Pages

Monday, June 27, 2011

ulang tahun

ahad lepas besday saya. atau lebih tepat lagi hari ulangtahun mak saya melahirkan saya.
so pagi2 terus call mak. tp mak saya lebih pantas, hantar sms selamat hari jadi lebih awal haha.
tp mak cakap dia sedih, sebab nenek saya passed away 25hb (Disember 2010).. dan hari semlm tokwan saya kawen baru.
hari tu saya ckp taknak selebret besar2an kan, tp kita hanya merancang.. rupanya tuhan lebih menentukan
hari ahad semlm budak ofis saja ajak pegi outing ke ulu langat. mandi sungai. saya pun pegi la sebab support maa.. kesia depa pat tahun dok plan tahun ni baru nak jadi. ok lah tempat tu. cuma saya tak berapa nk mandi. umar kan baru baik demam so tgk kakak-kakak dia dari tepi je la. lagipun umar penakut air. kena rendam sikit dan menjerit. haha.


my two mermaids..

bila saya pegi je tempat budak2 tu berkarok, tetiba lagu bertukar menjadi lagu hepi besday. memula ingatkan depa saja karoke lagu hepi besday. sekali rupanya mmg untuk saya. konpem utk saya sebab depa siap bawak kek sekali. hehe. buat2 terkejut jugak la walaupun saya sudah sound derang sejak 2 bulan lepas bila tarikh outing ini sudah konfem. sila bawa kek utk saya atau saya pancung kpi deme..haha bes kan jadi bos. tu baru jadi supervisa. esok2 saya jadi ceo tau la korang.
kedua, bila pegi rumah mak, adik saya beria bawa turun satu kotak besar. saya gurau2 tanya dia adakah itu hadiah besday saya. rupanya mmg betul mak dan abak telah  bagi saya hadiah yg amat mahal. hadiah hari jadi paling mahal saya penah terima ( selepas hadiah mak melahirkan saya..dan pandangan ayah yg penuh kasih sayang pada saya setiap masa..)  series, tak penah seumur hidup saya org bg saya hadiah semahal dan sebesar itu. TERIMA KASIH MAK dan ABAK.wahh terharunya saya sehingga terasa mahu mengalirkan airmata.. semakin berseri lah saya selepas ini kerana akan selalu minum air berteknoloji nano.
hadiah abg ajies tak perlu lah saya war-warkan. pasti ia lebih bermakna walaupun tahun ini beliau menjalankan tugas sebagai suami yg sgt prihatin sekali. dia tidak wish langsung kerana menghormati pendirian saya yang tidak berapa kesahkan hari jadi sendiri. agaknya lah.
abg, berterimakasihlah pada saya kerana sudah tolong memberikan alasan yg baekkk punya ini.
apapun, terima kasih tuhan, kerana masih memberi ruang kepada saya utk meminta ampun dan menyedarkan diri..
terima kasih semua..

1 comment:

pizli.mw said...

Happy Belated Birthday! :D