Pages

Thursday, July 21, 2011

3 hari bercuti balik kampung mmg tidak pernah cukup
tapi puas hati jugak sebab sempat mandi manda di air terjun. siap makan durian yg jatuh betul2 dekat tempat port kitorang. walaupun sebijik je tp cukup puas hati. benda free mmg sedap. mak aku ckapa takpe tu durian kerajaan, boleh makan haha
tp siries durian yg baru jatuh dari pokok mmg sedap. sebab tu aku cuma makan durian sebegitu. kalau durian yg beli tepi jalan ni aku kureng sikit.
lepas mandi dan makan durian kerajaan, kitorang tersinggah satu gerai. Gerai Mak Ta dan Pak lang nama diberi. gerai mak pak aku. sebab ayah aku org kampung mmg panggil paklang.
series laksa dia sedap. cendol dia sedap. sampai tambah lagi 2 pinggan laksa. aisyah pun pulun kayuh habis sepinggan dia sorang. sekarang dia dah makan laksa dengan 'kari' dia.
lepak di belakang rumah sambil melastik buah setoi.
*gambar adalah digoogle dari blog org

 aisyah dan aliya suka la kutip batu untuk abak 'main Ingly Bird' haha.  lepas dapat buah terus makan cicah dgn cili kicap. puhh nikmat..
Abg ajies juga menerai bakat membelah buah nipah. rupanya dia tak penah lagi makan. tengok buah pun tak penah.
*juga ihsan gugel. gambar eksklusip abg ajies tengah test power hanyalah untuk tatapan peribadi muahahha

Akak? eh mestilah johan menanti kampung sejak azali. kekecik dulu selalu kena seranah dgn tok wan sebab aku mesti nk pegi kacau tebang buah nipah dia. dia punya la simpan sebab nk buat nira. mana buleh buat  nira kalau buah dah takde. aku pun selalu songlap kail yg dia pasang utk tangkap ikan haruan kat tepi batas sawah. abis semua aku kutip. tak tau le aku lepas tu mak pegi hantar balik ke tidak. tp  aku seronok je kutip sebab semedang aku angkat  mesti dapat ikan.
ini mungkin trip terakhir kami balik kg sebelum raya ni sebab bulan 8 takleh cuti. projek baru nk setat makanya semua cuti dibekukan. itu pasat bos kasi aku cuti  lama2.
raya ni pun aku cuti 2 hari je. tp dapat la seminggu jugak. Abg ajies lagi sedih, dpt cuti 2 hari yg gazet tu je.. kesian dia kena berulang alik 2 3 kali. aku pun serba salah. tp takkan la aku nk ulang alik jugak.

oh budak IT sudah sound suruh aku wat kerja. haha. ok lah. aku pasrah.
oh malas mau upload gambar. budak it tak kasi aku donlod aplikasi BB. so marah depa.

2 comments:

pizli said...

"Sebab tu aku cuma makan durian sebegitu. kalau durian yg beli tepi jalan ni aku kureng sikit." - Lebih kurangla kita..

mama_QnR said...

owhhh bestnyaaa!!!