Pages

Friday, December 17, 2010

Sanasitusini

kita selalu dengar org ckapa kalau nk berjaya kita perlu duduk bersama2 golongan yg berjaya ni.
makna kata, we need to associate ourselve with those successful people.
kalau kita nk jadi hebat, kita kena tengok org yg lebih hebat dari kita
bukanlah maksudnya kita kena pandang rendah pada org yg kurang berjaya pada mata kita
di ulang 'pada mata kita' ya.. mata kita ni kdg2 kero
tak semua benda mata kita buleh  nampak..ada gak kdg2 tu kita buat2 tak nampakk..
melihat pada org yg lebih dari kita sebab nk jadikan ia sebagai teladan, dan juga semangat utk mencabar diri sendiri. like, kalau depa buleh awat kita tak?
ckp senang la sebab kawan2 kau semua org besar2 .. keja kampeni besar for sure la keliling dok nmpk bos2 besar je.. abis kitorang yg keja kat penjara, pusat pemulihan dadah ni cemana? tak de can lah ek?
bukan mcm tu la dik..
sekali lagi saya ulang 'apa yg kita lihat'
mungkin incik warden penjara rasa tak seswai sebab hari2 tgk org 'jahat', loser.. etc
hari hari berkawan, bagi makan depa je macamana nk maju?
pada saya itu tanggungjawab besar
kalau di keliling anda rasa tak ramai org yg 'berjaya' apa kata kita pakat2 tolong angkat mereka jadi org yg berjaya
jadi secara teorinya secara otomatik anda akan dikelilingi oleh org yg  berjaya.
lojik?

jgn pandang org takde mata
jgn sempitkan fikiran dgn menganggap hanya duit berkepuk, beribu downline dan muka licin bercucuk vitamin c tu (je) tanda kejayaan. eh saya tidak maksudkan sesiapa.

kejayaan itu lebih  luas maknanya.
berjaya sebagai hamba pencipta - sentiasa menjadi hamba yg terbaik, memberi yg terbaik, sentiasa mendahulu Tuan dari segalanya
berjaya dalam pekerjaan - sentiasa buat yg terbaik tanpa mengharapkan bonus lebih dari nam bulan dan tak kecik ati bila kawan yg 'tak seberapa' (pada mata  kita) yg dpt naik pangkat dulu.
berjaya dalam keluarga - berjaya sebagai imam dlm keluarga, mendidik keluarga supaya mereka juga menjadi org berjaya, berjaya membawa kebahagiaan dan keserasian dlm keluarga, menjadi suami/isteri yang sentiasa dirindui pasangan dan anak2 tanpa perlu bagi makan nasi berwap spesyel, berjaya menjadi suami/isteri yg sentiasa merasa cukup dgn pasangan.. eh byk pulak
berjaya dalam kehidupan - bila tidak perlu bergantung pada org tetapi bukan sahaja mampu menjaga diri sendir tp menjadi tempat org bergantung. mcm pokok yg tumbuh besar, tinggi dan teguh. boleh jadi tempat berteduh, boleh buat rumah pokok, tempat gantung buai..
paling penting
berjaya memenangi diri sendiri dalam perang melawan hawa nafsu..

apapun,
saya percaya, semuanya bergantung pada kita
how we see the world, and the life within
tak perlu ubah dunia utk hidup lebih bahagia
ubah diri sendiri
ingat satu je,
the world revolve around yourself
not otherwise.
so, ultimately, you'r the one that has the power to change.

sekian moga bertemu lagi esok lusa.

No comments: