I love travelling.
Sight seeing, and every in between.
Eating in particularly.
Mestilah kan, ai kan org Malaysia bab makan mana buleh tinggai. Nak pulak bila pegi tempat2 yg femes dgn bahan makanan maka agenda wajib adalah menerai segala makneka makanan yg asli itu. Kat kl pun ada, tp tah version ke berapa dah..nk pulak kalau pegi tepi laut makanya segala ikan udang siput dan seafood segar2 nelayan baru bawak balik dari laut.. hmmmm.. tidak perlu cerita lagi.. air liur sudah cukup menggambarkan segala nikmat.
Kalau gerak pagi2 ikut jalan biasa boleh singgah brekfes roti canai kat kedai kopi tepi jalan kat mana2 kampung yg kita lalu tu. Nasib baik dapat kopi janda. Eh kopi janda yg iklan kat tv tu boleh tahan la jugak.
Me and hasben jenis yg free and easy. Kalau berjalan mmg takde agenda utama. Pendek kata, takde main plan. Main redah aje. Ikut gerak hati. Tapi mata mau cekap aa.. pantang nmpk apa je tepi jalan kena berenti tgk dulu. Espesyeli kalau ada durian atau cendol. Atau kedua2 nya sekali.
Makan durian kampung tepi jalan mmg syiokk.
Tp saya makan 2 3 ulas je la. Tak koser nk balun sebiji tu sorg2.
So abg ajies malas nk berenti sebab tak feel katanya layan durian sorg2.
*sebab sebenar-benarnya ialah dia malas saya bising karang dia burp atau kentut dlm keta, kalau makan berdua taklehlah saya nak salahkan dia sorg2 :-p
Tidur pun tak kisah. Hotel murahan boleh saja. Tapi setakat ni belum pernah la lagi sampai tido kat rumah tumpangan ah kow yg kat atas kedai makan tu atau tido kat masjid. Buat masa ni Alhamdulillah ada rezeki lagi nk duduk hotel. Cuma kdg2 saya teringin gak nk tido kat masjid. Cari pengalaman. Tp bila bawa beg tangan 3 serangkai ni mmg tayah la kot. Silap2 esok org kampong kena berdiri tegak subuh2 sepiee bila aisyah nyanyi lagu negaraku kat tempat org azan.. macam mak dia kecik2 dulu hehe. Sampai sekarang mak aku dok ungkit citer ni.
Tapi satu je masalah, saya seorang pencinta sejarah. Jadi bila travel mmg tak boleh tidak akan kaitkan tempat2 itu dgn sejarah yg saya pernah belajar/tau. Cthnya kalau pegi ke perak mesti gedik nk singgah tengok istana-istana buruk, sg tempat birch kena tikam, stesen ketapi. Mcm2 lagi lah. Tapi abg ajies tak suka. Buang masa je, takdak pekdah pun dok pi tgk kubur org mati tu wat pe katanya. Singgah kedai kopi lagi baik.
Elehh… ajak naik keta kabel kat langkawi pun tanak..gayat le tuu.. balik2 nk mandi laut je keje..
Aku mmg suka tgk benda2 purba cam tu. Tgk jalan ketapi pun dah teruja, sebab jln ketapi tu dah wujud since zaman british dulu lagi.. macam awe sgt benda tu ada lagi sampai sekrang. Kalau duduk tepi sg or laut Selat Melaka mesti bygkan dulu kat situ penuh dgn kapal2 dagang..mcm cite merong tu. masyhurnye tanah melayu ku ini.. dulu la
Pastu stress sorg2.. sebab tengok org melayu.. org islam.. sekarang ni.. sayang sgt.. kita macam tak tau menghargai apa yg kita ada.. sebok kejar apa yg org lain ada.. sebok nk jadi org lain..
Ok dah.. stress dah mai dah..
Aku rasa2 mcm nk pegi singapora. Shopping tu seken hal la, beh gak kan time derang wat sale. mcm nk jejak kg gelam.. tp karang aku stress lagi. according to this writer, tempat tu dah jadi disko dah..takdenya ‘heritage’ dah.. masyaallah.. teringat lagi dulu2 kecoh masa kerajaan Singapore nk pindahkan kerabat yg duduk kat istana situ.. I dunno where are they now. Balik Malaysia kah? On second thought mcm takde benda nk tgk kat Singapore tu. Takat shoping komplek kl pun bersepah. Sentosa island? Hmm pantai cenang always di hatiku..might go phuket aje. Maybe bila anak2 besar sikit okay lah kot to give them the experience. It doesn’t really appeal to ai yg dah remaja purba ni hehe..
Org Singapore, any suggestion?
No comments:
Post a Comment