Pages

Tuesday, July 14, 2009

TAG Lagi!!

ye..
saya sedang berusaha membayar hutang2 Tag yg berbulan lepas
maaf kepada jiran yang telah menuntut, dan merayu2 supaya saya membuat tag dia jugak2
jadi saya terpaksa buat, kalau tidak dia menangis saya juga yang susah hati kerana tiada org mahu temankan saya melenggeng ke pavilion hari jumaat nanti.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah: Luke Perry

2. Saya sedang mendengar:
Teman sepejabat bergelak ketawa 'aku peninggg..hahaha' katanya

3. Mungkin saya patut:
Buat kerja yang lebih berfaedah dari menjawab tag ini di dalam waktu pejabat ;-p

4. Saya suka: tgk org kesayang saya tgh tido.. sangat comel

5. Sahabat-sahabat baik saya:
suka ketawa dan periang! mereka seperti kanak-kanak rebina apabila berjumpa beramai2 walaupun masing2 sudah menjadi cikgu rubina

6. Saya tak paham:
bahasa jepun, latin, perancis dan segala bahasa lain di dunia kecuali bahasa inggeris dan melayu. bahasa arab dan hindustan saya hanya tau beberapa patah perkataan seperti inspektor sahab, syabass bete, haraem zadee, zindagi ek sa far sangam eh banyak juga yg saya tau.
saya juga tak paham kenapa saya jawab soalan ini panjang berjela..

7. Saya kehilangan:
~ anak pertama saya . dan saya tak pernah tidak ingat pada nya
~ baju yg baru dibeli, tak sempat pakai lagi, masih dlm plastik tetapi tidak tahu dimana sekrg. di rumah saya ada ramai pembantu yang mungkin telah 'mengemas' dan mengubah susunatur barang2 saya

8. Ramai yang berkata:
mereka faham, tapi sebenarnya tidak!

9. Makna nama saya:
Yang hitam manis - menjelaskan kenapa saya tidak putih melepak

10. Cinta itu adalah:
pengabdian, pengorbanan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
mengingati saya?

12. Saya akan cuba:
menambah simpanan saya.. simpanan apa, itu rahsia.hehe

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
sampai bila-bila
tapi kadang2 tempoh sah hanya sampai hujung tahun depan je..

14. Telefon bimbit saya:
belum di cas baterinya yang dah nyawa-nyawa ikan itu

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya buka mata laa

16. Saya paling meluat apabila:
org yg baru tahu sesuatu benda berckap mcm sudah ada phd, siap dgn mimik muka 'iyee aku tauu, kau tau? hellooo org dah tau lama tak kecoh pon laa!

17. Pesta/Parti adalah: Lagha!

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah: twisted whiskers

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
5-12 thn .saya sangat gembira waktu itu!

20. Hari ini: ada kenduri bubur durian di pejabat

21. Malam ini saya akan:
menyambung usaha melipat kain baju yang sudah menggunung

22. Esok pula saya akan:
bekerja seperti biasa, membuang masa di blog seperti selalu

23. Saya betul-betul inginkan:
tidur yang lena, dan bangun dengan perasaan gumbira.. aahh syurga...!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
aarghh mata saya..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pastinya pusat membeli-belah!

26. Makanan Barat atau Jepun:
Kedua-dua!

27. Bilik yang terang atau gelap:
yang sedang2 aje

28. Makanan segera adalah:
kegemaran suami saya tetapi bukan kegemaran saya

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
takpe..

30. Siapa yang anda mahu tag?
siapa siapa yang ndak..

2 comments:

Mr.Ana said...

merepek lagi nih.....

Sang Lelabah said...

merepek..kerepek... giler kentang!
wakakakaaa..
amende TAG2 nih?
yg ku tahu hanya TAG Team yg cam dlm wrestling WWE tu...hehe