Sabda Nabi SAW:-
Bacalah Al-Quran kerana di hari qiyamat kelak ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya, bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari qiyamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya, bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir. (Riwayat Muslim)
Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.
No comments:
Post a Comment