Pages

Wednesday, June 22, 2011

Daulat Tuankuu!

satu dunia tahu abg ajies bukan lelaki bunga2an. tak koser dia nk belai2 rambut aku sambil tanya 'how's your day?' tp aku tau sepatah ayat dia 'makanlah' cukup bermakna bagi org yg tak byk ckap dan selalunya lebih byk bercakap dengan mata dari guna mulut.
tp kadang2 aku rasa tak best sebab tak cukup geng nk bergosip,
asal aku buka mulut je 'eh bang, tau tak tadi kan .. blablablaa..' pasti dia jawab dah  la tayah amik tau hal org. full stop.
dan bila aku rasa down sgt tp dia buleh buat tatau ja.. mula la aku nk tulis surat kat dia.
dan dia jarang balas email aku.
tp hari tu dia email aku benda ni. kira blanket answer la kot eh.


terima kasih Tuanku kerana selalu mengingatkan aku.
Wahai Isteriku


Wahai isteriku,

Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu

aku tidak mampu memberikannya selalu

kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya



Wahai isteriku

Haraplah pada Allah SWT

KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku

agar aku menghargai dirimu



Wahai isteriku

Jangan sesekali kau menangis keranaku

tetapi menangislah kerana Allah SWT

yang kekadang kau lupa akan diriNya

kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku



Wahai isteriku

Aku takut meletakkan harapanku kepadamu

kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT

untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku



Wahai isteriku

Aku takut menghargai dirimu

melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT

kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT



Wahai isteriku

Dikala kau bersedih keranaku

ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah

kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya



Wahai isteriku

aku tidak mampu membahagiakan dirimu

kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu

tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu



Wahai isteriku

simpanlah air matamu hanya untuk Allah

bukan untuk diriku

kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah



Wahai isteriku

sesungguhnya aku menyayangi dirimu

hanyalah kerana Allah SWT

yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu



Wahai isteriku

sesungguhnya aku menjadi penemanmu

semata-mata kerana Allah SWT

yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya



Wahai isteriku

Sesungguhnya aku juga insan yang lemah

yang sekadar memiliki kudrat

hanya atas apa yang Allah izinkan untukku



Wahai isteriku

tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT

pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku

untuk menghargai dirimu



Wahai isteriku

semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah

oleh Allah SWT

dengan semata-mata mengharapkan diriNya



Wahai isteriku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah

lebih daripada mencintai diriku

Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,

kau bukan sekadar mencintai diriku,

malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja

sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.

Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.






Hasil Nukilan oleh : Tok Lela

2 comments:

CidaZam said...

mesti hati berbunga... plus blushing2 pakai blusher mac... hehehe...tak pa, dia simpan rasa chinta tu... sekali bagi pasti di kau ingat. Anyway diff org diff caranya... tapi jangan jadi abang saleh yakob je... kita nampak simpan tapi tuk org lain harus di kau ajar anak2 mu karate kid... heheh....

Che Ta said...

ke ekskius? miahahahaha