Pages

Wednesday, February 27, 2013

Da'ie

Assalamualaikum,

semalam tetiba ada kesempatan berbual dgn bos tempat lama
dia cerita di ank pegi Masjid Negara, ada saudara baru nk masuk Islam.
dah masuk dah pun sebenarnya, cuma nk pegi formalised kan aje.
tp tak jadi for some reason.
Dia ada sebut pasal tanggungjawab berdakwah. kita setiap org Islam ni sebenarnya WAJIB berdakwah.
bukan kena tunggu jadi ustaz atau pass sekolah agama baru nk kena berdakwah.
kena faham tu..
dan kena faham juga apa itu dakwah
kena ingat esok2 kita akan ditanya -
dan kawan2 non-muslim kita, jiran2 kita akan tuntut dari kit - Why kita tak pernah dakwah kat diorang semasa hayat dulu?
haa cmane nk jawab tuh???!

pada saya la
dakwah ni byk cara
bukan semestinya pergi cakap kat setiap org 'Oiii jom masuk Islam oiii!!'
dakwah perlu kena caranya

dan yg paling pasti.. kena dakwah diri sendiri dulu
dakwah keluarga kita dulu
didik diri kita, keluarga kita solat dgn betul, mengaji dgn betul
ajak org pakai tudung ke... tp cakap elok2 la..

ajak org mencari yg halal pun saya rasa salah satu  bentuk dakwah jugak
ajak org ckp elok2, kurangkan maki2 semua tu..

macam saya,
saya rasa belum mampu nk pegi ckp kat non-muslim kat ofis ni, i dun even know how to brought up the topic. karang dikata langgar hak asasi atau racist pulak kerana membawa hal agama ke pejabat.
nk dakwah kat jiran sebelah, hmm bersembang pun tak penah hahahha baguih punya jiran kan?

tapi apa yg saya mampu buat sekarang ni adalah berdakwah melalui perbuatan. i.e tunjukkan akhlak yg baik. mudah2 dari situ mereka akan tertarik dan menarik. insyaallah.

sebenarnya, the main reason saya buat blog ni pun deep inside untuk tujuan 'dakwah' kat kawan2.. ni je lah investment saya. kecil2an je lah pun, harap2 adalah pulangannya.

Wassalam...

No comments: