Pages

Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

check result exam anak anda

Dear parents,



U can now check your kids exam results thru this website http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Just enter their birth cert no or mykid, select either primary or secondary level and taraaaa… the results will appear.

Carilah ilmu sampai ke negara China

kisah Imam As-Syafie buat pegangang dan kekuatan hati ibu..

Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.


Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.

Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.

Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.

Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”KST

Hari ini tiap2 hari balik rumah boleh peluk anak2. marah2 pun depa masih di depan mata
tapi, Lambat laun anak2 akan melangkah keluar juga dari pelukan mak depa ini.. semoga Allah beri aku ketabahan untuk menghadapi hari itu.
hantar anak pi sekolah masuk darjah satu pun dah macam2 perasaan, apatah lagi esok2 nak lepas anak2 bersendirian. Apa lgi seorang ibu bapa boleh buat selain berdoa kepada Allah agar dilindungkan dari segala bahaya, dari niat jahat dan hasad dengki manusia, dan semoga mendapat ilmu yg bermanfaat yang penuh di dada mereka..Aminn..

Thursday, January 17, 2013

TGIF

budak darjah satu sekarang pun dah stress agaknya
buktinya semalam aisyah ckp kat saya
'yeayy dah nk sabtu!'
eh, hari ni baru hari apa?
'Rabu...'
ha, lambat lg kan nk sabtu?
'ye la..esok kan dah kamis, pastu jumaat!'
kalau sabtu kenapa?
'tayah pegi sekolah...'

selalunya dia suka nk sabtu sebab boleh balik rumah tokmama je
jadual pun blom dpt dah rasa 'penat' gi sekolah??

Friday, January 11, 2013

3 Ringgit!

day 1 - zero duit poket
day 2 - singgit pagi, 2 ringgit petang
day 3 - sama

day 4-5 - rm2 pagi, rm2 ptg
day 6 - setat merengek kat wan nak up lagi singgit..
day 7 - merajuk tanak gi sekolah ptg sebab wan tak kasi rm3
day 8 - pi bisik kat maktok 'wan tak kasi aisyah 3 ringgit.. so maktok kena la bagi aisyah...." muka kelip2 ala puss in boots..

disebabkan nk pujuk cucu pegi sekolah, maktok pun pasrah dan akur..

oo..tunggu ye.. balik ni aku nk bg ceramah AKPK dan kepentingan menyimpan di usia muda.

Tuesday, January 08, 2013

nasib anak zaman sekrg

haha ni entry tak lepas publish hari tu agaknya.. di tulis ujung2 disember.
baca buleh tp tayah percaya sgt sebab beberapa fakta telah berubah, harap maklum
___________________________________________________________________

nursery merangkap tadika yg aku biasa hantar anak2 dah tutup.
kes semlm baru bgtau.. giler tak lagi seminggu nk buka sekolah kot!!
mmg aku stress sampai takleh tido semlm. kejap2 tarik rambut..kejap2 tarik rambut
lepas tu takleh tido sebab stress rambut aku makin nipis..huwaaaaaa!

'cikgu' taska ada ofer kalau nak dia jaga budak2 tu lagi dia boleh jaga, tp rumah dia si bebelah sinun nun..jauh sikit la nk u-turn bagai..

so far ada few option:
1. hantar taska lain - dan kena arrangekan transport utk aisyah ke sekolah kebangsaan+kafa dan aliya ke tadika

2. hantar rumah pengasuh - tp so far rumah pengasuh kat rumah flet, aku malas nk mengangkut derang  naik tangga, kang pagi2 mummy dah jadi hulk hijau

3. aisyah hantar transit, aliya hantar tadika terus sampai petg, umar+adira hantar rumah  pengasuh/taska
macam payah la pulak byk2 tempat

even hantar taska mana2 pun, pg2 sure kalut sikit la, sebab aku dah kena gerak dlm pkl 6.45, takkan pkl 7 dah nk drop aisyah ke sekolah kafa?
kalau abg ajies supirkan both aisyah+aliya, meaning mummy mmg kena pegi keja sendiri lah hehe tayah ngade2 nk berhantar lagi eh..:-p
mmg kena keluar awal nk hantar lg dua org tu sekali.
maknanya kena ada kereta lagi satu hehehe..(unless mummy belajar naik motor la..;-p harossss!!)

solution lain (yg kurang mendapat sambutan abg ajies)
4. amik maid - cuma arangekan transport utk aisyah+aliya ke sekolah
so far sekolah kafa ada transport, aku pun mmg dah niat nk tukarkan aliya ke tadika islamic+english medium. rasanya ada transport kot.

tgk la macamana nanti..

Sunday, October 28, 2012

Education does not have to be expensive
Look around you
There's always a teaching tool within reach.
Like my case, why waste a calendar note book - its have just nicely sized box for kid to write in it, with the date as reference. Great for teaching the numbers and the sequence, or just to introduce random number, whicever u prefer it.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, October 24, 2012

Ejen M

the name is M..
Malas..

dah masuk 8 bulan ni aku mengaku dah mula malas nak pam susu Adyra
ditambah dengan kekangan kerja di opfis..selalu cuma dpt pam lepas zohor
(okayyy..ok aku tau itu ekskius..big ekskiuss pffff)

selalunya pam pukul 2+ tu dpt la 6oz
pastu sampai rumah sebelum amik derang balik aku pam lagi seround
Adyra pulak tak minum byk, 8oz pun tak abis!
dia ni ada angin sikit, pg2 kdg2 dia dah minum direct kul 6 tu, pastu kat sekolah tak minum pun sampai tghari terus lunch ajek

baru ni pulak dah sesema berkahak bagai sampai kena neb.. sian la kecik2 dah kena amik gas
nangis meraung2 sampai serak sora. makcik tu pulak mmg kalau dia taknak pulun nangis sampai nk keluar tekak.

bila anak tak sihat gitu, mmg rasa nak kena tambahkan production
sebab taknak kasi susu lembu, kot2 elejik ke apa ke

juga perlu makan dgn lebih sihat
dan stop amik those 3-in 1 oldtown hazelnut ..huhuhuhu
*iskk iskk..*

so M, please go away..
come back another day

Thursday, October 18, 2012

Piala

bila hujan mlm2 dah astro takdak siaran, bagus juga sebab boleh spend quality time bersama sekeluarga.
abg ajies spray ubat nyamuk kat depan so ramai2 pakat menyempit dalam bilik belakang yg juga merangkap bilik persalinan keluarga.
jadi aktiviti paling sesuai adalah tidak lain tak bukan adalah acara melipat baju masing2.
tak kisahlah bila si kecil lipat baju senget2, kurang2 diorang belajar take charge.
abak mcm biasa la, tolong jaga Adyra yg dah makin melasak skrg ni. tu cara2 belum boleh merangkak lagi tu, baru dok belajar push badan ke depan. kalau letak kat lantai pusing sekejap tgk dah sampai bawah katil dah..

mula2 Aisyah taknak tolong, tapi bila Aliya wat statement wajib dia
"Liya tolong mummy lipat kain, Liya kat anak yg baik kan mummy kan??'

terusss cargas je kaklong sama tolong..

taknak kalah, kaklong pun wat dialog
'Abak, Aisyah lipat kain ni Allah nampak kan? Nanti Allah bagi piala kat along kan abak kan?'

ye la...piala pun piala la..
derang ni mmg sampai ke sudah dok konfius pahala dgn piala
ada sekali tu bila Aisyah baca dlm majalah ada gambar piala, dia terus tanya,
Mummy, ni ke piala yg Allah bagi kat kita tu?

alohhh camna nk jawab tu?

Monday, October 15, 2012

Anak awak berapa A?

baru ni aisyah bawa balik kertas peksa
BM - okay
English - okay
Matik matik --
uh uh.. tgk markah 88% je?
ok tahan diri utk tanya soalan berbaur negative dulu
walaupun mulut ringannn je nak tanya 'awat banyak salah ni??'
dgn budak ni kita ibu bapa kena saikologi sikit
ibu bapa kena positif dulu
jadi perlu fokus kepada yg dia buat betul dulu sebelum semak (ye semak, dan bincang. bukan interrogate)
sabar..sabar..
Aisyah pun sibuk buka kertas peksa dan citer apa dia kena buat
so puji lah dulu kan
"oh okayy..haa betul ni, pandai aisyah!"
bila sampai tang salah tu, selo2 tanya 'ermm ni macamana boleh salah ni?'
alahaii .. salah benda simple2 je pun..
aisyah ni mmg kalau buat kerja dia nak cepat, kalut sikit. pastu takleh ada gangguan sikit dia dah lupa apa dia pikir tadi.
sebenarnya aku sedang cuba tanak tekankan sgt pencapaian akademik yg terlampau.
bukan lah tanak atau tak kisah anak nk corot dlm kelas, tp kitorang taknak push anak2 MESTI dpt A semua2..if they can, its bonus for them. bagi kitorang apa yg penting mesti dia paham dulu konsep kehidupan and the survival of realities.
tapi mak diorang ni, somehow taknak la anak2 menten top three terakhir dlm kelas kan..kurang2 pun takdela koman sgt.
apa2pun yg penting, walaupun depa tak top 5, as long as depan faham apa yg depa belajar dan dpt aplikasikan dalam kehidupan is good enough. afterall, aku nak derang jadi 'insan'. bukan wiki berjalan.
if u recall in my previous entry i did tell u about few people i met, they encourage me to fully encourage anak2 to be more than all-star students at school. there;s so much more in kids that we need to nurture.
let them enjoy beings kids now, while they'r kids. but at the same times need to teach them the value of life.
.
.
.
ya itu tidak mudah sebenarnya.
untuk mak bapak nak balancekan semua tu.. dah mak bapak pun tak balance2 lagi hahah

lihat keliling pun, ramai org2 yg berjaya bukan semua star student pun masa sekolah. ada yg tak pass universiti pun.
but takde la aku nk ajar anak tak payah pass belajar kan. belajar is VERY IMPORTANT. menuntut ilmu kan wajib. belajar sampai betul2 faham tu lebih penting dari pass with A. kdg2 dpt A tapi konsep pun tak paham, sebab dok menghafal jek lebih..
biar faham sampai boleh olah teori sendiri, boleh relate dgn semua2 aspek. itu baru betul2 A!
lgi satu, sekeping ijazah bukan jaminan boleh senang2 dapat kerja. so biarlah belajar dengan niat nk tuntut ilmu, bukan nk kerja semata2. kalau dpt kerja, itu rezeki Allah. kalau tak dapat, there's actually rezeki kau di tempat lain.
and most often, at work, kita akan jumpa mereka2 yg kemain berbintang2 berdekan2 masa belajar tapi bila kerja..adoiyaiii sakit kepala nak deal dengan mereka. ada yg sijil biasa2 tapi cara bekerja mmg worth a respect. at the end, itu lah kita nak kan?

pengalaman sendiri semasa budak2, aku tak perlu byk, sebab kehidupan keluarga masa tu dah cukup bg motivasi untuk menjayakan diri sendiri. kecik2 dah faham there's no other way to help my parents than to study hard at that time. syukur Allah sentiasa melindungi dan menolong, i did well, at least.
looking back, im amazed gak, at such young age dah boleh fikir gitu hehe. but again, i know why, its just part of Allah's grand plan. there's reason why he put me there and here and now...
so for my kids, im yet to 'implant' any motivational factors for them. still looking for their specialities to nurture. apa2pun, i believe Allah has already worked His finger. we just need to figure it out.

Friday, October 05, 2012

Harta untuk anak2

walaupun pada asasnya saya kurang setuju anak2 kecil disuap dgn gajet2 segala mcm di zaman ini,
saya akur juga akhirnya.
terpaksa merelakan juga, sebab need to reward her atas kejayaan berpuasa sebanyak 29 hari di bulan puasa lalu..
bukan saya yg janji, bukan bapak dia juga.
kami tak janji nk beli apa2.. cuma ckp there'l be something
saya nak bagi benda lain.. atau mungkin tak bagi apa2..
bukan kedekut, tapi saya rasa saya perlu ajar anak untuk tidak mengharap balasan dunia.
puasa itu kan wajib pun, kan?
tetapi anak2 tetap anak2.. sukar bagi seorang ibu hendak meyakinkan anaknya bahawa pahala puasa itu amat besar ganjarannya..sebab tak dpt nk tunjuk. ibu sendiri tak pernah dan tak akan tahu apakah puasa ibu dan puasa siapa2 yang Allah terima dan apa pula ganjarannya nanti..

dan oleh kerana ayahmu juga seorang penggemar gajet (read: pemain dan penghadap game obsessive)
maka selayaknya lah ayahmu sgt2 melobi ibu untuk belikan anak2nya tab komputer sorang sebijik.

dan kerana kamu anak2 yg masih belum aqil baligh ibu tahu sgt pasti kamu akan berebut sesama sendiri
jadi mari kita beli tab local saje. takpayah nk beripad2 ke galaksi ke apa..
murah dan selamat utk belanjawan keluarga.
beli 2 untuk 3 org kanak2 ribena yg sedang meningkat umur. supaya  mereka belajar bersabar, berkongsi kasih, menghormati giliran org lain, dan juga belajar menghormati pilihan ibu dan menerima kenyataan hidup ini penuh rintangan.. tu diaaaaaa.. pelajaran yg mungkin tiada di bilik darjah sekolah kamu anakku..hahaha

ternyata tak salah pilihan ibu bijak ini,
2 minggu saja, skrin tab aisyah pecah.
mungkin tertekan. masih boleh guna cuma touch skrin terlebih sensitif.
abah segera hantar repair. kos tukar cermin RM150.
kalau apple? habis la kena cukur bulu kaki abak kau...
it takes about 2 weeks to settle.
in the meantime, aisyah dpt crash course on Cause and Effect serta minor in kepentingan menjaga harta keluarga.

itu baru seperkara.

pada pengamatan ibu ortodoks ini,
takde la byk sgt pekdah pun untuk anak2 kecil.
setakat boleh la tumpang cerita dgn kawan2 derang pun ada juga menda tekan2 main game tu.
ye, budak2 boleh menjadi sgt competitif dan kekurangan bahan untuk mempertahankan diri boleh menjadi punca rasa rendah diri.
ok we stil need to work it the other way. ibu akan sentiasa mengajar anak2 untuk melihat dunia dari angkasa..bukan di dalam kotak.
anak2 leka main game, boleh berebut2 bergaduh adik beradik. tiada team work macam main doktor McStuffin atau main cikgu2
mata anak2 kecil akan cepat rosak kerana dok la hadap menda tu.. dan budak2 mesti nak kena tengok dekat2 baru puas ati.
dan saya perasan gerakan mata aisyah semakin sensitif (dia  mmg ada masalah otot mata)
si umar pula kalau main game habis semua org tensyen, sebab dia punya la emo..asal tak dpt je nanges..eeiiiii!!
Aliya walaupun garang, akan tetap relahati mengajak Umar berkongsi dengannya, walaupun at the end umar akan konker kat dia sorang dan Aliya dtg mengadu tak dpt main..
mmg byk aplikasi berunsur pendidikan yg kita boleh upload, tp budak2 ni pasti lebih berminat nak main game manjang... jenuh ibu nk paksa baca Iqra'. takat A B C keluar suara ngan gambaq tu tak dipandangnye Umar..balik2 Enji Bird..enji bird... siap eksyen lak tu bila dpt bintang.

apapun, ibu percaya ini pengalaman yg sihat untuk kamu anak2, dan juga kepada ibu.
ibu rasa tenang dan bersyukur kerana anak2 masih boleh terima had limit yg ditetapkan, dan tahu menggembirakan diri sendiri dengan permainan alam nyata.
apa benda pun, selagi tak berlebih2 its okay.

Wednesday, September 19, 2012

'i love you' power

mendidik anak bukan  mudah..
ada masa kita rasa nak marah..
kdg2 mungkin perlu ckp dgn tangan bila dah berbuih mulut potpet2 tak jalan jugak (eh?)
tapi lepas tu ibubapa akan rasa bersalah.. like why la we have to face this..
kalau tak marah kang.. tatau apa korang nak jadi esok2

tapi saat paling syahdu adalah apabila anak2 pandang muka kita dgn mata berkaca
dan kata
'mummy.. i love you..'

aduhaiii....
never mind walaupun mummy tau kdg2 korang saje ckp sebab nak selamatkan diri je
mummy pun sayangggg kamu sgt2!!!!

Tuesday, September 11, 2012

Legoland


Semalam Abg Ajies dgn takjubnya ckp kat aku..
eh yang...Legoland ni kat JB lah!!

Kanda...
where have you been??

i not a real fan of Lego myself
cuma aku amaze la jugak bila rajinnya lahai mereka2 dok menyusun sampai jadi mcm2 tu
akak dulu tak main lego, mahai
so akak main 'kabada' je
kabada tu ala2 lego gak le ada tempat nak pasang2 cantum but not as extensive as lego la
jadi lah kan, at least i got to try my creativity to build (or rather 'tiru' gambar diberi)
only ujung2 tu baru tau rupanya ada instruction sheet, siap step by step lagi!
my dad hid it, dia suruh akak wat sendiri
but he followed it, tu pasal la dia punya dinosor cantik je!!

kalau tanya akak nk pegi ke tak..
hmmm tgk la tahun depan.. atau tahun tahun tahun depan..

Tuesday, July 03, 2012

diamond is not always women's best fren

when im about to complain why laaaaaa korang2 ni dok runtun mummy je
i think about this and smile..


yes kids.. you are.
definitely are
ALL of YOU ARE!!
always are

i dun need any of those freshwater pearl or the best south african diamond when i have Aisyah, Aliya, Umar and Adyra

i dun need gelang or strings of rings when i have abang ajies's hand around me

Tuesday, June 26, 2012

home school?

mmg kadang kadang akan timbul rasa nak duduk rumah tengok anak2 besar depan mata
kadang2 ada rasa macam tak berapa konfiden dgn sistem persekolahan sekarang. bukan semua la.
cuma mcm..err tah la. sebenarnya si emak ni yg dok konfius dgn dunia..
ye la, kdg2 fikir apa sebenarnya yg kita  nak anak2 kita besar jadi apa?
jadi "orang"?
org yg macam mana?
penting kah sekeping sijil itu?
adakah 'ilmu' itu hanya dapat di nilai dari gred, sijil, baju jubah dan topi graduasi?

i stumbled upon this site.. and to those yg nak tau pasai homeschool boleh la jenguk2.
saya masih melihat ni so tak leh nak komen lagi. :-)

tapi anak2 ku,
disebabkan ibu kamu ini masih tak mampu nak sediakan platform yg lain selain sekolah kerajaan,
maka jom la kita hehe

Tuesday, April 24, 2012

mengenali anak pintar

semua ibu bapa nak anak2 yg pintar kan
dan mostly ibu bapa akan anggap anak dia pintar/cerdas sebab they'l be amazed, (awed oohhed and aahhed dan yg selagu dengannay :-p) by what the child can do

nak tau anak anda pintar? klik here to see the kriteria anak pintar mengikut program permata pintar negara.
panjang sangat sampai 6 pages tak dayo den nk kopipes.
hari ni sebok sikit, nnt2 free sikit ai buatkan summary ya.
daripada korang lepak sini baik ler pi baca kat situ..

antara kriteria budak pitar ialah:
pandai berjenaka serta mampu mencipta suatu situasi jenaka yang adakalanya tidak
difahami langsung oleh rakan-rakan sebayanya.

ahahaha ni sampai sekarng masih  berlaku pada diri saya, buat lawak hanya org tertentu shaje yg paham. so org yg tak  paham tu anda either blom mencapai tahap saya atau dah terlebih atas mcm Abg Ajies muahahhaa

ehemm
oowwwehh.. btw 'bijaknye' anak2 sayaa..
kalau masuk DutchLady 123 sah2 nomot 3
;-p
haha

Friday, April 20, 2012

Gotcha!

Antara moment yg sgt mengujakan semasa membesarkan anak adalah ketika saat pertama mereka faham apa kita kata. Its amazingly exciting to that little eyes twinkling and the litel head moving,showing mommy "hey I know what u'r talking about!"


Mungkin sebab kita underestimet kebolehan anak kecil.
Mungkin dari kecik baby newborn pun diorang dah faham, cuma tak pandai nak bgtau org dewasa.
Who knows kan,, alangkan dlm perut pun dah pandai mcm2. And baby stat develop brain sejak dari minggu2 pertama kejadian lagi. So only Allah je tau our true brain capabilities.

Mommies daddies out there,
Do not be afraid to talk to your baby
Teach them what you want them to know
Maybe this is also the best stage to instil the aqidah,build the basis etc
because chances is everything will be absorbed and stays there

Yes, you may look stupid teaching your baby algebra today, but think who'l look stupid when you'r parent to a mathematic genius tomorrow

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, March 15, 2012

Dalam hati ada taman

Rumah yg ada budak kecik mmg meriah. Nak pulak kalau 4 orang..mmg happening adrenalin pumping habis.
Walaupun penat melayan anak menantu dan cucu, tok dan wan adalah sgt happy. Hilang resah dan lupa masalah bila tgk perangai cucu-cucu. *Tp tgk anak menantu tambah pulak masalah haha
Esok2 bila depa dah balik rumah masing2 mula la tok dan wan jadi rindu
Rumah tiba-tiba sunyi semcm ja walaupun ada skype, twitter dan facebook..mana nak sama.

So kepada anak2 dan cucu-cucu
Selalu2 la balik jenguk tok dan wan
Tak lamaa aih.. Sedaq2 esok turn kita pulak duduk depan pintu menunggu sapa yg nak dtg tengok kita..

Berbahagialah mereka yang memulia dan menggembirakan hati ibubapa..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, March 09, 2012

One two ka for

Masa anak sulung
'Hek' sikit semua cecepat bangun pi tengok, angkat, belek2, tepuk2 bagi tido balik

Masa anak nomot pat
Takat 'Hok hek' sikit2 tu
Pantau dari jauh je, kalau nmpk ok (tak muntah ke takde susu meleleh ke ) mummy biar je dia tido balik sendiri..

Experience also teaches me to experiment, hehe

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, December 19, 2011

Dulu, kawan saya penah cerita bapak dia selalu tersasul panggil nama dia. Dia anak bongsu dgn 2 org kakaks. Yang sulung Haswati, no 2 Haswani dan dia Haslinda. So bila bapak dia nak panggil 3 3 anak dara dia
'Watii!'
'Wanii!
'WaLindaaa..!'

Dan saya sekarang sudah berjangkit dgn Pak Hashim itu. Bila panggil anak2 saya akan jerit
'Nur Aisyahh!'
'Nur Aliyaaa..!'
'Nur Umaaarr..!'


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Saturday, December 17, 2011

Takottt

2 3 hari lepas abg ajies pandai pulak pi tunjuk video hantu kat henfon dia kat mem kecik 2 orang tu.
video tu tunjuk (aku tak tgk, aku agak je berdasarkan penceritaan semula Aisyah yg penuh emosi) ada hantu dok kacau sorang mamat tengah solat.
beria budak2 tu cerita kat mummy gitu gini..

semlm aku suruh aisyah solat magrib
selamba dia jawab
'tanak aah.. nanti hantu tu dtg kacau Aisyah!'

adoiii, penat aku ajar kena solat sebab Allah
and now tak pasai2 dia dah takut dgn hantu jin segala!
ok maybe that's just an excuse, sebab now mmg dia ada sudah pandai ada mood malas nk solat

haa itulah padahnya ngajar yg bukan2 kat budak kecik
kalau nak tunjuk apa pun, kita org dewasa ni kena la standby kat tepi untuk explain, bagi pengajaran moral ka, nilai2 murni..
bukan takat syiok2 tunjuk ja.
kan dah celaru minda anak aku

bab didik akidah mmg payah. nk didik diri sendiri pun tak berapa nak pas, inikan pula nak didik org lain
tp sebagai ibu bapa aku rasa aku kena buat juga walaupun aku tak berapa nk pass.