Pages

Friday, September 04, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Islamic Relief Malaysia.

Untuk makluman semua,

Kini Ramadhan Kembali Lagi. Lanjutan daripada itu, pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) telah melancarkan program `Bantulah Mereka Berbuka Puasa’ bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 17 Ogos 2009 yang lalu. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai hari pelancaran tersebut dengan melayari laman web Islamic Relief Malaysia di www.irm.org.my
Melalui program Ramadhan ’Bantulah Mereka Berbuka, dengan sumbangan sebanyak RM50, satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian disediakan untuk sebuah keluarga yang memerlukan. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak, sardin dan kurma ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut menunaikan ibadah puasa selama dua hingga tiga minggu di sepanjang bulan Ramadhan.
Hasil sokongan anda semua, pihak IRM telah berjaya memulakan sessi pengagihan pek makanan yang pertama yang melibatkan penerima manfaat yang terdiri daripada golongan kurang upaya (Ahli Persatuan Orang Kerdil Malaysia), ibu tunggal dan golongan fakir miskin. Usaha murni kemanusiaan ini masih lagi diteruskan dengan pengagihan bantuan makanan Ramadhan dengan sasaran 10,000 penerima manfaat di seluruh Malaysia.Kongsilah kegembiraan anda bersama-sama mereka yang serba kekurangan sempena bulan yang mulia dan diberkati ini. Dengan hanya RM50 untuk satu pek makanan, anda dapat menyinari Ramadhan mereka dengan adanya sedikit sumbangan untuk mereka berbuka puasa dengan lebih ceria.Sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank 5621 4270 8704 / CIMB 1259 0000 804 058 atau layari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di di sini. atau hubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-8948 6334.

No comments: