Pages

Wednesday, March 23, 2011

Terima Kasih!

terima kasih.
2 patah perkataan yang cukup indah.
tapi kita selalu lupa. dan amik  mudah.

takpe, kalau taknak ckp terima kasih, thank you pun will do.
sama gak 2 patah je.

selalunya org akan ckp terima kasih sambil tersenyum lebar.
sebab selalunya ia akan berlaku bila kita dpt sesuatu yg kita suka dan kita hargai.

terima kasih juga tanda kita ada budi bahasa.
bila dpt sesuatu, nkbalas benda lain kena amik masa.
jadi, ucapan terima kasih adalah yg paling pantas dan selayaknya.
org yg memberi pun lapang dadanya sebab mereka akan rasa pemberian mereka dihargai, dan mereka membuat perkara yg betul dengan menggembirakan org lain.

terima kasih yg paling  berharga dalam hidup saya adalah yang diucapkan oleh ayah pada tahun 1995. walau di dalam telefon saya hampir pasti dapat melihat senyuman ayah yg meleret di sebalik misai hindustannya itu..

saya juga ingin memberi ucapan terima kasih yg ayah akan ingat sampai bila-bila suatu hari nanti...

dan cerita ini saya akan ulang setiap kali ada budak sekolah sebok pegi mengambil keputusan SPM mereka spt hari ini.

ahh sudah sedih pula sekarang. belum tahu apa yg adik saya dapat kerana telefon semua org tidak berangkat. haa konspirasi kah korang??

No comments: