Pages

Wednesday, July 22, 2009

ketawa ubat terbaik

apabila tengok rumah bersepah
kain baju bergunung tak berlipat penuh bilik
dan tiba-tiba
si kecil tonggengkan bakul baju, menambah lagi ketinggian gunung-gunung itu

ketawa saja lah
kerana itu lebih baik dari membuang tenaga menjerit2 memarah mereka

percaya lah

lebih baik berketawa bersama-sama mereka
kerana bunyi kekekan dan gelak hilai si kecil dan si kecil junior mmg tiada tanding harganya

enjoy lah momen itu
kerana ia tidak akan berulang

biarkan..

biarkan ia menjadi perkara yang akan dikenang oleh si kecil
bukannya cubitan kamu di peha lembut itu

berbangga lah bila si kecil mengusung bakul serata rumah sambil berlagu
'nasi lemak, kuey kuey.. cik, cik nk apa?'

dan pabila
tiba-tiba gelak ketawa itu bertukar menjadi tangisan

peluk la mereka, usap kepala dan berlembutlah

tahan sahaja rasa ingin berkata 'there, i told you so!'
dengan lembut ucapkan lah 'nak buat lagi ke? pergi lah..'

hahaha

ketawa lah

dan kamu akan merasa lebih baik

terlebih lebih baik dari menyusahkan hatimu dengan memikirkan kesepahan rumahtangga

iyaaa.. percaya lahh

sila berhenti berfikir berlebih-lebih (ini nasihat Tuan Besar ku, terima kasih kanda!)

dan aku turut merasa lebih tenang

sungguh.

3 comments:

Suki Cida said...

aduhhhh sakit... nama pun budakkan... aliya best relex je monitor dr luar...hahahahah

Sang Lelabah said...

aisyah always be the cutest & sweetest! tapi apa terjadi sampai dia luka & nangis tu? jatuh ke?

sian anak menakan paklong.. takpe..nanti main lagi k?

Che Ta said...

aisyah tertonggeng dgn bakul baju tu hehe
dok kuar masuk, tuptup dah terlentang! calar+luka tersangkut kat bakul