Pages

Saturday, February 12, 2011

Kalau sayangg.. tak perlu marahh

kalau ikhlas
tak minta berbalasss..
la lala lalalalalaaaa...

aku ingat tang tu je.
kalau tanya sapa penyanyi lagi tatau

cakap pasal ikhlas ni
ust zaharudin penah ckp
kalau ikhlas tayah ckp apa2
cth 'aku ikhlas mencintaimu..'
'ambil la .. saya ikhlas'

kerana
di saat kita sebut je 'saya ikhlas ni'
terus dah tak jadi ikhlas.

ikhlas hanya wujud jauh di dalam hati
kdg2 kita sendiri tak sedar yg kita buat itu dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati.

bila kita dah sedar
selalu kita akan ckp 'ye say aikhlas tolong/buat benda itu ini
hakikatnya
mmg pada masa tu kita tak harap org tu balas
like balas balik apa yg kita bagi kat dia
cth : kita bagi singgit kat kawan yg tak cukup duit nk beli ayam kg goreng rempah kat kentin tadi. kita tak harap pun dia bayar balik. alah singgit je pun.
Tapiiii
2 3 bulan esok
tiba2 kita pulak tak cukup duit terpksa minta pinjam duit dia, dia tak kasi
mesti kita terus rasa cam 'ek elehhh... hari tu aku tak berkira pun dgn dia!'
tengok tu.. kan dah free2 pahala kita yg konon 'ikhlas' tolong dia dulu tu kena delete dari system. tambah dosa lagi pulak sebab marah org taknak tulung kita.tu blom campur markah extra sebab pi jaja citer kat kawan lagi satu, terus updet status 'malas aku layan org berkira sgt, moga Tuhan saje yg balas kat dia', (pastu suka la bila ramai org 'like' ) tulis kat blog kutuk2 org tu

ikhlas ke gitu?

takleh ke bersangka baik kat org tu.. tah2 dia pun ada singgit je, nak kena beli buah tembikai potong sebab dia ada masalah pembuluh darah, doktor kata hari2 kena makan tembikai. tp dia tak nk cakap terus terang sebab dia malu org tau dia takde duit.

kita ni manusia
ada hati dan perasaan
sebab tu timbul macam2
nak pulak ada tukang cucuk dan tukang bisik
'alah derang tu mmg saje sakitkan hati kau.. derang tak pedulik pun dulu kau susah payah tolong derang time susaah, now dah senang nk belagak la tu, siap nk buruk2 kau pulak, ada ke patut??'
kita 'yang naive' ini pun pecaya..
so apa jadi kat 'pertolongan kita yg ikhlas' dulu tu?
hilang camtu je..

bila ikhlas tak perlu disebut2.
pastu tak perlu diingat dah
kalau ingat karang kita lak dok ungkit.
biar padam terus dari memori, biar takde link dgn apa2 event di masa depan.

kita ni bukan malaikat
sebab kita ada nafsu, ada kehendak ada aqal yg lebih
tp apa yg ada kat diri kita ni kena la sentiasa upgred, pasang anti-virus
takkan nk dok guna windows 2007 lagi kot now
didiklah hati
jgn biar bisikan2 itu melekat dalam hati
belajar lah bersangka baik pada org
tidak melawan/tidak marah bukan semestinya lemah
tp marah/melawan bertempat itu lebih berpekdah.

tips ustaz pagi ini - bila rasa nk marah, pikir dulu :
1. perlu kah marah? ada isu ke yg nk kena marah ni?
2. kalau perlu, nk marah yg macamana - marah sikit2 je ke atau perlu marah teruk2
 nk marah takat sound je ke kena siap action hempas2 barang ke bagi pelempang ke sekali?
3. tgk juga sapa y nk kena marah tu. jgn pulak org lain punya hal, org lain yg kena marah. tak adil namanya.

bila dah fikir lama2 tu kdg2 by the time dpt jawapan dah tak rasa nk marah dah pun hehe
lgpun Rasulullah kan suruh kita lebih bersikap pemaaf.

my 20 cents

2 comments:

zeta said...

owhh..thanks for sharing this..kdg2 kita mmg lupa dan tak tahu psl2 benda mcm ni..thanks again.. :)

Che Ta said...

hi zeta
sama plak nama hehe
dont thank me, saya cuma menyampaikan. kalau ada rasa tak cukup sila tambah ye..
thanks to you too!