Pages

Thursday, April 01, 2010

Kiasu?

pagi tadi dengar PM ckp org malaysia ni sudah2 la, tukarlah mentaliti yg menganggap public transport adalah hanya utk golongan miskin
WTFFFF???
pertama saya nk tanya kat Dato Seri, consultant mana yg bgtau Dato yg kami anggap mcm tu?
secara peribadi, tak pernah terlintas di benak saya utk 'menghina' kenderaan awam sebegitu rupa.
mungkin sebab saya pun org miskin, jadi saya tak terasa la kot?
i grew up with public transport, dari bas kuning, bas merah len seng, bas mini wilayah sampai bas rapid, lrt, monorail komuter semua saya dah naik.
Dato Seri penah naik? naik betul2 la, bukan naik yg ada escort masa nk test bas baru. itu tak aci.


mungkin ada sekelompok kecil org2 kaya yg rumah atas bukit bas pun tak masuk mmg la tak penah naik bas seumoq hidup, paling2 terer pun naik teksi je.
ada kawan sekolah saya dulu bila masuk kolej baru merasa naik bas. punya la excited sampai tanak duduk dan berdiri kat tepi pintu. sebab dia risau tak sempat nk turun. yg ku tatahan statement dia - besnya naik bas mcm org miskin. dgn nada teruja yg ikhlas.
abaikanlah dia.

saya nk cakap yg saya tidak pernah menentang public transport. malah kalau boleh laaaaaagi saya nk naik.
senang banyak kalau naik public transport ni. tayah susah2 tekan myk jaga stereng. dlm perjalanan boleh tido. ada dreba la katakann..
tp saya memilih utk tidak naik kerana:
1. sama je tempoh masa yg diambil kalau naik lrt/komuter berbanding saya drive sendiri.

2. kena berhimpit2 bawah ketiak org terutama time peak hour. kalau org tinggi untuk sikit (sekit je la) sebab tengkuk panjang boleh ambil udara kat 'atas'. org pendek mcm saya harapannya terbenam la. bau jgn cakap la..saya lebih rela melapuk di pasar tani lagi.

3. masa menunggu yg lama kerana penumpang terlalu ramai (cemana org kata hanya 16% yg naik public transport ni? depa buat survey hari ahad ke apa?) kalau tunggu lrt/monorail hanya tren yg ke 4 baru boleh naik. itu pun kena sesakkan diri juga sebab dah tak tahan nk tunggu lagi.

4. stesen lrt/monorail terdekat adalah tidak kurang dari 15min bejalan kaki. whic saya tidak kisah sebenarnya sebab saya pernah berjalan 30min pergi dan balik ke stesen komuter masa baru kerja dulu. tp masa tu saya tak kisah sebab org tak ramai sgt dan ofis saya hanya berjiran dgn stesen komuter.

5. tunggu berjam2 tak nmpk  byg bas/komuter. tak tau kenapa.

6. pernah berangan nk buat mcm org jepun, park keta kat lrt/komuter stesen and ride to town. tpnya parking mostly full terutama pada hari bekerja, dan tak semua stesen ada kemudahan parking. kalau ada pun mcm tak konpiden je nk tinggal keta lama2 kat situ.

tp utk berjln lebih 15min dan kemudian kena tunggu tren, dan kemudia berebut2 masuk dan menguruskan diri utk muat dlm tren sadin itu dan berhimpit2 dan rasa nk terjatuh bila mororail buat corner lipat, dan kemudian berlari-lari tukar naik komuter pulak dan mengulang episod yg sama.. fuhh.. secara ekonomi adalah lebih praktikal saya drive sendiri je. kurang2 boleh duduk dgn aman dlm kereta sambil dengar lagu dan tidak basah bila hujan.

jadi, Dato2 Menteri
kami bukan taknak naik, tp kami hanya nk naik public transport yg lebih reliable, selamat, selesa dan mudah dirangkai. kalau boleh buat stesen depan rumah lagi baik.

harapan saya government tranformation program yg diwar2kan ini adalah lebih praktikal dan bukan teoritikal semata. minyak dan tol pun dah mahal. psst dengar kata nk naik lagi?

1 comment:

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

akak paling tak suka naik LRT