Pages

Friday, November 15, 2013

Rezeki dan garisan merah yg tipis

Assalamualaikum

Jumaat dah hari ni.. Alhamdulillah panjang lgi umur.

seronok aku tgk kawan2 sekarang dah pakat2 berjaya.. paling penting depa tu tau macamana nk berjaya
dan paling paling penting lagi.. semua tak lokek nk share ilmu..pakat habaq kat kawan2 mcmana nk buat duit.
Alhamdulillah..bes kan?
sebagai kawan, aku tumpang happy.
dan sebagai kawan juga aku rasa terpanggil untuk saling mengingatkan sesama kita

1. duit byk itu bagus.. sebab duit lebih boleh buat investment dgn wakaf dan sedekah. kalau tak de duit lebih mcmana nk sedekah? Islam tak halang kita jadi kaya raya.
tapi kena ingat, Islam larang kita berlebih2an. Islam juga suruh kita bayar zakat.

2. duit bukan segalanya. ada duit bukan bererti kita confirm akan bahagia. ok cliche. tp ada kebenarannya. esok2 bila kita dah ada duit baru kita akan nmpk semua tu. la ni tgh sibuk kumpul duit kita akan kata 'ishh takkanlah..esok2 aku dah byk duit takkan la aku buat gitu.." ok, tell you, you'l be tested. so prepare your self.

3. selidik dulu 'punca' pendapatan kita.
sekali pandang mungkin nmpk halal... tapi.. tgk baik2. kot2 ada unsur syubhah. esp kalau melibatkan 'perkongsian maklumat' . cthnya ramai yg buat side income melalui twitter dan facebook, and also blog. we can get more income when we tweet or people retweet..or when more people click and share. i dun have to get into details on this, cukup lah sekadar mengingatkan - jauhi unsur fitnah, jgn sebarkan perkara yg kita tak pasti, atau cerita2 panas atau menggalakkan maksiat semata2 untuk tambahkan ratings/income kita. pikir balik..--> halalkah income kita kalau sumbernya tak halal atau meragukan? mungkin di dunia kita dpt wang besar tp sanggupkah kita jika wang besar itu akan menarik kita ke neraka kelak?

bila sentuh bab halal haram, ramai yg keliru atau kabur..
haram adalah bila kita mengambil sesuatu yg bukan hak.
haram bila kita mengajak org membuat maksiat.

mungkin kita rasa 'tak apa' sebab hukum dunia tak boleh bawa masuk penjara pun..so ok lah kan?
fikir2 lagi..
tepuk poket tanya lah iman..
di mana kita?

wassalam