Pages

Friday, October 24, 2008

haa??

saya ingin memberi beberapa maklumat baru buat tatapan kawan2 semua

pertama:
motor kesayangan suami saya telah terbalik buat pertama kali beberapa hari lepas kerana suami saya tergeleceh ketika memaking motonya itu. sakit pinggang katanya mengangkat motor itu kembali. nasib baik tidak calar atau patah riuk.
ulasan ibu mertua saya kepada anaknya : tu la beli motor tak padan dgn badan! hehe
saya tumpang gelak shj.
wlaubagaimanapun, mlm itu motor itu telah tercalar kerana dia stop betul2 di depan pagar rumah lalu terkena pagar apabila saya membukanya. saya tidak pandai mengkontrol pagar oto itu, oleh itu saya main tekan shj butang tersebut tanpa peduli pagar belah mana yg akan terbuka.

kedua:
sebaik sjh campai di rumah semlm anak saya menangis berdrama sambil menunjukkan telinganya yg telah dipakaikan subang. menurut laporan balas ibu mertua saya, anak saya yg beria2 hendak memakai subang di telinga lantas dibawanya masuk ke kedai pohkong di tesco extra. sebaik shj kena tembak, anak saya seakan terkejut lalu menangis bertalu2, tetapi senyap apabila dipujuk dgn menunjukkan berjenis2 subang yang ada dikedai itu. sungguh materialistik anak itu.
selepas beberapa ketika, dia menari terjoget2 sambil mengetap2 bibir dan kepala sebagai tanda excited yang teramat sgt
sebelum ini anak saya telah menunjukkan minat yg terlampau terhadap brg perhiasan wanita termasuklah baju gon, alat mekap, kasut dan beg tangan. dia juga pernah berbisik ke telinga gelpren abang ipar saya supaya membelikannya subang gantung2 spt yg dipakai oleh gepren abg ipar saya itu.
buat seketika saya agak terkucil kerana saya berangan2 untuk membawa sendiri anak saya untuk ditebuk telinga nya. kerana ini adlah pengalaman pertamannya sebagai persiapan untuk menjadi seorang wanita. bak kata seorang kawan saya dalam bahasa inggeris ' this is her first lesson that beauty is pain!'
tapi perkara ini tidaklah saya simpan di dalam hati, atau di bawa dalam perahu kerana saya tahu ibu mertua saya sangat sayangkan cucunya dan saya tidaklah mahu menjadi batu penghalang antara mereka.

3 comments:

LITTLE DEWA said...

hehehe. apa lah en ana ni...
weh mane pix aisyah ngan her newly pierced ears? pndai eh ibu mertuamu... kecik2 dh baekkkk punye pujuk, poh kong lagi! :)

Anonymous said...

sbb pohkong kan cheta, ngko redha ajer laaa...hihihi

biler lah nk pi amik avent dari ngko nie :P

Che Ta said...

gambar sudah ku upload ye kekwn.. hehe