ok demi kawan2 yg selalu merasa hidupp mereka sempit, saya nk listkan 20 amalan mudahan2 terbuka pintu rezeki (dicedok dari majalah Aniqah 12/2010)
1. jgn tinggal ibadah wajib. jgn bg alasan takde masa ye. takdenya Allah tutup pintu rezeki kita kalau kita break kejap utk solat. lgpun solat zohor buleh je time lunch break, dan solat asar lepas habis ofis hour kul 5.30 tu.
2. banyakkan istighfar.
belajar2 la sedar diri ye dak?
3. tinggalkan perkara dosa.
esp kalau keja kita mmg terang2 buat dosa atau ada unsur2 syubahah mungkin perlu consider/
alamak kena stop blogging kat ofis lah ye hehe
4. sentiasa ingat Allah.
kita ingat org, org pun ingat kita lah kan
5. berbakti pada ibubapa.
ingat doa ibubapa paling makbul! minta mak ayah doakan kelapangan utkk kita
6. berbuat baik dan menolong org yg lemah. Sabda Nabi ' tidaklah kamu diberi pertolongan dan rezeki melainkan kerana org2 yg lemah di keliling kamu' doa org yg berterima kasih kat kita pun not bad tau.
7. menunaikan hajat org. sesiapa yg menunaikan hajat saudaranya insyaallah Allah akan menunaikan hajatnya.
8. banyak berselawat. Allah suka org yg bayk ingat pada kekasihnya. byk2kan lah amalan yg Allah suka termasuk no.1-7
9. buat kebajikan byk2.
10. mula kerja/projek awal pagi. waktu pagi tu byk keberkatannya.
11. menjalin silaturrahim. bawak2 la kenal2 jiran sebelah. daftar nama utk join geng surau kalau belum. 'Barangsiapa yg ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya hendaklan ia menghubungi saudara-saudaranya:
12. melazimkan kekal dalam keadaan berwuduk
13.byk bersedekah. Sesiapa yg memperbanyakkan pemberian nescaya Allah akan membanyakkan baginya.
14. mengamalkan solat tahajud. tgh mlm time perfect utk meminta dari Allah.
15. melazimkan solat Dhuha. sesungguhnya pada waktu Dhuha itu ada keberkatannya. Allah dah janji 'wahai anak Adam, jgn malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (dhuha) nanti pasti aku akan cukupkan keperluanmu pada petang hari'
16.byk bersyukur. apa yg kita ada, bersyukur dulu.
17. mengamalkan zikir tertentu - e.g ayat 1000 dinar, nama Allah "Ya Fattah", baca surah al-Waqiah setiap malam. ni kena cari lagi, tanya pada org2 yg lebih alim. (tahu)
18. byk berdoa. Allah dah kata Dia suka kalau hambaNya minta kat dia, bukan minta kat org lain. kalau hati kita dah terbuka untuk berdoa tu insyaallah akan diperkenankan. cuma mungkin belum sampai masa. jgn give up.
19. berikhtiar. dah doa tu kena la ikhtiar kan, kalau takde keja kena la cari keja. dah ada keja, kena keja baik2..
20. and last sekali - bertawakkal. maknya serahkan sepenuhnya pada Allah Taala kerana Dia lah sebaik2 pengurus hidup kita di dunia ni. percaya Allah akan bagi kita yg terbaik kerana Allah hanya create yg terbaik.
biasakan zikir 'hasbiallahiwanikmal wakil..' 'la qaulawala huwwataillabillah' etc please get the full version. aku bg cth je. i cannot write the whole here.
lagi satu kena ingat, kdg2 sebelum Allah bagi, dia akan uji dulu.
ramai cakap kalau kita belajar amalan2 atau ayat2 yg nak tambah rezeki ni mmg kita akan diuji. contohnya korang akan jadi 'sempit' giler, mcm2 hal terjadi, duit tak cukup.. tp kalau sabar insyaallah lepas tu akan dapat lebih.. sabar je la kunci utama. and dok dendiam jgn citer2 kat org tgh sengkek giler ni. if u trust God, insyallah ada bahagian kamu..
ok hope it helps. sama2 lah kita.
' jalan keluar (dari segala perkara yg menyusahkan) dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya' - At-Talaq ayat 2-3
1 comment:
Terima kasih for this.
Post a Comment