Pages

Monday, April 11, 2011

triumph-ant!!

salam u olssss

ehem
anak2 dah sihat
maknye pulak menten sora kak nyahh..
terkejut kawan abg ajies semlm gamaknya
dah la pestaim ckp dgn ku kan, sekali haa amekowww sora bini ajies serak2 tak berapa nk basah giteww
malu punya pasal terus akak bg alasang takleh join pi berkelah sebab anak2 demam haha.
tp mmg betul pun budak2 tu tak sihat. deme tu bukan buleh jumpa pusat tadahan air mmg nk berendam je karang lebur lagi poket maknye nk ulangalik spital.

so hari ahad di spend di rumah sahaja dengan acara mendobi secara marathon diselangi dengan aktiviti mengemop lantai. atas shj. sebab turun bawah dah tak larat. kes kurang vitamin lagi nmpk gayanya.
gembira dgn hasilnya kerana percaya saya telah melakukan sesuatu yg bukan sahaja baik utk keluarga saya tetapi untuk menyingkirkan lemak2 pada lengan. maka sila ucapkan 'babai batwing..!!' dan  'selamat dtg otot!!' ( angan2 yang tak sudah2)

apabila mengemas selalunya kita akan terjumpa benda2 yang telah lama dibeli tapi tersimpan tak guna atas sebab2 tertentu. dalam kes minggu ini sya ternmpk spentot shape-up yang dibeli semasa jualan gudang triumph 2 tahun lepas. dulu tidak pakai sebab sayang. lepas tu perut membesar kerana ada umar. apa kes nk pakai time preknen.
dan semlm.. terus gigih hendak mencuba..
wahhhh sgt best selepas bergasak dan terseksa fizikal agak lebih 15 minit utk memboloskan diri
tapi tapi hasilnya sgt hebat. terus feeling2 perut flat gituu.. tp perut je la hahaha
gandingan material yg licin dan hold up power yang mantapp. aahh tak perlu la spank yang beratus itu lagi nmpknya. yg ini saya cuma belanja dlm $10 sahaja.
cuma saya tidak pergi ke toilet selama beberapa jam. malas menyeksa diri.

kalau rasa teringin, cuba lah.
triumph mmg tidak mengecewakan.
nama nya? alah tak tau pulak.

No comments: