Pages

Monday, April 25, 2011

Si Cantik, perlukah aku risau?

ramai org sebok jaga badan, terutama org pompuan la kan
katanya sebab taknak laki cari org lain..
katanya biarlah sedap mata suami memandang..

tapi kan
kalau sungguh begitu karmanya
ada gak isteri yg cantek bergaya, slim melim bulu mata tak lekang, spa sini sana
tapi mata suami melilau jua. bila tgk si pilihan kedua tu tak banyak mana pon. body takde la seropa jlo. selalunya ada iras2 madonna je (read: heroin tua dah nk pencen je hehe) berapa kerat sgt yg dapat rozita che wan..
org lelaki ni bukan boleh di duga sgt peel depa
yg kita nmpk tak seberapa tu lah yg depa dok igau2

jaga badan mmg penting. sebab bila jaga tu badan akan jadi sihat, cergas selalu. jadi tak de la balik2 update status asyik  sakit sini sana, malas nk buat itu ini.
bila sihat hati pun sihat, baru happy2.
bila happy baru ceria rumah tangga, takde la nk sentapp manjangg..

bagi saya, saya jaga badan sebab diri sendiri. saya sendiri suka kalau saya nmpk okay, feel okay. bila badan fit baru rasa best. baru ada semangat nk pakai baju cantik2. lebih konfiden dgn diri sendiri.
kalau ikut abg ajies 'mcm' tak kesah. dia selalu ckp dulu dia syiok kat ai pun sebab ai chubby.. hehe buleh caya ke nih? dulu ye la tengah mekar, chubby pon sweet je kan. ha ni dah separa menopos ni chumel lagi ke bang??
kalau ikutkan, saya lebih risau kat pompuan2 yg biasa2 saje kat luar tu.
sebab nye:
1. perempuan biasa lebih ramai dari pompuan cantik.
jadi probabililty derang/ atau suami saya nk berjumpa dan bertemu mesra adalah lebih tinggi.
2. suami saya bukan jutawan mlm mahupun hero filem seram berbadan sasa,
jadi kebarangkalian utk pompuan cantik itu menekel suami saya adalah lebih rendah berbanding pompuan biasa.
3. suami saya juga adalah manusia yg sedar diri jadi kebarangkalian utk dia menekel pompuan cantik juga agak kurang di sini. haha konpiden je saya. eh bang, saya bukan cabar abang ni eh..

tp kan ada juga perempuan cantik dan berperibadi mulia yg suami saya suka. macam yuna.
jadi saya perlu lebih berhati2 dgn perempuan cantik yg pandai menyanyi dan main gitar. abg ajies sekrg gigih nk sambung belajar main gitar.. hmmmm.. kebetulankah?
saya juga tidak bgtau ada keja kosong kat radio ikim tempohari sebab suara siti rohani yg sgt comel itu. karang dah jumpa org nya lagi panjang ceritanya. jadi sebelum apa2 kita cantasss dulu!!

2 comments:

mama_QnR said...

jaga badan untuk kesihatan firstly, and then bila sihat apa2 pun pakai rasa best...
at least that was my goal...

and pasal guys cari lain, like you mentioned, bila dah nak cari tu macam2 alasan pasal isteri diorang buleh kasi...

Che Ta said...

yeah, our body, sendiri la mau ingat nk jaga kan? takkan nk tunggu org komplen baru nk amik berat?
jaga badan not necessarily mean kena slim kurus je kan, and
being big does not mean not good,as long as we'r comfortable with it, and healthy, terpulang la.
chubby and a bit of tummy is cekcii wattt.. hehe