selalu lepas solat selalunya kita nk cepat2 lipat sejadah dan buka telekung
ramai tahu kan lepas solat adalah antara masa yg elok utk berdoa
patutnya kita ambil peluang tu,
sedih bila tgk ada org yg lepas bagi salam terus bangun
ustazah akak penah bgtau 'org yg paling sombong itu adalah org yg tidak berdoa selepas solatnya..'
so hari ni adik-adik..
mari kita kongsikan sedikit amalan lepas solat
tp ni setakat pengetahuan akak yg belajar agama takat form 5 je lah ye
paling2 koman pun, cuba lah membaca (kurang2 sekali)
- Al-Fatihah
- Ayat kursi
- Alam nasyrah
- ayat 1000 dinar*
* banyak amalan/tatacara utk amal ayat 100 dinar ni, utk lebih lanjut bolehlah mencari guru
antara doa yang 'mesti' di baca adalah :
- doa utk kedua ibu bapa
- doa dunia akhirat (robbana atina fiidun ya hasanah.. sampai habis) nmpk simple je doa ni tp walau setinggi mana pun kita belajar, dah tau doa2 lain yg hebat, doa ini jgn ditinggal ye..
fadilat doa2 dan bacaan tu tak dapatlah akak terangkan lebih lanjut.. tp kan, taktau pun tak pe kot, at least kita lebih ikhlas bila baca hehe.. if not nnt bila baca dok la harap nk dpt kebaikan2 tu
but kalau kita buat secara istiqamah, yakni berterusan dan menjaga quality (meaning jaga tajwid dan aturannya) insyaallah kebaikan2 itu akan datang pada kita.
ok, selamat berdoa!
oh lupa
adab berdoa
1. mulakan dgn puji2an kepada Allah SWT
2. selawat atas Nabi SAW
3. duduk seperti antara 2 sujud
4. mengangkat tangan seadanya - tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah, seeloknya separas dada, rapatkan kedua tangan.
5. rendahkan suara, buat suara kesian
6. rendahkan ego.. pohonlah dgn penuh keinsafan
7. istighfar, pohon keampunan dari Allah atas dosa2 kita
8. berdoa utk org2 di keliling kita - keluarga, kawan2, jiran, seluruh umat islam
Ada org malu untuk meminta-minta dgn Allah, mungkin sebab dia terasa tak layak utk minta
tp ingatlah Allah berkata kepada hambaNya ' Minta lah kepadaKu, nesacaya akan ku kabulkan'
adalah lebih baik kita meminta kepada Allah dari meminta2 kepada manusia, kerana Allah tak suka kita meminta2/mengharap dari yg selainNya.
'sesungguhnya doa itu senjata org beriman'
3 comments:
Terima kasih Kak Ta....utk perkongsian ini..:-)
oh nice info
kalau ade 'like' button here. i wud definitely hit it :)
Post a Comment