Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

impian ramadhan

ramadhan tahun ni mmg berbeza sebab sgt lah 'meriah'nya rumah aku time buka dan sahur.
bukan meriah je..dah jadi riuh rendah dah!
time buka std la kan rakyat ramai  mmg kecoh kat meja
si adira nk tunjuk eksyen nk suap sendiri semua nk buat sendiri
sudahnya pinggan cawan semua kelentung kelentang ke lantai juga akhirnya
umar kejap2 nk panjat duduk atas meja, bising nak itu nak ini
amin kuih satu, gigit pastu letak balik dlm pinggan..mau tak kena jerit dgn cikgu disiplin.
aisyah biasa balik sekolah mmg melepet tido sampai azan jenuh  nk kejut dia..payah2 sgt, abak simbah air ke muka haa..amikkauu...
dan bermulalah episod tragis drama anak tiri berbuka puasa tanpa kasih sayang..
abg ajies ni bukan jenis makan beria sgt.. time buka dia nk ringan2..kuih2 je. nasi nunn sahur satgi baru nk jamah.. tu pun tgk angin dia. kalau menang main bingo mlm tadi boleh la separuh pinggan dia habiskan.
kalau tak..mau 2 3 suap je..
time sahur memula dulu riuh gak sebab SEMUA org bangun okehhhh..
pergh rasa mcm keluarga bahagia sangat! hahaha
tp dah masuk minggu ke2 ni mmg makin suam le sambutan pelanggan
aku pun dah tatau  nk masak apa dah nk bagi diorang ni makan byk..
anak2 mmg kalau dpt sup hatta di pagi hening tu pun mmg bertambah esp aliya.
hari tu rekues nk lauk telur goreng je pastu buat kuah kicap. apaknye nk bilis goreng.
senanggg idup kitchen boss...

tp kan.. aku ni pun manusia biasa juga..
aku pon teringin nk haplod gambaq lauk aku masak kat fb nun..takkan tgk lauk org jek..apa ingat aku tatau masak??? hahahhahaha

ish mlm ni mcm nk masak sardin la pulak..dah lama tak pekena.lauk ni konpem mendapat sambutan hangat di pasaran
sapa tah tu dok layoq sardin kentang dia tu... ngehehehe

perkara wajib

setiap tahun bulan puasa mesti kita akan ada satu hari (atau lebih) terlajak tak bangun sahur
Kan?
hari kitorang semlm..
dan pg tadi terjaga tgk dan dekat 5.30
nasi dah masak, lauk pun dah ada cuma nk panaskan je
tp nk makan dlm kocoh2 kelamkabut tu hilang selera
karang tercekik satu hal kena naik ambulan subuh2 sepiee..
so sahurlah abg ajies dgn nestum segera shaja.
aisyah dah stat suara parau aku rasa tak payah la nk puasa penuh satu hari kot.
dan aku pulak sahur jus kurma segelas pukul 7 tadi ngehehe..

Friday, August 17, 2012

the race is coming to the end..

sedar2 ramadha tinggal lagi 2 hari je lagi..
hmm.. kira2 berapa sgt la hasil tahun ni agaknya ye..
kalau nk harap solat puasa ngaji semata mmg kurang la
cuma last hope minta2 Allah consider la akak jaga anak dan bangun mlm takat bagi susu anak sekali dua tu ye..amiiinn....

dalam kemeriahan org keliling nk sambut raya.. sedih lebih  menerpa
betapa akulah org yg rugi itu
Demi Masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

peluang yg dtg di sia-siakan
masa ada..dok la bertangguh
bila dah takde baru mengelupur..
kalau lah.. tolong lah panjangkan masa kami..
Ramadhan pasti dtg setiap tahun
yg tak pastinya -> kita akan bertemu kah lagi?




Tuesday, August 23, 2011

nak raya dah?

dah nk dekat raya ni semua org mesti sebok pasal baju raya la, kuih raya la, keta raya la..
aku? tah la macam tak berapa nk semangat nk sambut raya
sebab sedor diri puasa tak seberapa.. patutke berseronok riangria sambut raya? menang ke? kalau takat menang sipi2 tu, sambut sipi2 je lah ye.

tapi dalam sipi2 tu kan,
kuih raya aku oder 4 balang je..
baju raya aku dah beli. satu je. beli kat opis je. malas nk pegi beli kat tempat ramai2 org. murah sikit rega kawan2.
baju melayu abg ajies takpayah beli. baju melayu dia tahun lepas kan byk pasang baru buat, pakai baru 2 kali je pun. so tema kitorang tayah penin kepala pikir - amik je kaler baju dia.
baju melayu 'umar dah. semlm dah beli songkok umar. kat tesco je $8. cuma sampin aku tak jumpa saiz umar. semua besar2.
baju kurung kakak2 belum. takpe kat gerai depan giant byk lagi. nmpknya mcm hajat nk bertema-tema ni bakal pudar sebab Aliya dah rekues nk baju kaler pepel. .aisyah mcm biasa nak kaler ping.
baju mummy kaler biru kelabu. baju abg ajies kaler kelabu. baju umar kaler hitam.
best kan kitorang? baru meriah sikit. hahaha
semlm aku menyinggah jap kat kedai sebelah opis ni. beli gaun and blaus sorg selai,
pastu  mummy gigih berangan nk kumpul setem utk tangkap bekas luminarc yg parkson tgh ofer. wiiii... dah terbayang2 nk wat hidang time raya muahahahaha.
tengok la malam ni kalau rajin pegi cari baju raya sambilan utk abg ajies. dia kata kasut raya dia pun takde lagi.. ;-P
oh kasut umar belum beli lah! kasut dia dah tak muat. cepat sungguh anak teruna aku tu membesar. minum susu kambing la katakannn..
ok meh kita list brg tak penting yg masih belum dibeli :
1. telekung utk aisyah. hari tu dah pujuk2 aliya soh dia pakai telekung aisyah yg lama sebab telekung dia dah pendek (pun pusakan dari kaklong jugak ni) dia kata okay.
2. kasut umar
3. cekak rambut aisyah/aliya. aisyah kata dia nak yg ada riben besar.
4. pants/jeans utk aisyah/aliya. suar lama baru je beli tahun ni buleh pakai lagi pun.

aku dah berkenan baju kurung pesak gantung kat parkson.. tapi rega mak aiii satu je dah $108! tp takpe la tgk material mmg cantik.. jahit cantik..mcm berbaloi. kalau beli tu, anak2 dara ku boleh jadi model salikin sidek la raya ni.

satu ratusss...
satu ratusss...
dua ratusss....
fuuuhhhhhh...

Saturday, August 13, 2011

kari sukahati

semlm jumaat kan. aku balik rumah kejap tengahari semlm. tertinggal barang. sebab dah janji dgn org kan, so aku gigih balik jugak rumah semata2 nk amik brg dia.
sampai rumah 12.30 you... walla. boleh tido seround ni wuhuuu!
tapi aku mcm biasa mesti la tetiba terasa nk buat itu ini. terus langsung pegi kedai. sebab teringat bawang dah habis karang sahur and esok2 nk masak dgn apa. dah sampai kedai mula la kan.. hmm nk beli apa lagi ya.. alang2 tu beli santan. bila dah beli santan mula berangan nk masak itu ini.
siap beli kacang hijau konon cita2 tinggi nk buat bubur kacang. kalau sempat kan..
pastu teringat kat rumah ada terung, eh buat pajeri bes gak ni.
oh oh ada petai! baru sebut semlm kan. ok lah karang buat sambal bilis petai wuhuuuu!

ok zrass balik rumah, tungtangtungtangg buat sambal petai sambil masak kobis masak lemak.
alah terlupa pulak beli udang kering. mana buleh buat pajeri takde udang kering kan. hmmm camne ni
nak buat kari ikan tak beli la pulak. ke buat kari terung campur ikan bilis je haha
ok, sayur mcm cukup ni - jom kita gugel resepi dalca.
selongkar pantri cari serbuk kari ayam.. alahaiii tak jumpa la pulak. habis camno.. aahh ejas2 je la dgn apa yg adoo..

dan hasilnya ----> kari sayur-sukahatiaku.

ok aku tipu.
ni bukan gambar kari aku. ini kari sayur google. tak koser nk  tangkap gambaq sebab nk rushing masuk ofis balik.

haha  jgn pandang aku sebelah mata ehh..

sesapa nk resepi??

Friday, August 12, 2011

Dilema

sejak posa ni aku tido awal. pukul sepuloh paling koman dah beradu. sampah tak sapu belakang cerita.
selalunya sebab umar dah setat tenyeh2 mata, so aku pun join la sekali. karang nk bangun awal lak.
kalau rajin masak la nasik siap2. kalau tak rajin kena la set jam awal sikit dalam pukul 4.30 gitu. aku ni pesen selagi sinki tak clear aku takleh masak. so sambil2 potong bahan sambil tumis sambil basuh pinggan cawan. tu yg lambat skit nk masak pagi2.

yg kesian kat abg ajies dan kakak2 umar. boring punya pasal habis satu rumah depa kencah.
bangun pagi mmg terkejut aku tgk rumah dah tak serupa rumah org normal. luruh jantung aku eh..

pagi tadi aku terjaga tgk2 budak dua org tu dok main apa tah lagi.. habis satu bilik dah mcm tongkang karam! aku sound taknak dengar haa amik kau aku libas dgn towel sorang2 ha baru mengelabah nk tidor. tgk jam - pukul 2 beb! aduhaii
eh eh ada org main game tgh2 mlm ni? ok la tu sambil tembak2 tu sambil zikir..byk pahala qiam di bulan puasa ni kan.

hari ni hari jumaat. patutnya semua org rasa gembira bila jumaat sebab lunch break lama dan esok akan cuti 2 hari. tapi aku dah tak rasa apa2. stress lagi ada sebab
1. ptg karang sure jem tak hengat dan kemungkinan besar akan sampai rumah time org azan.
2. satu rumah atas bawah sedang menagih kasih sayang ku..huhuhu
tengok, mana larat aku buat  la..

Wednesday, August 10, 2011

mozza



mozza beger
root beer float

tak perlu kata apa apa..


aku letak kecit je sebab tanak kurang pahal posa korang... miahahahhaha

Dilema tukang masak di bulan puasa

memasak untuk keluarga saya di bulan ramadhan ini amat mencabar. untuk anak2 takpe lagi sebab saya tahu depa suka makan sup. so buat sup campak2 saje. brg tak perlu banyak sebab depa hanya akan hirup kuah.
lagi satu aisyah sekarang dah suka ayam masak kicap. atau apa2 aje yg masak kicap. jadi saya kena buat kuah kicap banyak2 sampai dah jadi sup kicap pulak rupanya. dia juga dah pandai makan pedas. ayam percik yg aku beli semlm dia makan sikit je tapi makan nasi dgn sos cicah ayam tu pulak.

yg susah adalah meneka selera abg ajies. setiap hari dia akan kata masak je apa-apa.
tapi setiap hari juga dia cuma cuit-cuit sikit je. espesyeli masa sahur. halussss aje hati si tukang masak.
dia pesan jgn masak fancy-fancy.
takde fensi nye abang oi.. mana ade aku nk masak kerutub ayam ke, telur masak szechuan ke, sushi ke..
ikan tiga rasa tu pun dia cakap fancy! alohhh
aku masak stail kampung sempoi je la - ayam kicap, sayur goreng, telur masin, ikan pekasam goreng..

nak kailan goreng ikan masin? taknak lah
nak ayam goreng kunyit? hmm taknak lah

sambal belacan aku tak buat la.. karang sakit perut di siang hari kang aku tak jamin haa.. tapi kalau nak takpe, adinda sanggup kelentung kelentang pagi2 buta tu.
kalau ayam tu mmg takde sape nk sentuh. dah bosan aku tatau nk masak apa.
aku tau la benda dia suka macam kerabu sotong tu takkan aku nk buat pagi2.. again karang sakit perut pulak. mmg kalau buleh tanak la masak pedas2 time sahur.. nak buat sambal bilis petai, petai takde la pulak.

sayur kobis masak lemak makan dgn kicap macam bes je.. cumanya bila tah aku nk singgah kedai beli santan. santan kotak tak memenuhi piawaian pulak.

ikan kembung rebus goreng + sambal belacan bes gak kan?
wiken ni kena  bangun awal la pegi market beli ikan cantik2 sikit. (abang ajies la.. takkan aku pulak )muahahahha

Ramadhan untuk siapa?

sepatutnya berpuasa mengingatkan kita pada kesusahan orang miskin yg takde duit nk makan, terpaksa menahan perut mungkin hanya dapat makan sekali sehari. atau makan 2 kali tapi lauk cuma kembung goreng 2 ekor share 5 orang anak beranak. si anak kecil cuma mampu menjeling ayam percik atau sate sambil menelan liur. tidak sampai rasa hati kecilnya untuk meminta dari ibu.. sudah tahu jawapan ibu..'tunggu la esok2 ibu beli ya!
entah bila esok itu..

tapi  betulkah kita yg berpuasa cuma beberapa jam ini begitu menghargai perasaan mereka itu?
adakah kita memujuk perut dan nafsu lapar dgn berjanji untuk memborong segala macam di pasar ramadan kejap lagi.. atau mungkin juga para ibu sudah berjanji dgn anak2 dan suami 'petang ni ibu masak nasi tomato tau!' dan disambut dgn senyum lebar dan "horeyyy' dari anak2..

jadi di mana ya perasaan kesian itu agaknya ya??

pernahkan kita pujuk diri sendiri dan perut yg mula memedih di tengah hari dgn berkata ' sabarlah..nanti2 ada rezeki kita isi ya'
rasanya kita akan berkata ' tahan.. sikit je lagi, karang kita beli soya auntie jenny ya!'

itu belum lagi umpan duit raya beratus2 dan baju raya kasut raya cantik2 untuk anak2 yg berpuasa penuh.

Tuesday, August 09, 2011

Wiiiiiii....!!

hari ni kos berbuka kitorang RM51++.
ada plus2 tu.
tidak, kitorang tak pegi bufet. mana adae bufet bawah $30 sorang tahun ni...

aku order ni tadi haha
aci la tuh.. balik karang tadaa dah siap dah
kalau nk tunggu aku percik sendiri sahur karang belum tentu buleh  makan.

memula nk amik ni je

cukup la 2 orang ++ nk makan..

sekali klik2 nmpk yg ni pulak dahh

haruslah ditambah order. siap  kol balik tu hehe

and then tambah ni 2 ye dik!

hmm ni pun mcm bes gak.. amik la satu

merbahaya betul shoping di bulan puasa ni

besok2 aku oder frozen chicken pulak hehe. tayah pegi pasar dah.

Thursday, August 04, 2011

citer puasa lagi

aku taktau kenapa lately aku letih sgt. letih sgt2 yg sampai rasa lembik lutut nk berdiri pun tak larat.
nasib baik aku tak kerja ladang. kerja aku mostly duduk je so kat ofis tak terasa sgt.
tapi bila balik rumah karang mula lah. sebab kat rumah mana boleh duduk saje. byk kerja yang setarap dgn keja ladang menunggu nun.. i was sooo tired sampai abg ajies kentut kat meja makan pun aku tak cakap ape. not even 'heh!'

semlm balik berbuka kat s.alam. wallaa besnya lahai ikut smart tunnel n npe tak jem pon! mmg jaki la dgn org belah2 sana. aku rush pukul 5.28 dah terpacak berdiri dpn pintu, dan punch out pukul 5.30 sharp.
pukul 6 suku gitu dah sampai tol bt 3.

mak aku masak mihun kicap, karipap ngn nasi. pastu anak2 dia beli kuih macam2. sebab balik awal, aku ingat nk ajak la abg ajies pi jln2 kat pasar ramadhan, maklumlah kalau balik rumah sendiri takyah berangan la nk pergi sebab pukul 7 baru sampai rumah. tp abg ajies kata dah byk dah ni.

aisyah merajuk sebab bila dia minta air soya semua org ckap tak boleh sebab itu untuk org posa je. sapa tak posa tak boleh minum. huwaaaaaa.... dah satu bab pulak dia meraung time dekat2 nk berbuka tu. dia ni kan sekarang mmg sensitip. sikit2 nk merajuk.

time berbuka aku minum air soya 1/2 cawan, pastu sebok dgn anak2. budak2 ni  kan kalau sampai s.alam dulu dari mummy mmg perangai macam setahun tak jumpa. nak melekap je.. mummy nak ituu.. mummy suapkan.. dgn umar pun sebok sama. so mummy mmg takleh nk duduk makan sederet la. kena makan sikit2. aku makan bihun sejemput dah rasa penuh giler. pastu karipap sebiji.
lepas isya rasa penat sgt aku tido.  tp budak2 tu mana nk biarkan mummy duduk sorang2 mesti nk dtg lompat2 jerit pastu main kejar2 dgn umar. dgn umar yg blom boleh berjalan tu.. boleh??

pukul 10.30 baru gerak balik. aku awal2 dah ckp kat abg ajies aku tak larat nk masak sahur. tp mcm kena makan juga sebab aku lupa nk makan nasi kat rumah mak tadi. rugi wooo mak masak sambal sotong!
kitorang tapau je la kari ikan mahbob. so hari ni kalau ada bau kari tu buat2 tatau je lah ye..

Wednesday, August 03, 2011

Pembalasan dendam orang tidak bersahur

balik semlm abg ajies bawak balik byknye plastik.. penuh helmet.
sup ayam utk budak2, buah melaka utk org yg berpuasa (but end up aliya yg memula tgk mcm eiii apa tu tp lepas tu komen eh sedap la mummy kuih ijau ni!), sejemput kari daging dan.. the crown of the day ----> kamben bakarr!!

oleh  kerana si penjual taknak jual sikit2, abg ajies beli  lah jugak walaupun kena membayar utk setengah kilo. haa ambik kau. aku pun buat ayaq asam utk cecah. wallaweii..
mmg sampai sahur pagi tadi pun ulang lagi.

since aku saspek diri sendiri bermasalah tekanan darah rendah, makanya kamben adalah ubat terbaik isit? no?

dan natijahnya.. pagi tadi aku drive dalam keadaan mata separa tertutup. jenuh berdoa dalam hati jangan laaaa aku blackout kat tetengah jalan ni.

Tuesday, August 02, 2011

MISSI BULAN PUASA

1. cari slow cooker - checked!
2. google resepi guna slow cooker - on-going
3. shoping barang kering - checked!
4. shoping stok sayur yg tahan seminggu - checked
5. set mental alarm - tengok la...

DUGAAN PUASA

tahun lepas puasa 6 hari je kan
tahun ni mmg gigih le semangat nk puasa.
1st day sahur timing okay, bangun pukul 5 masak sahur, dgn umar bunyik2 lari ganti2 dgn abg ajies pegi tepuk2. dekat2 nk 5.30 gitu aku dah siap hidang tunggu abg ajies. ssekali dia sound 'nk makan pukul berapa ni daa.."
eh dah siap daaaa... tunggu ngap je daa...!
ok sahur setel.

then sidai kain semua siap2 pegi keja
masuk hiway.. masyaallahh... jem pulakk
takpe.. sabar. dugaan puasa nih.
yeah, nmpk je keta byk dan gerak selo. but stil gerak, takde la sangkut. masih sempat sampai ofis dlm pukul 8.
balik kerja lak, kena tunggu 5.30. telan air liur je la tgk staf2 yg dpt balik pukul 5 punch out dgn gumbiranya. tahun ni kitorang takleh balik pukul 5 huhu.. masa2 gini la aku jaki sgt dgn geng2 kerani dan ompd. tapi kejap je, karang dpt gaji hilangla jaki aku, korang pulak nk jaki kat aku kan HAHAHAHA
as expected jem nk mampssss.
takpe sabar..
toktek2 sampai rumah pukul 7+. tgk2 abg ajies takde pulak. haishh pi mana pulak, motor ada je 2 2..
rupanya dia pi amik anak2 kat taska! lhoooooo... yg wat penat badan tu pasai cik abang eiii.. dia ingat aku lambat lagi nk sampai tu yg dia pi amik tu.. helo, dah ada bbm tu cuba bgtau aku dulu nk pi ambik. kan dah free2 penat lelah hujung2 puasa. takpe.. dpt gak pahala tu niat nk tolong isteri kan.

dan pagi tadi terjaga pukul 3, terus masak utk sahur. ingatkan masak awal2 senang la kan. gigih akak masak kamheong chicken sama sayur dangdut. telur masin ada lagi semlm punya. sambil2 tu basuh baju. aisyah ngan aliya pun bangun la pulak.
siap masak semua, baru 3.30.. apa lagi tidur la dulu kan. mana aisyah susah nk tidur balik. dia ckap 'mami, ni nak pagi dah kan, takpayah la tido, jom la pegi sekolah!' ha pegi la sorg2
sekali jam bunyik pukul 5. ala rilek aa kan dah siap masak. golek2 jap.. tengok jam ALLAHHH!! 5.45!!
cepat2 buka tv, tgk blom azan lagi. ok cepat2 togok air dan telan kurma 3 biji sekali gus.
ustaz kata selagi tak azan boleh makan lagi.

dan pagi ni aku mood tarak baik

Thursday, July 28, 2011

Cepatnya masa berlalu!

kan?
kejap2 dah hari kamis.. rasa mcm baru 3 hari je kereja.
tp betul la sebab dah 3 lai baju keja lain2 kau pakai minggu ni.
campur hari ni 4 pasang.

minggu depan nk posa balik dah.
tahun lepas posa 6 hari je sebab umar dah sampai awai
baru bulan lepas gigih mengganti. sampai demam2.
karang bulan depan ni cemana la agaknya nk posa sebulan nih.. dah short 2 tahun kurang praktis nih.

dan bulan depan juga maknanya Umar akan mencecah setahun umur. kenapa aku suka cakap belit2
itulah yg akan terjadi bila otak lebih laju dari jari.
jadi persoalannya adalah bagaimana mahu selebret besday anak lelaki di bulan puasa?
yaa, umar bukan paham apa pun sgt, cuma kakak2nya yg sgt eksaited kerana depa akan dpt hadiah dan tiup lilin jugak. mungkin perlu stop letak lilin pada kek hari jadi. lagha je tuh. kira pembakaran terbuka pada skala kecil namun turut menyumbang kepada pertambahan karbon monokdisa di udara.

tapi mami sudah berangan kek dan tema besday party dibulan posa yg julung2 kali ini hehe..
mungkin perlu buat pada siang hari. jimat bajet. buat kek kecik2 utk budak2 bawah umur yg tak posa aje merasa..haha

dan kejap aje jugak rasanya. sudah tiba waktu untuk bergerak maju ke hadapan. oppss ke atas sebenarnya.
tempat  kerja saya akan berpindah. kami semua naik pangkat seraya dinaikkan terus 4 tingkat ke atas. lagi tinggi dari pejabat ceo haha. boleh pijak kepala bos2 hari2.  dan lif jugak berlainan. makna kata boleh punch dan suka2 hati balik tepat pada waktunya tanpa perlu jln tunduk muka dan sembunyi2. boleh siap kawad kaki lagi jika tak malu. HAHAHHAHA. sila gelak besar.
dan best jugak sebab raya ni kami buleh buat majlis raya tanpa perlu joinventure dgn org dept lain. dahh.. tanak tawan dgn torang dah taww! byebyebye..

Wednesday, March 09, 2011

what life?

sleep deprived


traffic jam gile babeng
2 hour minimum to and fro wokeh!!


caffein overdose
.
.

bahan2 pemangkin utk sebuah keruntuhan rumahtangga bahagia..

to my other half and other quarters
i'm terribly terribly sorry..

Friday, December 24, 2010

berry berry

alah ada ofer pulak
blekberi curve 788 yo..
pakej baru 98 sebulan
hmm

ku malas sebenarnya nk beri beri ni
sebab rasa cam tak guna pon
takde pekdah
dah la mahai satu bab
line dia pun mahai
extra kos lagi nk donlod emel semua
padahal bukan emel penting sgt pun
buleh je tunggu ofis buka esok
lgpun dah ada brodben, kat rumah
wifi lagi
mcm la bos dok cari kita 24/7
erkk kalau kena standby gitu kita pun rasa nk off je bb kan hihi
(tu bos bos ramai yg ngaku nk buat gitu)
harap nk BBM je pun..
oh mungkin perlu sebab now org dah tak ym

ekceli memula daku kenal BB from Judith Mcnaught
ke Jude Deveraux?
er judith kot?
masa tu tahun 90an gitu
tajuk tak ingat tp heroin dia veru the superbusy
dia ada laptop, henfon and blackberry
ku pun mula la dok cari menda apakah ia
dulu2 selain hp cuma menda alah yg beep beep tu apa eh? yg bgtau ada msg pastu kau kena kol tanya apa dia
tp belum tersebar secara meluas di KL so mmg tak berapa nk buleh byg cemana ropanya
in late 90's rasanya maxis yg perkenalkan BB.. giler gabakkk..
terus rejek haha
dan mahai giler
tak silap 2k++++
masa tu org mesia tgh giler HTC, HP dan segala PDA phone

wpun sekrg BB dah semakin slim
daku stil tak nmpk keperluan utk diri ini ber beri beri
sebab ku rasa BB hanya utk org yg sentiasa tercirit birit
nk cepat dan terkejar2 je
utk daku yg mmg sokmo berak batu je cukup la tetapkan iman pada iphone
mcm bes je iphone.. anything from mac really surpassing expectation eh?

peace!

Thursday, August 12, 2010

FB lagii..

musim2 gini berderet la kat FB tu pakat2 dok update status bgtau masak apa, lauk apa utk berbuka dan sahur
especially kaum ibu
eh aku pun kaum ibu gak kan? hehe tak terasa ke wajib nk war2 kan sumer org aku bagi anak dan laki makan apa?
actually syiok jugak layan menu2 korang tu
buleh buat rujukan kala dah tatau nk masak apa
tambah2 pulak kalau yg tetiba mengidam nk makan pelik2.. haa time gini la baru tau wujud rupanya makanan tu!
aku tak tulis sebab selalu last minute baru nk pikir
malas nk pikir awal2 sebab balik rumah tgk apa ada baru bleh perah otak nk invent menu utk hari tu
sebab ku jrg2 masak, stok kering basah mmg beli cukup2 je
so selalunya aku lupa bawang aku tinggal berapa biji, cili ada lagi ke tak..

apapun aku faham la perasaan korang..
ye la.. syiok kan buleh masak utk org tersayang
kembang, bangga semacam je..
tp yg selain kaum ibu tu pun, kaum bapa atau bakal bapa pun beria hapdet!! bukan apa.. itu sekadar menggambarkan harapan perut masing2 hahaha.. kot2 la ada rezeki tergolek
or semoga para2 isteri baca dan menjadikan ia satu realiti....

hmm pukul berapa la nk sampai rumah hari ni
semlm ingat nk oder deliveri from sup ani je.. ye jgn tatau sup ani ada deliveri youuu... senang idop aii..
aisyah nk mkn mee sup, tp kol byk2 kali nomot meneja dia tetiba tiada dlm perkhidmatan la pulak
agaknya sebok dgn bufet berbuka kot.
disebabkan ofis kasi balik awai 1/2 jam, makanya lunch time ku juga dipotong 1/2 jam.. mana sempat nk pi shoping groceri..
rasanya tapau je la kat kentin ofis ni karang..

Wednesday, August 11, 2010

terai test

hari ni terai test posa
alhamdulillah buleh laa
cuma perut meneganggg je satu hari
tak selesa nk bergerak byk2
tadi 3 4 kali gak kena braxton
2 kali sakit gilerrr
tp ku tunggu tanda2 lain baru nk gegas
nasib baik takde pe pe

buka posa ku belasah kek cekelat sama cis kek kartika sari
bos bawak balik dari bandung semlm
semlm aisyah wat dunno je
TB lak komplen ada kulit telor la apa laa
aahh tak suker sudahhh
elokkk je aku perabih aisyah tanya 'laa kek cokelat tu dah takde ke mami?'
lo haiii budak sorg ni pun
mmg besa tau
last2 minit dah habis licin baru nk minta
masa tgh byk takde kau pandang.. bila tanya 'tak nak ' je jawabnye
kalau makan kat luar, elok org dah abis makan nk balik baru sebok nak makan itu ini

oh karang nk goreng ikan bilis + sayur goreng kat TB

dia rekues nasi ulam
tp bilanya le hai adinda nk pi pasar tani kanda oii...
wiken lah eh?

Thursday, July 22, 2010

Alhamdulillah Rezeki Allahh..

when most people wud shun their parents (and especially their inlaws!) from their net lives.. FB, blog whatever..
i, quite on the contrary, wud be thankful having them in the virtual world!
i got to know things that they might not be telling me directly
i got to read their fb status and had some ideas if they'r feeling blue.. or  rejoice whenever they have good news
and of course they got to know mine too..
we can be at each other instantly
sort things out right there and then

and..

paling penting

balik rumah semlm tgk2 sebesen dokong menunggu ku di atas meja...
sonyum lebor ahkak..!!
manis2 lak tu..
( ni motip entri sebenarnye hahaha)

tengkiu mak & abak!!
*hugs n kissess***