Pages

Monday, June 20, 2011

stress

aku stress la dgn dunia ni. semua benda rasa tak kena ja lately.
tp pikir2 balik, kalau nk marah2 ni.. aku marah kat sapa sebenarnya?
marah tuhan? mana boleh marah tuhan.
pastu aku stress lagi pasai rasa aku teruk gile..sebab aku marah tuhann.. suckss

aku stress dgn mesia ni
semua org tamak haloba!. sana sini rega naik. sikit2 nak naik rega. dari air kosong sampai tailor baju raya semua nk naik.. apa guna gaji naik kalau kos hidup pun mencanak naik berganda2? baik duduk mcm dulu rega teh tarik baru 80sen. roti canai 40sen..
la ni brekfes je mau 5 hingget sehari. blom campur lunch and dinner. rega ayam naik, ikan pun kena cucuk macam2.. sudahnya aku nk makan apa? nk tanam sayur rumah takde tanah. hidroponik? hmm initial kos mahal tak?
semua benda mahal, tapi quality hampehh.. tak paham aku kenapa brg kalau rega murah kualiti tak bulehnk elok? why> why/?
baru ni kan gomen buat skim rumah pertama utk tolong golongan muda dan tak berapa muda beli rumah.. tup2 rega rumah terus mencanak2 naik.. haiyyaa.. untuk korang yg dah beli rumah berita baik la. tp utk yg belum hmm melopong la. watpe buat sekim tapi sudahnya tak mampu milik jugak? series masuk bulan 6 hari tu rega rumah mmg naik sgt2. aku stress sebab aku tak beli rumah lagi.
beli rumah ni mcm nk kawen gak la, kalau belum sampai jodoh tu mmg tayah ckp apa la.. takdenya. mungkin bukan rezeki kitorang lagi, blum jumpa yg berkenan. belum ada jodoh. so aku tahan je la telinga bila org tanya kenapa.
pagi2 pergi keja pun stress. jem cam @$%#%^*(^%$%#$%!# hari2 beribu org beli keta baru. aku pun plan nk beli seken car, pastu beli keta kat bapak aku sekali. habis tu cemana la jalanraya nak clear?

aku dah  berangan nk berhijrah je la kalau terus cam ni. pegi duduk kat norway ke, canada ke.. macam bes je aku tgk org duduk sana. lagipun negara2 tu mmg mengalu2kan org luar dtg duduk tempat dia..

cantik tak kg aku..? mcm cerita snow white.
ni  bakal rumah sewa kitorang.. feeling2 melayu kena la cari rumah kayu gak. pintu kecik tang tepi tu mengingatkan aku kat jamban kat luar rumah

aa ni rumah sebelah ada kosong lagi.. sapa nak? nanti aku kowtim dgn owner. deposit dia kata buleh bayar ansur2

 lepas ni cakap ikea lah aku heh! kawan aku ckp tak best sebab org norway tak cantik. heh ok apa so aku dan anak2 aku boleh la merasa menjadi antara mereka2 yang cantik haha
tapi norway tu sejuk melampau, aku ni spisis kena ekon ofis pun dah biru2 ada hati nk duduk kat tempat ujung2 dunia tu?.

ni tgh penin nak pilih rumah kat toronto. mahal sikit la tapi..

croatia pun mcm menarik tp negara komunis lagi ke deme tu? karang anak2 aku tak kenal masjid pulak
belah kiri kampung

belah kanan laut.. perghh. bangun pagi tayah gosok gigi terus mandi laut.

ke pegi syria sambung belajar agama? kurang2 jadi student ni dapat season pass asnaf + jihad. layak dapat bantuan zakat dan mati tgh jalan pun tak kisah sebab dah kira syahid tuh. ye lahh dok  harap org pulak nk bela kau.. ingat ni zaman khalifah umar ke??

sudah2 la mengarut.. ada org penah cakap kat aku, kalau kita tak suka pun, this is our tanahair, this is our battlefield. kalau aku pindah, mcm sama je dgn lari dari medan perang. tau kan apa hukum lari dari medan perang?

tapi kalau pegi belajar tak kira lari kan?
aku rasa kalau aku pegi jauh2 pun, somehow aku akan balik gak ke sini..
aku rasa lah..
mesti aku homesick.

p/s:terima jer seadanya........ bile dah terima keadaan dah mang camtu.... kurang sikit stress......
 - kenapa aku rasa ni abg ajies yg tulung tambah? hmmm bila eh aku tulis ni?

1 comment:

CidaZam said...

ni entry betul2 stress ni... hehehe...