Pages

Thursday, September 17, 2009

Asal Usul Baju Kurung _ Fakta yang menarik

Copied from fw email

Indah, indeed....bergantung kepada keperibadian si pemakai
Tulisan ini
khas sempena semangat aidil fitri yang bakal hadir beberapa hari lagi
(Dipetik Dari Bluehikari.com)

Aku mungkin manusia paling lewat mendapatkan novel Manikam Kalbu. Karya
akhi Faisal Tehrani. Aku teruja dengan novel yang satu ini. Perihal dunia busana
dicanai menjadi novel yang sarat ilmu. Alhamdulillah dua hari aku peruntukkan
selepas terawih dan tadarus untuk menghadam ilmu dari buku ini.
Kalian tahu
makna disebalik nama baju kurung itu? Di tempat aku, baju kurung merujuk kepada
baju kurung perempuan dan baju kurung lelaki (BACA: di kebanyakan tempat di
Malaya, ia disebut baju Melayu). Memang selari dengan apa yang dinaskhahkan
dalam novel itu. Panggilan yang sama pada baju untuk dua jantina.
Selama
ini, kita hanya tahu nama baju itu baju kurung. Tahukah kalian makna disebalik
nama "kurung" itu?
"Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju
kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan
sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini
dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat.
Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak
mengetam."
"Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila
mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan
tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara
memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya"
"Pacal
mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya
terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu
sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung
peliharalah iman supaya tidak terpesong"


Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan
berbutang satu?

".... Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu
maknanya rukun Islam....., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu
itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu....."
"Pacal
bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita
duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi
Tuhan."


Ironi sekali aku sudah nekad untuk tidak membeli sebarang persalinan baju
kurung melayu untuk dipakai pagi Syawal tahun ini. Alasan aku mudah, untuk
berjimat. Di gerobok pakaian aku sudah ada lima pasang baju kurung Melayu.
Jarang dipakai. Malah sekian kali Jumaat, tatkala ramai sahabat mengenakan
busana itu ke pejabat, aku berkira-kira dengan alasan, susah nak ke tandas
nanti. Nak buka samping bagai! Selesa konon dengan pakaian Barat!
Tetapi
usai membaca Manikam Kalbu malam tadi, tiba-tiba hati ini digayut rasa kesal
yang amat. Alangkah baiknya aku beli demi pahala yang mungkin aku dapati merai
makna disebalik terbinanya struktur kurung itu yang sangat akrab dengan Islam.
MasyaAllah!
Meski fiksyen sahaja novel itu, tetapi kalau niat memakai untuk mendapat
keredhaan Allah, tidakkah ia berbaloi? Kalian bagaimana? Sempat lagikan untuk
membeli baju kurung untuk dipakai 1 Syawal nanti. Tapi pastikan kurung kalian
sama sifatnya seperti yang di atas dan jangan tak cukup sifat, berbutang empat
dan ketat misalnya.

* Lagi tentang rahsia baju kurung mengikut syariat dan adat ada terdapat
dalam novel Manikam Kalbu, DBP muka surat 126-132

Sgt Cantik bukan..?

4 comments:

ZOORA said...

saya sangat suka entry ini.. sangat menarik

Che Ta said...

thanks
saya pun kopipes je.. ilmu yg baik sama2 kita sebarkan, tak gitu?

nn said...

sangat menarik disitu. tapi sekarang ada kurung moden. dah tak ikut syariat.

Anonymous said...

awal yang baik