Pages

Tuesday, May 03, 2011

selasa yg mcm isnin

memandu di kuale lumpur mmg mencabar. hari2 ada je terserempak spisis yg macam tak pernah masuk sekolah memandu. kdg2 mcm tak pegi sekolah kebangsaan langsung pun ada.
aku selalu rasa kalau kita buat baik terutama masa memandu insyaallah Allah akan mudahkan perjalanan kita.
macam kalau ada org nk masuk depan kita kasi je la. bukan rugi byk mana pun. eh macam dah byk kali tulis ayat ni. aku mmg suka citer byk2 kali kan?
kat jln nk kuar ke jln besar dari kawasan rumah aku sekarang mmg jem sgt. pukul 6.45 dah terhegeh2. so aku, being smart, mestilah ikut short cut. aku tak rasa bersalah pun sebab dgn ikut jln itu aku akan terus masuk ke lorong yg benar, jadi aku tak menyusahkan pemandu lain sebab aku takkan nk kecoh2 berebut nk tukar lorong karang. aku rasa mereka akan berterima kasih kalau mereka tau cerita yg sebenar dari hati ke hati.
macam biasa, jln short cut mesti juga lama kelamaan akan terbau jua. jadi lama2 que nk ke jln besar akan jadi panjang. dan aku kena buat perangai macam pemandu lain yakni mengambil jln pintas lagi satu. tak jauh, sebelah tu je, tp tgk macam 'senang' sebab itu main road jadi tak perlu menagih belas ikhsan utk jalan dulu..
bila berada di 'other side' aku otomatik jadi kesian kat org yg duduk di tempat aku duduk dulu. jadi akak pun berbaik hati take turn dgn sabar. sebab selama ni kalau aku nk kuar pun, angkat tangan lambai2 sikit insyaallah ada org bagi jalan, so ni  kira turn aku la pulak balas balik kan? org kata, keep the 'chain' going gituu.
dan alhamdulillah juga, bila tidak berebut dan tamak, takde la nk stress2. dan tgk2 van kat sebelah nk ke seberang masuk lane lagi satu, jadi otomatik dia dah halang keta dari kanan maka akak dptlah melajuu menonong masuk ke jln besar. breeze..
tah kenape aku rasa org yg amik short cut tu semua macam masih ada timbang rasa. tak macam org yg pandu straight dari jln besar sanun. jgn harap le derang nk kasi kau masuk..

No comments: