Pages

Thursday, February 21, 2013

Steambot DIY

tgh cuci mailbox, terjumpa lak resepi stimbot ni..
letak sini je lah eh kot sapa2 nk wat stimbot sabtu ni, boleh start plan dah..

bahan2an untuk sup:


1 rangka ayam
1 batang carrot
3 batang (stalks) seleri
2 kiub ayam
air satu periuk

Cara buat sup:

Bersihkan rangka ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama carrot, daun seleri dan kiub ayam. bubuh sedikit sahaja garam ataupun sos ikan. kemudian rebus guna api sederhana selama dua jam. lepas sejam, kecikkan api supaya air rebusan tidak kering. titiskan sedikit minyak bijan. jangan banyak sangat nanti kuat lak bau dia. kemudian asingkan sayur2 tadi dan ambil sup masukkan ke dalam rice cooker. kalau ada periuk steamboat, masukkan dalam periuk steamboat dan letak atas dapur kecik dan bubuh atas meja.

untuk bahan2 steamboat, terserahlah kepada kesukaan masing2.

setelah semua bahan2 steamboat siap dibersihkan dan dicuci, susunlah atas dulang ke atau pinggan. apabila sup didalam periuk nasi dah melegak, masukkan dulu bahan2 yang keras.

untuk sos cilinya, kisar 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 7 biji cili merah, bubuh sedikit air sup ayam tadi ke dalam blender dan trrrr sampai halus. oh ya jangan lupa bubuh sedikit gula dan garam. ada orang bubuh cuka. kemudian trrrr lagi sampai puas hati. tuang dalam mangkuk.



masa nak hidang, bubuhlah sedikit sos cili ke dalam mangkok dan kauplah bahan2 yang telah direbus dalam periuk tadi. kena siapkan kipas angin kat sebelah sebab bukan sup jer yang panas dalam mangkuk tapi kita pun berpeluh2.



oh ya ada orang suka di hujung makan bubuh pulak maggie kering ataupun mihun/mi. biar masak sikit barulah kaup bubuh dalam mangkuk. selain itu last sekali pecahkan jugak telor ayam sebjik

1 comment:

CidaZam said...

ok we all datang umah sabtu ni... hahahha....