Pages

Tuesday, March 09, 2010

Sesal dulu pendapatan

nyesal kawen??
ish ishhh..

pagi tadi kat hotfm hotchat sembang pasal prg yg nyesal kawen
puncanya bila satu perempuan ini telah hantar emel kat suraya bgtau dia menyesal kawen dgn suami dia
baru kawen 4 tahun gitu. tp dia ni tak pandai masak. dia dah cuba belajar masak tp hasben dia dok kondem dia masak tak sedap. tu je.
ntah la.. agaknya laki dia mulut bacul sgt kot. kot ye pun nk menegur isteri, pandai2 la berlapik kan
kan isteri dah kecik ati
kalau kecik ati je tak pe gak, boleh pujuk balik, tp kalau dah sampai asa mcm 'menyesal kawen' hmm parahh tuu.

personally ku rasa barangsiapa isteri2 yang rasa 'menyesal' berkahwen dgn suami masing.. mcm berdosa besar je? ye la, mcm tak redha dgn suami lah gitu kan?
unless la lepas kawen baru tau suami kaki pukul ke, kaki botol ke atau perkara2 lain yg boleh membahayakan kesihatan lojik gak ler. tp kalau setakat tup2 dpt tau suami tak reti baca.. alahaiii...
yg sorg lagi pulak nyesal kawin sebab laki dia tak penah kuar duit belanja rumah dan anak2, sampai duit raya anak2 pun biniii jugakk yg kasi.padahal laki gaji besor.  yg si bini tu pulak, nk jaga hati punya pasal tak penah la pulak ditanya kemana duit lakinya. hmm jaga hati tak kena gaya. yg hang pi canang dlm redio semalaya tu buleh pulak?

like ku kata tadi, menyesal tu bagaikan tak redha dgn apa yg berlaku.
pertama : tak redha dgn jodoh/takdir yg Allah tentukan, sedangkan ketentuanNya itu adalah yg terhebat dan terbaik utk kita sebenarnya (andai kamu mengetahuinya) mmglah 'kelebihan/kebaikan' yg Allah turunkan pada kita takkan dtg bergolek mcm yg kita dok bygkan, tp somehow, redha lah kerana hikmah pasti ada.

kedua : lazimnya bila menyesal kita akan ckp 'nyesal aku kawen dgn dia ni, kedekut, berkira taik idung masin!.. kalau aku tak kawen ntah2 aku dah kaya raya' atau 'hmm kalau saya kawen dgn sepupu saya si Harun tu tentu dia tak kondem saya cam gini huhu..'
amboi2 sedap mulut.. mana tau apa akan jadi kalau kita kawen dgn org lain? ntah2 sama je. ntah2 lagi besar dugaannya. dah memang ditentukan perjalanan hidup kita akan di uji sebegini, terima. Face It! paling penting is how we deal it/do anything about it. and to remind you, there's no such thing as 'kalau lah..' for us muslim, if you claimed u believe in Qada dan Qadar.

bab nikah kawen ni bukan perkara mudah, dan bukan perkara yg boleh di ambil mudah.
bila dah sehati nk berkahwin, biarlah mulakan langkah dgn berbaik sangka dgn pasangan. prepare siap2 dalam diri yg pasti akan ada kekurangan dalam pasangan yg kita akan rasa tak selesa atau tak setuju. jgn buat2 buta pada kelemahan pasangan, wpun masa tu kita taktau lagi apa dia. buka hati buka minda (jgn dok ready nk buka baju je haha) terimalah pasangan bukan sebagai satu kepingan yg lengkap (ecewah) tp masih ada ruang2 gelap misteri yg hanya mampu disuluh oleh cahaya perkahwinan. tu diaa.. wahaha akukah yg menulis ini??

bila menegur pasangan biarlah berhemah dan berhikmah.
tak pun buat mcm laki gwe - agak2 tak sedap kat tekak dia, takyah makan atau masak sendiri. ku sendiri2 paham le, besok2 tayah masak dah hahaha
org lelaki ni mmg la kalau bercakap tak fikir panjang, ikut sedap mulut dia je. 'open' katanya..
open hangguk hang kalau bini dok la makan ati..
imejin kalau bini lak dok kondem 'apa la abg ni, baru kejap dah pancit' or.. or.better. 'hmm..kecik'
haaa mau terjunam ego tuan2 yaa! tau pulak nk kecik ati
sama la kami org pompuan benda kecik2 pun mmg nk amik ati punya la..
tp org pompuan pulak, belajar2 la terima hakikat lelaki mmg lagu  tu.. apa depa ckp takyah la boh dalam hati 100 perseng. amik yg perlu2 shj. yg rasa2 boleh bengkekkan hati takyah ingat. delete terus. demi kedamaian rumahtangga sejagat.
bak kata seorang ni (aku tak ingat sapa) 'man need to feel more, and woman need to think more'

seperkara lagi, kalau dok ulang2 ckp menyesal..menyesal..
seakan kita dah akur dgn kegagalan
kam on la wumen!
this is our battle, so fight!
tak kira la dah 4 tahun mencuba
yg penting jgn givap
Nabi pun berdakwah 23 tahun, tu pun tgk la kita umat hari ini
ask ourselve - what can i do about it? strategise, cari peluang
think! think! think!
org lelaki ni bukan cerdik sgt pun, kalau tak, takkan la kita isteri ini sebenarnya penentu haluan rumahtangga
yes mereka itu pemimpin
tp sekadar pemimpin yg pandai delegate je la..
bab operasi org pompuan juga yg kena turun padang

setuju? tak setuju?
taip komen anda dan hantar ke 32444

2 comments:

Cik Yayang said...

Ye..ye
CIk Yayang pn ada dgr radio pagi tadi ttg isu ni...cam takut jer dgr masing2 duk cakap "menyesal kawin..."

Yang paling best, menyesal kawin sbb, tak pandai masak, suami dia buang makanan yg dia masak?!! Amboi...kot ye pun, takde cara yang LEBIH HALUS ke utk menegur?

Dan CIk Yayang bersetuju ngn pndpt Che Ta:
1) Lelaki pn ada cara nya cmner nk menegur, jgn ikut suka rasa je nk cakap.

2) Dan pmpuan pn, be positive, dan tak perlu smua bnda nk simpan dlm hati duk ingat2, yang sakit diri sendiri jugak kan...

Cewahhh lebih pulak teman letak komen. Bercakap bkn dari pengalaman sendiri, tp dari pengalaman org lain..dan berusaha utk belajar dari pengalaman itu..:-)

Suki Cida said...

GUE SETUJU!!! HA AMBIK KO CAP LOCK!

Tru xperience... ku angkat kaki je kalau lelaki yang action baguih! kalau cakap je tak tunjuk tak yah la belagak... but itu la perempuan, mulut je kata menyesal kawin... depan laki tak mo cakap tapi canang kat radio bagi satu malaya dengaq tak takut plak... kak long setuju sangat dengan apa yang kak ngah tulis. Apa pun kuah jangan lebih dari sudu... patutnya kita perlu terima kekurangan pasangan kita, dlam apa jua sekali pun, sbb kalau kelebihan tak yah cakap semua leh terima, but yang lemah atau kekurangan ni. Bila tak leh nak terima kekurangan tu, itu yang terkuar perkataan menyesal tu. Wel ku memula kawin pun di duga... ada jugak terkeluar kata2 nista (chewah) yang tak di sengajakan sbb marah, but Alhamdulilla ku sedar cepat dan cepat cermin diri... heheheh