Wahai anak Adam,ingat pesan Nabi tu?
Andai kata hari ini sama sahaja dgn hari semlm, malanglah kamu.
dan andainya hari ini adalah lebih teruk dari semalam, makan sesungguhnya terlaknatlah kamu!
kalau tak mau jadi manusia yg malang, belajar2 lah berubah.
cari dan tambah value-added dalam hidup kamu.
penambahbaikan tak semestinya benda besar. tak semestinya nk terus bangun tahajud tgh malam sampai subuh kalau yg 5 pun jarang2 nak cukup, tak semestinya nk kena pakai niqab kalau pakai tudung dan baju pun masih ketat barat.
bermula dgn perkara2 kecil yg kita abaikan selama ni. atau perkara yg dah lama kita patut buat tapi tak buat2 jugak.
- kalau selama ni tak pernah bertegur sapa dgn jiran, petang karang kalau nmpk cuba2 lah senyum. biarlah lah kalau dia tak balas atau buat muka konfius.
- masa kat jlnraya cuba2 la bagi jalan kat org nk masuk depan kita. sekurang2nya cuba kurangkan kelajuan bila lampu bertukar oren.
- cuba bangun 3 minit lebih awal
- banyakkan makan buah
- kurang kan sebatang rokok. ye sebatang je..
-kurangkan mengata orang/berburuk sangka kat org. bila terlintas dalam hati nk mengata tu cepat2 fikirkan benda yg lebih baik. bersangka baik. "oh dia gurau je kot tu.."
- bersedekah walaupun sedikit. lama2 jadi kebiasaan. seposen pun takpa kalau itu yg kita mampu. jgn fikir " ish takkan la nak bagi sen sen je.. koman2 kena bagi singgit" mcm tu silap2 niat kita boleh terpesong. kenapa kecoh berapa ringgit sedekah kita? Allah ada tetapkan had minima ke? takde kan? zakat fitrah lain la.. mmg dah RM7.20 dan tahun depan aku bajet mmg naik lagi.
dah la tu. try buat dulu.
1 comment:
:-)
Post a Comment