Pages

Tuesday, June 14, 2011

Saya Yang Menurut Perintah

1. Sebagai wanita Islam, semua Isteri WAJIB taat pada suami masing2. jadi keahlian kelab Taat suami tu patutnya secara otomatik kepada semua isteri dan untuk tempoh seumur hidup. or at least as long as you hold the title.
2. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda 'andainya Allah benarkan seseorang manusia itu untuk sujud pada manusia lain nescaya aku arahkan para isteri untuk sujud pada suami masing2' lebih kurang gitu la. so nampak sgt kan kat mana martabat seorang suami pada isteri. u dun need a presiden to remind you. a good hasben will always be uphold, as long as he is being good. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, remember?
3. tapi itu bukan lesen untuk suami untuk buat lebih kurang pada isteri. isteri akan ditanya nanti tentang hak2 suami yang tidak ditunaikannya, manakala suami pulak, bukan setakat hak isteri dan keluarganya tapi juga akan disoal sebagai pemimpin dan pemegang amanah Allah. sesungguhnya isteri(2) dan anak2 itu adalah amanah dari Allah. berani kau nk sepak terajang 'hak' Allah?
4. seks bukan segalanya, tetapi tetap mendapat tempat antara yang terats dalam rumahtangga. seks antara penambah seri atau boleh jadi virus paling padu. eh bukan merefer kepada sesiapa.
5. pendidikan seks itu juga penting dalam membina keharmonian rumahtangga. kerana yes, masih ada yang tak berapa reti. jgn ingat anda tahu, org lain juga tau.
6. tak perlu bgtau satu dunia saya pakai seksi utk suami. 'seksi' pada mata suami saya mungkin tak sama dgn mata suami kamu. saya mungkin pakai jubah dan purdah dan bbm suami saya bgtau dia satu rahsia. dan dia rasa itu seksi. saya juga mungkin vacuuming the carpet, wearing the least of cloth, but suami tak pandang pun sebab lebih khusyuk layan game liverpool vs chelsea, or tgk jambu kat maharaja lawak
7. bila anak2 masih kecil dan perlukan perhatian mmg tiada masa mahu berseksi2 hatta di malam jumaat atau malam ahad sekalipun. lebih baik pakai sesuatu yg memudahkan touch n go.
8. ok cukuplah pasai baju. mari cakap pasal aksi pulak. sukan air sepatutnya satu riadah yg memerlukan kerjasama berpasukan. mcm gimnastik berirama gitu. so tak berapa nk guna kalau sorg je yg terel tp sorang lagi asyik kena tinggai. tak paham sudah.
9. niat yang baik sepatutnya digarapkan dalam bentuk ayat yang lebih menarik, bukan kontroversi. pendedahan yang melampau terutama melalui media akan menggambarkan seolah2 lelaki islam takde keja lain selain nk me***tutt**. dan perempuan islam pulak tak lain setakat jadi alat dan hamba seks? isit wat u want people to see us? its already circulated in the fb, this so-called fan page to 'save' the women. do we, muslim women really need to be saved? we, muslim women are honoured and given the rise in status when we choose to marry!
10. taat seorang isteri itu adalah apabila dia tidak melawan teguran suami. memberi pendapat atau menjelaskan situasi bukan melawan, cuma kdg2 bila emosi melanda mmg la pitching terlebih sudah. jadi adalah lebih baik diam dan dengar dulu apa suami cakap. karang lepas urut2 tu baru la justify balik. alah mcm tak biasa kann..
11. taat seorang isteri apabila ia amanah menjaga harta suaminya, rumahnya, tidak mengizinkan org yang suami tak suka masuk ke dalam rumah etc. ok you'd covered it in your kursus kahwin dulu kan.
12. taat seorang  isteri adalah apabila tidak bermasam muka bila suami ckp tahun ni baju raya sepasang aje. ok lah tu dari tahun2 lepas kena beli sendiri.
13. taat seorang isteri adalah apabila tidak menyimpan rahsia dari suaminya.kecuali perkara2 yang perlu dirahsiakan buat sementara waktu hahahah. ok no, that should not be. those shoes under your ofis table, baju anak dlm laci, new handbag dlm tempat sayur kat esbok should be declared. slowly. one at each time.
14. taat seorang isteri adalah apabila meletakkan suami sebagai prioriti paling utama.  not your parent, not even your boss. not you children either. and not yourself. percayalah, bila isteri mengorbankan segalanya untuk suami, God will take care of the rest. even at times you'l find that you just cannot accept it (everything not in our favor ofkos cannot accept kan..), husband's decision will somehow proved that they'r right. (yeah i hate that too.) Except when you both are lost and GPS not working, then hasben should listen to their wife. women intuition is proven better.
15. org tua2 pesan kalau nk jaga suami, jaga 2 perkara : 1. perut. 2. bawah sikit dari perut.
tapi i nk tambah lagi nomot 3: tido. esp kalau suami jenis tido takleh dikacau. tayah kejut kalau tak perlu. sekaligus menjaga hati isteri dari kecik hati dgn suami pulak. karang2 bangun la tuh.. tp check je la kot2 tak bangun2 langsung. tp term 'perlu' tu subjektif. pada isteri mungkin perlu tp pada org yg tgh syok tido mungkin 'tahapa2'.
16. komunikasi. ni la kunci utama. isteri perlu tahu kenapa dia taat, taat pada apa. selalunya ni masalah org lelaki, dah mmg spesis tak suka ckp byk kan depa ni. bila isteri tanya, 'eh ikut je lah! byk tanya pulak!' isteri sekarang dah terpelajar, mana boleh terima hipotesis bulat2 gitu dah, kena tau usul dan punca baru otak dia boleh digest. sekurang2 nye pun bagilah hint yg sgt obvious supaya senang kitorang nk teka.
17. isteri yang taat pada Allah insyaallah akan taat pada suaminya. sebab itu pilihlah isteri kerana agamanya.
18. taat itu sepatutnya dtg out of respect. bukan taat kerana takut kena dera.
19. last2 semua ni balik kat suami juga. suami yang baik adalah pemimpin yg baik. pastinya dapat memimpin kelurganya untuk patuh dan taat kepadanya.
20. tiba2 terfikir kalau join kelab tu tak ke mcm wujud ujub dan riak. eh aku isteri taat taw.. exco lagi.. kau ada?

saya rasa tujuan utama adalah mendidik isteri supaya jadi isteri yang lebih baik, cuma kontroversi dan cara penyampai yang munkin kurang sesuai.

ada soklan? kalau nk tambah pun silakan. mungkin anda ada pendapat yg saya tak nampk. elok kita kongsikan bersama.

2 comments:

pizli.mw said...

Saya LIKE this post.

CidaZam said...

sesuai la kamo menjadi president... hahaha... we should change our group namekan??? hehehe....

"kelab isteri sabar mendapat suami yang penuh hujah2..." lalalala