Pages

Monday, June 29, 2009

Hari itu datang lagi


yeah, tarikh 26 Jun dtg lagi
pagi2 sudah dpt wishes dari abak dan my mak (enAna sudah wished the day before, kes takut lupa!!)
mak siap doa 'semoga anak mak menjadi orang kaya..' tu diaa..!
ehm sebenarnya ayat panjang dia 'ya Allah engkau kayakanlah anak ku dengan iman dan rezeki yang halal'
Amiinn..
harap2 makbul la doa mak.
mudah2an murah la rezeki kami sekeluarga
aku tak minta jadi jutawan world, cukuplah kalau dicukupkan segala keperluan tanpa aku meminta2 kepada org lain, dan aku dapat mencukupkan orang2 sekelilingku - my families, jiran2 and friends
mudahan2 pertambahan umur ini menambahkan kematangan, meningkatkan keimanan dan kesabaran, bukan semakin mengumpul hutang hehe



sempena ulangtahun hari ini dalam sejarah, saya nk buat sedikit ucapan

pertama-tamanya, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada puan Aznah bt Hashim kerana menempuh dugaan berat mengandung dan melahirkan saya 32thn yg lalu
mak kata saya lahir time hujan guruh, - mmg tanda org hebat lahir time2 gitu ;-p ekeke!
masa tu ayah sakit tangan sebelah takleh gerak
dlm ujan lebat tu ayah kayuh beskal dgn tangan sebelah pegi panggil tok bidan
so, ucapan ini juga buat ayah tercinta yangbersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan saya, memenuhi segala keperluan dan permintaan saya tanpa pernah berkata 'tidak' kepada saya
ayah & mak : terima kasih atas jasa dan pengorbanan membawa saya ke dunia ini, mendidik dan membesarkan saya, memberi pendidikan serta tak pernah putus2 memberi tunjuk ajar dan nasihat.
adanya saya hari ini adalah kerana mak dan ayah!

kepada mak & abak yg juga tak pernah lupa menyambut hari ini setiap tahun sejak 5 tahun ini, terima kasih jua

azam tahun ini adalah untuk menjada seorang yg lebih positif
terutama bila nk mengadap cikpuan takberapa besar itu..
serta menjadi ibu dan isteri yg lebih penyabar
terutama bila tak dpt beli hadiah idaman utk diri sendiri..

menjadi pekerja yg hi-po (not hi-poyo yaa hihi)


...........................//............................................


terima kasih kepada semua yg memberi ucapan


terasa tua dehhh


terima kasih juga kepada keluarga yg sentiasa memberi sokongan dan berbesar hati untuk meraikan anakanda dalam majlis yg cukup meriah, siap ada nyanyi2 (nasib tak luruh jantung gue! along.. tunggulah tahun depan..)

No comments: