aku terjumpa dlm satu blog ni pasal saka
dia bgtau (tu pun dia dengar sipi2 je dlm tibi) tanda2 kalau org ada saka
meh kita check korang ada ke tak hehe.. jeng jeng jenggg
petanda2 saka melalui mimpi:
1. bermimpi anda jatuh dari tempat tinggi dan tersentak dari tidur - haa rasa2 dari kecik mmg aku selalu mimpi camni, kdg2 mimpi naik beskal pastu jatuh, mmg rasa tersentak la. tak penah pulak org ckp tu tanda saka. rasa2 ni pun ada penjelasan saintifik tp siries ku tak ingat pasaipa..
2. bermimpikan baby - tah, tak ingat. tp dulu masa kat uni ada gak time2 mcm nmpk muka org (sori ku tak kenal siapa) pandang je kat aku. org itu lelaki tapi tak hensem maka aku abaikan je..
tapi kalo mimpi menyusukan baby tu, mmg saka da masuk ler.. - ni laaagiii tak pernah..
petanda saka secara fizikal:
1. anda sentiasa sakit dibahagian atas belakang - err.. again, whic part exactly? kalau atas sikit dari pinggang, belikat ke apa nama tu mmg selalu laa.. tp sebab aku selalu dudukk je manjangg, kot?
2. kadang kala anda menangis@sedih tanpa sebab - apa pulak tak bersebab.. tp kdg2 sebab bodo2 je pun buleh tangkap leleh. apa kesss??
3. kerapkali bangun tido, bahagian2 badan ada lebam2 - tu dulu2 masa kecik2, tp aku baca dlm sokkabar tu ada penjelasan saiintifik, tak cukup zat besi katanya. skrg pun kerap lebam2 kat lutut and kaki, sebab aku cemerkap, jln sikit langgar bucu sana sini
4. sakit sendi2 utama - pinggang, lutut - sakit cemana eh? lenguh2 sikit2 tu biasa la, dah nama pun org tak eksesaiss..
5. sakit kepala tapi tak dapat dikesan oleh doc perubatan. - jarang la nk sakit, takat penin lalat je, tu pun sebab aku kurang air
*maklumat tambahan:
laluan masuk IBLIS ke dalam badan manusia:
1. melalui ubun2
2. melalui hujung kaki
org kata, antara tanda2 ada 'bendasing' dlm badan anda adalah apabila korang terasa mcm berdenyut2 tang urat, mcm ada benda bergerak2 bawah kulit, kdg2 boleh nmpk sesuatu bergerak.
tapi ada org kata itu sebab otot kita terlampau letih.. wallahualam
No comments:
Post a Comment