Pages

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Legoland


Semalam Abg Ajies dgn takjubnya ckp kat aku..
eh yang...Legoland ni kat JB lah!!

Kanda...
where have you been??

i not a real fan of Lego myself
cuma aku amaze la jugak bila rajinnya lahai mereka2 dok menyusun sampai jadi mcm2 tu
akak dulu tak main lego, mahai
so akak main 'kabada' je
kabada tu ala2 lego gak le ada tempat nak pasang2 cantum but not as extensive as lego la
jadi lah kan, at least i got to try my creativity to build (or rather 'tiru' gambar diberi)
only ujung2 tu baru tau rupanya ada instruction sheet, siap step by step lagi!
my dad hid it, dia suruh akak wat sendiri
but he followed it, tu pasal la dia punya dinosor cantik je!!

kalau tanya akak nk pegi ke tak..
hmmm tgk la tahun depan.. atau tahun tahun tahun depan..

Friday, August 12, 2011

Melawat kawasan


nalik kg hari tu masa on the way ke rumah arwah tok aku, kitorang singgah kat masjid al-khalidiah ni. org kata ni masjid Dato' K. tu yg Mak Nah beria nk pi tengok tu hehe. Ayah aku malas sebenarnya. dia kan, sejak Siti kawen dgn Dato K tu terus dia tak minat Siti .. not that dia minat pun before, but after that jadi lagi bertambah tak minat haha. asal sebut siti je dia cebik.
masjid ni kat kawasan kg Dato K, kat area Kota Kuala Muda. Tu MakNah tgh amik gambar dgn cucu2 dia while ayah aku and Abg ajies dok resah menunggu dalam kereta. org lelaki mana buleh duduk lama2 kecuali  kat pasar malam atau kedai alatan memancing.

ni pandangan belah dalam. masjid ni tak besar sgt, tp ok la facilities mcm toilet semua mmg cantik and pesen baru.

oh kanak2 comel ini turut bersolat. tapi si kakak berlari riang ria di dalam masjid tu!! aku suka pemidang tu. sebab kaler putih.
masa aku tangkap gambaq ni aliya cakap 'eh jap aa mummy!'


"jap iya buat elok2 dulu la!'

haha dia suruh aku amik gambaq dia konon tgh solat tu!

Thursday, July 21, 2011

3 hari bercuti balik kampung mmg tidak pernah cukup
tapi puas hati jugak sebab sempat mandi manda di air terjun. siap makan durian yg jatuh betul2 dekat tempat port kitorang. walaupun sebijik je tp cukup puas hati. benda free mmg sedap. mak aku ckapa takpe tu durian kerajaan, boleh makan haha
tp siries durian yg baru jatuh dari pokok mmg sedap. sebab tu aku cuma makan durian sebegitu. kalau durian yg beli tepi jalan ni aku kureng sikit.
lepas mandi dan makan durian kerajaan, kitorang tersinggah satu gerai. Gerai Mak Ta dan Pak lang nama diberi. gerai mak pak aku. sebab ayah aku org kampung mmg panggil paklang.
series laksa dia sedap. cendol dia sedap. sampai tambah lagi 2 pinggan laksa. aisyah pun pulun kayuh habis sepinggan dia sorang. sekarang dia dah makan laksa dengan 'kari' dia.
lepak di belakang rumah sambil melastik buah setoi.
*gambar adalah digoogle dari blog org

 aisyah dan aliya suka la kutip batu untuk abak 'main Ingly Bird' haha.  lepas dapat buah terus makan cicah dgn cili kicap. puhh nikmat..
Abg ajies juga menerai bakat membelah buah nipah. rupanya dia tak penah lagi makan. tengok buah pun tak penah.
*juga ihsan gugel. gambar eksklusip abg ajies tengah test power hanyalah untuk tatapan peribadi muahahha

Akak? eh mestilah johan menanti kampung sejak azali. kekecik dulu selalu kena seranah dgn tok wan sebab aku mesti nk pegi kacau tebang buah nipah dia. dia punya la simpan sebab nk buat nira. mana buleh buat  nira kalau buah dah takde. aku pun selalu songlap kail yg dia pasang utk tangkap ikan haruan kat tepi batas sawah. abis semua aku kutip. tak tau le aku lepas tu mak pegi hantar balik ke tidak. tp  aku seronok je kutip sebab semedang aku angkat  mesti dapat ikan.
ini mungkin trip terakhir kami balik kg sebelum raya ni sebab bulan 8 takleh cuti. projek baru nk setat makanya semua cuti dibekukan. itu pasat bos kasi aku cuti  lama2.
raya ni pun aku cuti 2 hari je. tp dapat la seminggu jugak. Abg ajies lagi sedih, dpt cuti 2 hari yg gazet tu je.. kesian dia kena berulang alik 2 3 kali. aku pun serba salah. tp takkan la aku nk ulang alik jugak.

oh budak IT sudah sound suruh aku wat kerja. haha. ok lah. aku pasrah.
oh malas mau upload gambar. budak it tak kasi aku donlod aplikasi BB. so marah depa.

Wednesday, May 25, 2011

from taiping with love.

beberapa minggu lepas saya pergi tepeng. melawat kakak baru bersalin. yess mak saya dapat cucu boy lagi. yg kedua utk tahun ni, yg ketiga berderet selepas umar dan daanii.
disebabkan masa tak panjang, kitroang bertolak sabtu lepas zohor. tah apa buat tah last2 tengahari baru setel masuk beg masuk bonet. angkat anak2, kunci pintu and zroomm. makan tengahari kat mana2 je lah ye.
sampai taiping dah petang. since kitorangdah lama berangan nak tido kat taiping, so misi utama cari hotel dulu. memula ingat nk lepak sri malaysia je lah, murah+we know wat to expect. hotel lain tgk satu macam je..
round2 kat taman tasik tu ternmpk satu tempat ni, macam bes la pulak


cam comel je chalet dia.. kira jadi la. dah la bilik tinggai 2 je available.
budak2 dua orang tu paling teruja tgk kolam air tuh.

saje tanak tido rumah kakak. bukan jauh sgt pun rumah dia dari pekan taiping tu.
biasa la org melayu sejati mmg pantang la kan sedara mara dtg rumah pastu pegi tido hotel kan, so mmg tak sampai ati la nk bgtau kitorang lepak hotel. siap tipu ckp nk balik kl mlm tu jugak.. tp aisyah siap terlepas ckap 'mummy.. aisyah nk pegi rumah hotel yg kita pegi tadi tuu..' nasib kaklong tak perasan hehe

tempat tu syiok la sebab sejuk je pemandangan, kawasan bukit kan. pokok pun segar2 je.
tp yg tak berapa bes kalau berjalan dgn abg ajies ni dia ramai peminat. mesti ada je yg datang nk minta otograf. mlm tu tgh sedap2 tido aku tgk dia dah lenmacam je. terus aku pegang ibu jari kaki dia. silap besarla sebab ibu jari tu siang tadi kena ketuk dgn kerusi dek cik aisyah. apa lagi bersilat la dia. nasib tak tendang bini. esok baru dia citer rupanya ada pulak bekas banduan penjara taiping dtg ajak dia borak2.amacam bang, seronok borak dgn incik gigi panjang? hehe.

lepas check out terus gerak balik kl. ikut jalan biasa. rupanya dekat je taiping dgn changkat jering eh. baru lepas 2 3 traffik light dah sampai! aku dok rasa mcm jauh je kalau ikut hiway. saje jln2 tgk kampung. pastu mula la 2 2 orang melayan perasan teringat kampung sendiri..
sampai sg besar gatai nk tgk bagan nakhoda omar pulak.. dan sempat juga aku terpeleot kat tepi pantai tu. dah la tgh carry umar. nasib dia tak jatuh atas batu. alhamdulillah lega sgt. tp merasa la jadi selebriti kejap.
pastu singgah makan mentarang bakar kat tepi jln. aku tak koser nk tangkap gambaq menda mentarang tu. korang gugel lah sendiri yo. kalau rajin drive ke kuala selangor/sg besar/sabak bernam tu bbyk gerai kat tepi2 jalan tu. singgah yo. nk beli yg tak masak lagi pun buleh. mangga/jagung/ubi keladi pun banyak. tp tgk musim la.
sudahnya pukul 9+ gak ler sampai rumah. letih woo..

Tuesday, May 17, 2011

percutian bajet

I love travelling.


Sight seeing, and every in between.

Eating in particularly.

Mestilah kan, ai kan org Malaysia bab makan mana buleh tinggai. Nak pulak bila pegi tempat2 yg femes dgn bahan makanan maka agenda wajib adalah menerai segala makneka makanan yg asli itu. Kat kl pun ada, tp tah version ke berapa dah..nk pulak kalau pegi tepi laut makanya segala ikan udang siput dan seafood segar2 nelayan baru bawak balik dari laut.. hmmmm.. tidak perlu cerita lagi.. air liur sudah cukup menggambarkan segala nikmat.

Kalau gerak pagi2 ikut jalan biasa boleh singgah brekfes roti canai kat kedai kopi tepi jalan kat mana2 kampung yg kita lalu tu. Nasib baik dapat kopi janda. Eh kopi janda yg iklan kat tv tu boleh tahan la jugak.

Me and hasben jenis yg free and easy. Kalau berjalan mmg takde agenda utama. Pendek kata, takde main plan. Main redah aje. Ikut gerak hati. Tapi mata mau cekap aa.. pantang nmpk apa je tepi jalan kena berenti tgk dulu. Espesyeli kalau ada durian atau cendol. Atau kedua2 nya sekali.

Makan durian kampung tepi jalan mmg syiokk.

Tp saya makan 2 3 ulas je la. Tak koser nk balun sebiji tu sorg2.

So abg ajies malas nk berenti sebab tak feel katanya layan durian sorg2.

*sebab sebenar-benarnya ialah dia malas saya bising karang dia burp atau kentut dlm keta, kalau makan berdua taklehlah saya nak salahkan dia sorg2 :-p

Tidur pun tak kisah. Hotel murahan boleh saja. Tapi setakat ni belum pernah la lagi sampai tido kat rumah tumpangan ah kow yg kat atas kedai makan tu atau tido kat masjid. Buat masa ni Alhamdulillah ada rezeki lagi nk duduk hotel. Cuma kdg2 saya teringin gak nk tido kat masjid. Cari pengalaman. Tp bila bawa beg tangan 3 serangkai ni mmg tayah la kot. Silap2 esok org kampong kena berdiri tegak subuh2 sepiee bila aisyah nyanyi lagu negaraku kat tempat org azan.. macam mak dia kecik2 dulu hehe. Sampai sekarang mak aku dok ungkit citer ni.

Tapi satu je masalah, saya seorang pencinta sejarah. Jadi bila travel mmg tak boleh tidak akan kaitkan tempat2 itu dgn sejarah yg saya pernah belajar/tau. Cthnya kalau pegi ke perak mesti gedik nk singgah tengok istana-istana buruk, sg tempat birch kena tikam, stesen ketapi. Mcm2 lagi lah. Tapi abg ajies tak suka. Buang masa je, takdak pekdah pun dok pi tgk kubur org mati tu wat pe katanya. Singgah kedai kopi lagi baik.

Elehh… ajak naik keta kabel kat langkawi pun tanak..gayat le tuu.. balik2 nk mandi laut je keje..

Aku mmg suka tgk benda2 purba cam tu. Tgk jalan ketapi pun dah teruja, sebab jln ketapi tu dah wujud since zaman british dulu lagi.. macam awe sgt benda tu ada lagi sampai sekrang. Kalau duduk tepi sg or laut Selat Melaka mesti bygkan dulu kat situ penuh dgn kapal2 dagang..mcm cite merong tu. masyhurnye tanah melayu ku ini.. dulu la

Pastu stress sorg2.. sebab tengok org melayu.. org islam.. sekarang ni.. sayang sgt.. kita macam tak tau menghargai apa yg kita ada.. sebok kejar apa yg org lain ada.. sebok nk jadi org lain..

Ok dah.. stress dah mai dah..

Aku rasa2 mcm nk pegi singapora. Shopping tu seken hal la, beh gak kan time derang wat sale. mcm nk jejak kg gelam.. tp karang aku stress lagi. according to this writer,  tempat tu dah jadi disko dah..takdenya ‘heritage’ dah.. masyaallah.. teringat lagi dulu2 kecoh masa kerajaan Singapore nk pindahkan kerabat yg duduk kat istana situ.. I dunno where are they now. Balik Malaysia kah? On second thought mcm takde benda nk tgk kat Singapore tu. Takat shoping komplek kl pun bersepah. Sentosa island? Hmm pantai cenang always di hatiku..might go phuket aje. Maybe bila anak2 besar sikit okay lah kot to give them the experience. It doesn’t really appeal to ai yg dah remaja purba ni hehe..

Org Singapore, any suggestion?

Monday, January 03, 2011

2011

menyambut tahun baru dengan bersukaria bersama keluarga di PeeDee.
dah lama tak pi PD
lima taon ada? maybe kot
TB ada ajak tp manjang tak jadi je
jiran sebelah baru balik PD tp dia takde pulak citer yg air laut dia dah kotor giler
tp maybe tempat kitorang duduk tu je kot
nama je glory tp facilities cam tahun enampulohan.. vintage gituu
lif dah le satu.. lembss nk mamppss..
dah la 3 blok yg panjang2 tu (dan ramai giler prg!) sumerrr dok kerumun lif tu je la..
mmg daif sungguh
apt dia std la.. std apt PD. furniture rotan zaman lapan puluhan kecik comey je.. muat2 bontot ku haha
kitorang dpt corner lot ngadap laut.. bes la dgr bunyi ombak
dapor lak ngadap tepi jln, jenguk sikit nmpk laut gak
peti ais sume ada cuma dapor masak je takde. kalau tak sure kaklong dah masak nasi lomak klang dah pagi2
brekfes free utk 5 org, cam biasa mak abak mmg prefer makan kat luar
along/kaklong nk berchenta bercanda2 kalt luar gak.. so kitorang yg belen ni la yg bertanggungjawab utk memastikan baucer tidak dibazirkan.
mmg tak bazir sebab tgk makanan pun tak selera so amik sikit2 aje nk konfemkan yg mmg tak sedap
aisyah dan aliya awal2 lagi dah nk mandi
dari semlm mmg penuhhh je org dalam kolam
macam2 kaler
dah la ada few groups yg buat family day, gathering la bagai
so mmg gamat la
esoknya pagi2 kitorang dah azam nk masuk kolam sebelum makhluk2 lain tu bangun
tp ropany2 derang lagi awal laaa>>! ciss
aku mmg tak mandi. cari suar tak jumpa, tah  mana ku letak tah
biar TB je la turun kolam jaga anak2
mandi laut? NEHIIII!!
tengok air laut je dah geli.. air kaler itam okayyyy..
tengok dari atas mcm cantik ler biru-hijauan..
bila tgk dekat2 er... tak pe lah.
now i miss langkawi and pangkor!!

sarung kepala aisyah tu ku tak pasti dah serupa crown ke balung ayam?

anyway,
million thanks to seisi keluarga yg menjayakan rancangan awal tahun ni
mmg rezeki 2011 kot.. blom apa2 dah pi bercuti haha
time wif family yg paling mahaiii
and nothing else matter..
not even bunyi2an sumbang di tengah malam hahahaha

Monday, March 08, 2010

melaka part II

just few snippets from melaka hari tu
one hepi femily.. aliya menten macho dalam apa jua keadaan

chillin' out in the hotel's pool. org takde, ini kolamm kamii yg punyaaa..huarggggghh!!
ada rupa pelatih ikan lumba2 tak? haha
mengidam cendol dari kl lagi.. tp TB tak kasi sebab ku batuk
kat melaka jua bertemu jodoh.. nasib baik sedapp

oh gambaq naik bot tak clear.. malas nk letak lah. sapa nk tgk sila pi naik sendiri ya hehe

Tuesday, March 02, 2010

Updates

lama tak updet eh..
rindu ke?? hehe

minggu lepas seminggu berkampung di melaka
ada kerja sikit, hangkut budak2 sama bapaknye sekali
itu lah dia org pompuan bila berkerjaya
dua-dua nk kena timbang sama rata
biaqlah apa org nk kata.. yang  penting aku bahagia
walaupun bawak semua, kerja kena lah buat betul2 jugak kan
jgn ingat nk pi berjalan jaa..
tp apa2pun kudos kepada Tuan Besar yg bersusah payah jadi drebar dan babysitter
love you so  much for the invlovement and sacrifice
bukan senang nk jaga budak 2 org tu
tp TB siap bawak derang pi zoo lg! hehe hebat!
aisyah pulak tak berapa sihat.. makan tak lalu.. hari2 kena umpan pi mcdonel
aliya haa cam biasa makan tak berenti. cuma susu dia tak nak. so pg2 brekfes kasi dia mkn cereal+fresh  milk.. tu je la susu dia. kdg2 ku bg susu kotak tp yg ada perisa. tu pun sikit2 je dia minum. tp kalau milo, sirap, fresh oreng haa lajuuu je

apa2pun we had good time in melaka
siap beli swimming suit sorang satu haha
gigih nk swimming la konon

cuma ku letih la.. by malam dah tak larat tp kalau tak kuar jenjalan rugi la pulak kan
so gagahkan diri jugak la
mlm2 cantik byk lampu2

ahh gambaq nnt la upload hehe

Monday, October 26, 2009

Suatu waktu dahuluu



ececehh.. tgk la akak di jaman muda2 rumaja.. waaahhh laki ku berambut panjangg gitewww!!

haipppp. jgn pandang hok belake tu eh.. harammm!

well, kalau pi redang mmg pandangan ke arah gitu belako hehe,

tp yg bertutup rapat mandi laut pun ado.. haa tu mesti set2 arab yg berhemah.


hope can go redang again..

miss the beach n clear sea water

or,
nk hapgred ke bali ke, maurisyes ke?

balik2 langkawi, redang.. tg dawai..

opss
eh eh ada org tu nk pi phuket dulu laa!!
tak bawak akak lak tu..
konon2 nk pi serbei tempat lak eh? alasangg kemain nk soh ahkak approve visa ler tu


suka ati ler
masing2 dah besar
tayah tepuk dada tanya selera

tapi,
tepuk motor dan tanya lah bini mung!

hehe
pisss!

Saturday, August 15, 2009

Ganu part II

terengganu has always been a fofuler tourism destination
femes for its batikcraft, tembaga thing-y and of course - the keropok lekor
only one frustation - its hard to find good eatery
i mean yg sedap la
maybe ada tp sungguh la kept as secret.. even bila tanya org ganu sendiri, depa dunno what to sajes
paling2 they'l say ' tah, kalau nk makan sedap, kat rumah aku le, mak aku masak. kitorang selalu mkn kat rumah je..'
akak kalau pi mana2, mmg agenda utama adalah menterai makanan kebangsaan sesebuah negeri tu.. so bila ke ganu mesti lah nk merasa nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu, laksam and all..
first had laksam kat fudkot mydin ( haa mmg pon, pi jauh2 semata2 nk lepak mydin hehe mydin kat kl/subng pon setahun 2 kali je pegi). sungguh tak sedapp!! ferasss akak!
terus mogok taknak mkn apa2 daH

aiii
\a
iali\|ya nk menaip jugakkkk ish Is\hhh

haa sambung citer mkn
nasib baik esoknya org kat MBKT jamu nasi dagang yg sgt sedapp!! tp nk kayuh lelebih malu la pulak kan hahaa
at least terubat juga duka
hari kedua, since ada assignment kat bkt losong, makanya terusla langsung borong kepok lekor
sebelum pi siap serbey gerai mana paling tersedap. lepas beli terus mkn dlm keta hehe
stil tak puas ati, pegi cari pulak kepok lekor 007 yg konon femes tu..
sekali silap kedai daaaa.. rupany ada lagi satu kedai,tp its actually 3007, wic nomot 3 itu kecittt je tulih kat depan.. ok la, not bad
next day ada org ckp satu tempat lagi - kg tok beng
kebetulan tempat tu dah on the way balik ke kt so terpaksa la singgah kan. hmm sedap la jugak

aahh ada gangguan pulakk..
daaa!

ok sambungg..

hari khamis last assignment lepas checkout terus gerak balik
rindu anak woooo..
tp apa2pun agenda wajib adalah singgah minum kopi kat kemaman..
lepas tu baru boleh balik kl dgn aman..

apa2 pun rasanya kena dtg balik..
next time berempat pulak kot?

ke 4 setengah?
hehe
tahun lepas we came, aliya stil dlm peyut

me, berisi again this year? not this fast kot
tunggu la 2 3 tahun lagi ke..

Monday, August 10, 2009

from Ganu with lurveee

helo helo
kali ini bersiaran langsung dari kuala terengganu
got some work assignment here
terpaksalah ku paksa Tuan Besar amik cuti ikut sekali sebab tak dapek den tinggalkan si liya
aisyah pulak ikut tokmama
actually we all, we all tu maknanya me 4 org sekuarga campur seluruh keturunan encik anwar, turun kontan hari sabtu, memenuhi jemputan org beserah yg kini berserah saja lah haha
berdebar kauuu.. kalau dah jodoh tak kemana, insyaallah dimudahkan. ada org penah ckp, antara tanda2 jodoh yg baik itu dipermudahkan segala urusan. harap2 panjanglah jodoh keduanya, ye.
eh citer jodoh ni nanti2 lah, ada masa boleh tulis panjang
hari ni nk citer pasai kt je dulu..
we stayed @primula, ok lah, bilik deluxe tp kecik je pun. ada seaview yg tak seberapa.. jadi lahh (sebab bukan ku bayar kan, redho je laa)
ni menaip sambil meriba aliya, break kejap seblom next assignment at 2.30pm
depan ku ada cermin besar, sambil taip sambil bf sambil belek2 muka.. tiba2 ku rasa mukaku sgt gemok..aah masalah.
TB ada masalah bila sliding door taklehbuka. Aaaghhhh sudahh..bosannyaaaaa tak leh bukakkk!!

apprently it has become hotel policy not to let it openly open. kena request and sign surat pelepasan dulu baru hotel buka. takut kitorang pakat terjun ramai2 kot.
dari balkoni nmpk la sipi2 laut cina selatan yg biru-hijau tu. ombak cam biasa, ganass. tp tengahari ni nmpk cool sikit, ngantuk katanya.ada kuda kat pantai..
tringin pulak nk merasa wat adegan ala2 iklan hazelsnow..(tiba2 background muzik time after time..) oh lupaa..hanya golongan veteran cam aku je yg ingat iklan tu ekeke, korang2 yg lahir tahun lapan pulohan mana de penah tengok,

aliya having her first time sandy experience..layan je la gambar tuan yg terutama dan sang puterinya sebab permaisuri kena ambik gambar. (takde org nk ambik gambar hakuuu!!) aah takde mase nk buat mozek bagai.
oh sila tahu laki saya mmg sukaaaaaa sgt main pantai.. konon2 saleem la dpt layan blues tepi laut haha
nnt besok2 lah citer pegi pasAR payang. aliya nk menaip sama.






Thursday, July 16, 2009

fresh air please

its already July
hmm
time to stop and stare?
ermm.. later2 lah

nk berangan dulu hehe
i think 'time to plan family vacation' would sounds better!
now that aliya dah boleh duduk sendiri, esp at the baby hi-chair senang sikit nk bawa jln2
cuma nya, unlike aisyah kecik2 dulu, 'aliya ni sokmo nk berdokong
dia tak suka dok dlm stroler
so sightseeing (and shoping) agak leces sikit
tambah pulak TB sekarang ni asyik lenguh2 tgn je, urat lari la, krem la..
(petanda apakah itu abangku? ;-p)

so far the only vacations were trips balik kg and dekat2 je like perak

hmm ke PD pon blom bawa aliya lagi

i am thinking of white sandy beach..
KK again? last time wentt here i missed the beach
schedule were too packed
ye la pi 'bekerja' kan

so maybe.. maybe
harap2 ada rezeki for second chance
boleh merayau sampai ke manukan..

daa..!

Monday, July 06, 2009

my water babies

aksi mak+anak2 yg gian nk masuk dalam air..




aliya dah ketaq sejuk, tapi tetapppp jugak tergedik2 nk pi ke arah air..


aisyah komen 'sini bes, tp klcc lagii besh!'





wiken yg penat

last weekend is yet another tiring but fun-filled event
my ofis had organized its initial family day at the hotsping right in the middle of ladang kelapa sawit
the place, i mean the resort is nice though - the place is calm and nice, its cool because it's raining. nasib tak berapa lebat, except masa dinner. terpaksa la berbbq dlm ujan
the girls in the room. pooh tu door gift for baby, aisyah tak dpt ler hehe

i didnt get any prize, sebab tak masuk apa acara pun. TB macam biasa, mana boleh mencemar duli, kena la duduk dlm bilik mengadap wifi yg slo-mo itu.. (sebenarnya kena babysit aliya yg tido ;-) )
so cuma me and aisyah je yg turun padang
too bad acara mewarna hanya utk budak2 5yrs and above.. aisyah dah merengek2 nak kaler..
try to keep her busy.. pemalu anak aku ni, budak2 rebut gelung tu dia tgk dari jauh je. cemana nk nk main rebut kasut karang ni..!

ku pujuk2 suruh dia main cari gula2, but it started a bit late, aisyah dah keboringan and kepanasan, dia dah bising2 ajak balik 'rumah' nk tgk katun..
jadinya.. the only prize i manage to grab cuma lucky draw (tu pun semua org dpt!) hehe
pg tadi claim - turn out i won a slow cooker (courtesy of bank rakyat subang jaya) - just nice sebab mmg dok plan nk beli, senang nk masak nasi aliya.
gambar tak byk, sebab ku jrg bawa henpon ke mana2. tgn sama poketku sudah full mana, leces mau bw beg besar (hint: time for wristlet maybe.. hehe)

during the bbq nite, hujan, wpun tak berapa lebat, meja kitorang basah gak ler mula2 tu. tak tunggu sampai habis, kuar je no aku, terus blahh..TB beratur dgn penuh kesabaran..

Ahad checkout, lunch pastu terus balik. dlm kete semua org sudah tangkap lentok. letih main air. owh gambar main air belom dpt dr TB dan penaja2 yg lain. harap bersabar. kita akan ke udara dengan part II kemudian ye.

Mummy pon lentok sama (sebenarnya tangkap gambar sendiri)

Thursday, June 25, 2009

perak trip



last wiken we went down to taiping



melawat sofia yg sakit kaki - bengkak2, tak boleh jalan sampai kena admitted

but alhamdulillah after 2 days at the hospital and good round of antibiotics and all, she's okay

dah boleh berlari2 main kat luar. cuma dia tak tahan gatal and so tempted to koyak the dried-out skin.

my mom, ayah and mira was there too.

it'was a brief meeting tho' - we went there on friday, overnight, then rush back on saturday

since sunday a bowling game, plus a plan to celebrate father's day with my in-laws on sunday night.

its a bit frustation on my side, since i didnt get to explore taiping as i intended, and not spending more time with my families/ masa sungguh mencemburui kami gituu



since everybody is rushing, we cancelled trip to kola kangsar, eventho mak and i wass sooooo itching to go. ayah kena balik awal before dark, since he dare not driving at night. makcik pulak ada driving class at 4+pm so kena pi dekat2 je la


so all of us, with makcik sekeluarga went to kola sepetang, to the infamous mee udang 'hub'

so, it's an advanced father's day 'celebration' for ayah, if i can say so

oh no pictures of kedai Mak Teh yg masuk tv tu

saja.. taknak lamemfofular kan lagi tempat tu

sebab tak bes pun.. i've had better mee udang in penang, i must say

out of curiousity, me, mak and makcik (all of us mmg antoo laksa) tried the laksa udang

it was yuckkk - laksa tak sedap topped with udang yg tak berapa nk sedap. sila imejin sendiri rasanya yaa.

in case anybody stil want to check out the place, be sure to order the udang laut, as they taste better than udang kolam/sungai. but rega pun lebih sikit la

udang kolam priced at $6, while laut marii is $10 or $12. the serving is quite generous tho..

after lunch, masing2 berpecah la, we ke kiri sebab nk balik kl, while mak and ayah terus balik kedah


try put aliya in her seat but menggelupur tanak duduk dlm tu! hishhh




me saja suruh En Ana ikut jln bawah, dah lama tak lalu jln kampung

saja nk tgk scenery

(sebenarnya nk tgk kot2 ada tempat bes boleh singgah hehe)

but EnAna was soooo occupied dgn pokok jagung dia, sebok nk cepat2 sampai rumah je

we did passed by pekan kola, but tak singgah pun, cuma lalu ke istana kenangan and istana perak. tu pun sebab tersesat ke b ukit chandan nun! and partly sebab aku convinced him to go further hehe, kalau ikut dia nk patha balik dah

lalu changkat jering byk pulak org jual durian kat tepi jalan. En Ana mmg teringin sebab masa beli kat taiping tak sedap, tak puas makan la tu. aisyah pun tetiba ckp nk makan durian. tp sebab asyek terlepas je, tgk2 dah takde org juai hehe..nasib lerr. tu la org dah ckp, masa ada depan mata tu, amikk je, jgn dok tunggu, nk memilih sgt

by then aku dah 'bosan dan malas' so ikut je la hiway tuu. cepat sikit sampai rumah

by magrib alhamdulillah selamat sampai rumah

malam tu pi s.alam sat, aisyah macam biasa tido sana, but we cant sebab pg2 ahad nk kena pi ampang pulak.

sunday pg dah pi ampang, which aku tak main pun (sebab my name was never in the list cuma kena standby kot2 ada org takleh main last minit), pi pun mainly sebab nk ambik brg abak, haisehh mak punya takde la pulak, tak syok la kan, takpe mak, pavilion dekat je , nnt i'l scout something more special for you eh :-)

tghari bawa mak pi sg buloh cari baju for flower girl.. last time i saw long sleeved pink gown there, sekali takde la pulakkk.. kesian mak mai jauh2 hampagas je

aisyah proudly show me her new toy - mekap set youuu!!

ok now no more playing with mommy's bedak ok!

eksyen tuu.. taknak share langsung! menjerit2 kalau org ckp nk minta mekap sikit

oitt panjangnya entri tak abis lagi citer ni

so dipendekkan citer, malam tu we all had dinner at ramai rest, klang

bak kata EnAna, tak dapat Tony Rama, toni ramai pun jadi lahh

hehe, belum masuk gaji maa

Tuesday, May 20, 2008

Fraser Hills here we come

it was a long weekend since monday 19/5 is public hols
we kind of 'planning' to go somewhere but dunno where to (buleh??)
among the options : PD, A Famosa Melaka, Fraser's hill(my choice actually), kontan/cerating, Penang
after hard thinking until i almost giveup and decide to stay home, we headed to Kuala Kubu Bharu. yeayyyy my wish is gonna be fulfilled. eventho many people say that its so boring and nothing up there i dun care, at least i want to see it for myself.
since i forgot to draw money fr atm, must look for atm dulu, the one kat rawang petronas station was out of service and the cashier told me i can try my luck at KKB town. after a while we arrived at KKB, a small town we'r not familiar with, where the hell is the town actually. then i remember my fren is the ADO there so gave him a call asking where the bank.
it almost 3pm then, i was rushing since the gate going up is open at even hours, if we miss it have to wait for 5pm. alhamdulillah when we arrive at the Gap, its still open and not so many cars, the driving was smooth except for the car in front of us is leisurely taking its own sweet time. yeah the road is winding but not so terrifying since its a one way traffic.
it feels like hours to reach the peak huhu
yeah its not much to see up there, but im quiter surprises to see many tourist there, i tots its not that popular anymore. mostly singaporean and the bikers group.
since most of the hotels are fully booked, we manage to get a room at the smokehouse. i never imagine i would stay here but rezeki... hehe
since the rate is very expensive (to my pocket) we console ourselves by considering it as our anniv treat, which is due end of this month..ok la tu celebrate in advance kan..
the room.. so romantic..ahaaaa..
the jacuzzi..whic 3 of us had splashing time hehe, aisyah at first takot tgk bubling water
the 'perasan english' girl ekeke


aisyah having her 'concert' at kedai mkn

Tuesday, August 28, 2007

(Boring) Trip to Morib






err bila exactly aku tak ingat laa..


but few weekends ago laki ku ajak gi morib..
tu dia dah bosan giler la tuhh!!


aku tanak pi pasai aku dah tau mesti tak bes je kan
but hubby just saw kat tv ada citer org gi morib cam bes jek ( idun belive he bought it!!)
but since aku tanak la kecoh2, plus dah many wikens dia hint2 nk get away somewhere
so kuturutkan lah jua..

sampai sana ishh busan giler
dgn pantai yg berselut..
kedai mkn pun tak bes.. penuh dgn pelancong cina ke apa tah.. apa la bw tourist gi tempat gitu




tengok la muka ku keboringannn..ekeke