Pages

Wednesday, December 28, 2011

Commercial break

Cruising down the supermarket aisle, Aliya happily sang 'harummmnyaaa carrie junior!!' Oblivious to the crowd around her.
When I stopped at the freezer and tossed the mini cornetto into the trolley, Aliya dengan girangnya mengeluarkan statement
'Mummyy memanggg Bijakkk!!'

Ye.. Bijak..bijak..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 27, 2011

anak mami

anak-anak kecil mmg masih suci
jadi mereka hanya akan berkata yg benar sahaja
tiada yg tidak benar melainkan benar belaka..


dah 2 hari Aisyah mengulang benda ni..

sedapnyaa mami  masak..
sungguh cantik si rama-rama..

(dia nak pantun sebenarnya. tapi terbalik pembayang terdatang kemudian.)

kemana tumpahnya kuah sup kalau tak ke pinggan aisyah..

Monday, December 26, 2011

selama hidup, aku banyak belajar dari pengalaman org lain. tak kira real punya atau setakat dalam pilem.

contohnya
1. bila Fahri diuji sampai kena masuk penjara (Ayat-ayat Cinta),


Apa salah saya sama Allahu
Ingatlah lagi siapa dirimu
apa yang kau lakukan selama ini
tidakkah kau sombong fahri
kau merasa paling benar
kau merasa paling suci
bahkan dihadapan istrimu sendiri
kredit to :http://thelandaboveus.blogspot.com/2010_08_01_archive.html


dan semasa dalam penjara itu baru dia sedar kenapa. kerana dia dalam tak sedar, ada sedikit rasa tak redho dgn isteri dia yg kaya raya dan bagi dia macam2. kira sikit2 ada la kufur nikmat  gak kot? sebab apa2 pun kan rezeki tu datang dari Allah juga.. tp last2 isterinya si Aisyah juga yg susah payah nak selamatkan dia, siap berkorban bagi kawin lagi satu.
but at the end.. after all the hardships.. dia bahagia. dpt 2 bini sekali tuh!
and Aisyah, terus jadi isteri tunggal bila si no 2 tu passed away..

2. Citer drama Jiwa Lara

aku selalu ingat scene masa Jiwa aka Dato' Bachtiar Mursyid ke apa ejaan nya tu ckp kat Lara (kot) bila depa jumpa balik. tak ingat skrip penuh but its something like after all these years going through all the hardships, he begin to understand why God has put him in this path..

3. Tun M, in his book lamented that he actually wanted to do law degree at first place but offered medicine instead. he has no choice but to accept it. but later, when he became the PM, he now realized how much his medical practice and knowledge helped him to produce a successful remedy to his rakyat..


kita sering diuji dengan sesuatu yang kita tak suka
tapi kita tak tau sebenarnya ujian itu adalah peluang dan kelebihan yg Tuhan turunkan kepada kita untuk menjadi yg lebih baik di masa hadapan.
kita manusia mmg tidak sabar, semua nak sekarang
tapi Allah itu Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk kita ada semua apa yg kita nak sangat tu.

Wallahualam


Saturday, December 24, 2011

super junior mastechef malaysia

penangan masterchef malaysia


sebab taknak kasi kanak2 bawah umur ni menyebok kat dapor, mummy kasi lampu hijau untuk main  masak2 kat ruang depan. takpelah berkorban sikit mengemas kejap lagi asalkan takde yg terpercik minyak ke cili padi kat mata ke..
mentang2 mummy kasi je, teruss meluru amik segala periuk belanga mummy eh!! licin segala kat kat dapor tu derang angkut ke depan!
opss.. not that bekas kaca ye chef!

dan selepas lengkapkan 'kelengkapan' aku terdengar skrip seperti ini
'Alongg.. cepat masak!
Kita ada sepuloh minit saje ni!'

Along : ye syef.. saya masak nasi goreng sos cili
           saya letak cili ye syef..
          haa syef, sekarang saya nak letak sotong..!

macam penah ku dengar kan..? ni imelda junior ke muahahahaa

Friday, December 23, 2011

Ada vs tiada


yupp its soooo very true..

2011 has been very challenging to us. especially towards the end
the ride was getting bumpy and bumpier and heavier
we'r having hard time looking for places and things to hold ourselves

but, out of that
i thought its fun to have a bumpy ride once a while
boleh goyang2 badan and enjoy a 'different' kind of ride
surprisingly, nobody complaining
the kids are having fun too
they'r laughing and jumping
and i found myself holding on tighter to my other half ..
and he too..did the same to me.
each day, we look at each other and smile reassuringly.
words are no longer necessary.
we feel loved. and its growing more and more with each bump
and that's all we need most.

ketidak-adaan ini banyak menyedarkan
membuka mata dan lebih menghargai apa yg aku ada
Hasbiallahiwaknikmal wakeel...
Cukuplah bagiku Tuhanku..

hope you found yours too..!


Thursday, December 22, 2011

berapa kali nk cakap.. tayah la percaya bulat2 apa yg korang baca
tak kira la kat blog ke, fb ka tweeter ka
hatta kat sokkabar sekali pun. both harakah and utusan sama ja.. apa2 selidik dulu
selidik tu makna nya mencari kebenaran di tempat yg betul, bukan setakat korang 'bincang2' kat fb pastu buat konklusi sendiri.

contohnya benda ni//

sapa boleh konfem betul ke org 'dalam' lhdn yg tulis tu?
kalau betul ke dia org lhdn pun, betul ke dia betul2 'terlibat' dlm projek ni
kalau betul dia terlibat, mmg aku sedih la ada pegawai yg berfikiran pendek macam ni
sebab projek ni high-level, dan yg terlibat semua high-profile
dan sebab masa awal2 tu, perkara ini dikira sebagai 'classified', bukan semua orang dapat akses kepada maklumat yg terlibat. org masuk  meeting je yg tau citer.
dan selalunya.. yg kedengaran cuma angin2 je.. especially yg ter pass ke bawah
pastu sukasuki la nak assume kan..

please la... org macam ni semua benda nk buruk sangka
bila kerajaan bagi duit kata macam-macam
kalau tak bagi lagi la kuat mengata kan?
dah org nak bagi tu, amik je la.. rezeki
dah nama pun bantuan sekali ni je kan, mana boleh lhdn nk tuntut cukai dari korang kalau gaji korang tak cukup haul?
nama je keja lhdn.. takkan tu pun tak boleh paham? ntah ye ke tak org lhdn ni..
ke kau sakit ati sebab kau tak layak??

lagi satu, dah kerajaan kata SEMUA org yg gaji isirumah bawah $3000 layak dan akan diberi bantuan, sapa pulak pandai2 cakap org gaji bawah $1500 tak boleh terima? mandai22 je..
dulu isu $1500 tu asalnya cadangan utk org bujang, tapi lepas tu komiti dah decide org bujang with certain criteria je yg dikira layak. so isu gaji $1500 tak timbul sebab final say is pendapatan isi rumah $3000 dikiran layak.
sama la mak aku pun dok ingat benda ni macam org terpilih je akan dapat, tapi diorang isi je lah borang tu. itu yg aku dok bagitau dia, ini bukan cabutan bertuah la mak.. semua org yg layak akan dapat laa..

tapi cara mcmana lhdn nk bayar tu aku tak sure la, cabel dah putus hujung2 tu hehe
sebab asal2nya nak bank-in terus, tp aku tengok final borang tu takde pulak ruangan no akaun bank. takpe.. kita tunggu je nanti.

kalau tak sure, atau nak tau lebih lanjut tekan je nombor hotline BR1M tu, kan senang cakap direct dgn org yg betul2 terlibat. bukan org yg dok 'dalam' tapi taktau apa2..

Blues di pagi kamis

Dengar lagu poie pokan blues gang pagi2 ni buat aku terasa nak p PD pulak ;-p
Mmg laut dia tak best nak mandi tapi angin pantai teluk kemang, tg tuan dan pasar malam hari sabtu semua tu menyimpan banyak kenangan
*kedengaran lagu ombak rindu kat background
.
.
.
.

Ok dah dah off mode jiwang!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 20, 2011

puding roti sempoi

semlm ada org minta resepi puding roti kat aku
hahaha
ok sila lah gelak guling22...
ada kaa.. dlm byk2 org, AKUU????
aku penah la buat.. sempoi, cincai2 ja
sebab ada roti lebih +sayang nk buang+ nk test oven + nak test baking tin cenonet yg baru beli
lagi pun puding roti ni kira antara resepi menda2 yg konfem jadi lah kiranya - keras boleh makan, lembek2 pun boleh balun gak haha
pastu suka2 hati nk taruk apa dlm tu, sebab aku je pun yg nak makan. i'l put everything i like - mix fruit, badam (ni mesti.. sebab nanti lepas bakar tu kan dia akan crunchy2 gitu and nmpak mcm terer je puding aku haha), cekelat chip, cekelat nasi.. whatever i had..

tapi hari ni takdenya aku nk kasi resepi aku
sebab everytime nk buat aku pon akan gugel untuk ingat balik semua step.. :-p

here i'l like to share resepi org lain. aku cilok kat cik Iza bersepatu pink iteww. dia pun cilok kat joyofbaking hehe
so enjoy lah ye the puding roti bercekelat cip bersama badam ini

Monday, December 19, 2011

Dulu, kawan saya penah cerita bapak dia selalu tersasul panggil nama dia. Dia anak bongsu dgn 2 org kakaks. Yang sulung Haswati, no 2 Haswani dan dia Haslinda. So bila bapak dia nak panggil 3 3 anak dara dia
'Watii!'
'Wanii!
'WaLindaaa..!'

Dan saya sekarang sudah berjangkit dgn Pak Hashim itu. Bila panggil anak2 saya akan jerit
'Nur Aisyahh!'
'Nur Aliyaaa..!'
'Nur Umaaarr..!'


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Newfound tranquilizer

Sekarang aku dah jumpa ubat penenang jiwa yg baru.
Di saat jiwa kacau mengenangkan rumah bersepah trik terkini adalah menggugel rumah2 untuk dijual. Kebarangkalian utk jumpa rumah yg lebih 'teruk' dari rumah aku adalah agak tinggi.
Dan selepas itu aku menarik nafas lega dan boleh memujuk diri sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Saturday, December 17, 2011

Orang dewasa

I had a fight with aisyah just now. She took out the market trolley from store and left it lying in the hallway.
I threatened not to make her milk until she put it back.
Being persistent as she is, she replied
'Kalau kanak2 yang keluarkan, orang dewasa la kemas!!'

Amboiii.. byk cantik kau kanak2?!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Takottt

2 3 hari lepas abg ajies pandai pulak pi tunjuk video hantu kat henfon dia kat mem kecik 2 orang tu.
video tu tunjuk (aku tak tgk, aku agak je berdasarkan penceritaan semula Aisyah yg penuh emosi) ada hantu dok kacau sorang mamat tengah solat.
beria budak2 tu cerita kat mummy gitu gini..

semlm aku suruh aisyah solat magrib
selamba dia jawab
'tanak aah.. nanti hantu tu dtg kacau Aisyah!'

adoiii, penat aku ajar kena solat sebab Allah
and now tak pasai2 dia dah takut dgn hantu jin segala!
ok maybe that's just an excuse, sebab now mmg dia ada sudah pandai ada mood malas nk solat

haa itulah padahnya ngajar yg bukan2 kat budak kecik
kalau nak tunjuk apa pun, kita org dewasa ni kena la standby kat tepi untuk explain, bagi pengajaran moral ka, nilai2 murni..
bukan takat syiok2 tunjuk ja.
kan dah celaru minda anak aku

bab didik akidah mmg payah. nk didik diri sendiri pun tak berapa nak pas, inikan pula nak didik org lain
tp sebagai ibu bapa aku rasa aku kena buat juga walaupun aku tak berapa nk pass.

Friday, December 16, 2011

Antara Kebetulan, Suratan dan Peringatan

Suratankah
bila ofis hanya sepelaung dari pasar2 lagha yg  top di ibukota?

Kebetulankah
bila kad ATM tertinggal dirumah pada hari Jumaat yg mulia yg masa rehat tengahari selama 2 jam setengah ini??

Peringatankah
bila bil berderet2 datang and menagih belas kasihan dan kasih sayangku time2 ni jugak..??



you judge.

Thursday, December 15, 2011

makan time!

bila anak kecik berderet mmg kena pikir 35x kalau nk makan kat kedai
kalau dulu masa anak sorang - mak apak ganti2 makan, sorang makan, sorg jaga anak
bila anak 2 - mak makan sambil suap anak no 1, apak jaga anak no 2. tak pun pak makan dulu mak jaga 2 2
bila anak 3 - mak suap kiri kanan, sebelah kaki jaga anak no 3 yg menggeletis nk kluar dari high chair
bapak jadi ketua pengawas sound anak no1, no 2 DAN no3
lepas semua makan baru mak boleh makan, bapak bawa anak no 1 dan no 2 dok luar. bapak layan rokok sambil check-in foursquare. mak makan pun tak senang sebab dok jeling anak no 1 dan no 2 yg dok berlari kat kakilima sambil bapak tak heran pun anak dah terantuk. anak no 3 pulak protes nk panjat kluar high chair sebab jaki tengok kakak2 berlari.. dan mak akan telan nasi sambil menjerit 'kaklong!! kakngah!! stop!! masukk!!'
tu blom kira nasi bersepai atas bawah meja.. sup tumpah.. air tumpah.. kesian kat pekerja kedai tu, mak mesti akan cakap 'minta maaf lah ye dik..susah2 adik nk kena sapu..' no harm nak amik ati pekerja tu kan..
sekarang si bapak selalu balik lambat, so mak kata makan kat rumah je la.. bukan susah sgt nk masak utk anak2. nasib baik selera bapak senang diduga - asam pedas, sup, masak lemak, rebus air, telur dadar, sardin, ikan goreng.. tayah nk masak rendang tok bagai. bapak pun dah sound mak soh masak lauk2 sempoi ja. nothing fancy. mak masak pun campak2 ja. tapi mak punboring gak kadang2 balik2 masak tu je
kalau ikut bapak, hari2 sardin pun takpe.. oi cik abang.. kalau mak nak senang mmg boleh je hari2 mak masakkan.. tapi cukup sebulan, bukan takat muka cam sadin, tulang pun sama naik reput cam tulang sardin tu!
mmg masak tak susah.. sebab masak pun sikit2 ja
yg susahnya nak mengemas lepas makan tu.. aduhaii..
dah la nak makan pun berperang..tiga-tiga anak nak mak suapkan.. tgn mak 2 je nak oii.. nasib la bapak tak nganga suruh mak suap sama. tapi dok kat rumah sendiri lantak la kan kau nak jerit ke apa kan hehe
lepas setel semua mmg mak terbongkang takleh nk gerak dah.. jeling2 kat  bapak kot dia nak urut kaki tapi tak paham2 jugak.. silap2 posing, lain pulak message yg dia dpt.
but, now that no 1 dan no 2 dah bertambah selera makan, senang hati mak. no 3 jgn cakap la, suap je apa pun nganga je dia. mulut penuh dah pun dok nganga lagi.
but stil nak kena pandai trick budak2 tu, ada masa kena pujuk, ada masa kena kejar satu rumah sebab nak suap makan - whic i dun really favor. i stil want to train them kalau makan kena dok kat meja, no makan merata2! maybe it'l takes time but hope i can instil that into them somehow. no 3 dah faham, bila ckp nak makan nasi je otomatik dia pegi ke kusi dia. tapi sok2 dah besar tatau la pulak peel dia camana.
wish me luck!

Wednesday, December 14, 2011

melati oh melati

wahai kandaku..
tengok la melati tanjung dah upgred you...



keless.. 2 tingkat lagi tu..

but i'l miss that litel yellow house tho..

Tuesday, December 13, 2011

Project x

Dah nak ujung tahun, banyak 'projek' aku yg tak jalan. Itulah dok harap kat org sgt kan.
Patutnya aku 'nike' kan diri sendiri ja dari awal - just do it
Antara projek terbengkalai - no, actually its not even started pon! - adalah projek facelift sofa comey abg ajies ni haa.. Sebab baju dia takleh buka and akak tak koser nk usung kluar n jemur di kala cuaca lembab2 basah ni mmg ingat nak pegi balut je dgn plastik kalis air.
Masa abg ajies cuti panjang hari tu ada pesan minta tlg dia pi tanyakan kat kedai depan tu. Tapi besa la kan benda 'kecik' camni mana nak masuk priority list dia. Asik lupaa manjang. Kalau ingat, tak sempat lak..
So sampai hari ni terpaksa la kami serumah berpura2 menjadi fanatik team bolasepak selangor.

Monday, December 12, 2011

Witful thinking

Bila letih buat kerja rumah aku selalu harapkan abg ajies dpt tolong apa yg patut. Tp aku jarang nak suruh dia sgt, sebab aku ni kalau buka mulut, intonasi dan pitching mmg akan lari abis. Karang nampak aku dok mengarah laki pulak. Abg ajies lak mmg bangsa byk soklan bermain di minda banyak juga jawapan dia nanti aku malas nk layan haha
But at times when I really need help dan dia buat tanpa disuruh.. Siriesly I'm deeply touched. . Thankful, yes.
Melted.. Definitely

Saturday, December 10, 2011

seribu impian

2011 dah nak abis.
mungkin sekarang masa yg baik untuk membuat wishlist 2012 sementara tunggu bos review KPI.
ye sebab dah submit KPI jadi boleh buang masa guna komputer ofis updet blog. eh macamlah sebelum ni tak penah pulak.

ok ni dia hints untuk hadiah besday saya tahun depan

1. mop baru
baru boleh buat keja rumah sambil buat pole dance! muahaha

2. tupperware freezer mate

hari tu dah beli tapi tatau mana pi tgk2 ada 2 3 ketoi ja.
tapi, rasa cam beli je lah bekas plastik kat ikea yg $15 tu ha anak2 boh dlm washing mesin pun akak rilek je lagi. tp kejap je la lepas tu punggahh menggelabah mesin basuh dah bunyi macam mesin rumput

3. ok lah nanti sambung lagi.
i couldnt make up  my mind haha

Friday, December 09, 2011

Rapuh

:::: detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



... seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

ku persembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup



meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu


semua berakhir padaMu::::


aku nk letak videoklip dia yg kat tiubhang tu, tp tak reti la pulak

Wednesday, December 07, 2011

Barakallah

I truly envy people who be able to let go and get out of their comfort zone just to pursue their lifelong dreams.

Buat masa ni aku masih tak mampu nak folo derang. Sebab aku masih takut dan takdak keyakinan. I'm not a risk taker. Aku tak berani nak lepaskan apa yg ada sebab aku sendiri tak pasti apa yg aku nak sebenarnya. Byk sgt yg aku nak buat - be a humanitarian, take up art class, learn history, belajar agama, jadi cikgu tadika,amik lesen motor, petani moden, ustazah pilihan, masterchef..
So buat masa skrg, sementara nak decide and make up my mind I just try my best to enjoy and full use of what I have. And I'l always support those who set their heart out.

You.. Inspire me..

Kudoss!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, December 06, 2011

Mendidik muslimah sejati

Aliya sekarang mmg kalau nak keluar rumah je sebok cari tudung..


.
.
.

irregardless of what her bottom is...

Lights off please!

i was driving past Jalan Duta one night and began to notice the newly occupied Istana Negara.
all in its grandeur..washed up in great lightings.
typical malaysian kan.. asal nk bagi nampak gah mesti la kena letak lampu liplap2 byk2 kan
yeah.. it looks good nevertheless. at least it make me notice the intricate design of the dome that i hardly notice during the daylight.
yaa.. mmg cantik. kagum juga. bangga juga ada sikit. ye lah..ini lambang kedaulatan negara..lambang raja-raja kita. kalau bukan kita yg uphold raja kita, siapa lagi?


memanglah ada org kata itu monumen negara..kena la hias cantik2 baru org respek.
ye lah.. mmg org luar ni hanya akan pandang kebolehan kita bila kita mampu membina bangunan tinggi dan pasang lampu banyak. sebab tu umno pasang lampu siang2 buta kat bangunan dia walaupun berapa org je yg ada mata bionik buleh tgk lampu2 tu siang2 buta.

cumanya, patik pacal yg hina ni mula terbayang berapa kah agaknya bil letrik Tuanku bulan2 ye?
adakah Tuanku aka pihak pengurusan Istana ada mengambil langkah2 penjimatan seperti menggunakan teknologi penjimatan elektrik atau tenaga alternatif seperti solar?
tak perlu lah kot tanya siapa yg patut bayar bil letrik istana tu kan.. cuma pada pandangan patik, walaupun Tuanku yg kuar duit poket sendiri, mungkin lebih baik kot kalau kita cuba minimizekan penggunaan lampu dan pasang di tempat yg perlu sahaja. cuba bayangkan kalau dapat jimat separuh dari bil lampu tu je pun dah berapa keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim yg kita dapat bantu..

ini pendapat tak berapa sen dari rakyat yg dah biasa hidup dgn lampu kalimantang sebatang je kat rumah ai..silap kata harap diampun.

Thursday, December 01, 2011

eh?

tadi macam nk tulis something
tapi memikirkan ada report kena submit ptg ni maka kita tangguhkan lah dulu ya
semoga aku tak lupa.