Pages

Monday, September 25, 2006

amalan di bulan ramadhan

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Sholat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan banguntepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Sholat Tahjud,Sholat Taubat dan Sholat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi / 5.15 pagi makan sahur.
10. Jangan tidur sesudah sahur.
11. Sholat Subuh berjemaah di Masjid.
12. Tadarus pendek.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan sholat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Sholat Dhuha.
16. Lakukan Sholat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca SurahAl Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jamdiwaktu sahur)
18. Sholat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21. Sholat Asar berjemaah di Masjid.
22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang tidak melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmuatau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau denganbuah kurma atau buah tempatan.
24. Segera Sholat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Sholat Isyak dan Tarawikh secaraberjemaah.

Kelebihan-Kelebihan Yang Lain
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

No comments: