Pages

Tuesday, July 26, 2011

Berangan membawa padah

Tak selalu berangan itu membawa bahagia
Mcm yang berlaku pada seorang makcik semlm yang menerima padah kerana berangan yang keterlaluan. Makcik tersebut yang sedang memandu kereta keluar dari parking ofis selepas waktu pejabat secara tidak semena-mena terberangan memandu sebuah mpv baru. Mind u, bukan mpv kecil2an seperti serena atau juara tp sebuah mpv bagak idaman hati yang tak perlulah disebutkan nama dan makernya.
Prinsip hidup makcik , Bila berangan itu biarlah sehabis real ( visualisation technique ya peeps!) Jadi bila hendak membelok keluar melalui lorong keluar yg sungguh sempit itu, makcik yang bersungguh2 dilamun angan2 itu pun telah mengubah turning radius kepada beberapa darjah ke tenggara dari biasa.. Kata bawa mpv kan..
Elok je lepas depan dan driver's door, tetiba terdengar ' debuk'!
Alahaiii terus makcik tersedar dari lamunan.
Nasib ko la makcikk.. Tu nasib tersagat tayar je..kalau kena body ke rim kemek ke haa pandai2 la kau..

Ok, kalau dah habis gelak teruskan mendoakan makcik itu dpt mpv tu ujung tahun ni miahahaha!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

No comments: