Pages

Thursday, December 22, 2011

berapa kali nk cakap.. tayah la percaya bulat2 apa yg korang baca
tak kira la kat blog ke, fb ka tweeter ka
hatta kat sokkabar sekali pun. both harakah and utusan sama ja.. apa2 selidik dulu
selidik tu makna nya mencari kebenaran di tempat yg betul, bukan setakat korang 'bincang2' kat fb pastu buat konklusi sendiri.

contohnya benda ni//

sapa boleh konfem betul ke org 'dalam' lhdn yg tulis tu?
kalau betul ke dia org lhdn pun, betul ke dia betul2 'terlibat' dlm projek ni
kalau betul dia terlibat, mmg aku sedih la ada pegawai yg berfikiran pendek macam ni
sebab projek ni high-level, dan yg terlibat semua high-profile
dan sebab masa awal2 tu, perkara ini dikira sebagai 'classified', bukan semua orang dapat akses kepada maklumat yg terlibat. org masuk  meeting je yg tau citer.
dan selalunya.. yg kedengaran cuma angin2 je.. especially yg ter pass ke bawah
pastu sukasuki la nak assume kan..

please la... org macam ni semua benda nk buruk sangka
bila kerajaan bagi duit kata macam-macam
kalau tak bagi lagi la kuat mengata kan?
dah org nak bagi tu, amik je la.. rezeki
dah nama pun bantuan sekali ni je kan, mana boleh lhdn nk tuntut cukai dari korang kalau gaji korang tak cukup haul?
nama je keja lhdn.. takkan tu pun tak boleh paham? ntah ye ke tak org lhdn ni..
ke kau sakit ati sebab kau tak layak??

lagi satu, dah kerajaan kata SEMUA org yg gaji isirumah bawah $3000 layak dan akan diberi bantuan, sapa pulak pandai2 cakap org gaji bawah $1500 tak boleh terima? mandai22 je..
dulu isu $1500 tu asalnya cadangan utk org bujang, tapi lepas tu komiti dah decide org bujang with certain criteria je yg dikira layak. so isu gaji $1500 tak timbul sebab final say is pendapatan isi rumah $3000 dikiran layak.
sama la mak aku pun dok ingat benda ni macam org terpilih je akan dapat, tapi diorang isi je lah borang tu. itu yg aku dok bagitau dia, ini bukan cabutan bertuah la mak.. semua org yg layak akan dapat laa..

tapi cara mcmana lhdn nk bayar tu aku tak sure la, cabel dah putus hujung2 tu hehe
sebab asal2nya nak bank-in terus, tp aku tengok final borang tu takde pulak ruangan no akaun bank. takpe.. kita tunggu je nanti.

kalau tak sure, atau nak tau lebih lanjut tekan je nombor hotline BR1M tu, kan senang cakap direct dgn org yg betul2 terlibat. bukan org yg dok 'dalam' tapi taktau apa2..

No comments: