alhamdulillah tahun ni Allah panjangkan usia aku utk melalui ramadan lagi sekali.. tahun lepas aku peknen masa bulan posa, tp terkucil gak ehehe.. the year before, 2004, aku baru lepas pantang gugur so mkn kena kontrol, seksa sgt tu tak la sgt tp kempunan gak nk makan laksa.. tahun ni pun sama stil pantang mkn laksa sebab baru 6bulan bersalin, tak berani aku. takpe la sabar sikit esok2 aku gak yg untung.
ntah kenapa ek ramadan sekarang aku tak berasa rasa sgt kemeriahannya berbanding ramadan masa muda2 dulu.. tambah2 sejak bekerja ni..
tahun 2003 bujang lagi, kebetulan makcik aku ada buka gerai mkn kat kg baru so hari2 aku lepak buka posa ngn derang, lepas maghrib baru balik and on the way tu aku singgah masjid menjalara utk tarawih. aku suka semayang kat situ sebab imam dia baca sedapp, ala2 imam kat mekah lak, lagi satu senang paking and tempat semayang open air takyah naik tangga. senang la. sejak kawen aku jarang gi tarawih dah, masjid kat rumah aku dah la atas bukit, nak naik tempat muslimah pun 2 3 kali naik tangga, masa tu jemaah tak ramai, adala sebaris je. sekrg taktau la munkin dah ramai kot. tahun ni takleh pi masjid sebab ada anak kecik. now bariu aku sedar betul org pesan buatla amal waktu, dulu kan senang takde komitmen, taknak pi lak, now nk pi tapi takleh. boleh wat kat rumah tp feel dia tak sama la..lgpun aku tak pandai baca doa baguss2.
1 comment:
ekeke.. biasa la spid.. makcik i buka gerai sup gearbox lagi!!
Post a Comment