Pages

Showing posts with label aliya. Show all posts
Showing posts with label aliya. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Tahun Satu

Aliya masuk sekolah betul tahun ni. darjah satu dah anak aku. Along Aisyah dah darjah 3. mak dia je dok perasan muda lagi.

tahun ni sebab 1st monday adalah 5hb. orientasi tahun satu dibuat agak lewat, 2hb Jan.
unlike tahun2 lepas biasanya sekolah buat hujung2 December tu.
jadinya untuk standby orientasi + daftar first day, mak nye terpaksa lah cuti lebih sikit.
memula dah amik 3 hari. alhamdulillah sebab new year hari khamis, makanya tereasa lama la jugak bila cuti sederet dari 1hb sampai 6hb tu..perghh..
sekali, siapa sangka dengan bencana banjir tahun lepas, kementerian suruh semua sekolah start 12hb pulak.. dan sebab sekolah agama kelolaan jabatan agama negeri takde pulak ckp nk tunda ke apa, aku pun tak de la nk kensel cuti 5hb tu. kebetulan juga mak ayah nk pi umrah 6hb tu boleh la terus saing hantar diorg kat airport.
tapi, sudahnya Allah jua yang merancang. sekolah agama pun tunda ke 12 hb. same goes to tadika.
apa lagi..merendekk sakan la budak2 tu kat rumah.
12hb tu pun baru stat hantar si kecik Adira and Umar pi tadika. tak hantar karang tadika potong nama pulak.

hari orientasi Aliya
rilek je buat mcm rumah sendiri sebab dah biasa kluar masuk sekolah kakak.

tahun ni Tahun 1 sesi petang pulak. Alhamdulillah sama dgn Along. senang sikit boleh Along tgk2 adik kat kantin, tunggu adik naik van balik sekolah karang.

Kitorang belikan Aliya beg sekolah biasa2 je, sengaja pilih kaler hijo froleseng tu. senang nak cam. pengalaman dari zama Aisyah dulu memang bersepah beg sekolah pink untuk gegirl. dah la seropa je budak2 sekolah ni dari jauh, susah nk spot. binau mata nk cari anak memasing.

tahun ni misi mencari beg sekolah mmg mencabar. dah le bapak mahaiiii beg sekolah anak2 zaman sekarang..koman2 40-50 hengget. yg elok mmg kurang2 79.99 sampai ratus2. ada sekali belek2 beg yg support pinggang apa kenamanye tu.. Ergo? eh tu carrier bb haha
sekali tgk price tag 300 beb!! terus calo kluar kedai
mak ko pun pakai beg freee je tau

last2 jumpa yg memenuhi kriteria kat kedai market besar tu, tgk material buleh tahan mcm kalis air so insyaallah time hujan ada gak harapan, padding pun tebal gak, saiz pun ngam.. kaler pun terang benderang. rega? mmg termurah hahaha tak sampai 30 pun. boleh beli tiga terus.
takde katun2 mmg muncung la kejap budak2 tu tp lepas tu blanja keychain sorang satu hepi la diorang.

tadaa..

beg sekolah agama lagi sempoi
Pasaraya Sakan mari..
tu pun kemain eh sekarang ni.. seblum cuti sekolah rasanya mcm seploh hingget jah, sekali nk buka sekolah dah belas2 ada yg puloh2..pehhh..

tahun ni tak byk amik gambar pun sebab malasnk bersesak dgn first-time parents. biar lah kasi can diorang pulak melayan perasaan hahaha. Si Liya ni pulak mmg jenis selamba bulldoze segala so mmg konfiden sikit nk tinggalkan dia. kejap je dah ada geng.
masa kat sekolah agama, kitorang tunggu depan pintu kelas masa student nk kluar rehat, tgk2 dah takde org dlm kelas, bila masa budak ni kluar???? arghhh dah le sesak dgn parent dgn budak nk pegi kentin.. tgk2 nmpk dia dok beratur nk beli food dah..ceh.. elok sampai kat kaunter tgk dah takde pulak... cari punya cari jumpa dia sedap2 tgh makan nugget. yg si Along ni kemain la cari adik nk 'ajar 'gi kentin padahal dia dah advance dulu dah..

Second day, kitorang suruh balik naik van. mak pak sekodeng dari jauh. ok, dah kenal makcik van, takde tolak2 ok la tu Pass!


like i said dulu, bila anak habis tadika dan masuk sekolah rendah ingat boleh la jimat duit yuran tadika diorang sebab yurang sekolah ditanggung oleh kerajaan.. tapi sebenarnya ada peningkatan kos tersembunyi di situ.. yuran tadika baru rm200, tp duit van dah 100 pagi petang, duit poket pagi ptg semgu je dah kurang2 rm30, blom campur tolak duit blanja buku tulis pensel kaler pemadam stokin kotak pensen yg sebulan tah berapa kali nk kena refill..
haa blom kira buku latihan, buku cerita la apa la..

takpe la semua tu untuk hgpa blajaq, mummy bukan nk berkira tapi mummy nk ajar anak2 menghargai nilai. Nilai barang, nilai duit, nilai diri..
untuk apa beli brg yg tak perlu just for the sake of 'having', pakai barang branded2 mahal2 walau mampu sekalipun.. lebih baik ringgit yg ada kita salurkan ke tempat lain yg lebih perlu. tak perlu ikut fesyen, ikut kawan tp ukur baju di badan sendiri, ikut guideline 'ukuran' Rasulullah dan keluarga Baginda then we'l realised betapa jauhnya kita...

jom patah balik!

Monday, November 11, 2013

Aliya is 5

besday si Aliya ni antara yg last..sebab bulan 10..
tiap kali besday org dia sebok tanya bila nak besday Liya ni...
masuk bulan 10 je kawan dah excited.. hari2 tanya Mummy..hari ni hari berapa? lambatnyaa laha kan nk hari 30 tu eh..

finally the day is here..its Wednesday, mummy ko keje so kita sambut kecik2lan kita kita je lah eh dulu
mak bapak dia biasalah dah masuk anak ramai ni tak amik pot dah nk selebret2 ni..yg penting, make them happy and loved..
ingat nk cari kek kecit2 tp dah lambat pulak kedai kek mana la bukak..dah la musim ujan mummy sampai rumah je dah nk magrib. kat area ofis ni byk je kek kecik comey dan sedap2, tapi nk beli kek siap2 karang meleleh dlm beg.
sudahnya ke Secret Recipe je la..pakat amik sorg sepotong, yg penting semua org dpt makan kek ikut citarasa memasing. Besday girl makan apa pun dah tak nak,, nak makan kek je katanya.
dan dia kalut tanya bila nk pegi makan kek kat rumah tokmama.hehe
sebab besday semua org mesti sambut ramai2 kat sana kan..so must her birthday!
present? haha ni yg kesian..si along yg sentopp sebab dia tak dapat present.. mummy amik 2 nk suruh Aliya pilih..along ingat mummy nk beli satu utk dia.. aloo..setahun berapa kali mau hadiah deyyy..

Hari Sabtu baru pegi rumah tokmama..pagi2 lagi tokmama dah pesan soh dtg hihi.. tp biasala mummy hang kalut mendobi melipat baju semua dulu kasi setel baru boleh pegi sana huhu


muka happy dpt present dari maklong..and kek princess.
gambar pun mummy cilok dari blog maklong je muahahha.. nowadays tak dan de nk snap2 gambar dah

Alhamdulillah..Ya Allah, berkati anakku ini dgn sebaik2 redha, rahmat dan rahimMu.. jadikan anak2 dan keturunanku dari golongan yg tetap mengerjakan solat
Amiinnn..

Friday, November 09, 2012

org bisnes kau pun nak jugak

bila dah bosan jadi org mati,

lepas tu depa jadi org bisnes. main jual2 pulak,


kakak2 jadi penjual, Umar jadi 'pembayar'

bila mummy ckp bukan pembayar..pembeli lah

they say 'aah Umar pembeli, Mummy pembayar!'   haaa... saja ler pun!! byk cantik muka kau!

Tuesday, October 30, 2012

Aliya is 4 today

today marked another milestone for this cheeky lady

Happy 4th Birthday Aliya

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah kamu datang..
dengan Nama Nya juga Mommy sentiasa bekalkan kamu..

Semoga Allah sentiasa memberkati setiap pekerjaanmu
Semoga Allah kurniakan rambut yg cantik buatmu
Semoga Allah luaskan rumahmu, dan banyakkan rezekimu
Semoga kamu sentiasa dalam lindungan rahmatNya

Ya Allah,
Jadikan Aliya anak (dan wanita) yg Solehah seperti Fatimah bt Muhammad
kurniakan Aliya aqal dan ilmu yg tinggi sepertimana Kau kurniakan kepada Ali bin Abi Talib
tinggikan akhlaknya sebagaimana Kau tinggikan akhlak Rasul2 Mu Ya Allah
Sihatkan tubuh badannya, penglihatannya dan pendengarannya
Fasihkan lidahnya, dan Lunakkan suaranya untuk membaca Al-Quran (serta faham isinya)
Jadikan ALiya (dan seluruh keturunannya) seorang yg tetap mengerjakan solatnya
Peliharalah dia dari pandangan mata/niat jahat manusia dan seluruh makhlukMu
..Amiinn Aminn Ya Robbal Alamin..


Aliya,
Mommy loves you the way you are
im sorry..sometimes i forgot that you'r barely 4!!
you had so much more in front of you
do not be afraid to venture out of the ordinary
just be careful ya..

*thank you maklong and pakteh for the pic hehe

Friday, October 19, 2012

Lirik Suka Hati

Kayu hapi basahh
Kayu hapi basahhh
Mcmana kamu tak basahhh
Tanya sama pokokkk
Nanti pokok cepuk kamuuu
Rasa sayang yeyy
Hey Rasa sayanggg. Rasa sayang yeyy
Lihat jauh rasa sayang heyy
Buah cempedak diluaaar pagar
Tolong ambil tolong jolokkan
Saya lah budak baru belajar
Lihat jauh rasa sayang ehh
Ayahh dan ibuu..
Ayah dan ibUuu...
Ibu dan bapa sila nikmati
Penat memasak malam ke pagii
.
..
..




Suka hati hang la Aliyaaaa.. asal bahagia


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, October 18, 2012

Piala

bila hujan mlm2 dah astro takdak siaran, bagus juga sebab boleh spend quality time bersama sekeluarga.
abg ajies spray ubat nyamuk kat depan so ramai2 pakat menyempit dalam bilik belakang yg juga merangkap bilik persalinan keluarga.
jadi aktiviti paling sesuai adalah tidak lain tak bukan adalah acara melipat baju masing2.
tak kisahlah bila si kecil lipat baju senget2, kurang2 diorang belajar take charge.
abak mcm biasa la, tolong jaga Adyra yg dah makin melasak skrg ni. tu cara2 belum boleh merangkak lagi tu, baru dok belajar push badan ke depan. kalau letak kat lantai pusing sekejap tgk dah sampai bawah katil dah..

mula2 Aisyah taknak tolong, tapi bila Aliya wat statement wajib dia
"Liya tolong mummy lipat kain, Liya kat anak yg baik kan mummy kan??'

terusss cargas je kaklong sama tolong..

taknak kalah, kaklong pun wat dialog
'Abak, Aisyah lipat kain ni Allah nampak kan? Nanti Allah bagi piala kat along kan abak kan?'

ye la...piala pun piala la..
derang ni mmg sampai ke sudah dok konfius pahala dgn piala
ada sekali tu bila Aisyah baca dlm majalah ada gambar piala, dia terus tanya,
Mummy, ni ke piala yg Allah bagi kat kita tu?

alohhh camna nk jawab tu?

Monday, October 08, 2012

Buah cempedak kat mana eh?

Aliya yg memang suka menyanyi tak kira masa
sampai overqualified untuk dicalonkan sebagai artis cilik terhebat blokbuster

'buah cempedak di tepi.. err..

mummy.. buah cempedak di tepi apa eh?

'tepi pagar.."
(mami pun salah lirik hahaha)

'buah cepmpedak di tepi padar..' abaikan lirik yg pelat
'amil galah tolong.. tolong amilkann..'

mummy yg nampak opportunity dengan pantas menyahut
'saya budak suka hingaq hingaq..
ambil rotan rotan-rotankan...!'

'Oohh.. dulu cikgu mummy ajar camtu eh?'
dengan ekspresi muka yg naive dan suci


dan abak mcm biasa ambil peranan pak pacak tukang gelak terkekeh2 di tepian.

Friday, August 17, 2012

Lagu Raya

Aliya dah start nyanyi lagu raya

Bunga Rayaaaa...!
Bunga rayaa!
Selamat Hari Raya!!

Jalan raya..!
Jalan raya..!
Selamat Hari Raya...!!!

Liya, hantu raya takde?

Wednesday, July 25, 2012

JKR

mummy! kita naik jambatan ke?

ye..

yeay yeayy!!
kita naik Jambatan Kerja Raya la along!!

Dato Samy vellu sure will be very proud of you la Liya!

Friday, June 22, 2012

Mc donel anyone?

Mummyy!! Nak pegi Bek Donel!!

Ish Liya ni.. Org sebut MEK Donel la.. Bukan BeKdonel! Aper laa

Biar la along..
Liya ckp bahse Inggerishhh la.. (Dgn muka eksyen tak boleh blah)
..

Err btw sabtu ni bekdonel kasi kopi free kan? Sempena pelancaran the new Mc Cafe

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, June 14, 2012

klasik bebeh!


versyen aliya :
'acikk nacenellll.....!'
acikk nacenellll...'

then suddenly

mak tok... maktok penah makan tak?
makan ape?
nacik necenel tu lah.. Liya tak penah makan pon?

dey tanggechi.. bukan nasi la..
klasik!
dengar betul2... k l a a a s i i i k k k....!

Monday, June 04, 2012

Durian time again!

Anak dara sorang ni mmg suka durian.
Sanggup turun padang redah nyamuk bagai nak kutip durian!
Dapat la 2 3 biji durian sulung. Aliya pulun dia sorang dekat sebiji.
dlm 2 3 minggu lagi durian bakal runtuh rasanya.. harap2 ada kesempatan boleh balik kg lagi insyaallah

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, May 03, 2012

CD

"Along! Tengok ni!! '

'Apa tuh? '

'Ci dii becaaaq!! '
'Liya amik kat bilik maktok '

'Meh along tengok! '

Tetiba

'Eh along, ni yg bawak keta tu laa?!' <---- stereng




Oittt
 itu rekod hathi mere sathi ayahwan laa!! Simpan balik!!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, April 17, 2012

Not guilty Your Honour!

Bila Aliya lari dan abak tak terkejar
Abak shouted 'Aliya! Cuba slow sikit, jgn laju sgt!!'
And the ever I-always-have-answer cek mek ni replied
'Bukan Liya..Kasut Liya ni yg lajuu..'

Oh that's not enough
So she added
'Abak ni.. beli la kasut yg boleh buat abak jln laju sikit!!'

Maybe dear..year 2020 is only 8 years ahead..maybe..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, March 19, 2012

Vanilla coklat totet

Tghari panas camni anak2 ku mmg suka main air. Kejap2 'peluh la mummy.. Nak mandi!' Mandi pulak bukan reti nak kejap. Selagi abak tak sound mmg abis la segala besen dan tong air maktok diorang buat tempat berkubang.
Dah usai mandi satu hal pulak nak pilih baju. Sorang nak baju gaun, sorang nak pakai baju maksu, sorang lari satu rumah sbb tanak pakai lampin.
Tadi, elok pulak anak dara 2 org tu siap sendiri. Dtg je Along amboihhhh semerbak bau dgn rambut rapat berkilat jer. SAH pakai myk rambut mummy ni!
'Pakai myk rambut mummy eh?'
'Aah..' Sengeh2
'Aliya pun pakai'
'Kan mummy kata letak sikit je'
'Takpe la....'

'Mummyy!'
Si Liya senyum sampai tlingaa. Rasa abih cantik la tu!
Pandang kepala
Ya Rabbi!! Sampai meleleh ke pipi myk rambut hg! Yg atas kepala toksah ckp la berkilau-kilau sampai berbuih
'Minyak rambut' tu actually glossing serum, org letak sikit je. Kalau rambut aliya tu 2 titik pun dah jenuh.
Satu kerja pulak nak kena basuh.
Bila nak syampu, Aliya bising ckp nanti mata dia pedih so mummy syampu sikit je la.
Sekali dia komplen juga 'kenapa sikit je? Mcmana rambut Liya nak LURUSS?!'
Adoiyaiii..
Liya anakku sayang,
Meh mummy nak bgtau:
Mee maggi ngak bisa jadi spaghetti ya!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, January 19, 2012

1Malaya

perbualan ini dirakam dari sebalik tabir ketika Aisyah dan Aliya sebok mengaler buku Dora

Aisyah : kita kaler muka dia warna coklat hitam ye, dia kan org Indu..
Aliya : aah ah
Aliya : Along! kenapa rambut dia kaler pepel????
Aisyah : ye la.. dia kan satu malaysiaa...

??? since when eh?
now, that's  a good reason to color my hair purple!

Saturday, December 24, 2011

super junior mastechef malaysia

penangan masterchef malaysia


sebab taknak kasi kanak2 bawah umur ni menyebok kat dapor, mummy kasi lampu hijau untuk main  masak2 kat ruang depan. takpelah berkorban sikit mengemas kejap lagi asalkan takde yg terpercik minyak ke cili padi kat mata ke..
mentang2 mummy kasi je, teruss meluru amik segala periuk belanga mummy eh!! licin segala kat kat dapor tu derang angkut ke depan!
opss.. not that bekas kaca ye chef!

dan selepas lengkapkan 'kelengkapan' aku terdengar skrip seperti ini
'Alongg.. cepat masak!
Kita ada sepuloh minit saje ni!'

Along : ye syef.. saya masak nasi goreng sos cili
           saya letak cili ye syef..
          haa syef, sekarang saya nak letak sotong..!

macam penah ku dengar kan..? ni imelda junior ke muahahahaa

Tuesday, December 06, 2011

Mendidik muslimah sejati

Aliya sekarang mmg kalau nak keluar rumah je sebok cari tudung..


.
.
.

irregardless of what her bottom is...

Tuesday, November 22, 2011

Dokter

'Along, kite main dokter dokter nak?'
'Iya jadi demam eh.. Along jadi dokter'
'Buka mulut.. Dokter nak kasi ubat'
'Otey!'
'Along jadi demam pulak, Liya jadi dokter eh?'
'Meh dokter nk suap ubat.. Aa.. Aaa..'
'Pandaiii!'
'Dah.. Kasi Liya jadi demam pulak eh?'
'Mana boleh!! Dia kena lama-lama laaa..'
Dan selepas itu Dr Aliya tetiba jadi baik dgn memberi gula2 kepada pesakitnya. Tapi dgn syarat tak boleh telan! Ikhlas ke tak dokter ni? Haha
Umar mcm biasa dapat watak tempelan saje.. Jadi nurse pun jadi laa umar kan janji ambo ada dalam ini pilem