Pages

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Its THAT Time

Adyra is quickly nearing her 3rd month.
I mean quick as the time flies so fast I can't get enough of my children. All of them.
I missed the time all of them were inside me..the bonding, the togetherness. When its only 2 of us. When I'm the privilidge one to hold them and the other can only look at us and do their very much to pamper the baby - through me! Haha that's the best part of being pregnant isn't it?
I missed talking to them, telling them all my secrets.
I missed carrying them everywhere and I dun have to worry who's babysitting!
The biggest thing I missed most during pregnancy is the opportunity to multifold my investment for the after-days, that's the time when everything I do, every tiredness,sleeplessness and pain were generously rewarded by Allah. Damn how I regret slipping this!!
Congratulations for all those mommies out there - that includes you too Jj!
I know its gonna hard time, Brace it and you'l be fine Insyaallah. Remember, you'r carrying the khalifs of tomorrow!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, February 10, 2012

Done!

Ya setepat gerak rasa seorang ibu, telah nyata dalam Loh Mahfudz adik baby selamat menjenguk dunia pada hari Selasa 7 Februari 2012 jam 11.29pm.
Berat cuma 1.9kg tapi suara cukup kuat menggegar alam! dan sebab belum cukup matang,baby kena masuk inkubator sampai dr kata okey.
Btw, perkembangan baby nampak baik, hari ke 2 dr sudah off kan oksigen sebab dia dah boleh bernafas sendiri.
Cuma mummy je masih blom boleh bagi susu. Susu mummy seciput je dik..sorry ya. Mummy tgh gigih pam ni, pagi tadi dpt dalam 6ml kot..cukupla sekali feed kau dik.. Mlm ni mummy pam lagi sambil layan Mohabbatein
Alhamdulillah produksi nampak meningkat. Esok boleh la hantar. Mlm ni abak kau balik lambat.. kesian dia penat. Tp satgi mummy tanya kot2 dia rajin nak p hantar mana tau kan.
Ok la adik.. Nama adik je mummy dgn abak belum sign kata putus lagi. Ni semua sebab abak kau byk skandel sgt dulu dan mummy tak rela nak panggil nama2 tu seumuq hidup mummy taww!!

Tuesday, February 07, 2012

Sekali lagi bersiaran dari spital. Hari tu baju pink, kat sini naik pangkat jadi pengawas pakai baju biru lak.
Actually ni second time admitted, lepas keluar dari sg buloh 2 hari, I went to see dr siti kat kpj sngor, terus kena admit 3 hari. Lepas tu dpt mc seminggu dia soh rest kat rumah. Patutnya hari ni dtg utk Folo up tp ahad mlm tu mcm ada rasa regular contraction, dtg sini terus kena hantar ke labour room. Mengelabah dr dtg spital tgh2 mlm ingat aku dah nak bersalin. Mcm biasa masuk spital je mesti sakit tu takde kan.. Tu yg aku malas nk dtg kalau tak betui2 sakit. Cuma masalahnya aku ni kalau dah 'sakit' tu haa mmg dah nak terkeluar sgt2 dah la tu..kalau nak tunggu ntah2 mmg beranak tepi jalan la karang.
Dr tahan aku kat sini sebab nak kena kasi ubat yg kuat sikit utk slow down contraction. tapi sebab ubat tu ada side efek esp kat jantung, kena bagi moderately. Semlm they stopped and I continue orally, tp since awal pagi contraction mcm makin kerap and dah stat sakit sikit2 they put the drip back. And pukul 5 tadi the took it off sebab mcm dah selo sikit.
Tapi kan.. Now dah mcm ada balik. Every 15-10 minit tapi kejap2 je la and tak sakit sgt.. Tahla aku pun konfius
Benda2 cam ni, plus side efek ubat tu kdg2 buat aku rasa mcm2.. Risau,sedih takut nerves semua ada. I worry over so many things padahal everything is in order.
Takut nak beranak? Padahal dah nomot 4 ni.. Hehe tu la dah tau sakit mcmana tu yg ngeri tu!!
Risau anak aku jadi apa2 sebab pre-term - I should just leave it to Allah kan, kalau Dia dah kata baby nak lahir sekian2 hari takdak sapa nak boleh tahan, Dia dah set dah semua utk anak aku tu kan,watpe nak risau? atleast kat sini I can assure ada inkubator utk dia, and she'l be in good hand. At 33w she has quite a gud chance to survive. But I stil can't stop worrying tho..
Risau anak2 - mak ayah aku ada sini, mak pak mentua aku pun ada, semua org willing to take care of them. Aku ja yg dok risau lebih..aku yg takleh dok jauh lama2 dgn depa hehe
Risau suami? Ni lagi la takde menda. Abg ajies never leave my side dari awal lagi. Kalau aku warded dia sama2 tido ward, walaupun sakit2 badan tido atas kusi.
Apart from that, benda2 kecik pun buat aku stress. Aku nak balik..tapi bila balik rumah stress tgk rumah and I can't do anything about it. Dok sini stress sebab bila pasang drip susah nak gerak tgn, terhegeh2 nak bangun, nak gi toilet, nak solat.. Aku stress bila hosp serve dinner pukul 5.30pm! Time tak lapar camna nk telan. Tak makan karang sejuk tak sedap. Takpe, anggap sunnah je la makan sebelum lapar.. Karang tgh malam meh kita dera abg ajies gi beli berger spesel kat depan tu.
Citer bab makan ni pun aku stress. Dah la dok baring ja takleh nk gerak2 sgt, risau aku karang nk beranak mcmana, larat ke? Sebab taktau masa bila time nak bersalin, aku ni tiap kali time makan je pulun sumbat semua, sebab takut karang kot terberanak hari tu aku takde tenaga pulak.
Tadi tgk2 ada bloody show. Tp sikit je la. And contraction has started to be quite regular and growing intense. Cuma duration tak lama, it lasted in less than a minute. Earlier ve shows I'm not really progressing, still at 4cm. So stay tuned.
Maybe tonite.. Maybe not

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, January 05, 2012

masa telah terbang!

cepatnye la kan masa berlalu..

adik baby is lebih kurang this big now..
mommy do really hope that you can hang in there for another few weeks time - to complete you!
there's no need to hurry dear
so see ya when we see ya

XoXo from mommy, abak, Along, Kakngah & Abg Cik (to list only a few hehe. you'l meet more later!)

nota utk diri sendiri : aku heran apa pasal perut mak dia tak besar pun????/

Wednesday, April 27, 2011

HOt MommA!

ada mak buyungs sedang mencari baju mengandung. so hari ni akak mood rajin sikit nk tulung gugel kan kat korang eh.. mmg dilema juga nk beli baju mengandung ni. nk pakainye kejap je tapi kalau tak beli nkpakai apa lak.. nk beli baju saiz besar karang tak cantik pulak, gedoboshh je.

when it comes to maternity fashion, akak ni mmg jenis yg tak suka pakai 'unifom'. yakni baju maxi yg selalu mak mak kita pakai masa bawa adik kita dlm perut dulu tuh. akak kurengg sikit sebab selalu2 maternity dress ni senteng.  mmg nmpk betis la. karang pakai tudung nmpk sgt pendek akal. kalau tak pakai tudung boleh la.
kalau nk beli blouse pulak mmg problem. sebab bila jumpa yg cantik dan seswai dgn jiwa rega la pulak mak oiiii ratus2 tuu!! hatta t-shirt bodo pun mau lapanploh hengget. tank sanggup akak. rela lagi pakai baju pagoda abg ajies. and yes, baju pagoda adalah yg paling best.. .

so hari  ni meh kita tgk beberapa contoh pesen2 baju org yg ada perut. kot tak ngandung pun tapi ada spare tu buleh la kot nk gunapakai. so ini adalah kriteria2 penting yg akak jadikan guideline semasa membuat sebarang pembelian:
1. pesen dan cutting yg boleh pakai sampai bila2
being cheapskate, akak akan pastikan baju yg akak  beli tu akan akan buleh pakai lagi sampai la mengandung lagi pat lima kali. termasuk semasa transition period. (read: masa tak preknen pun buleh belasah gak).
cthnya cam ni:

*wrapstyle is great sebab boleh sesuaikan ikut tumbesaran perut.
see.. boleh cover perut up to at least 5months. and besok2 nk breastfeed pun senang nk selak
*that black and white top tu from uniqlo. i dunno if the price is still RM 24.90!

personally i also think baby-doll cut is the cutest pregnancy top ever!
but one thing, i totally tak suka tgk pregnant mummy in sleeveless. at least cari lah yg ada sleeve, pendek pun tak pe janji ada sikit. tak cantik la dok tayang lengan yg gedebeh tu.. kalau nak pakai gak, team it with nice cardigan or jacket.

2. keselesaan mmg penting. so pilih material yg senang nk jaga, low maintenance. meaning tayah nk gosok teruk2, bgn pagi sarung je.stretchy pun good sebab boleh accomodate perut yg makin besar, breathable. best bet is soft cotton, jersey and the like.
time preknen is always subject to heat and shortness of breath jadi jgn pakai ketat2 sgt. biar body buleh bernyawa
cotton is great for more santai mode. for officewear, choose material like satin, jersey, or crisp cotton.
plain stretchy t-shirt is al great. its comfy and can help to show off you cute bump!

3. kesesuaian pesen dgn saiz perut dan saiz badan.
some cuts are more suitable to certain bodytype je so pandai2lah ye.
like this long dress will better suit org tinggi. kalau rasa2 tinggi anda cuma 3 kaki setengah, buleh gak le, tayah pakai suar dah hehe.


4. accesorise!! team up your top/dress with good pair of pants and shoes. use accessorise to jazz up.

5.  baju kurung? i was once advised my a fren 'tolong la jgn pakai baju kurung masa preknen! atleast bila perut dah besar and baju cam sendat semacam. buruk lah' kata dia. hmm mcm setuju.
esp kalau kain yg susun2 tu kan, karang terangkat sebelah. huduh benor. but kurung pahang is great sebab dia kembang so it'l flatter the tummy. i wore them till 5 mths gitu and people can hardly tell im pregnant!

untuk yg memilih gaya muslimah sejati, gaya indon ni okay juga hehe. buleh buat baju raya gak ni

6. the must have : Belly belt! get one from mothercare. but i'l cost $100+!! if you'r creatif enough and have the skill, consider making it your self. ala beli getah pastu jahit butang.. taraa!! bukan ada sapa nk selak pun. tapi make sure pakai baju labuh lah ye.


7. pants - selalunya kalau first pregnancy nk beli maternity jeans and pants tu okay gak ler.. karang2 boleh recycle kan. selalu ku tgk maternity pants ni kebanyakan senteng2 belako. heran sungguh.
nasib ada belly belt penyelamat hidup. tima kasih la kat kawan2 yg kasi pinjam terus. saya beli suar kat uptown je, yg boleh lipat perut tu. rega i think from $25 up. tgk jenis kain. lagi, saya beli suar yg ada tali. tp ini pun nasib gak, kalau nasib peha tak naik mendadak buleh la pakai, if not kejap je la merasa pastu simpan dlm lemari sampai lepas pantang. (dgn harapan)

apa2 pun yg penting, tepuk poket sendiri. kalau rasa mampu dan patut beli baju beratus2, sila lah. beli kat kitorang sekali ya hahaha
but if u'r not, fret not, there's still lots of alternative to choose from. cuma kena pandai dan rajin cari. and anda beruntung kalau jenis yg perut tak besar mana, byk lagi pilihan
widen your choice, jenguk every kedai possible. u'l never know what u might find.even kedai cokia kat baling tu pun, i manage to get a good blouse. and my feveret blouse bought at the store, cap apa tah. toyogo?
for upper class, i like FYI and this particular brand.. alah lupa pulak apa nama dia.. rasa mcm kat sogo and parkson penah nmpak. it has great line of mid length blouse made from chiffon, cotton and all. boleh  pakai pegi ofis, boleh pakai pegi merendek jua. and i still wear them now. pricewise dlm $89-100+ selai. gud investment i'l say.
and kat internet pun byk org jual maternity blouse cantik2. gugel je..
dan juga rajin2 check for discounts and sales. i once got this mothercare blouse at 60% disc beb!. i end up pay only $67 for a $200+ shirt!. tu je la sekali beli baju  kat situ. tp mmg sedap pakai la, cutting cantik jatuh terletak je. patut la mahai kan.. berbaloi la..

hope this helps. nanti ku balik tgk cap baju tu ya.
so.. chiaoooo!

Tuesday, November 30, 2010

retracing the old journey - a new experience nonetheless

guess i havent tell u how umar sampai to us
semua org tau aku dok kuar masuk spital je minggu2 akhir tu kan
tp takat dpt mc je la,, tak la kena tahan 2 3 kali mcm time aliya dulu
puncanya aku dah stat ada contraction. sakit seyy tp kejap2 je pastu hilang
so dok assume braxton je la
kejap..
aku lupa nk citer cemana eh..
citer pendek je la
di satu  hari ahad tu aku gigih kemas rumah
ha hambek ko pastu sakit pinggang kan
mlm tu aku ada rasa sakit2 so esok tu aku tak gi keja. TB balik baru pi klinik.
sekali gynae aku dr ummul tu takdek la pulak
since dah masuk zone waktu kecemasan aku pegi spital lain, sebab nk sedapkan ati check betul2
kitorang pegi SALAM pulak. eh mcm best pulak dr siti kat salam tu
dia buat VE (tak sakit tau!) batal posa den hari tu
tgk dah buka dlm 2 cm gitu, since baru 33w, dia terus jatuh hukum kena shot gua dengan dexa.. sadiss tul! nasib baik misi yg buat tu baik giler.. siap urut2 tepuk2 aku.. lega skit..

pastu dia buat surat rujukan ke SMC. aku request nk dr shahbaiah, sebab dr siti konpem ramai patient.
so esok tu pegi jumpa dr shahbaiah, dpt dexa sedas lagi huhuhu
from scan dr kata nmpk air ketuban mcm kurang sikit.
dia kata nk monitor aku, at the meantime will put me on mc till deliver. akak okay jaa
mlm tu tido kat wad, tp tkde contraction apa. aku kalau dok spital mmg sihat walafiat.
stil 2 cm tanpa perkembangan lanjut.
esok tu dc
dan esoknya macam ada rasa sakit tp sikit ja.. aku pun konfius sakit ke tak ni?
cuma aku dok dendiam tak gerak sgt la. sebab ku perasan kalau gerak je mmg akan sakit. so baring je la keja ku. dah la bulan posa kan. tp aku tak posa atas sebab2 kesihatan hehe
aku perasan mcm ada air kat spender. tp konpius lagi. kot discaj ke? tp ptg tu tgk mcm ada lagi. basah mcm air. bgtau mak apa lagi terus haa nk beranak dah la tu! siap brg kita pi spital!
aku pun pack le brg sikit2.. sebab dok rumah mak, brg baby semua kat rumah aku.. haruu! TB keja pulak mlm kang baru balik.
tp sempat lagi makan dulu sesiap haha. mak masak asam pedas pulak hari tu
masa tu dah petang, aisyah ikut gak kitorang pi spital. aliya tinggal dgn maksu
sampai spital terus masuk ER, tp contraction stil takde apa. dr suruh hantar ke labor room.
masuk LR tukar baju semua siap, tgk takde apa pun. dr suruh balik ke wad dulu
lepas buka posa baru dr dtg check.. sakit wehhhhh lama giler dia tadah speculum dalam tu sebab nk amik sample 'air'. Sah, mmg air ketuban. pastu dia godek2 pulak sebab nk check kat dlm.. mmg aku leaking.
since dr taknak amik risiko infection dia kata tunggu sampai esok, lgpun tgk masa scan baby dah 2kg.kalau tak sakit gak 'kita induce ya..' alahaiii ni yg lemah ni..
TB sampai dekat time nk berbuka.. sian dia
tp kesian sikit je sebab sampai2 je nk sound gua tak tunggu dia balik keja. eh?
mlm tu dok m cm tu gak.. no contraction. ada la keras sikit2 tp tak sakit. sempat borak2 dgn misi derang ckp kalau induce  mmg sakit ler..
mlm tu dlm kul 11 baru sempat pi solat isyak. siap solat lebih sikit + baca yasin seround sebab risau nk tunggu esok.. ingat nk lepak lama2 lagi tp tgk jam dah dekat 12 seram pulak aku dok situ sorg2 hihi
TB balik rumah jap, lepas tu dtg balik temankan bini dia yg tgh cuak ni. tp muka guwe menten rilekk sampai TB tanya betul ke u nk beranak dah ni? eh eh??
mlm tu TB lak yg stat sakit satu badan, dgn takleh tidonya
stat at 1 am aku rasa sakit sikit.. lenmacam je
sampai tak tahan ku minta painkiller. tp aku lupa yg aku dah partly in labor so boleh pulak buat2 terkejut bila nurse nk kasi pethidine.  ku ingat nk amik ponstant je
tp tak jalan dee... sakit makin kerap sampai tak berselang langsung dah ku rasa
tp stil dok konfius ni sakit nk beranak ke ape ni? mcm la tak penah beranak kan hihi
dlm kul 3 setengah gitu TB panggil nurse sebab tgk aku sakit sgt kot
nurse check pastu buleh buat kelamkelibut kat situ 'Eh eh dah boleh masuk labor room ni!' pastu tetiba semua org jadi kelamkabut. i was like apakeheii? tp sebab sakit sgt ku tak dulik dah lantak korang lerr
the nurse is literally berlari sorong aku ke LR.. aku lak sakit giler sampai takleh dok betul2, rasa nk berguling kat situ gak. nk diri panjat katil pun takleh. nurse pesan satgi bila sakit kurang cepat2 panjat okey!
terus rasa cam olahragawati pulak.
time gawat gitu dah tak ingat dah doa nabi yunus ke apa ka.. cuma sempat sebut Allah je. yg lain tu panjang sgt.
sorg nurse ni sebok la dok bebel bila aku mcm jerit sikit masa tak tahan sgt tu.. dok la ckp 'eh takmo camtu.. takmo!' mcm budak kecik pulak ku rasa. nak je ku jerkah dia ' mau ke tak mau sakit la oii'!
dah le aku tak reti nk sedut gas tu satu hal
memula ku pegang tgn TB tp pastu sempat lagi aku kesian kat dia karang aku grip kuat sgt dia sakit pulak
terus akak pegang besi katil je
tetiba akak rasa mcm floating.. pastu ada sora ckp 'just go with the flowwww..www www'
nope takde la gema2 gitu, aku ezejeret je.
sakit rasa cm kurang tp mencabar sungguh nk push
sempat gak la aku 'push' kan C4 kat nurse malang yg kebetulan dok belakang aku masa tu haha
ku rasa cam dah beria ku push tp tak kuar2 gak.. tp rasa cam dah kuar je the feeling so intense sampai  ku dah tak dulik contraction takde pun aku nk push jugak, i just want it to be over!
bila dr ckp heartbeat baby dah stat drop 'nk kena vakum ni'
hah?? no way im going to let u cut me
anak aku kecik je so harap sgt takde kena jahit
akak apa lagi gigih pulun sekuat ati push sampai kuar hehe
so.. at 4.am lahirlah anak ku.. sah lah lelaki. perjalanan  mencari nama pulak la pasni hehe
basically i was only been in the LR for 15 mins lebih kurang
tp rasa cam lama gilerrr
elok setel semua TB terus azankan sebab baby kena letak dlm inkubator. kaki dia pun terus baik. cam majik kan?
akak cuma sempat tgk gambar baby kat hp TB.
rupanya baby tak sampai 2 kg pun, 1.8kg jek. tgk nurse melenggang bawa umar ke NICU sebelah tgn mcm bawa anak patung je huhu
masa balik ke wad tu ku pening2 sikit, terus muntah kat depan nurse station. tp dok 'high' lagi sebok nk bercakap bertegur sapa dgn semua org kat situ haha
org kata the best time utk tido adalah lepa bersalin sebab masa tu ubat ada lagi kan.. tp akak lak takleh tido eiii geram sgt..! taktau kenapa..
geramm geram gerammm
sampai sekrang le aku takleh tido betul2

betul la org ckp bersalin anak lelaki  berganda2 sakit dia
siries.. mine mmg jenis yg sakit takde intermission dah. non-stop gitu.
nk kata serik tu tak la..
even now, tgk org preknen je eiii teringin nk lagi hahaha
bukan apa, cam bes je time preknen tu
dah la org semua sayang
masa tu la nk buat pahala kan? bonus berganda gituu..

Tuesday, August 24, 2010

Bagai mimpii..

Salam all...
cannot cite panjang eh..
just to announce the arrival of my prince Muhammad Emir Khayr Muhammad 'Umar Qayyum  last Saturday 21/08/2010 at 4 AM
encem takk??
born at 35 weeks. weighted only 1.85kg, so kena masuk inkubator dulu lah ye
kasi can mummy rehat2 kat rumah jap
as per today, he's basically okay, just have to wait until he reach 2kg baru boleh balik rumah
before i discaj, sempat pi melawat dia, kebetulan nurse tgh tukar diaper so dpt la sentuh2 dia.. he hold my finger so tight huhu!!!
MUMMY AND EVERYBODY HERE MISS YOU SO MUCH DEAR
COME HOME SOON!

Wednesday, August 18, 2010

Updates

17/8/10 - had one intense contraction @sahur.but nothing followed xcept tightening every 1/2hrly.
stil, went to see gynae just to make sure.
And my nightmare was confirmed - i'm already 3cm dilated! So I was put on 2 (painful) doses of dexa and pil apatah utk stop the contraction. Actually since dok terbongkang kat wad ni mmg xde contraction lgsung. Rasanya hr tu sakit sbb ku kemas rumah n kalau gerak sikit mmg terasa le.
Esok bole balik kot tp sakit pinggang seyy sejak mkn ubat tu..mungkinkah?

Monday, August 16, 2010

Di sini menanti Di sana menunggu

its 11 am monday morning
i know i should be working instead of googling on 'signs of labor', 'packing for hospital' and stuffs
just couldn help it..
im already entering  my 34w
and i'l be seeing my gynae only next week
unless something happen
lets hope not
while i'l be glad and pray that all the pain and discomfort will go away soon
i wont take the risk of having a preemie. i just want to avoid the complications.. pity baby kan..
(not to mention the costs tho'!)
going by experience, maybe i'l just wait fo rmore imminent signs before i can rush to hospital.
the most, just wait til next week for updates.


reading the hopital list again and again now i realize that i still short on some things
ok lets list them down before i forgot again:
1. my spare going home outfit
2. socks - cant remember where i put them???
3. slippers - or i might just make use of my sandals
4. cardigan - still on my laundry list
5. toothbrush/paste - the travel set bought but yet to pack
6. nursing bra
7. towel
8. spare shirt for hubby
9. hairband! a must!!


should i bring hot pack as well?
eh bang, pinjam your talipinggang kurus tu boleh?

cameras - i know so many people who'l be more than delighted to take over hehe

one more thing
i cant find my barut!!!
sejak pindah rumah hr tu byk benda stil unpack
im not sure in whic box?!!!

ayoooo mcm banyak la pulak.. berapa beg nk bawa daaa.....

thanks to gugel imej - now im dreaming of nice hot and trendy bags!!
santek2 la pulak beg depa ni bawa pi spital je pon!
i've already put my baby's essential into the basket, dgn harapan omaknya nk menumpang sama hehe
and most prolly, the other additional item will simply goes into my groceries bag..

Monday, August 09, 2010

bumpy ride

haa.. bukan senang nk tgk perut ku kan

at last
this is my bump at end of 32w


now the honeymoon period is sooo ober..
mengah seyy
makan lak takleh byk2
tido tak lena
duduk tak kena.. diri tak kena
and now baby tak kurang gerak, but kejap2 mengeras jek
tu yg tambah 60x cuak tu!
but so far stil blom ada patterned timely contraction so ku 'rilek' je la dulu
taknak la nk rush ke spital
btw, this week supposed to go for my appointment, maybe required to take the jab to prepare the baby's lung, in case..
apa2 pun lets hope there's no complication and baby will arrive on time.
Ameenn..

Monday, July 26, 2010

my food diary

8.30 am  : kueytiau goreng hospital (ye.. aisyah punya)
                milo secawan

12.30 pm : kopi ais, di ikuti rojak mamak (mujur tak sambung dgn cendol.. kalau tak haross meletup perut)
                 sementara tunggu speketi dan sup cendawan, dihidang dgn pepsi segelas.
                ye.. habis segelas diminum padahal beru je lepas mengisi kopi segelas juga
               mau tak mcm belon kalau dah 2 gelas air bertakung di dalamnye..

1.30 pm : cilok roti bwg putih TB, 1/2 potong je..
2.00 pm : alohh kesiannya tgk nasi spital. lauk tak menarik, sup ikan jek. tapi kesian kan nnt nasi
               tu menangis.. so makan le sikit.. ye sikit je, tak abis pon. tak caya tanya TB

4.00 pm : sambung makan 2 potong buah tembikai, tadi tak berani nk makn lepas makan nasi. gilo kau
               mau cekang perut tang situ jugakk!

4.45pm : tok tok! minum ptg ye cik.. loh.. cekodok je?
          sambung abiskan roti bwg putih dan sup sambil buat milo. kasi panas sikit.. lambat sikit buleh minum

         sedap gak tam tam ni eh..

rezeki malam ini belum tau

jgn di salah kan seorang perempuan ini kerana wanita mengandung mmg perlu lebih kalori.

Tuesday, July 20, 2010

dia datang..

ok mood mengidam sudah maii..

mari kita lihat senarai calon2 nya...

1. tetiba kuar lif pg tadi teringat kat buah dokong, atau langsat yg besar2 tu atau duku langsat atau mana2 spisis yg sebangsa dgnnya.
oh kena tepon mak nah, konpemkan dusun kat kg pun dah ada buah ke tak

2. red velvet, piza dan segala jenis bangsa pastri dan kek2 kat the whisk. hari tu terai mekerun dia jek. eh didi i blog about this before?

oh, terlupa pulak sepatutnya mengidam hasil belanja org income tax yg dpt bonus ituuu.. hahaha

so org income tax - sudikah membelanja saya kat kedai comei di empire itu?

oh lupa,
org income tax tidak membaca blog saya ini

Thursday, July 15, 2010

can i hepp you?????

adoi laaaa
ku rasa aku semakin gumuk
feels like i grow bigger at an hourly rate!
kalau amik pandangan sisi mak aiii.. sama tebai dgn peti ais dah ni..
last pregancies ppl kept telling me alahaii kecit je perut.. sampai la masuk labor room
but this time, well, stil its quite small for 30w pregnancy, esp if compared to those yg mmg semulajadi kalau pregnant sokmo perut dan tempat2 strategik yg lain sama je tahap tumbesarannya

this time too..
ku rasa mengah ya amattt
tadi, masa tadah muka kat shower pun ku buleh rasa cam nk lemas gituu!
bila berjln rasa cam perut ke depan
kalau masuk rat race konfem ku menang sebab perut sampai dulu

as much as im enjoying being pregnant
i dreaded having these extras!!!

Monday, July 12, 2010

Updates - 29 week WHAT????!!!!!

the sticker is telling me im already at my 29 week, and some days
another 72 days to go..
oh oh..!

wpun ini kali ke  4
stil.. im scared okayyy!!

this time ie very teruk la
i havent quite readied my self.. and the household
not really preparing me and baby both mentally and spiritually
lack of nutritions and also, the soulfood..
....
....
....


oitttt semlm aku dah tulis kemain panjang
sekali yg lekat ni jek???

@$%#%^&^^&*$@

ahh lenkali je la tulis ye
tak koserrrrrrr nk rewind

Tuesday, June 29, 2010

Week 27

already 27 weeks??
kejap je kan.. im already in my last term!!
and.. to know that its getting closer.. is quite scary
i mean, it'l be another 3 more weeks!! the moment i reach week 30.. hohoho..
i'l be entering the berjaga-jaga time..
hope i dun kuaq masuk hospital for threatened premature labor like i had with aliya again..
last week, though, i was awarded 2 days mc, because of severe pain at my lower ab
i tot its contraction.. maybe its just braxton
but with my history,  nothing is 'nothing'
and even now, i stil had some sharp pain from time to time. but alhamdulillah its not something worry-able enough hehe.. trust me. i know it. its just the way i had my pregnancy.
from now i shoud be more watchful of the timing of the pain, the baby movement (oh $%$^ i dun start counting his kicking yet!)

and yes..
its a he.. most prolly
since the last 2 ultrasound seems like there's a bird in there

i only weight 55-56kg
total weight gained is only about 8kg jek
but i look like a belon already
wondering what's hanging there, tho - my thigh and arms are wagging
double chin stat showing and my cheek is chubbier
my butt? haa i bet u dun even want to hear about it!
this time, i must confess, i eat a lot!!
even TB notices - "eh kali ni okay eh, good you makan mcm2" he commented.
my bump is about the size of this:

i guess.. i never actually see myself out there hehe

i started to develop amnesia these days.. $%^^&(&^%%@# againn.. tensyen sehhh..
at first i tot its the coffee, but tak minum pun stil hard to fall asleep
but it helps a lot now that the kids are sleeping separately, cuma we got to bring aliya into the room at early morning.
and the bumps starts to itch too ouchhhhh...!

Monday, June 28, 2010

ahad

lemau sungguh lepas 'cuti' lama2..
mmg la lega sikit, tp bila tgk2 eh dah ahad??
hehe
so wiken ku tak gi mana2 wpun dalam hati menggeletis dah buat list sini sana
nk test drive keta (hari jumaat nmpk iklan depan bank tiger ada ofer utk keta cheri so saja la nk rasa duduk dalam tu.. gigih kan?)
nk pi folo ap checkap
nk pi empire -
nk pi pavilion -
nk pi my dear sale  -
mentang2 la hari tu je la laki ku choti kan, semuaaaa nk buat hari tu kann

tp sudahnya
cuma dpt yg wajib je..
lepas chekap tu TB telah serta merta naik pangkat jadi YB yg sungguh sebok menyelesaikan hal ehwal rakyat jelata..

nasib baik at the end of the day, kek velvet merah dari JustHeavenly telah menyelamatkan emosii hehe
sedapp wehh.. terai la!
siries, tak dapek lawan red velvet kopi bin itu..

sebenarnya dok pikir2
patutkah aku setat beli brg baby sekarang (Jugakk!!)
atas sebab2 berikut:
1. perlu mengambilkira keadaan akak yg mungkin mengakibatkan bersalin awal, makanya akak perlu bertindak dengan kadar SEGERA!! ni kira dah lewat dah ni.. hahah
now dah nk masuk 27w, lagi 3w je lagi nk masuk 302.. minggu berjaga2 dah tuuuu
2. mothercare tgh sale.. parkson ada baby fair.. eh jusco sale jugak WTFTFTFWTWFTFWT
2.1/2. my dear, chicco,.. semua tgh saleeee........ argghhhhhhh!!
3. sementara akak masih berkudrat utk jln2 ni

next projek:
kutip balik brg2 lama utk diresaikel. maknanya kena basuh dan simpan elok2 hingga sampai masa. dah siap baru tau mana yg boleh pakai, mana yg tidak.. karang dok ingat ada sekali dah tak boleh pakai.. haa baru ghoplah nk pi beli..
brg lama yg boleh recycle cuma playpen, baby rocker.. oh itu ajek. kena beli tilam baru.. bantal? akak kena cari dan selongkar satu rumah dulu hehe. kemungkinan besar kena beli.
baju pon byk kena beli baru, since baju aliya mostly adalah harta seketurunan, jadi dah teruk gak le
towel, blanket semua dah overused and overwashed.
konklusi : kena siap 89.3% mcm nk terima anak sulung jugak kekdahnya..

so, ada sapa2 nk sponsor apa sila bgtau awal2 ye.. hahahaha!!
or should i get my registry list :-P

Friday, June 25, 2010

Dari Mana..?; Untuk Apa..?; Dan Akan Ke Mana..?


everytime i see it,
it never fails to awe
that's only one part of our journey
its more to come
and to become..
so cherish the time you have here
on earth
but dun forget what's waiting for us in the eternity..

Tuesday, June 22, 2010

ku sedar siapa aku di sisimu

tadi saje browse alam maya
lama tak cari bahan utk ibu mengandung
dulu masa first2 time beria la baca memacam
ni kunun2 dah terer lah ye??
kalau dulu wajib cari fakta pasai sakit nak bersalin, options, best O&G, best hospital in town, brg baby.. apa nk bawa ke spital, what to expect and all
tp kali ni terjumpa pasai how the mothers are coping when they expecting, with others kids around

yes, the first pregnancy is heavenly bliss
sebab we can simply take naps anytime
no one to take care, or better.. org lain yg sibuk2 nk jaga kita
boleh manja2 nak itu ini
somi pun kemain la mengikut kan
nak pulak bila we lost the previous one
so yg ni mmg jaga sungguh2 la kan..

but when u'r pregnant with toddlers around
life can be totally different
larat ke tak larat ke kena bangun juga utk anak2
takkan nk biar  makan pakai berak kencing derang tak terjaga kan
takkan nk biar derang main sampah.. so nk tak nak kena kemas juga
the first trimester is hard esp if u had severe morning sickness
masuk bulan 4 or 5 boleh la okay sikit
but masuk 6 7 bulan dah tak larat, mana dgn mengah, perut makin besar dan berat
tambah pulak si kecik nk dukung la itu ini..
this time around a little help adalah amat dialu2kan
esp from hasben
not only to support you emotionally but also physically,
so for those yg takde hasben around mmg ku salute la
i read about this woman, with 2 kids and pregnant with the 3rd, separated from the father
and she's a student herself..
she said.. she just have to do what she has to do
and she believe ada lagi org yg lagi susah dr dia..
wowww!!
aku ni.. komplen je manjang kan
laki lambat sikit buang sampah dah tarik muka..
ok ok akak insap nii...

Thursday, June 10, 2010

updates (hapenyeee...)

wuhuuu tup tup dah nk masuk last semester nih
mmg terasa sedikit mengah bila nk tunduk bangun
alhamdulillah krem tak berapa sgt, maybe sebab cuaca yg panas sekrg ni
lain2 sihat2 shj, cuma kdg2 ada rasa krem kat bawah perut
jln lebih sikit mmg letih aa..
tp stil ada ati nk tawaf soping komplek
ehh kata kena eksesaiss...!

ukurlilit perut tak terukur jugak hehe
tp perasan dah  besar gak ler
some suar dah tak boleh pakai
(mukan sebab tak muat perut, tp sebab tak muat tang peha haha)
tp menten boleh duduk silang kaki lagi you...
hari tu mak mertua ku kata perut ku senget haha
mesti sebab nk kena dokong si aliya
bukan apa.. kalau  nk tunggu dia jln sendiri alahaiii lambat nyeee...

babywise.. alhamdulillah
next checkup nk tgk ada pusing ke idak
apa2pun its still too early so tak kisah la dia nk duk tang mana pun, janji sampai masa amik posisi betui2 ye nak!
adik baby's been kicking hard lately.. aikk dekat2 musim bola ni.. petanda kah??? ekeke

mummy - is getting lazier and lazierrr...
aisyah - is getting on my nerve more and more (semlm she insists nk bogel.. buleh???)
aliya - is getting cheekier and smarter! go girl!!
abak - no komen
rezeki badan..

asal mengandung je mesti dpt suprise advanced besday gift..

who could ask for more?