Pages

Wednesday, June 01, 2011

Hukum Karma

org kata 'what you give, you get back'
korang rasa betul ke?
aku rasa betul, sebab dah byk kali gak jadi kat aku. (kat abg ajies tu kira aku lah jugak)

beberapa tahun lepas, keta yg kitorang baru beli kuar kedai abg ajies dah langgar bontot satu BMW. yes BMW. bygkan rabaknya poket nk bayar tuan dia. dah la duit dah abes byr downpayment keta baru.
tapi dengan takdir Allah Taala, tuan keta tu dgn baik atinya ckp tayah bayar. siries aku respek, hats off kat dia. mungkin dia kesian tgk muka kitorang yg 'beleh' ni. aku lak pakai baju kurung buruk hari tu.

dan
beberapa minggu lepas, keta aku kena sondol dgn bas intrakota. mmg kemek pintu belakang siap ada cat biru. drebar bas tu minta jgn repot, dia nk bayar kos repair. tapi lepas dia dpt gaji la. kitorang pening gak, nk repot ke tak. kalau repot pun , mmg la buleh claim insuran utk repair tp nk claim insuran bas mmg akan amik masa la. lg satu kalau repot karang kesian pulak budak tu kot kena potong gaji ke kena buang keja ke.
so cukup hujung bulan aku tanya abg ajies, bila nk repair keta? dia diam je. 2 3 hari lepas tu dia pegi beli cat itam pastu spray kat keta. setel. bukannya keta tu takleh jalan.
aku sokong perlakuan dia tu. kereta bukan segalanya. itu semua reta dunia je.

tapi hari2 aku semayang dhuha dengan tak malunya aku minta kat Allah Taala bagilah aku honda stream sebijik cukup lah.

2 comments:

pizli said...

Ini what you get you give back ni hehehe.. Baguslah macam tu.

CidaZam said...

aminnnnnnnn... ahahahah....