much his medical practice and knowledge helped him to produce a successful remedy to his rakyat..


kita sering diuji dengan sesuatu yang kita tak suka
tapi kita tak tau sebenarnya ujian itu adalah peluang dan kelebihan yg Tuhan turunkan kepada kita untuk menjadi yg lebih baik di masa hadapan.
kita manusia mmg tidak sabar, semua nak sekarang
tapi Allah itu Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk kita ada semua apa yg kita nak sangat tu.

Wallahualam


Saturday, December 24, 2011

super junior mastechef malaysia

penangan masterchef malaysia


sebab taknak kasi kanak2 bawah umur ni menyebok kat dapor, mummy kasi lampu hijau untuk main  masak2 kat ruang depan. takpelah berkorban sikit mengemas kejap lagi asalkan takde yg terpercik minyak ke cili padi kat mata ke..
mentang2 mummy kasi je, teruss meluru amik segala periuk belanga mummy eh!! licin segala kat kat dapor tu derang angkut ke depan!
opss.. not that bekas kaca ye chef!

dan selepas lengkapkan 'kelengkapan' aku terdengar skrip seperti ini
'Alongg.. cepat masak!
Kita ada sepuloh minit saje ni!'

Along : ye syef.. saya masak nasi goreng sos cili
           saya letak cili ye syef..
          haa syef, sekarang saya nak letak sotong..!

macam penah ku dengar kan..? ni imelda junior ke muahahahaa

Friday, December 23, 2011

Ada vs tiada


yupp its soooo very true..

2011 has been very challenging to us. especially towards the end
the ride was getting bumpy and bumpier and heavier
we'r having hard time looking for places and things to hold ourselves

but, out of that
i thought its fun to have a bumpy ride once a while
boleh goyang2 badan and enjoy a 'different' kind of ride
surprisingly, nobody complaining
the kids are having fun too
they'r laughing and jumping
and i found myself holding on tighter to my other half ..
and he too..did the same to me.
each day, we look at each other and smile reassuringly.
words are no longer necessary.
we feel loved. and its growing more and more with each bump
and that's all we need most.

ketidak-adaan ini banyak menyedarkan
membuka mata dan lebih menghargai apa yg aku ada
Hasbiallahiwaknikmal wakeel...
Cukuplah bagiku Tuhanku..

hope you found yours too..!


Thursday, December 22, 2011

berapa kali nk cakap.. tayah la percaya bulat2 apa yg korang baca
tak kira la kat blog ke, fb ka tweeter ka
hatta kat sokkabar sekali pun. both harakah and utusan sama ja.. apa2 selidik dulu
selidik tu makna nya mencari kebenaran di tempat yg betul, bukan setakat korang 'bincang2' kat fb pastu buat konklusi sendiri.

contohnya benda ni//

sapa boleh konfem betul ke org 'dalam' lhdn yg tulis tu?
kalau betul ke dia org lhdn pun, betul ke dia betul2 'terlibat' dlm projek ni
kalau betul dia terlibat, mmg aku sedih la ada pegawai yg berfikiran pendek macam ni
sebab projek ni high-level, dan yg terlibat semua high-profile
dan sebab masa awal2 tu, perkara ini dikira sebagai 'classified', bukan semua orang dapat akses kepada maklumat yg terlibat. org masuk  meeting je yg tau citer.
dan selalunya.. yg kedengaran cuma angin2 je.. especially yg ter pass ke bawah
pastu sukasuki la nak assume kan..

please la... org macam ni semua benda nk buruk sangka
bila kerajaan bagi duit kata macam-macam
kalau tak bagi lagi la kuat mengata kan?
dah org nak bagi tu, amik je la.. rezeki
dah nama pun bantuan sekali ni je kan, mana boleh lhdn nk tuntut cukai dari korang kalau gaji korang tak cukup haul?
nama je keja lhdn.. takkan tu pun tak boleh paham? ntah ye ke tak org lhdn ni..
ke kau sakit ati sebab kau tak layak??

lagi satu, dah kerajaan kata SEMUA org yg gaji isirumah bawah $3000 layak dan akan diberi bantuan, sapa pulak pandai2 cakap org gaji bawah $1500 tak boleh terima? mandai22 je..
dulu isu $1500 tu asalnya cadangan utk org bujang, tapi lepas tu komiti dah decide org bujang with certain criteria je yg dikira layak. so isu gaji $1500 tak timbul sebab final say is pendapatan isi rumah $3000 dikiran layak.
sama la mak aku pun dok ingat benda ni macam org terpilih je akan dapat, tapi diorang isi je lah borang tu. itu yg aku dok bagitau dia, ini bukan cabutan bertuah la mak.. semua org yg layak akan dapat laa..

tapi cara mcmana lhdn nk bayar tu aku tak sure la, cabel dah putus hujung2 tu hehe
sebab asal2nya nak bank-in terus, tp aku tengok final borang tu takde pulak ruangan no akaun bank. takpe.. kita tunggu je nanti.

kalau tak sure, atau nak tau lebih lanjut tekan je nombor hotline BR1M tu, kan senang cakap direct dgn org yg betul2 terlibat. bukan org yg dok 'dalam' tapi taktau apa2..

Blues di pagi kamis

Dengar lagu poie pokan blues gang pagi2 ni buat aku terasa nak p PD pulak ;-p
Mmg laut dia tak best nak mandi tapi angin pantai teluk kemang, tg tuan dan pasar malam hari sabtu semua tu menyimpan banyak kenangan
*kedengaran lagu ombak rindu kat background
.
.
.
.

Ok dah dah off mode jiwang!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 20, 2011

puding roti sempoi

semlm ada org minta resepi puding roti kat aku
hahaha
ok sila lah gelak guling22...
ada kaa.. dlm byk2 org, AKUU????
aku penah la buat.. sempoi, cincai2 ja
sebab ada roti lebih +sayang nk buang+ nk test oven + nak test baking tin cenonet yg baru beli
lagi pun puding roti ni kira antara resepi menda2 yg konfem jadi lah kiranya - keras boleh makan, lembek2 pun boleh balun gak haha
pastu suka2 hati nk taruk apa dlm tu, sebab aku je pun yg nak makan. i'l put everything i like - mix fruit, badam (ni mesti.. sebab nanti lepas bakar tu kan dia akan crunchy2 gitu and nmpak mcm terer je puding aku haha), cekelat chip, cekelat nasi.. whatever i had..

tapi hari ni takdenya aku nk kasi resepi aku
sebab everytime nk buat aku pon akan gugel untuk ingat balik semua step.. :-p

here i'l like to share resepi org lain. aku cilok kat cik Iza bersepatu pink iteww. dia pun cilok kat joyofbaking hehe
so enjoy lah ye the puding roti bercekelat cip bersama badam ini

Monday, December 19, 2011

Dulu, kawan saya penah cerita bapak dia selalu tersasul panggil nama dia. Dia anak bongsu dgn 2 org kakaks. Yang sulung Haswati, no 2 Haswani dan dia Haslinda. So bila bapak dia nak panggil 3 3 anak dara dia
'Watii!'
'Wanii!
'WaLindaaa..!'

Dan saya sekarang sudah berjangkit dgn Pak Hashim itu. Bila panggil anak2 saya akan jerit
'Nur Aisyahh!'
'Nur Aliyaaa..!'
'Nur Umaaarr..!'


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Newfound tranquilizer

Sekarang aku dah jumpa ubat penenang jiwa yg baru.
Di saat jiwa kacau mengenangkan rumah bersepah trik terkini adalah menggugel rumah2 untuk dijual. Kebarangkalian utk jumpa rumah yg lebih 'teruk' dari rumah aku adalah agak tinggi.
Dan selepas itu aku menarik nafas lega dan boleh memujuk diri sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Saturday, December 17, 2011

Orang dewasa

I had a fight with aisyah just now. She took out the market trolley from store and left it lying in the hallway.
I threatened not to make her milk until she put it back.
Being persistent as she is, she replied
'Kalau kanak2 yang keluarkan, orang dewasa la kemas!!'

Amboiii.. byk cantik kau kanak2?!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Takottt

2 3 hari lepas abg ajies pandai pulak pi tunjuk video hantu kat henfon dia kat mem kecik 2 orang tu.
video tu tunjuk (aku tak tgk, aku agak je berdasarkan penceritaan semula Aisyah yg penuh emosi) ada hantu dok kacau sorang mamat tengah solat.
beria budak2 tu cerita kat mummy gitu gini..

semlm aku suruh aisyah solat magrib
selamba dia jawab
'tanak aah.. nanti hantu tu dtg kacau Aisyah!'

adoiii, penat aku ajar kena solat sebab Allah
and now tak pasai2 dia dah takut dgn hantu jin segala!
ok maybe that's just an excuse, sebab now mmg dia ada sudah pandai ada mood malas nk solat

haa itulah padahnya ngajar yg bukan2 kat budak kecik
kalau nak tunjuk apa pun, kita org dewasa ni kena la standby kat tepi untuk explain, bagi pengajaran moral ka, nilai2 murni..
bukan takat syiok2 tunjuk ja.
kan dah celaru minda anak aku

bab didik akidah mmg payah. nk didik diri sendiri pun tak berapa nak pas, inikan pula nak didik org lain
tp sebagai ibu bapa aku rasa aku kena buat juga walaupun aku tak berapa nk pass.

Friday, December 16, 2011

Antara Kebetulan, Suratan dan Peringatan

Suratankah
bila ofis hanya sepelaung dari pasar2 lagha yg  top di ibukota?

Kebetulankah
bila kad ATM tertinggal dirumah pada hari Jumaat yg mulia yg masa rehat tengahari selama 2 jam setengah ini??

Peringatankah
bila bil berderet2 datang and menagih belas kasihan dan kasih sayangku time2 ni jugak..??



you judge.

Thursday, December 15, 2011

makan time!

bila anak kecik berderet mmg kena pikir 35x kalau nk makan kat kedai
kalau dulu masa anak sorang - mak apak ganti2 makan, sorang makan, sorg jaga anak
bila anak 2 - mak makan sambil suap anak no 1, apak jaga anak no 2. tak pun pak makan dulu mak jaga 2 2
bila anak 3 - mak suap kiri kanan, sebelah kaki jaga anak no 3 yg menggeletis nk kluar dari high chair
bapak jadi ketua pengawas sound anak no1, no 2 DAN no3
lepas semua makan baru mak boleh makan, bapak bawa anak no 1 dan no 2 dok luar. bapak layan rokok sambil check-in foursquare. mak makan pun tak senang sebab dok jeling anak no 1 dan no 2 yg dok berlari kat kakilima sambil bapak tak heran pun anak dah terantuk. anak no 3 pulak protes nk panjat kluar high chair sebab jaki tengok kakak2 berlari.. dan mak akan telan nasi sambil menjerit 'kaklong!! kakngah!! stop!! masukk!!'
tu blom kira nasi bersepai atas bawah meja.. sup tumpah.. air tumpah.. kesian kat pekerja kedai tu, mak mesti akan cakap 'minta maaf lah ye dik..susah2 adik nk kena sapu..' no harm nak amik ati pekerja tu kan..
sekarang si bapak selalu balik lambat, so mak kata makan kat rumah je la.. bukan susah sgt nk masak utk anak2. nasib baik selera bapak senang diduga - asam pedas, sup, masak lemak, rebus air, telur dadar, sardin, ikan goreng.. tayah nk masak rendang tok bagai. bapak pun dah sound mak soh masak lauk2 sempoi ja. nothing fancy. mak masak pun campak2 ja. tapi mak punboring gak kadang2 balik2 masak tu je
kalau ikut bapak, hari2 sardin pun takpe.. oi cik abang.. kalau mak nak senang mmg boleh je hari2 mak masakkan.. tapi cukup sebulan, bukan takat muka cam sadin, tulang pun sama naik reput cam tulang sardin tu!
mmg masak tak susah.. sebab masak pun sikit2 ja
yg susahnya nak mengemas lepas makan tu.. aduhaii..
dah la nak makan pun berperang..tiga-tiga anak nak mak suapkan.. tgn mak 2 je nak oii.. nasib la bapak tak nganga suruh mak suap sama. tapi dok kat rumah sendiri lantak la kan kau nak jerit ke apa kan hehe
lepas setel semua mmg mak terbongkang takleh nk gerak dah.. jeling2 kat  bapak kot dia nak urut kaki tapi tak paham2 jugak.. silap2 posing, lain pulak message yg dia dpt.
but, now that no 1 dan no 2 dah bertambah selera makan, senang hati mak. no 3 jgn cakap la, suap je apa pun nganga je dia. mulut penuh dah pun dok nganga lagi.
but stil nak kena pandai trick budak2 tu, ada masa kena pujuk, ada masa kena kejar satu rumah sebab nak suap makan - whic i dun really favor. i stil want to train them kalau makan kena dok kat meja, no makan merata2! maybe it'l takes time but hope i can instil that into them somehow. no 3 dah faham, bila ckp nak makan nasi je otomatik dia pegi ke kusi dia. tapi sok2 dah besar tatau la pulak peel dia camana.
wish me luck!

Wednesday, December 14, 2011

melati oh melati

wahai kandaku..
tengok la melati tanjung dah upgred you...



keless.. 2 tingkat lagi tu..

but i'l miss that litel yellow house tho..

Tuesday, December 13, 2011

Project x

Dah nak ujung tahun, banyak 'projek' aku yg tak jalan. Itulah dok harap kat org sgt kan.
Patutnya aku 'nike' kan diri sendiri ja dari awal - just do it
Antara projek terbengkalai - no, actually its not even started pon! - adalah projek facelift sofa comey abg ajies ni haa.. Sebab baju dia takleh buka and akak tak koser nk usung kluar n jemur di kala cuaca lembab2 basah ni mmg ingat nak pegi balut je dgn plastik kalis air.
Masa abg ajies cuti panjang hari tu ada pesan minta tlg dia pi tanyakan kat kedai depan tu. Tapi besa la kan benda 'kecik' camni mana nak masuk priority list dia. Asik lupaa manjang. Kalau ingat, tak sempat lak..
So sampai hari ni terpaksa la kami serumah berpura2 menjadi fanatik team bolasepak selangor.

Monday, December 12, 2011

Witful thinking

Bila letih buat kerja rumah aku selalu harapkan abg ajies dpt tolong apa yg patut. Tp aku jarang nak suruh dia sgt, sebab aku ni kalau buka mulut, intonasi dan pitching mmg akan lari abis. Karang nampak aku dok mengarah laki pulak. Abg ajies lak mmg bangsa byk soklan bermain di minda banyak juga jawapan dia nanti aku malas nk layan haha
But at times when I really need help dan dia buat tanpa disuruh.. Siriesly I'm deeply touched. . Thankful, yes.
Melted.. Definitely

Saturday, December 10, 2011

seribu impian

2011 dah nak abis.
mungkin sekarang masa yg baik untuk membuat wishlist 2012 sementara tunggu bos review KPI.
ye sebab dah submit KPI jadi boleh buang masa guna komputer ofis updet blog. eh macamlah sebelum ni tak penah pulak.

ok ni dia hints untuk hadiah besday saya tahun depan

1. mop baru
baru boleh buat keja rumah sambil buat pole dance! muahaha

2. tupperware freezer mate

hari tu dah beli tapi tatau mana pi tgk2 ada 2 3 ketoi ja.
tapi, rasa cam beli je lah bekas plastik kat ikea yg $15 tu ha anak2 boh dlm washing mesin pun akak rilek je lagi. tp kejap je la lepas tu punggahh menggelabah mesin basuh dah bunyi macam mesin rumput

3. ok lah nanti sambung lagi.
i couldnt make up  my mind haha

Friday, December 09, 2011

Rapuh

:::: detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



... seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

ku persembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup



meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu


semua berakhir padaMu::::


aku nk letak videoklip dia yg kat tiubhang tu, tp tak reti la pulak

Wednesday, December 07, 2011

Barakallah

I truly envy people who be able to let go and get out of their comfort zone just to pursue their lifelong dreams.

Buat masa ni aku masih tak mampu nak folo derang. Sebab aku masih takut dan takdak keyakinan. I'm not a risk taker. Aku tak berani nak lepaskan apa yg ada sebab aku sendiri tak pasti apa yg aku nak sebenarnya. Byk sgt yg aku nak buat - be a humanitarian, take up art class, learn history, belajar agama, jadi cikgu tadika,amik lesen motor, petani moden, ustazah pilihan, masterchef..
So buat masa skrg, sementara nak decide and make up my mind I just try my best to enjoy and full use of what I have. And I'l always support those who set their heart out.

You.. Inspire me..

Kudoss!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 06, 2011

Mendidik muslimah sejati

Aliya sekarang mmg kalau nak keluar rumah je sebok cari tudung..


.
.
.

irregardless of what her bottom is...

Lights off please!

i was driving past Jalan Duta one night and began to notice the newly occupied Istana Negara.
all in its grandeur..washed up in great lightings.
typical malaysian kan.. asal nk bagi nampak gah mesti la kena letak lampu liplap2 byk2 kan
yeah.. it looks good nevertheless. at least it make me notice the intricate design of the dome that i hardly notice during the daylight.
yaa.. mmg cantik. kagum juga. bangga juga ada sikit. ye lah..ini lambang kedaulatan negara..lambang raja-raja kita. kalau bukan kita yg uphold raja kita, siapa lagi?


memanglah ada org kata itu monumen negara..kena la hias cantik2 baru org respek.
ye lah.. mmg org luar ni hanya akan pandang kebolehan kita bila kita mampu membina bangunan tinggi dan pasang lampu banyak. sebab tu umno pasang lampu siang2 buta kat bangunan dia walaupun berapa org je yg ada mata bionik buleh tgk lampu2 tu siang2 buta.

cumanya, patik pacal yg hina ni mula terbayang berapa kah agaknya bil letrik Tuanku bulan2 ye?
adakah Tuanku aka pihak pengurusan Istana ada mengambil langkah2 penjimatan seperti menggunakan teknologi penjimatan elektrik atau tenaga alternatif seperti solar?
tak perlu lah kot tanya siapa yg patut bayar bil letrik istana tu kan.. cuma pada pandangan patik, walaupun Tuanku yg kuar duit poket sendiri, mungkin lebih baik kot kalau kita cuba minimizekan penggunaan lampu dan pasang di tempat yg perlu sahaja. cuba bayangkan kalau dapat jimat separuh dari bil lampu tu je pun dah berapa keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim yg kita dapat bantu..

ini pendapat tak berapa sen dari rakyat yg dah biasa hidup dgn lampu kalimantang sebatang je kat rumah ai..silap kata harap diampun.

Thursday, December 01, 2011

eh?

tadi macam nk tulis something
tapi memikirkan ada report kena submit ptg ni maka kita tangguhkan lah dulu ya
semoga aku tak lupa.

Friday, November 25, 2011

zebra punye citer

again, tadi masa nk lintas jalan ada kereta selamba jalan juga walaupun lampu dah merah dan.. yg paling tatahan tu.. depan dia jem giler. mcm la dia buleh jalanjauh pun kan
tatau dah nk ckp apa kat driver yg mcm ni..
mmg selalunya kalau lintas kat trafik lite akak akan tunggu 3 4 seken dulu baru gerak, sebab nak pastikan kereta bertul2 berhenti.
dan akak juga takkan lintas betul2 dekat lampu tu.. ambik lajak dlm 200 sentimeter kat depan sikit
make some allowance kot2 ada kereta yg terbabas terlajak tak sempat tekan brek
this is KL beb.. jgn memain..
lagi satu, tayah la berangan nk melintas dgn santai kat tempat zebra crossing tu la adik2.. berjanggut la kau tunggu kereta nk brenti kasi kau lintas..
mungkin pihak berwajib yakni JPJ perlu lebih stress kan kepada para pelajar sekolah memandu bahawa zebra crossing adalah tempat untuk homo-sapien melintas. bukan khusus utk zebra semata.
atau juga kita perlu membawa perkara ini ke persidangan peringkat antarabangsa utk menukar nama kepa 'human crossing'
sebab mungkin mereka konfius dan dgn jujurnya ingat itu mmg tempat zirafah melintas. sebab tu depa tak penah nk berenti.

image by thedesigninspiration.com
mungkin hanya perlu kekalkan satu je kat depan Zoo Negara. walaupun kebarangkalian zirafah melintas adalah hanya 0.00001%. dan peratus lebih tinggi untuk para-para zirafah akan melintas dengan menaiki kenderaan zooyang mendaftar secara sah dgn JPJ.

Wednesday, November 23, 2011

eh eh anak sapa ni.. macam penah ku lihat.. di mana yaa??


hmm.. pipi bolats tu mcm kenal..



.
.
.
.
.
.

ok sah sah bukan Umar ya.. takde nya umar nk pakai baju munga2 haha

ok kaklong Amani.. mari kita tgk rambut sapa panjang dulu muahahahaha

Tuesday, November 22, 2011

pehal kau?

aku malas betul nak deal dgn org bodoh sombong ni
kalau aku amend surat kau 4 ratus kali pun ada aku kesah?
dah nam pun aku bos kau.. suka ati aku la
dah kau pon yg tak paham2 bahasa tu kenape? titik dgn titik bertindih pun tak reti nk bezakan, margin senget benget, nombor  berterabur semua mmg la aku kena bulat besar2!
cantek sgt  muka kau nk marah2 aku balik?
eh, dengar sini, kalau pun muka kau cantik aku tak pedulik pun.. lagi besar aku highlight lagi adaa
aku ni ingatkan kau tu dah besar pandai sekolah tinggi tayahlah aku karang ayat sebijik2 utk kau
tu pun dah cukup baik aku tolong bgtau isi2 penting
yang pi ikut ckp aku sebijik2 tu apasal, aku 'cakap' as per 'cakap' itu pun tak reti ke?  takkan nk taip balik apa aku ckp sebijik2... !#$@&^()*(*^$@@#!@~@^*&()
kau ingat kau sorg je sebok byk keja? habis aku takdak keja laa
aku ni lagi la.. dok menunggu surat korang je dah 3 hari, karang akuuuuuu gak nk kena menjawab dgn bos besaq korang apa tau!

adoiii sakit jantung pundi kencing ulu hati aku dpt staff mcm ni tau
bukannya baru keja, dah 3 tahun keja dgn aku, jenuh la hari2 aku nk pimpin tangan korang wehhhh...!

Dokter

'Along, kite main dokter dokter nak?'
'Iya jadi demam eh.. Along jadi dokter'
'Buka mulut.. Dokter nak kasi ubat'
'Otey!'
'Along jadi demam pulak, Liya jadi dokter eh?'
'Meh dokter nk suap ubat.. Aa.. Aaa..'
'Pandaiii!'
'Dah.. Kasi Liya jadi demam pulak eh?'
'Mana boleh!! Dia kena lama-lama laaa..'
Dan selepas itu Dr Aliya tetiba jadi baik dgn memberi gula2 kepada pesakitnya. Tapi dgn syarat tak boleh telan! Ikhlas ke tak dokter ni? Haha
Umar mcm biasa dapat watak tempelan saje.. Jadi nurse pun jadi laa umar kan janji ambo ada dalam ini pilem

Monday, November 21, 2011

wiken hari tu mmg bizi la..
sabtu pagi2 dah hangkut semua org pegi sekolah rendah depan tu sebab Aisyah ada hari sukan
cikgu kata pukul 8 start, kitorang sampai lambat sikit, dlm 8+
tp ramai lagi yg dtg lambat.. tgk buku aturcara pun patotnya mula kul 9
alahaiii.. kesian si umar la pagi2 dah nk kena siram. dah la ujan2 ni dia pun dok batuk je
since Along pun buat kenduri aqiqah baby princess dia hari tu gak, kitorang takleh nk tunggu sampai tamat, abis game aisyah je terus calo ke Klang.
lagipun, team aisyah manjang corot je wakakakaka
mau taknye semua budak2 lemahlembut je dlm group tu..mana tak dpt last..
takpe la nak janji belajar semangat kesukanan ye tak.. makpak dia pun tak kisah pon.. ada makpak lain yg beria-ria sampai sanggup cabar keputusan juri haha.. ikut korang la.. macam la hadiah nomot 1 tu dpt galaxy note ke kot la aku sanggup gak haha
gambaq tak amik pun sebab bateri hp aku dah out. lupa caj

lepas kenduri balik rumah siap2 nk pi konsert+malam anugerah tadika pulak
apa pasal la buat punya la jauh..nu haa kat Cahaya SPK tu.. takdak kena mengena langsung dgn sekolah tadika tu. nasib la kitorang mmg no hal sebab dah biasa gak area situ
kata setat pukul 8, so lepas magrib terus gegas ke sana.. tak sempat mummt nk pakai lipstik pun haha
sekali ada la 2 family yg sampai lambat.. cikgu pulak nak jugak tunggu, sudahnya pukul 9+ baru setat
tu baru mukadimah.. ingatkan boleh la terus makan..yela semua org tak makan sebab nk makan kat situ lah. kalau tau mau aku singgah kedai mamak pekena nasi dalca seround dulu!

mula2 budak2 berarak masuk.. Aisyah kelas 5 tahun jadi gadis bunga je la
yg kelas 6 tahun dah siap2 pakai robe sebab nk amik sijil


lepas amik sumer, dah ibubapa nk bergambar pulak dahh..
dah kul 10 ni..
oiii aku lapar ni woiiii dah..

lepas tangkap gambar semua baru la buleh makan. aku serbu tempat sup dulu. sebab tu yg paling dekat.. tgk2 roti bun pun dah kejung weh..tgk barisan amik nasi punya panjang.. 
nasib mushroom soup panas lagi.. makan bun kejung rendam sup je la dulu. pastu amik buah2.
dah abis makan BARU laaa nak panggil budak2 tu wat persembahan pulakk..adoiii kalau sambil kitorang makan tadi takleh ke kasi derang nk bergelek ke apa kat pentas tu.. atleast ada gak ler hiburan haha
nak kata sebab nk kasi budak2 tu makan tak juga sebab derang makan kat bilik persalinan..
Sabor..saborr..
memula budak 6 tahun menari dulu
pastu nak bagi hadiah pulak dah....
ada hadiah utk game ibubapa yg pagi tadi baru nk bagi sekarang..
pastu baru turn aisyah menari
amboii kemain dia.. yg pasti aku tau dia seronot sgt sebab dpt pakai baju cekci..haha
pakai baju mcm puteri jawa tp menari lagi Hati Kama hehe
lepas tu baru beratur utk hadiah murid cemerlang lak

Dapat nomot 2, alhamdulillah.
tp tgk kertas peksa dia semua 100% takpe la kot ada benda lain yg buat tambah markah. sebab dia ni ada masa pemalu, ada masa ikut angin dia jek

lepas tu derang ada persembahan lagi
tp cikgu buat table game pulak dahh...
terus aku blah pegi tgk umar yg tido dlm keta.. tak koser nk join cari barang semua tuh tetengah malam ni aihh
dekat pukul 12+ gak ler baru budak2 naik pentas balik untuk kasi bunga kat ibubapa and nyanyi lagu sahabat utk penutup
turun je pentas terus aku heret masuk keta.. dah..mami ngantuk ni..
nasib gak abg ajies tak ikut, kalau tak mau ada scene yang tak sanggup dilihat kat dlm dewan tu

Aliya yg menten muslimah
tapi ujung2
'mummy.. simpankan tudung Liya..'
sian Aliya dok telan liur je tgk kakak dan kawan2 atas pentas
pantang ada masa lapang je dia pun join gak naik meloncat atas pentas
rasanya tahun depan nk kena masukkan ke Tadika gak ler.
masa sukan pagi tu cikgu ajak dia main cari gula2 pun dia taknak
dia ckp 'tak payah..Liya kan tak sekolah lagi!'
abis Aliya taknak gula2?
'ala.. kat rumah mami beli banyak dahh...'
menjawap kauu..

aliya sekarang kalau gaduh dgn abak nanti dia bebel2, pastu ugut
'nanti abak masuk maharaja lawak Liya gelak kat abak!'
huyoooo takotttt.. hahahahahaa

sekarang dia suka nak membaca
ada masa dia rajin nk ngaji, dia pun 'ngaji' la
siap baca 'Al-Fatihah' lagi
suka suki la dia baca
sama cam nyanyi.. suka2 tukar lirik
bila org tegur salah tu
'Ala.. ni yg baru punye..'
banyak la hang punya baru!

sekarang ni kemain eksyen dia
org dah ada duit la katakann
abis syiling kat rumah dia kutip masuk beg dia
bila mummy marah tak kemas kaler pensel
"Liya ni, kemas la kaler.. tak larat la mummy nak beli, mana mummy ada duit nk beli selalu'
selamba je jawab
'takpe.. Liya ade duit..'
selak 'beg' dia tgk ada singgit selai, pastu coins byk2
ok gak le dari aisyah mmg kalau check manjang ada duit kaler merah..silap2 note $50 pun ada!

budak dah besar kan..

Thursday, November 17, 2011

I had grown quite 'big' lately
Kalau ikut pandangan sisi dah sama besar dgn peti ais sharp 500l
Ye lahh takkan peti ais LG yg 6 pintu tu kot.. Yg tu kalu syanie pun muat
Nasib baik baju2 stil muat sebab baju aku semua pesen gedebeh pon. Cuma seluar je la dah takleh button.nak taknak terpaksa la beli seluar jerut, whic aku belasah je pakai pegi ofis. Bos, sila tahan je la mata tuan ya. Cuma minta bos jgnlah berkira dgn saya pasai dressing time2 nk wat appraisal ni karang ye. Nanti saya blanja bos brekfes mekdonel

Other than that, semua org sihat2 saje terutama maknye. Mau tak sihat Selera makan mengunung tinggi. Semua org tegur pipi dah tembam.
Patutnya kena wat test gula besok tp aku malas nk melangok kat klinik kelana jaya tu. Lgpun tak dpt cuti. Nanti2 lah next wiken buat kat klinik biasa pun boleh.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, November 16, 2011

Wordly wednesday

Everything is gonna be alright
If not now,
Eventually it will

Just pledge your faith
To the One and Only
Trust in Him completely
And your heart will never lonely
For He only knows best
and forever you only besties!

- che Ta-
161111

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, November 14, 2011

a minute more

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


saya sayang awak
....masih!

I am, am I?

I'm fat and ugly
I'm gloom and darken (where's the glow I'm supposed to get!! Tipuuuuu!)
I wobble
I'm broke
I'm easily breathless and tired
I sleep but stil wake up confused and feeling heavy in the head I wish I didn't sleep!
I'm emo to the max

I can't seem to do anything right!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, November 11, 2011

elelelelehhh...
dah besar dah anak bujang si Adam Daanii ni..

tapi muka tu cer senyum sikit hehe

Monday, November 07, 2011

Mermaid do pass some wind

'Mari kita jadi ikan duyung!'
'Yaa.. Ini Ikan duyung berdolek-dolek!'
ProoooTtt..
'Hihi hihi.. Itan duyung tentutt!!
*abaikan umar, mummy not sure apa kaitan tetiba ada watak gadis hula disini

Hopeless sometimes

Sometimes
Things just doesn't fall into your way
And not much you can do about it
So try to live with it
And make the most out of it

Sometimes
You just feeling unsure,
Of everything
Don't quite know which road to take

Sometimes
You feel like doing nothing
Because nothing can heal you
You simply want to float
So that you're neither on earth
Nor in heaven
Neither lying.. Not flying or really swimming either
Just being somewhere you can not be yourself

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, November 02, 2011

Simple plan

Everyday I ask myself
1. what can i do better
2. What I can do to make my life better

And come up with some quick, spontaneous lists

Tapi sayangnya
Not even one third of the lists were materialised..

And top of that, I keep blaming everything other than myself for that failure.

Yeah great

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Presentation Wise

Ok today I learn another important presentation technique, my guru never ever tell me before.
It came from Korean speaker who happen to deliver his boring technical speech after lunch.
Upfront, he summarized his speech, so that the audience can peacefully fall into sleep!!

Accountants do make jokes u see..
And it always a joke with some 'fair value' in it ;-p

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, October 31, 2011

updet

aku tatau apa masalah dia
elok petik je terung hari tu tgk2 terus mati dah pokok terung tu!
agaknya dia mmg dah nazak tp gagah stay alive semata2 utk kitorang 'selamat'kan baby dia

now kitorang tgh berkira2
patut ke tidak amik buah2an yg lain
eceh mcm la byk pun hehe

Sunday, October 30, 2011

Damai

A quiet afternoon.
Aisyah and aliya ikut tokmama pegi tgk pengantin. An event never failed to excite them both.
So I was left alone with umar at home. Mr hubby has class til 5pm. God knows what time he'l reach home. It started to rain. So I started to make myself a good mug of milo and umar's milk. With the intention to continue what I started much much earlier. Earlier disini bermaksud beberapa bulan yg dulu ya!

Tah bila nk boleh khatam nih?!!

And I also, finally, brought myself to straightened this corner :-p


 bolehh la buat sementara. actually nk angkut semua bawa naik atas, biar semak bilik mainan tu
tapi bab angkut mengankut ni kena tunggu Mr.Macho ada kat rumah dulu..hehe  
Dinda tak larat la Kandaa.... tolong ya?

Where do I begin

Adoiii laaaaa
Mami baru kemas je tapi dah serupa 3 bulan tak kemas rumah!!
Susah2 sgt mami 'kemas'kan semua kat alam flora baru tawwww

Saturday, October 29, 2011

Undecided

Esok besday Aliya!
Seronok betul dia nak sambut. Siap request nak kek rainbow.
Tapi mak bapaknya tak decide lg pun nak wat apa hehe
Esok abg ajies ada kelas sampai ke petang pulak. Nak masak boleh je kot tapi Bila masanya aku nk gi pasar beli barang.. Dgn budak2 3 org setengah ni mmg tak daya la akak. Susah2 oder piza je karang. Mcm la besday girl tu nk makan sgt hehe
Ingat nk buat kek mlm ni tp tokey kek tak larat la pulak :-p
esok belasah kek instant je la liya eh
Lagipun bukan wajib pun kena selebret dgn kek ni hehe :-p

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, October 28, 2011

wish list

okes mari updet senarai wishlist saat terkini

senarai movie yg nk kena tengok:
1. Endhiran a.k.a Robot - dem i miss this kat tv2 masa raya deepavali lepass.. rajinikanth jadi pempomer (transformer daa!) tu deyy..

dan ada aisywarya rai juga..

sambil feeling2 akak jadi aisywarya.... maka nya abg ajies lah Endhirannya kan hahahahaha

2. PARANORMAL Activity (part 1, 2 & 3 sekaligus haha) ok layan citer hantu pulak

nota utk abg ajies:
i. sila dptkan vcd di pasaran, separa halal pun takpe
ii. rasa2 vcd player kita macam dah jem je.. buatlah apa yg patut ye..

Thursday, October 27, 2011

antara bumi hijau dan simpati

aku rasa minggu ni kitorang akan jadi pencinta sayuran
sebab terung ada sebijik lagi menunggu masa untuk di tuai, eceh
dan tomato ada 2 biji ketot2 je, walaupun tak sempat masak, pakar kata kena amik cepat sebelum pokok tu nak mampuss haha
tatau la apa masalah dia, elok berbuah je pokok tu terus jadi kekuningan, takkan dpt anak mak yg kena jaundice kot?
takpa la, boleh buat ulam.

berbakti kepada bumi ni mmg boleh rasa hasilnya
tapi side effect pun ada.
kalau tak berjiwa kental mmg tak boleh teruskan. antaranya ko terpaksa menjadi pembunuh kejam.
kawasan belakang rumah aku tu mmg port siput bab*. (aku taktau la sebab apa nama dia jadi cenggitu? kalau nengok rupa takde sipi2 langsung pun kan? agaknya org selalu marah dia kacau tanaman so petani pun setat makian seperti 'Bab* punya siput!' maka terlekat la kot nama gitu')
lagi satu spesis pemusnah tanaman adalah sepah bulan. dulu aku ingat dia ni dok dendiam tak kacau, rupanya dia suka makan sayor, especially yg lembut macam kailan/bunga kobis.huihh laju je!
tiap2 hari abg ajies kena buat spot check. pastu tabur garam kat siput2 tu.. adoii kalau aku mmg tak sampai ati la..mmg aku akan tabur keliling pokok kasi dia takleh kacau je.
ada satu hari hari tu, mmg abg ajies terpaksa melancarkan serangan balas besar2an akibat seranga gerila dari geng siput. siap bawa anak cucu beb! tak aci sungguh menggunakan kanak2 bawah umur sebagai perisai!
tapi abg ajies pedulik apa.. abis la semua anak2 siput tu berperasa garam.. isk isk sadis betul! tak dapat aku bygkan situasi masa tu. ala2 perang di syria gamaknya..

lagi satu mangsa yg mmg takleh nk kata apa dah adalah lesung batu aku.. dan tuan lesung tu batu tu pun hari2 nk kena amik letak balik ke tempat asal.. org yg suka guna lesung batu utk tumbuk garam tu sudah jadi kebiasaan akan tinggal alu merata2 dan serdak2 garam akan bersepahan di dapor...


Wednesday, October 26, 2011

Dinner cincai boncai

Stok brg dapor dah kering kontang. Tak sempat pulak nk pegi pasar hujan2 ni. Yang ada hok kering2 belako
Nak keluar pun dah taktau nak oder apa dah.. Kalau ikut abg ajies lagilah..balik2 kfc..! Kembang tokak den nengok isi ayam tu dah. Tapi bila tengok dia mkn mcm sedap la pulak hihi
Nasib la terung abg ajies dah cukup matang utk kitorang akikahkan mlm ni.
So menu dinner hari ni adalah..
..
...
Ehem ehem
...
(Sila baca dalam kiraan senafas)
..
deep fried brinjal in sweet soy sauce and anchovies paste, cucumber,carrot and tomato salad served with hot steamed white rice..  muahahaha keless tak?


Cer tengok kurusnye lahai terung aku, dah sama besar dgn ikan bilis je
tapi abang ajies makan nasi sambil senyum bangga sebab dapat gak la merasa hasil tangan sendiri hehe
siap tanya aku apasal tak amik cili api sekali. eh mlm2 malas lah akak nk buka pagar belakang tu.. lagipun perabihkan je lah dulu apa yg ada..
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, October 24, 2011

36:36

sekadar ingatan

[Yaasin : 36]


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.



mungkin,
kepada yang masih mencari2 jodoh, boleh cuba amalkan
ayat alQuran banyak fadhilat dan rahsianya.. mungkin ada banyak lagi rahsia ayat yg tidak terbatas.

wallahu'alam bissawab.

Sunday, October 09, 2011



meh tayang anak bujang gwe
zzooomm skit tgk baju Umar tu tulis apa eh?

:-)

Saturday, October 08, 2011

Aku rasa dekat row rumah aku ni, rumah kitorang la yg paling happening. I bet jiran2 mesti lega bila kitorang takde kat rumah.
Dengan anak2 memang tak sunyi la. Komfem.
Kejap2 ada org jerit. Kalau tak aliya, aisyah.kejap2 ada je yg mengadu
'Mummyyy.. Along bergaduh!!'
'Mummyyy.. Aliya wat lidah!!'
'Mummy... Aliya pukul!!'
Atau 2 2 sekali bergaduh berebut mainan. Kalau tak derang, mummy yg jerit.
Kalau tiga2 main elok2 kang abak pulak gigih nak usik.
Tapi selalunya kena marah la sebab 'projek' tak dapat kelulusan.
Yes its tiring and mindblowing, but I think I shud just sit back and cherish the moment while I can. Esok2 bila semua dah besar and leave my side to start their own life, I'm sure gonna miss these very moment.
Apa yg aku perlu buat adalah berdoa banyak2 supaya diberi daya tahan kesabaran yg lebih tinggi.

Oh God I love my family so much!! (Tak perlu main buih bersama2 utk sedar perkara ini haha - if u know what I meant!)

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, October 07, 2011

air

oh sudah hari jumaat.
hari jumaat hari tazkirah

ok wat gud deed you can do today?

maybe we can start kecikkan paip air time amik wudhu
selalu kita dah biasa buka selaju2nya kan,
mentang2 la malaysia ni air byk lagi
tayah bayar lak tu (org selangor je la kan hewhewhew)

mulai hari ni
cuba try kecikkan sikit
kurang2 kita dah tolong jimatkan air sedunia
takde la membazir..

selamat mencuba!

Wednesday, October 05, 2011

aliya yg garang

masa ku sebok melipat baju semalam, anak2 dara dua orang tu pun nak sebok 'tolong' sama.
akak biarkan je la..dah elok nk menolong tu layan je la. lagipun bila lagi  nk spend quality time togeder geder camni kan. tak pe la karang aku kena lipat balik hasil kerja depa tu.
sambil2 tu aku borak ler dgn derang.
bila lipat satu baju lama aisyah, ku tanya la aliya 'ni baju along dah kecik kan, kasi aliya nak?'
angguk 'haaah boleh!'
'along kasi tak?'
'kasi la, along kan cayang liya!' amboii konfiden kau ye.
'abis aliya sayang along tak?'
'Sayang!'
'abis tu  kenapa suka gaduh dgn along? suka pukul2 along? kalau sayan mana boleh buat camtu.."
'iye lahh..'
pastu tambah lagi
'misti lah.. kan Iya garang..'
ewahhhh... 'so org garang kena camtu eh?'
'iye laaah!'

mmg garang anak aku sorang ni

Monday, October 03, 2011

updet

haha
sebelum apa2 mari  gelak dulu. bukankah gelak ketawa itu ubat terbaik segala penyakit.
tapi awas jgn gelak kuat2 depan org tengah nazak. aku tak jamin dia terus baik, tapi kemungkinan dia tetiba boleh bangun mungkin terjadi.. sebab nk tampar ko.

aku ingat aku org paling cikai sebab tak updet blog hari2.
rupanya2 ada lagi lebih dari aku. ramai lagi yg tak updet2 sejak raya hari tu.
tu takpe lagi dari yg dok la updet citer raya tak abis2 lagi.
syawal dah abis dah oii. ni nak masuk zulkaedah dah incik ya. sekarang masa org cerita pasai pegi  haji dah.

ok. better stop here.
org yg tidak updet itu adalah ekrana mereka sgt bizi konsentret buat kerja di ofis kerana itulah mereka dibayar gaji untuk. bukan kompeni bayar gaji untuk updet blog.

Wednesday, September 28, 2011

umar ni kecik2 dah nmpk sgt mmg suka motor. pantang motor lalu je tak berkelip mata tgk.
motor abak tu sampai tonggeng2 dia belek.
kalau abak bawak naik motor ronda2 sengehh je.

yeahhh!! kawan2!!
saya dah dpt 'motor' sendiri tauu
ok lah ni beskal kakngah saya. dia kasi pinjam jap.

alang2 dah pinjam tu kan apa kata kita test habis2an.
yeahh vroom vrommmmm!!

haha ada gaya tak mummy?

hehe mummy jgn gabra ya.. itu gimik shaje. takkan saya nk jadi mat rempit kot..
tak main la superman rempit..
sebab saya kan..
.
.
.
.

the SuperUmar!! fuuuuuu.... (i can fly ya!)

Mud, where are you?

aishh bosan ah
masuk ofis mengular di alam maya dulu
check fb, check blog org..
tgk org punya status kat fb rasa mcm geli2 dalam perut
kawan2 aku kat dlm tu mmg sepesen je spesis derang. tak buka pun dah boleh agak apa status depa haha

yg sorang ni sehari 3 kali mesti update dia masak apa - brekfes, lunch n dinner. tu blom masuk minum petang dan kuih2 biskut kek yg dia tgh test. atau promote kuih2 yg dia buat utk jual.

yg sorang ni mesti nak komplen SEMUA org kat keliling dia tak reti buat keja.. semua org nk sakitkan hati dia. semua org tak cerdik. tapi kat celah2 tu ada gak le dia letak gambaq dia berpoya2 dgn laki dia. dah laki dia lantak la kan. bukannya haram.

sorang lagi ni mesti cerita pasal anak2 dia.
oh yg ni ramai.. hahaha.

kalau yg tak kawen lagi 2 org tu pagi2 je status mesti ngantuk and boring nk wat keja

paling aku tak tahan set-set yg dok la kejap2 check-in sana sini.
adoiyaaaa sampai katil, jamban, pintu sofa rumah nk check in
aku cakap awat tak check in setiap tiang lampu yg kau lalu tu hari2 lalu n check-in mesti konpom jadi top checker!
ada sorang org terdekat dgn aku ni dah terjebak dah. saje tau.
macam la point tu buleh tukar kupon susu anak takpe la juga kau nk check in sampai ke terowong karpal!
(carpal tunnel daaaa...!)

sudahnya aku malas nk update blog sendiri

Monday, September 26, 2011

EKor??

aisyah nowadays is trying hard utk fahamkan konsep penjodoh bilangan.
jenuh la nk betulkan.

semlm flush toilet kat rumah ada sikit bengong, lepas flush masih kluar air so bising sikit la.
bila aisyah masuk bilik terus je berleter
'Mami ni tak flush eh?'
mana ade.. dah flush la kan..
'Abis tu, kenape masih ada seekor bunyi air tu....?'


hahahhahahahhahahahahahahahhahahahahahaha
ok gelak dlm hati aje sambil tahan senyum. kang tersentap anak nk belajar bahasa.

Sunday, September 25, 2011

We cant quite never expect what will come from those litel mouths!

They had nasi lemak for supper, and straightaway went to bed. Then I overheard this:
'Alhamdulillah kenyangkan kita makan nasi lemak!
Esok Aliya jgn cakap kat cikgu kat sekolah tau ini rasia! Rasia!'

Dah lama dok ajar ckp Alhamdulillah but they'l just ignore me. But tell u when parents not around they'll! So don't give up teaching ur kids, they actually get it. They just won't show us how much they actually learnt.
But careful tho, yesterday masa kat hiway nmpk kereta banyak and abg ajies said 'Alamak jemm!!'
Aliya was quick to add ' Ala jemm.. Eh bodo sikit buley tak?!!'
#8$:_+(5/3?,+@?!n!!!!

Abakkkk.. Did I warned u to mind ur language while driving!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, September 22, 2011

whats up?

nothing new.

I gained 3 kilo.
agaknya.
takut nk naik penimbang.

yes its not new news.

Tuesday, September 20, 2011

Dem

average sebulan 50 ribu kereta baru didaftarkan kat malaysia.
ouchhh
pudarlah harapan aku melihat pemandangan lebih tenang di jalanraya pagi-pagi

Thursday, September 15, 2011

Bila umar dapat kaki

Umar dah makin laju berjalan. Mmg tak dok diam sekarang. Sikit2 nak berjalan pantang ada peluang.seronok sungguh nmpknya.walaupun masih melelong, Mmg dah tak merangkak dah. Lepas tu mesti nk jalan laju2 mai kat mummy dgn senyum lebar, as if nk bgtau 'yeayyy look mummy! saya dah pandai jalan!!'

Kira umar ni berjalan awal gak ler compared to his sisters, derang both berjalan masa umur 1y 2mths. Umar took his first step masa dekat2 1st besday dia, tapi few weeks after baru berani jalan betui2

Lepas ni kita tunggu bila dia nak bercakap pulak. Skrg baru nak blabber some babytalk ' atatata etetete ..
At times I tot I heard him making some word. Maybe its real but maybe its my imagination

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, September 14, 2011

Double joy

yes its a double joy to our ever growing family haha
even they'rr 1 month apart, lets see who will take the first step first!

welcome Humayraa (13/8/2011)


oitt terkecit pulak gambaq hang..
tah la makngah bukan reti sgt nk bega2 ni
so kita tambah lagi satu eh



and this latest princess - Amani (12/9/2011) samal ak dgn besday my sis. ingatkan dpt date 9/11 haha


congrats to all
jaga anak elok2
jgn jadi mcm org tu..

Saturday, September 10, 2011

Aku dah lama plan nak bawa semua mainan n buku2 anak2 ke atas. Biar sepahq kat atas je
Tp budak2 ni mmg mengekor mummy je. depa takkan naik kalau mummy tak naik sama. Kalau kita dok bawah mmg depa dok bawah je la.
Atleast kalau dok dgn mummy boleh gak la mummy tgk2 apa depa buat, boleh ajar tulis dan baca
Hmmm nampak gaya buat sementara waktu ni terpaksa la cari alternatif lain
Either to get new tv for upstairs or tahan je la tgk rumah bersepah demi pendidikan anak2 hahaha


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, September 09, 2011

Mummy.. Buka jap
Taknak la liya bukan makan pun..tadi kan mummy dah buka kan buang je

Mummmmyyyyy.. Ukak laaa

Cuba bismillah nanti boleh la tu..

Bis hila hilo ma I himmm
Ya awoh bagi la iya bukak ni
Alohumma ba ik lana hi ma ojak tana aza bana aminnnn..

Aliya ni kalau suruh baca doa tu je yg laju haha
Okey la kira baca doa makan siap2

Sent from my BlackBerry® wireless device.

potsegen

hujung minggu ni ada auto show
volkswagen you.. keta peberet ai tu.
nak pi ke tak..?
abg ajies.. nak pegi tak?
tapi malasnye lahai nk pegi bukit jalil tu
kalau ramai2 ni karang parking mesti cam ********
takkan nak mengangkut rakyat2 petite tu naik lrt.. tak sanggup den!

so far baru satu jemputan open hose.

Tuesday, September 06, 2011

raya 2011

ok lah meh letak gambaq raya pulak
kitorang takde gambaq family sebab pagi raya tu cam kelamkabut sikit, mana yg sebok masak nasi tomato tak jadi, mana yg dok tido sebab baru sampai dari kl..
aku salam dgn abg ajies pun tghari dekat2 nk zohor tu.

ni je la gambaq yg ado

khusyuk belek henfon ayahwan. budak ni mmg pantang nmpk henfon. pastu kau baling2 pulak kan. habis henpon abg ajies umar cicah dgn sup kaki di hari raya..

like mummy like son tak?


bakal imam muda

pandai2 mekap sendiri tuh!! pastu paksa maksu pakaikan celak. adoiii dah serupa kaklimah dah rupa sorang2

gambaq makanan takpayah tunjuk. kesian org2 yg berpuasa enam karang.. hahah
(sebenarnya takde sebab masak memasak semua tak jadi. nasib le sup tulang buleh tahan.. tapi tak hidang kat org yg datang pun. kitorang je yg dok perabih. sebab buat bihun sebungkus je. memula dah rebus sebungkus tapi ada kejadian tertonggeng di dapur menyebabkan sebesen bihun tidak dapat diselamatkan)