Pages

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, March 11, 2016

Gerhana separa

berbulan tidak update di sini.
barangkali tulisan dan otak pun sudah gerhana seperti gerhana bulan yg kecoh tahun ini..
ya.. benar March bulan yg molek penuh sejarah..


ramai bercakap tentang gerhana..tambah pulak di zaman fb dan insta semua di hujung jari, semua cepat aje menjadi viral
ada yg tak ambik port (mcm aku la..siap lupa lagi ingat mlm hahaha)
ada yg seronok terlebih
ada yg kecoh ribut  risaukan petanda kiamat sudah dekat..
ya, barangkali, Allah lebih tahu, tapi kita org Islam ikutlah cara Rasulullah, buat solat sunat gerhana, bukan bersorak2 gempita menghalau resaksa yg menelan matahari..

aku tak nak cakap pasal saintifik teori kenapa telur berdiri atau pokok2 mati time gerhana
tp aku nk ingatkan diri sendiri beberapa point yg aku terfikir:

1. gerhana menyadarkan aku betapa.. betapa masa ini sungguh cepat beredar. cuba tgk berapa lama masa diambil utk bulan 'lalu' kat matahari? about seminit 20s gitu kan? ke lain tempat lain tempohnya?
apapun.. kalau tgk balik..Allahu..masa yg beredar tak mungkin boleh diulang semula.
dan kita semua sedar about the time that passed during the eclipse..
but yg setiap saat yg beredar waktu lain kita tak amik kesah pun.. cuma kita tersedar bila angkat kepala.. eh dah pukul 12, eehh.. dah pukul 4.. eh laa dah pukul 6.30..
tu pun boleh dok buat ralit lagi, kejap la tgk playboy dulu, tgk bimbo dulu, basuh pinggan dulu

cer tetiba..eh.. dah time nk mati? haa

2. bila berlaku gerhana baru kita nmpak dan sedar ada benda2 lain kat dunia ni yg berlaku di belakang kita. yg kita tak sedar, atau tak pernah tahu pun dia ada. ni pun nasib Nampak..kalau tak sampai ke sudah tak tahu yg bulan tu pusing bumi, bumi pusing bulan boleh bertembung pulak pada waktu sekian-sekiann.
yg kita sebok bila artis tu nak kawen, bila diorg nak cerai, dia pakai baju apa, anak dia pandai nyanyi ke tak, bila bonus mlm gaji nak masuk..bila PM nak mengaku (eh)
sedangkan byyyyyykkkk sgt kejadian kat dunia ni yg berlaku tanpa kita sedari.. sedangkan dalam Quran Allah dah cerita macam2, dari hal kandungan dlm Rahim ibu, pokok2 tumbuh dan hujan turun, rahsia dalam lautan yg dalam, sampai ke big bang dan bintang2 mati menjai supernova,
itu baru kejadian alam, bab manusia buat itu ini, lg macam2 kalau tgk berita..
moral of the stories - benda yg kita tak Nampak tak semestinya takde,
dan yg kita Nampak tak semestiny betul, kerana pandangan mata itu boleh jadi menipu

3. gerhana adalah bukti hukum alam. ya Allah Maha Mencipta, telah mencipta alam ni dengan hukum2nya. macam pergerakan bulan dan matahari byk kali disebut dlm AlQuran - beredar pada tempat yg telah ditetapkan (paksi masing2) dan pada masa yg tertentu (balik pada hukum) akan bertemu pada satu titik. kalau ikut lojik manusia ini hukum matematik dan hukum fizik. jom pi mengaji lebih lagi!

4. gerhana kali ni tak la penuh sgt sebab bulan tak tutup matahari 100%, masih nmpk tepi2 tu cahaya matahari. but still.. matahari tu berapa kali ganda saiznya dari bulan?
yet, bulan masih 'mampu' menghalang cahaya matahari dari sampai ke bumi
somehow, benda lebih kecil pun boleh menewaskan benda yg lebih besar, kalau kena time dan gaya la. pikir2 kan..

ok lah sesi akademik kita kali ni.. ciaaaaa

Friday, July 31, 2015

Al-Mu'minum 115-116

Alhamdulillah.

ALhamdulillah sgt2..

hidup ni, walau byk pasang surut, (erk surut yg kerap kot hehe) sebenarnya byk 'pasang'nya
kalau kita menilai dgn hati, dan matawang akhirat.
kalau ikut ukuran dunia ni je, sokmo kita nmpk redup je.
takpe, apa2pun aku percaya Allah tu Maha Adil, Ar-Rahman lagi ArRahim,
takkan dia biarkan kita dgn sesuatu yg sia2

"maka adakah kamu mengira bahawa Kami mencipta kamu dengan main-main (tiada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya, tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia" - Al-Mukminun (23) 115-116

life as life will go on
its not much about the end result, but the efforts that will carry more merit.

Allah sekali-kali tidak mengujimu dengan ujian yang tidak mampu kau tanggung.

Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Friday, December 12, 2014

Bila kita nk berubah,
kadang2 hidayah datang tak bertangguh
kadang2 dah datang, tapi kita yang tak bersungguh

bila nk berubah
bukan selalu teguran datang dari mulut tok guru
belum tentu juga bila kita baca buku
tak perlu tunggu seru
ada kala kena pangg sedas baru nak terkelu..

bila nak berubah
kadang2 ada yg kena paksa
sebab kalau tunggu hati sendiri nak terbuka
taktau la bila
entah2 sampai dah di usung dalam keranda pun dok tak tentu hala

bila nk berubah
mula2 takut dunia tak terima
pujuk la hati, lapanglah dada
apa nk gaduh..Allah kan ada!


Monday, December 08, 2014

alahai anak omak

hujung minggu lepas, borak2 dgn abg ajies
tiba2 dia cakap, dia ada teori baru
aiseyman..main teori pulak laki ai now...kelessss
ok mari kita tgk teori apa kah itu..domino ke tidak?

dia kata..dia rasa lah kan, one of the reason kita org dewasa ni dah tak berapa nk tunjuk kasih sayang kat mak pak sebab, masa kita kecik dulu mak pak kita pun tak berapa nkmenzahirkan kasih sayang kat tok dan wan kita.
like, kalau dgn anak2 bukan main kita sayang peluk cium dokong suap makan, mandikan pastu lap badan pakaikan baju..
tp bila dah besar kita tak biasa nk buat semua tu kat ibu bapa kita..
ye lah, pada kita kasih sayang pada mak ayah cuma takat salam cium tangan, tak melawan cakap..
ok jujur la..berapa ramai yg hari2 masak lauk pegi hantar kat mak ayah kita?
 hari2 balik makan kat rumah mak lagi ramai kot hehe (termasuk aku la!)
nk urut kaki mak ayah pun buleh kira setahun berapa kali..
kalau anak sakit, tgh mlm sanggup bgn bawa pegi jumpa doktor,
tp kalau mak telefon bgtau tak sihat,
kita jawab 'esok2 kitorng balik tgk mak ye.'

one thing, mungkin sebab dah dewasa, mak ayah pulak masih sihat alhamdulillah jadi diorg pun tak selesa kot kalau kita nk tolong lap, pakaikan baju hehe..ko ni apahei..
tp..mungkin sebab tak biasa.. mungkin juga sebab mak ayah tak meminta2 mcm anak2 kita
tapi, kalau kita rapat dgn mak ayah, tak perlu diorang meminta, kita dah boleh baca apa yg diorang perlu..

mungkin, paradigma ini perlu di ubah
tunjukkan pada anak2 kita betapa kita utamakan ibu bapa..
mudah2an mereka membesar dgn stigma yg sama. esok2 kita juga nk menumpang kasih mereka
jgn ditunggu anak2 besar esok belajar dan akan pandai sendiri
kalau kita tak mulakan tanam benih dari sekarang, boh baja, siram hari2
manakan mungkin ada hasil yg diingini?

wallahu'alam.
semoga Allah memberkati kita dgn memberi anak2 yg soleh dan solehah, dan menjadikan kita juga anak yg soleh dan solehah kepada ibu bapa kita..amiin.

Friday, July 18, 2014

Jom Ubah!

sekarang aku lebih selesa pakai baju yg solat-ready.
senang, tayah kalut nk bawa beg asing utk telekung atau mengirai telekung masam di surau2 awam.
lama2 aku sedar one thing - inilah patutnya perempuan muslim tutup aurat.
sebab aurat itu sama ja dgn aurat time solat.
makna kata, kalau  kita berpakaian yg menyebabkan kita kena cari telekung utk tutup bila nk solat, kita masih belum tutup aurat dgn sempurna.
ada sekali aku ternmpk gambar felixia eh Rania Raisyah apa ke nama dia now?
alahai malu aku ngaku Islam tp dia yg tak islam (masa tu) tutup lebih baik dari aku! siap handsocks complete..mmg sempurna.
terus rasa tercabar dan bersemangat nk cover up properly.
benarlah, tabiat ni kena pupuk. mula2 tak suka. mcm pakai stoking ni dulu aku rasa cuma perempuan2 yg tersgt baik saja yg pakai stokin. mcm over la nk berstokin2 pulak..pastu susah nk pakai kasut la apa laa..
budus kan?

terima kasih juga pada Abg Ajies yg garang itu, memula dia ugut taknak hanta aku pi kerja kalau aku tak pakai stokin. nmpk kaki kat org berdosa la weh..katanya.

lama2 bila dah pakai mula terbiasa. kalau tak pakai rasa pelik. mcm tak pakai baju je rasanya.
lgpun senang nk solat, tak la risau nmpk kaki ke apa.

sama juga sgn inner dagu. aku try sebb senang nk solat. kalau pakai tudung  biasa kita mungkin tak sah solat sebb aurat bawah dagu tu terbuka. tp sebab muka aku kecik, inner tu standard size kadg2 ada yg tak muat sempurna, tp takpela asalkan solat aku pass. lg satu masalah, muka aku senget. bila pakai inner ada dagu ni mmg makin terserlah la kesengetannya hahha.. 
ahh who cares??

ofis aku pun sejuk lain mcm sekarang..so gandingan stokin, hand-sock dan 2 lapis baju adalah sgt membahagiakan. time nk tido tengahari tayah nk cari telekung buat simut hahaha.
(nota: baju 2 lapis sebab pakai jubah, makanya akan pakai inner juga sebagai langkah keselamatan)

benarlah kata ustaz azhara idrus : kalau tak mampu berubah, carilah suami yg boleh mengubah.

seriesly, kalau bukan sebab Abg Ajies yg garang, mungkin aku masih di level 13.
kalau harap aku sendiri mmg bertangguh tatau bila la..

kepada korang.. jom Ubah!

Semua itu MilikMu

perghh lama tuuu tak update!

sebok nau ko eh..konon beli smart phone bagai kot senang nak hapdet
tapi tak smart2 juga tuannya.

tah la.. dah tua kot maleh nk cerita panjang..facebook pun maleh dah nk up status.

bulan lepas telipon ku ilang. kena songlap kat surau.
salah aku gak le biar je kat blkang masa solat.
tak pe la.. Allah kata Dia amik brg kita sayang sebab nk bg yg lagi baik.
SUngguh..

lepas tu aku beli hp baru.
pastu beli lg satu tab pulok..hahaha. tamak.

bila benda2 mcm ni jadi kat kita, sebenarnya byk pengajaran yg kita boleh dapat.
macam aku.. bila tgk wallet, hp takde mmg rasa total lost.
giler sebatang kara. duit seposen pun tarak. camna nk balikkkkk?????
nk nangis pun dah tak terkeluar air mata.
masa tu ingat Allah je la yg boleh tolong..
masa tu baru sedar diri..kita ni tak punya apa kecuali Allah.
Dia nk amik apa Dia nak bila2 je.. sebab semua yg kita pegang ni hak Dia.

ingat pesan org kalau time susah mcm tu baca Alam Nasyroh, zikir Lahau lawalaQuwwatailla billahi'Aliyyim'Adzim.. byk2. tak berenti.
ye la drpd aku dok meraung tak pasal2 baik tenangkan diri dulu. Accept. redha.
pastu plan. minta Allah tunjuk jalan.
kebetulan terjumpa kenalan lama yg mmg laaama sgt tak jumpa. tak baik sgt pun so aku segan nk buka mulut minta tlg..
aku pinjam telefon adik kat sebelah aku dlm surau tu..Alhamdulillah dapat call husband. tp dia pulak dah balik rumah mertua, kereta tinggal kat rumah sbb aku kan nk balik.. ghoplah kejap.
Alhamdulillah, Allah dah plan utk kita.. Abang ipar aku ada dekat2 situ, dah nk nak balik rumah mertua pun so diorang dtg fetch aku.

lesson came to those who seek.
hidayah Allah itu ada di mana2..kita je kena pandai buka mata dan telinga. dan hati.

Wednesday, April 23, 2014

Kalam si pelupa

hmm.. i really have think of something good i want to share here
tp takdenye nk kluarkan hp dan menaip masa ataih moto..
karang aku ke mana..hp ke mana..

ahaii...ada smart fon pun tak diguna sgt. tu pun tak padan..ada ati nk beli note pro
:-p

lately sgt busy mengatur masa.
aku bab2 keja nk menulis nk mengayat..pastu nk tunggu org feed data, pastu aku nk draft
ishh..
buat kerja is ok. no hal. tp bila nk kena tunggu org punya keja tu yg aku kurengg sikit. susah2 aku buat sendiri senang kira. lambat ka salah  ka aku sendiri juga tanggung.

tp..tak suruh pun tak boleh gak. masa ni lah nk guide anak buah, nak ajar, nak test ledership style.
leadership la sgt..
sekarang musim hujan. pagi petang hujan je
tapi Allah nk tunjuk betapa Maha KuasaNya dia
hujan pagi petang pun dam tak penuh juga. paip air org selangor masih  kena catu.
sama juga macam jerubu hari tu.. kita kata lega la hujan turun jerubu hilang
sekali Allah nk tunjuk..Dia yg boleh hilangkan jerubu..bukan hujan yg kita buat.
KL hujan..tp jerubu dok mcm tu jugak.

oleh itu adik2, sedar lah ke diri
Kita manusia kerdil yg tak mampu buat apa2 tanpa Allah

setiap saat..pergantungan hidup kita selayaknya pada Allah.
sebelum buat apa, leave it to Allah - to guide us to do the right way, to choose wisely

kerana, setiap langkah kita Allah dah tetapkan,
rezeki kita hari ni Allah dah tentukan

berdoa lah semoga Allah memberi kita sebaik2 RahmatNya pada kita setiap saat dan ketika.

Allah itu nomot 1,
ingat kubur dulu
kerja, dunia, kain baju, gadjet, fesyen tu semua belakang2..

Friday, November 15, 2013

Rezeki dan garisan merah yg tipis

Assalamualaikum

Jumaat dah hari ni.. Alhamdulillah panjang lgi umur.

seronok aku tgk kawan2 sekarang dah pakat2 berjaya.. paling penting depa tu tau macamana nk berjaya
dan paling paling penting lagi.. semua tak lokek nk share ilmu..pakat habaq kat kawan2 mcmana nk buat duit.
Alhamdulillah..bes kan?
sebagai kawan, aku tumpang happy.
dan sebagai kawan juga aku rasa terpanggil untuk saling mengingatkan sesama kita

1. duit byk itu bagus.. sebab duit lebih boleh buat investment dgn wakaf dan sedekah. kalau tak de duit lebih mcmana nk sedekah? Islam tak halang kita jadi kaya raya.
tapi kena ingat, Islam larang kita berlebih2an. Islam juga suruh kita bayar zakat.

2. duit bukan segalanya. ada duit bukan bererti kita confirm akan bahagia. ok cliche. tp ada kebenarannya. esok2 bila kita dah ada duit baru kita akan nmpk semua tu. la ni tgh sibuk kumpul duit kita akan kata 'ishh takkanlah..esok2 aku dah byk duit takkan la aku buat gitu.." ok, tell you, you'l be tested. so prepare your self.

3. selidik dulu 'punca' pendapatan kita.
sekali pandang mungkin nmpk halal... tapi.. tgk baik2. kot2 ada unsur syubhah. esp kalau melibatkan 'perkongsian maklumat' . cthnya ramai yg buat side income melalui twitter dan facebook, and also blog. we can get more income when we tweet or people retweet..or when more people click and share. i dun have to get into details on this, cukup lah sekadar mengingatkan - jauhi unsur fitnah, jgn sebarkan perkara yg kita tak pasti, atau cerita2 panas atau menggalakkan maksiat semata2 untuk tambahkan ratings/income kita. pikir balik..--> halalkah income kita kalau sumbernya tak halal atau meragukan? mungkin di dunia kita dpt wang besar tp sanggupkah kita jika wang besar itu akan menarik kita ke neraka kelak?

bila sentuh bab halal haram, ramai yg keliru atau kabur..
haram adalah bila kita mengambil sesuatu yg bukan hak.
haram bila kita mengajak org membuat maksiat.

mungkin kita rasa 'tak apa' sebab hukum dunia tak boleh bawa masuk penjara pun..so ok lah kan?
fikir2 lagi..
tepuk poket tanya lah iman..
di mana kita?

wassalam

Friday, August 23, 2013

Maaa..Robbuka?!!


Salam Jumaat semua,

Terjemahan talkin dalam Bahasa Malaysia.

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita beramal ibadat.
Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.


Bismillah Hir Rah Man Nir Rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang

berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik

dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk

menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada

orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan

zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa

menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah

Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa

bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya

melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang

malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah

berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta

janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan

sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,

biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan

Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas

aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan

dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah

Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang

paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam

Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula

untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,

soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun

dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan

berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan

kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan

neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha

berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi

Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan

hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati

kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang

seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa

mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham

dulillahi rabbil alamin.



Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada

di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang

ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati

dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah

pesanku walaupun satu ayat..."


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk

dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur

"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan

TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali

ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih

disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil

membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD

tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu

"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"

mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"

Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat

para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba

Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur

dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku

berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan

dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah

buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua

anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh

dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak

melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada

mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam

Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan

pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang

bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa

mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah

Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama .

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"




Wednesday, February 27, 2013

Da'ie

Assalamualaikum,

semalam tetiba ada kesempatan berbual dgn bos tempat lama
dia cerita di ank pegi Masjid Negara, ada saudara baru nk masuk Islam.
dah masuk dah pun sebenarnya, cuma nk pegi formalised kan aje.
tp tak jadi for some reason.
Dia ada sebut pasal tanggungjawab berdakwah. kita setiap org Islam ni sebenarnya WAJIB berdakwah.
bukan kena tunggu jadi ustaz atau pass sekolah agama baru nk kena berdakwah.
kena faham tu..
dan kena faham juga apa itu dakwah
kena ingat esok2 kita akan ditanya -
dan kawan2 non-muslim kita, jiran2 kita akan tuntut dari kit - Why kita tak pernah dakwah kat diorang semasa hayat dulu?
haa cmane nk jawab tuh???!

pada saya la
dakwah ni byk cara
bukan semestinya pergi cakap kat setiap org 'Oiii jom masuk Islam oiii!!'
dakwah perlu kena caranya

dan yg paling pasti.. kena dakwah diri sendiri dulu
dakwah keluarga kita dulu
didik diri kita, keluarga kita solat dgn betul, mengaji dgn betul
ajak org pakai tudung ke... tp cakap elok2 la..

ajak org mencari yg halal pun saya rasa salah satu  bentuk dakwah jugak
ajak org ckp elok2, kurangkan maki2 semua tu..

macam saya,
saya rasa belum mampu nk pegi ckp kat non-muslim kat ofis ni, i dun even know how to brought up the topic. karang dikata langgar hak asasi atau racist pulak kerana membawa hal agama ke pejabat.
nk dakwah kat jiran sebelah, hmm bersembang pun tak penah hahahha baguih punya jiran kan?

tapi apa yg saya mampu buat sekarang ni adalah berdakwah melalui perbuatan. i.e tunjukkan akhlak yg baik. mudah2 dari situ mereka akan tertarik dan menarik. insyaallah.

sebenarnya, the main reason saya buat blog ni pun deep inside untuk tujuan 'dakwah' kat kawan2.. ni je lah investment saya. kecil2an je lah pun, harap2 adalah pulangannya.

Wassalam...

Monday, December 24, 2012

Korban asmara

kdg2..
kita sibuk melayan  perasaan seakan kita sorg kena tnggung segala beban
sibuk tanya kenapa org tak amik tau pasai susah payah kita..kenapa tak rasa nk tolong kita
kenapa kita nk kena buat semua2 perkara..
sampai kita lupa dan tak nmpk Allah dah hantar pertolongan
kita tak perasan pengorbanan org lain utk kita

jadi saya perlu stop membebel pagi2
sebab masih ada org yg sanggup pegi kl semata2 utk hantar saya
pastu patah balik pegi keja
...demi saya..


saya patut lebih bersyukur
dan tidak memandang remeh perbuatan org pada saya
kerana selagi saya pandang remeh, mcm tu lah jugak pandangan mereka pada apa yg saya buat utk mereka..
hidup ini kan adil..

Wednesday, October 10, 2012

Insaf

Mengikut kawan ke jusco untuk membeli tako pada suatu tengahari
Sempat menjeling baju baru kat ladies dept.. Hati terus teringin
Kalbu sempat berbisik ke serebelum - alah tak sampai rm50, sgt comel dan cutting memenuhi SIRIM 100%..tak salah kan?
Hati mula tidak menentu.. JCard day pun dah dekat ni, hati memujuk lagi.

Tapi teringat kisah Rasulullah, Fatimah dan sahabat2
Fatimah cuma ada 2 helai baju. Lusuh. Takde manik2 atau ropol2. Jauh sekali batu swarowski..


Saidina Umar yg kaya raya..bajunya bertampal ada kot 14 tempat..

Baju aku masih penuh almari..
Jgn kata berlubang..tertarik benang sikit dah taknak pakai..

Astaghfirullah..
Takpa la, tak mati pun kalau takde baju baru...
Hati, belajarlah tinggalkan dunia..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sendiri


piture courtesy of aramblingmuse.blogspot.com

sebenarnya bila kita rasa totally alone dan takde sapa2
adalah kerana Allah mahu kita berdua dgnNya sahaja
supaya kita mengadu dan mengharap pada Dia semata..

dan Dia tak akan sekali2 membiarkan kita keseorangan
sebab Dia sayanggg sgt kat kita.

kita spesyel kan?
it only take the special one to be the chosen ones

Friday, September 21, 2012

Jemputan

Seronok sayu sebak semua ada bila tengok berduyun2 manusia pegi haji..
aku ni bila tah agaknya

tapi segera sedar diri..
panggilan yg lima tu pun sayup2 je aku jawab
..
imejin,
kita ada kawan
bila kita call takdenye dia nk jawab
kalau jawab pun nak cepat2 'bye' aje
poke kat fb pun tak penah
agak2 nak jemput ke 'kawan' cam tu dtg rumah??

.
.
.
.

Monday, September 03, 2012

insyaallah...

alangkah bertuahnya menjadi manusia seperti late Ustaz Asri..
perginya meninggalkan nama besar
jasad sudah tiada tapi suara masih kedengaran
berkumandang mengalunkan azan dan zikir..
masyaallah hebat..

besarnya anugerah Allah padanya
subhanallah..

kita yg masih hidup ini bagaimana?
nak sebut alhamdulillah sekali sehari pun berat lidah?

Friday, August 17, 2012

the race is coming to the end..

sedar2 ramadha tinggal lagi 2 hari je lagi..
hmm.. kira2 berapa sgt la hasil tahun ni agaknya ye..
kalau nk harap solat puasa ngaji semata mmg kurang la
cuma last hope minta2 Allah consider la akak jaga anak dan bangun mlm takat bagi susu anak sekali dua tu ye..amiiinn....

dalam kemeriahan org keliling nk sambut raya.. sedih lebih  menerpa
betapa akulah org yg rugi itu
Demi Masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

peluang yg dtg di sia-siakan
masa ada..dok la bertangguh
bila dah takde baru mengelupur..
kalau lah.. tolong lah panjangkan masa kami..
Ramadhan pasti dtg setiap tahun
yg tak pastinya -> kita akan bertemu kah lagi?




Friday, August 10, 2012

Doa surah Al-Waqiah

salam Jumaat semua..

rasanya ramai dah tau Surah AlWaqiah ni antara amalan untuk menambah rezeki dan mencegah kefakiran. dulu ada org bgtau, ada doa lepas baca surah ni tp lepas tu saya tukar tempat kerja dan doa tu terkubur dalam inbox lama.. too bad.

hari ni saya nak bagi doa selepas membaca Surah Al-Waqiah. dah lama saya cari tiba2 Allah temukan hari ini..Alhamdulillah. harap bole hafal segera. marilah kita sama2 ya..

Erti doa surah al-waqiah

“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”


another version lagi senang nak baca:



Wednesday, July 04, 2012

trust your Man

especially when you'r trapped on that two-wheel thing and late for office
no choice but to trust your leader

and


pray hard!

Tuesday, July 03, 2012

diamond is not always women's best fren

when im about to complain why laaaaaa korang2 ni dok runtun mummy je
i think about this and smile..


yes kids.. you are.
definitely are
ALL of YOU ARE!!
always are

i dun need any of those freshwater pearl or the best south african diamond when i have Aisyah, Aliya, Umar and Adyra

i dun need gelang or strings of rings when i have abang ajies's hand around me

Friday, April 27, 2012

Kejor yob kejor!

Ustaz bgtau:

Kalau kita kejar dunia semata
Tinggal lah akhirat

Tapi
Kalau kita kejar akhirat
Insyaallah dunia akan kejar kita

Allah kata:

Aku beri dunia kepada semua

Tapi
Aku beri akhirat pada org yg Aku sayang je

So, jgn la sedih kalau tgk rumput kwn2 kita lebih hijau, itu bahagian masing2 kat dunia ni
Kalau bukan rezeki kita, keja tunggangterbalik pun takkan dpt.

Tapi,
Jgn pulak kita tak dak usaha langsung. Usaha gigih itu antara perkara yg Allah suka. Cuma jgn marah bila tak dpt. Kerana mungkin Allah tak bagi sekrg, tp reserve utk kita di akhirat esok. Mana lebih baik - senang lenang di dunia; atau ada penghadang api neraka?
Mungkin juga Allah beri dlm bentuk lain. Kita tak dpt naik gaji 40% mcm org tu kan, tp Allah jaga kita dan family kita dan selamat dari bencana. Cth: kalau dpt tunggakan gaji tu kita dah plan nak p phuket dgn family time tsunami tu..

The choice is always there
Kanan or Kiri
Fight or run
Cry or move on
Forgive or Revenge
..
..
..

Remember
Walaupun kubur asing2
We'l never walk alone
Dlm kubor pun ada gak 'peneman'
So choose your companion. Wisely.


Sent from my BlackBerry® wireless device.