Pages

Tuesday, February 24, 2009

percubaan 1 2 3

pg ini bermula agak hambar dan kelamkabut
sebetulnya ia bermula malam tadi
cik aisyah buat drama lagi semlm.. membuatkan org tak boleh tido
aku taktau ler jiran2 terjejas atau tak, tp ku rasa raungan dia boleh didengar satu perumahan itu
tapi aliya tidor cam biasa.. ohh mami looveee you for that, tq baby!
almost 3am ku berjaya pujuk aisyah supaya diam, itu pun terima kasih kepada jiran (ke?) yg baru balik dgn kereta yg menderum deramm, enough to scare that little misfit
ingatkan buleh la ku tido lena pastu..
tetapi
aah ujiannn menjadi ibu misali tiba lagi
aku tak taktau pukul berapa, malas nk tgk jam
karang aku tensen sendiri

hasilnya
bangun pagi terkocoh2 lagi, dgm baju tak iron lagi
aahh nasib baik sempat
dlm kekocohan itu aku tak perasan helmet sang somi masih di atas but keta
aku laju menekan minyak tatkala tepon tetiba berdering
aaahhh dah le aku letak dlm poket beg di tempat duduk belakang
susahnye nk amik
tekan aje butang jawab itu telinga dibombard dgn 'Hoiiiiii tunggu la satt! helmet tak amikkk'
lerrr aku ingat tadi since dia kat belkang pandai2 la amikkk, i mean dah tau aku nk gerak kan?
aahhh, biarkann
stop jap, tunggu utk passkan helmet. tak perlu pandang muka. dah sah2 mencuka
teruskan perjalanan. kereta makin byk, perlu lebih cekap utk membuat pusingan U
ooh teima kasih sang somi memberi jalan,
tetapiii.. sudah mati enjin pulak di situu #%^^&^(&*
takpe, buat tak reti aje. setat balik dan teruskan perjalanan
sampai di nurseri. alhamdulillah aisyah tak buat perangai
tetapi..
Allahh terlupa pulak cawan minum si aisyahhh %*&*^&*^$%^
selalu pg2 perkara pertama diminta ialah susu
tetapi tidak hari ni
guna je la cawan kat sekolah ye sayangg. aisyah angguk. hmm percaya ke? pandai2la cikgu ye. good luck to you.
teruskan perjalanan ke pejabat.
naik motor laa
keluar aje tol
uikkkk..
bangkai sekor ular sawa terlentang tgh jln. bukan tgh betul2, agak tepi sedikit, dalam lingkungan 20 darjah ke barat daya.
tiba2 aku seram sejuk. terbayang2 corak batik dia yg masih utuh
ishh rupanya ada ular sawa kat dlm kawasan hutan belakang rumah aku tu
org tua2 kata, kalau ada sekor, mesti ada kapel dia..
kesian kapel dia tu kan
aku tak pandai meneka
sekilas ular sawa terbongkang di tengah jalan, aku tak pasti jantan atau tino
pikiran aku mula terganggu
bila terganggu aku mula pikir bukan2, sementelah pula dok atas motor bukan ada benda sgt nk dipikir (selain menghafal nombor plet, belajar congak no plet, baca doa & istighfar byk2)
aku mula berfikir - keadaan aku sekarang yg sedang duduk di atas sebatang besi, diampung oleh 2 roda
dan bergerak dalam kelajuan purata 100km/j
dan tak pakai seat belt, atau apa2 tali keselamatan
gila!
fuh fuhh
menakutkan bukan?
jadi aku memang perlu memakai pakaian keselamatan, kerana motor mana ada seat belt
tetapi jeket selamat itu reganya sama seperti beg coach idaman..
mana satu aku perlu pilih : gaya atau nyawaa??
aahhh..
takpe.. aku rasa aku perlu beli aksesori minima dulu, spt sarung tangan, alas sendi dan kasut, yang bila dipakai membuatkan aku kelihatan seperti seorang robocop.
takpe.. aku masih boleh menjadi robocop yang bergaya dengan beg coach.
cuba bayangkan..
sungguh manis bukan
mungkin aku boleh memohon kerja sebagai polis fesyen sambilan

ooh sungguh panjang pula
terima kasih kerana membaca sampai habis

2 comments:

Nurul a.k.a Riko said...

Che ta..
Bravo..bravo..bravo. Gelak sorang2 aku dpn pc nie. I suka tawww baca apa yg u tulis..betul2 make my day lah.

Che Ta said...

tenkiuu
u make my day too lalinggg