sejak posa ni aku tido awal. pukul sepuloh paling koman dah beradu. sampah tak sapu belakang cerita.
selalunya sebab umar dah setat tenyeh2 mata, so aku pun join la sekali. karang nk bangun awal lak.
kalau rajin masak la nasik siap2. kalau tak rajin kena la set jam awal sikit dalam pukul 4.30 gitu. aku ni pesen selagi sinki tak clear aku takleh masak. so sambil2 potong bahan sambil tumis sambil basuh pinggan cawan. tu yg lambat skit nk masak pagi2.
yg kesian kat abg ajies dan kakak2 umar. boring punya pasal habis satu rumah depa kencah.
bangun pagi mmg terkejut aku tgk rumah dah tak serupa rumah org normal. luruh jantung aku eh..
pagi tadi aku terjaga tgk2 budak dua org tu dok main apa tah lagi.. habis satu bilik dah mcm tongkang karam! aku sound taknak dengar haa amik kau aku libas dgn towel sorang2 ha baru mengelabah nk tidor. tgk jam - pukul 2 beb! aduhaii
eh eh ada org main game tgh2 mlm ni? ok la tu sambil tembak2 tu sambil zikir..byk pahala qiam di bulan puasa ni kan.
hari ni hari jumaat. patutnya semua org rasa gembira bila jumaat sebab lunch break lama dan esok akan cuti 2 hari. tapi aku dah tak rasa apa2. stress lagi ada sebab
1. ptg karang sure jem tak hengat dan kemungkinan besar akan sampai rumah time org azan.
2. satu rumah atas bawah sedang menagih kasih sayang ku..huhuhu
tengok, mana larat aku buat la..
No comments:
Post a Comment