Pages

Friday, October 05, 2012

Harta untuk anak2

walaupun pada asasnya saya kurang setuju anak2 kecil disuap dgn gajet2 segala mcm di zaman ini,
saya akur juga akhirnya.
terpaksa merelakan juga, sebab need to reward her atas kejayaan berpuasa sebanyak 29 hari di bulan puasa lalu..
bukan saya yg janji, bukan bapak dia juga.
kami tak janji nk beli apa2.. cuma ckp there'l be something
saya nak bagi benda lain.. atau mungkin tak bagi apa2..
bukan kedekut, tapi saya rasa saya perlu ajar anak untuk tidak mengharap balasan dunia.
puasa itu kan wajib pun, kan?
tetapi anak2 tetap anak2.. sukar bagi seorang ibu hendak meyakinkan anaknya bahawa pahala puasa itu amat besar ganjarannya..sebab tak dpt nk tunjuk. ibu sendiri tak pernah dan tak akan tahu apakah puasa ibu dan puasa siapa2 yang Allah terima dan apa pula ganjarannya nanti..

dan oleh kerana ayahmu juga seorang penggemar gajet (read: pemain dan penghadap game obsessive)
maka selayaknya lah ayahmu sgt2 melobi ibu untuk belikan anak2nya tab komputer sorang sebijik.

dan kerana kamu anak2 yg masih belum aqil baligh ibu tahu sgt pasti kamu akan berebut sesama sendiri
jadi mari kita beli tab local saje. takpayah nk beripad2 ke galaksi ke apa..
murah dan selamat utk belanjawan keluarga.
beli 2 untuk 3 org kanak2 ribena yg sedang meningkat umur. supaya  mereka belajar bersabar, berkongsi kasih, menghormati giliran org lain, dan juga belajar menghormati pilihan ibu dan menerima kenyataan hidup ini penuh rintangan.. tu diaaaaaa.. pelajaran yg mungkin tiada di bilik darjah sekolah kamu anakku..hahaha

ternyata tak salah pilihan ibu bijak ini,
2 minggu saja, skrin tab aisyah pecah.
mungkin tertekan. masih boleh guna cuma touch skrin terlebih sensitif.
abah segera hantar repair. kos tukar cermin RM150.
kalau apple? habis la kena cukur bulu kaki abak kau...
it takes about 2 weeks to settle.
in the meantime, aisyah dpt crash course on Cause and Effect serta minor in kepentingan menjaga harta keluarga.

itu baru seperkara.

pada pengamatan ibu ortodoks ini,
takde la byk sgt pekdah pun untuk anak2 kecil.
setakat boleh la tumpang cerita dgn kawan2 derang pun ada juga menda tekan2 main game tu.
ye, budak2 boleh menjadi sgt competitif dan kekurangan bahan untuk mempertahankan diri boleh menjadi punca rasa rendah diri.
ok we stil need to work it the other way. ibu akan sentiasa mengajar anak2 untuk melihat dunia dari angkasa..bukan di dalam kotak.
anak2 leka main game, boleh berebut2 bergaduh adik beradik. tiada team work macam main doktor McStuffin atau main cikgu2
mata anak2 kecil akan cepat rosak kerana dok la hadap menda tu.. dan budak2 mesti nak kena tengok dekat2 baru puas ati.
dan saya perasan gerakan mata aisyah semakin sensitif (dia  mmg ada masalah otot mata)
si umar pula kalau main game habis semua org tensyen, sebab dia punya la emo..asal tak dpt je nanges..eeiiiii!!
Aliya walaupun garang, akan tetap relahati mengajak Umar berkongsi dengannya, walaupun at the end umar akan konker kat dia sorang dan Aliya dtg mengadu tak dpt main..
mmg byk aplikasi berunsur pendidikan yg kita boleh upload, tp budak2 ni pasti lebih berminat nak main game manjang... jenuh ibu nk paksa baca Iqra'. takat A B C keluar suara ngan gambaq tu tak dipandangnye Umar..balik2 Enji Bird..enji bird... siap eksyen lak tu bila dpt bintang.

apapun, ibu percaya ini pengalaman yg sihat untuk kamu anak2, dan juga kepada ibu.
ibu rasa tenang dan bersyukur kerana anak2 masih boleh terima had limit yg ditetapkan, dan tahu menggembirakan diri sendiri dengan permainan alam nyata.
apa benda pun, selagi tak berlebih2 its okay.

1 comment:

Pizli Mat Wazip said...

Ye, selagi tak berlebih² takpe. :D