AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:
alamakk tak kuar lakk
ok tgk kat sini http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/sept98/h_medan.htm
Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:
Surah al-Fatihah.
Surah al-Nahl ayat 78.
Surah al-Hasyr, Ayat 21.
Selawat Syifa:
Do'a:
Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."
Wirid:
Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."
Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):
Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."
Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:
Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:
Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin dengan izin Allah.
Ayat yang dimaksudkan ialah:
Dan disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 (sebagaimana yang disebutkan di atas) dan ditambah dengan:
Dan satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika seorang perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada satu kertas dan direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada mukanya insya Allah mudah bersalin, iaitu:
Ditambah dengan:
Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:
i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu Anha:
Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .
2 comments:
salam cik zita...
Very gud info...
Sebenarnya dah lama jadi silent reader...hiks... segan nak tinggal komen... Kali ni munculkan diri ajelah... ahaks... Bestnye Aisya dah ada adik kan... mesti dah tak boring ada kawan gaduh...
salam Tuan Puteri..
awat yg malu2 pulak ni hehe
mmg 'best' la aisyah ada geng now, mcm tongkang pecah rumah dibuatnya!
Post a Comment