semua org tau solat istikharah tu apa kan?
koman2 mesti dah penah buat sekali masa nk kawen dulu. tp aku tak buat pun, walaupun hati berdebar2 tah2 betul ke ni jodoh aku. sebab takut karang dpt jawapan Nehi jenuh aku satu hal nk breakap pulak.. aku redho je la sambil2 doa bagi semuanya ok.
aku tak sure aku dah pernah ajar korang tak menda ni. ni ajaran ustaz aku masa belajar dulu. aku dah terai banyak kali. dan mmg jadi. tribute to Ustaz Azlan Khalili, mudah2an pahala sampai kat beliau juga.
baru2 ni dpt email rupanya Presiden Iran Ahmadenijad yg org kata talibarut illuminati tu pun selalu buat.
ok meh nk citer. sila duduk bersila rapat2.
kalau kita ada benda nk tanya Allah, nk minta petunjuk, ke time kita sedih2 ke cuba buat mcm ni :
1. buka Al-Quran. kalau malas nk amik wudhu' buka je Tafsir. kurang sikit protokol.
buka je mana2 mukasurat yg kita rasa nk buka. tepi tengah depan belakang no hal.
2. lepas tu selak 7 mukaasurat dari mukasurat yg kita jumpa mula2 tadi.
dah?
ok, next
3. cari ayat ke 7 dari mukasurat ke 7 tadi.
4. baca la dan fahamkan maksudnya.
sebab tu aku prefer baca tafsir sebab dah ada translation siap2.
cuba fahamkan makna ayat2 tu..
tapi korang kena ingat beberapa perkara ini:
1. biasanya bagi org yg baru buat, korang akan jumpa ayat2 tauhid yg menerangkan kebesaran/kekuasaan Allah. so tak payah la nk konfius atau tak faham. selalunya lepas 3 4 kali buat baru korang akan dpt ayat2 yg lebih 'direct'
2. kdg2, tak semestinya korang akan dpt jawapan sebijik2. cthnya kalau saya nk tanya 'kenapa la suami saya tak belikan GCB mekdonel walaupun dah 2 minggu saya merayu, apa dah tak sayangkah dia pada saya?' kebarangkalian besar saya akan dpt jawapan seperti 'sabar dengan ujian adalah besar pahalanya dan syurga balasannya' maknanya saya kena redho dan setop merengek pada suami tapi lebih baik lepas balik kerja terus je pegi drive thru dan oder sendiri.
3. kdg2, Allah takkan bagi jawapan yg kita nak sebab jawapan sebenar ada lagi yg lebih penting. kdg2 Dia nk kita tengok dari konteks yg lebih besar..
4. kdg2, kalau kita saja2 buka tanpa ada apa2 soklan pun, Allah akan bagi kita peringatan, supaya kita lebih ingat. mcm kalau kita dah lama tinggal solat, kemungkinan besar kita akan kena piang dgn ayat spt 'dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat'..
5. time kita sedih atau down sgt, insyaallah Allah akan guide dan pujuk kita, dgn jalan bersabar.
aku rasa benda ni mcm bes sgt, sebab bila buat mcm tu rasa mcm dekat sgt dengan Allah Taala.
especially bila kena tegor direct, mcm baru sedar yg eh betullah Allah dok tengok aku selama ni. He does know everything about me!
dan aku rasa lebih rapat dgn Dia.. aku juga jadi lebih byk berfikir.
speaking of whic
baru2 ni aku/abg ajies saja2 buka tafsir
tup2 dpt 'something' suprising..
aku takleh cakap lagi. biarlah rahsia dulu
kata seprais...hehe
No comments:
Post a Comment