Pages

Thursday, July 28, 2011

Cepatnya masa berlalu!

kan?
kejap2 dah hari kamis.. rasa mcm baru 3 hari je kereja.
tp betul la sebab dah 3 lai baju keja lain2 kau pakai minggu ni.
campur hari ni 4 pasang.

minggu depan nk posa balik dah.
tahun lepas posa 6 hari je sebab umar dah sampai awai
baru bulan lepas gigih mengganti. sampai demam2.
karang bulan depan ni cemana la agaknya nk posa sebulan nih.. dah short 2 tahun kurang praktis nih.

dan bulan depan juga maknanya Umar akan mencecah setahun umur. kenapa aku suka cakap belit2
itulah yg akan terjadi bila otak lebih laju dari jari.
jadi persoalannya adalah bagaimana mahu selebret besday anak lelaki di bulan puasa?
yaa, umar bukan paham apa pun sgt, cuma kakak2nya yg sgt eksaited kerana depa akan dpt hadiah dan tiup lilin jugak. mungkin perlu stop letak lilin pada kek hari jadi. lagha je tuh. kira pembakaran terbuka pada skala kecil namun turut menyumbang kepada pertambahan karbon monokdisa di udara.

tapi mami sudah berangan kek dan tema besday party dibulan posa yg julung2 kali ini hehe..
mungkin perlu buat pada siang hari. jimat bajet. buat kek kecik2 utk budak2 bawah umur yg tak posa aje merasa..haha

dan kejap aje jugak rasanya. sudah tiba waktu untuk bergerak maju ke hadapan. oppss ke atas sebenarnya.
tempat  kerja saya akan berpindah. kami semua naik pangkat seraya dinaikkan terus 4 tingkat ke atas. lagi tinggi dari pejabat ceo haha. boleh pijak kepala bos2 hari2.  dan lif jugak berlainan. makna kata boleh punch dan suka2 hati balik tepat pada waktunya tanpa perlu jln tunduk muka dan sembunyi2. boleh siap kawad kaki lagi jika tak malu. HAHAHHAHA. sila gelak besar.
dan best jugak sebab raya ni kami buleh buat majlis raya tanpa perlu joinventure dgn org dept lain. dahh.. tanak tawan dgn torang dah taww! byebyebye..

No comments: