Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, February 22, 2017

ulangtahun

wuhuuu dekat setahun berjaya tidak update blog hahahhaha

okay,
2016 memang agak sibuk, kononnya lah
byk benda sekrang update di fb saja, makanya macam leceh saja nak buka blog dan taip kembali.

tapi demi sejarah dan renungan masa depan, makanya hari ni akak update juga.

pertama tamanya berita paling sensasi
--> sekarang kami tidak lagi ber enam, tapi sudah ber TUJUH!!
yaaa.. ada adik baby baru sekarang, seorang hero hensem bernama Anas.
lahirnya di tanggal 16 August 2016, mencukupkan seat kereta ploton ejora.


perkara kedua..
Umar sudah masuk sekolah kebangsaan, 
bakal menjadi abang kawasan atas kredibility suka merepot hal kawan2 membawa mainan ke sekolah kepada guru kelas.


Along pun sudah darjah 5, tahun ni insyaallah will sit for UPSRA. 
Aliya finally, dapat jadi pengawas pusat sumber. 
satu pengalamn mencari vest pengawas yg mencabar sebab sampai last minute cikgu cuma bagi surat lantikan yg kosong!! macamana nk percaya?? 
Adyra pula tahun ni mummy masukkan ke kelas mandarin, alang2 sudah tadika satu malaysia, biarlah belajar bahasa baru.

ok, tu je la kot, hidup mummy mcm tu la jugak, cumanya sudah pindah ofis baru, tp undang2 tetap sama. kawan rakan silih berganti, teman baik pun sudah berenti.. kadang2 sedih juga membawa hati sendiri.. dalam kereta balik dan pergi sahaja la tempat menyendiri mengenang hidup yg akan mati..tp Quran tak khatam2 lagi..

wassalam..

Wednesday, October 28, 2015

Ikal mayang

suatu petang yang bening
overheard anak2 kecik bercakap berdua

Adyra : Umar..tau tak org rambut panjang tu cerdik tauuu!
sambil urut2 rambut dia yg panjang ikal mayang. dengan muka mcm bagus

percubaan nk buat abang sakit hati ler tuh!

tgk.. mummy pun rambut panjang.. mummy kan cerdik!

dan pantas juga Umar menjawab
"habih..abak tu bodoh ke??ha??
tak kan?"

panas je telinga abak hang

hahahahaha larikkkkkkk

Friday, January 16, 2015

Tahun Satu

Aliya masuk sekolah betul tahun ni. darjah satu dah anak aku. Along Aisyah dah darjah 3. mak dia je dok perasan muda lagi.

tahun ni sebab 1st monday adalah 5hb. orientasi tahun satu dibuat agak lewat, 2hb Jan.
unlike tahun2 lepas biasanya sekolah buat hujung2 December tu.
jadinya untuk standby orientasi + daftar first day, mak nye terpaksa lah cuti lebih sikit.
memula dah amik 3 hari. alhamdulillah sebab new year hari khamis, makanya tereasa lama la jugak bila cuti sederet dari 1hb sampai 6hb tu..perghh..
sekali, siapa sangka dengan bencana banjir tahun lepas, kementerian suruh semua sekolah start 12hb pulak.. dan sebab sekolah agama kelolaan jabatan agama negeri takde pulak ckp nk tunda ke apa, aku pun tak de la nk kensel cuti 5hb tu. kebetulan juga mak ayah nk pi umrah 6hb tu boleh la terus saing hantar diorg kat airport.
tapi, sudahnya Allah jua yang merancang. sekolah agama pun tunda ke 12 hb. same goes to tadika.
apa lagi..merendekk sakan la budak2 tu kat rumah.
12hb tu pun baru stat hantar si kecik Adira and Umar pi tadika. tak hantar karang tadika potong nama pulak.

hari orientasi Aliya
rilek je buat mcm rumah sendiri sebab dah biasa kluar masuk sekolah kakak.

tahun ni Tahun 1 sesi petang pulak. Alhamdulillah sama dgn Along. senang sikit boleh Along tgk2 adik kat kantin, tunggu adik naik van balik sekolah karang.

Kitorang belikan Aliya beg sekolah biasa2 je, sengaja pilih kaler hijo froleseng tu. senang nak cam. pengalaman dari zama Aisyah dulu memang bersepah beg sekolah pink untuk gegirl. dah la seropa je budak2 sekolah ni dari jauh, susah nk spot. binau mata nk cari anak memasing.

tahun ni misi mencari beg sekolah mmg mencabar. dah le bapak mahaiiii beg sekolah anak2 zaman sekarang..koman2 40-50 hengget. yg elok mmg kurang2 79.99 sampai ratus2. ada sekali belek2 beg yg support pinggang apa kenamanye tu.. Ergo? eh tu carrier bb haha
sekali tgk price tag 300 beb!! terus calo kluar kedai
mak ko pun pakai beg freee je tau

last2 jumpa yg memenuhi kriteria kat kedai market besar tu, tgk material buleh tahan mcm kalis air so insyaallah time hujan ada gak harapan, padding pun tebal gak, saiz pun ngam.. kaler pun terang benderang. rega? mmg termurah hahaha tak sampai 30 pun. boleh beli tiga terus.
takde katun2 mmg muncung la kejap budak2 tu tp lepas tu blanja keychain sorang satu hepi la diorang.

tadaa..

beg sekolah agama lagi sempoi
Pasaraya Sakan mari..
tu pun kemain eh sekarang ni.. seblum cuti sekolah rasanya mcm seploh hingget jah, sekali nk buka sekolah dah belas2 ada yg puloh2..pehhh..

tahun ni tak byk amik gambar pun sebab malasnk bersesak dgn first-time parents. biar lah kasi can diorang pulak melayan perasaan hahaha. Si Liya ni pulak mmg jenis selamba bulldoze segala so mmg konfiden sikit nk tinggalkan dia. kejap je dah ada geng.
masa kat sekolah agama, kitorang tunggu depan pintu kelas masa student nk kluar rehat, tgk2 dah takde org dlm kelas, bila masa budak ni kluar???? arghhh dah le sesak dgn parent dgn budak nk pegi kentin.. tgk2 nmpk dia dok beratur nk beli food dah..ceh.. elok sampai kat kaunter tgk dah takde pulak... cari punya cari jumpa dia sedap2 tgh makan nugget. yg si Along ni kemain la cari adik nk 'ajar 'gi kentin padahal dia dah advance dulu dah..

Second day, kitorang suruh balik naik van. mak pak sekodeng dari jauh. ok, dah kenal makcik van, takde tolak2 ok la tu Pass!


like i said dulu, bila anak habis tadika dan masuk sekolah rendah ingat boleh la jimat duit yuran tadika diorang sebab yurang sekolah ditanggung oleh kerajaan.. tapi sebenarnya ada peningkatan kos tersembunyi di situ.. yuran tadika baru rm200, tp duit van dah 100 pagi petang, duit poket pagi ptg semgu je dah kurang2 rm30, blom campur tolak duit blanja buku tulis pensel kaler pemadam stokin kotak pensen yg sebulan tah berapa kali nk kena refill..
haa blom kira buku latihan, buku cerita la apa la..

takpe la semua tu untuk hgpa blajaq, mummy bukan nk berkira tapi mummy nk ajar anak2 menghargai nilai. Nilai barang, nilai duit, nilai diri..
untuk apa beli brg yg tak perlu just for the sake of 'having', pakai barang branded2 mahal2 walau mampu sekalipun.. lebih baik ringgit yg ada kita salurkan ke tempat lain yg lebih perlu. tak perlu ikut fesyen, ikut kawan tp ukur baju di badan sendiri, ikut guideline 'ukuran' Rasulullah dan keluarga Baginda then we'l realised betapa jauhnya kita...

jom patah balik!

Tuesday, August 20, 2013

Deserted

Kitorg sekarang shopping kat Aeon Big mostly.  Sebab org tak ramai jadi senang sikit nk monitor anak2.
Kalau diorang nak melalak menjerit bergaduh ke apa pun tak malu sgt org tgk. Parking pun senang.
Aman..


Sent from Samsung Mobile

Friday, April 05, 2013

Boikot McDonald!

i realised that i hardly write about Adyra..
mmg lately jarang nk criter pasai family..byk blog pasai masalah dunia je

Cek mek ni dah setahun sebulan dah pon..


ni hobi terbaru buat muka yg konon kiut la tu
haa..mmg kiut la sgt..


mcm biasa anak2 ai koman setahun 2 bulan baru setat jalan.
si Dyra ni dah mula had her first step last month actually.. tapi setapak 2 je la
pastu turun merangkak

mgu lepas byk tapak gak dia jln..
tapi minggu ni wat perangai kalau kita kasi dia berdiri.. maka dok la keras kat situ...sambil nangis suruh org amik dia..

badan dok kecik camtu la jugak..
sora je yg tak kecik..dah pandai bergaduh dgn abg 'Umar..
usik2 org pun pandai!
yg bes bila dia dah faham apa kita ckp..
good to see anak2  membesar kan..

and when i watched the video of them all..alahaii.. i soo miss the day when they'r younger..esp tgk videa Aisyah and Aliya..alahaaiii...
rasa nk balik rumah gomoi2 depa laa ni jugak!

Wednesday, November 14, 2012

when the sunshines are all gone

miss them all.. sunyi sepi rumah..
sorg kat utara nun,
2 lagi kat klang..


Friday, November 09, 2012

org bisnes kau pun nak jugak

bila dah bosan jadi org mati,

lepas tu depa jadi org bisnes. main jual2 pulak,


kakak2 jadi penjual, Umar jadi 'pembayar'

bila mummy ckp bukan pembayar..pembeli lah

they say 'aah Umar pembeli, Mummy pembayar!'   haaa... saja ler pun!! byk cantik muka kau!

Thursday, October 18, 2012

Piala

bila hujan mlm2 dah astro takdak siaran, bagus juga sebab boleh spend quality time bersama sekeluarga.
abg ajies spray ubat nyamuk kat depan so ramai2 pakat menyempit dalam bilik belakang yg juga merangkap bilik persalinan keluarga.
jadi aktiviti paling sesuai adalah tidak lain tak bukan adalah acara melipat baju masing2.
tak kisahlah bila si kecil lipat baju senget2, kurang2 diorang belajar take charge.
abak mcm biasa la, tolong jaga Adyra yg dah makin melasak skrg ni. tu cara2 belum boleh merangkak lagi tu, baru dok belajar push badan ke depan. kalau letak kat lantai pusing sekejap tgk dah sampai bawah katil dah..

mula2 Aisyah taknak tolong, tapi bila Aliya wat statement wajib dia
"Liya tolong mummy lipat kain, Liya kat anak yg baik kan mummy kan??'

terusss cargas je kaklong sama tolong..

taknak kalah, kaklong pun wat dialog
'Abak, Aisyah lipat kain ni Allah nampak kan? Nanti Allah bagi piala kat along kan abak kan?'

ye la...piala pun piala la..
derang ni mmg sampai ke sudah dok konfius pahala dgn piala
ada sekali tu bila Aisyah baca dlm majalah ada gambar piala, dia terus tanya,
Mummy, ni ke piala yg Allah bagi kat kita tu?

alohhh camna nk jawab tu?

Friday, October 12, 2012

Family Quality time


KARTUN PUJAAN SEISI KELUARGA SEKARANG INI


pastikan anada menonton dalam bahasa melayu. lebih terserlah kelakarnya.
p/s: watak kesukaan mummy adalah Gunther. cool!

Di tempat kedua adalah:

yg ni kena tengok versi bahasa penjajah

Friday, December 23, 2011

Ada vs tiada


yupp its soooo very true..

2011 has been very challenging to us. especially towards the end
the ride was getting bumpy and bumpier and heavier
we'r having hard time looking for places and things to hold ourselves

but, out of that
i thought its fun to have a bumpy ride once a while
boleh goyang2 badan and enjoy a 'different' kind of ride
surprisingly, nobody complaining
the kids are having fun too
they'r laughing and jumping
and i found myself holding on tighter to my other half ..
and he too..did the same to me.
each day, we look at each other and smile reassuringly.
words are no longer necessary.
we feel loved. and its growing more and more with each bump
and that's all we need most.

ketidak-adaan ini banyak menyedarkan
membuka mata dan lebih menghargai apa yg aku ada
Hasbiallahiwaknikmal wakeel...
Cukuplah bagiku Tuhanku..

hope you found yours too..!


Wednesday, November 23, 2011

eh eh anak sapa ni.. macam penah ku lihat.. di mana yaa??


hmm.. pipi bolats tu mcm kenal..



.
.
.
.
.
.

ok sah sah bukan Umar ya.. takde nya umar nk pakai baju munga2 haha

ok kaklong Amani.. mari kita tgk rambut sapa panjang dulu muahahahaha

Friday, November 11, 2011

elelelelehhh...
dah besar dah anak bujang si Adam Daanii ni..

tapi muka tu cer senyum sikit hehe

Wednesday, October 26, 2011

Dinner cincai boncai

Stok brg dapor dah kering kontang. Tak sempat pulak nk pegi pasar hujan2 ni. Yang ada hok kering2 belako
Nak keluar pun dah taktau nak oder apa dah.. Kalau ikut abg ajies lagilah..balik2 kfc..! Kembang tokak den nengok isi ayam tu dah. Tapi bila tengok dia mkn mcm sedap la pulak hihi
Nasib la terung abg ajies dah cukup matang utk kitorang akikahkan mlm ni.
So menu dinner hari ni adalah..
..
...
Ehem ehem
...
(Sila baca dalam kiraan senafas)
..
deep fried brinjal in sweet soy sauce and anchovies paste, cucumber,carrot and tomato salad served with hot steamed white rice..  muahahaha keless tak?


Cer tengok kurusnye lahai terung aku, dah sama besar dgn ikan bilis je
tapi abang ajies makan nasi sambil senyum bangga sebab dapat gak la merasa hasil tangan sendiri hehe
siap tanya aku apasal tak amik cili api sekali. eh mlm2 malas lah akak nk buka pagar belakang tu.. lagipun perabihkan je lah dulu apa yg ada..
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, September 14, 2011

Double joy

yes its a double joy to our ever growing family haha
even they'rr 1 month apart, lets see who will take the first step first!

welcome Humayraa (13/8/2011)


oitt terkecit pulak gambaq hang..
tah la makngah bukan reti sgt nk bega2 ni
so kita tambah lagi satu eh



and this latest princess - Amani (12/9/2011) samal ak dgn besday my sis. ingatkan dpt date 9/11 haha


congrats to all
jaga anak elok2
jgn jadi mcm org tu..

Monday, August 08, 2011

Pon ponnnn!!

Kitorang sekrg suka shoping kat carrefour. Sebab dia ada bakul shopping yg ada tempat tarik dan roda.
Aisyah dan aliya akan amik sorg satu dan berlumba kat celah2 aisle sambil mummy akan menjerit2 'oiiii jgn lari!!' Mcm pompuan menopos sebelum waktunya.
Nasib la org tak ramai kat situ. Faktor kedua yg kitorang suka. Parking mmg senang2 dpt betul2 dpn pintu masuk. Nak pulak skrg carrefour tgh renovate lagi la tak ramai org.

Tgk la barisan ketapi barang saya -

Monday, May 30, 2011

Langit ke 7

owh semlm anniveseri kita la wak..
baru 7 tawon kawen.
jauh lagi nk berjalan ni.
kalau tak mati cepat la. harap2 tak.
tahun lepas tak selebret pun, sebab adik gwe kawen sama tarikh kan. so tumpang kenduri dia je la. cuma takdek la akak nk naik pelamin sama. i refuse to do so without nurol shukor heheh.
tahun ni pun lebih kurang je. tak plan apa sebab byk tempat org kawen nk kena pegi.
dah sezen ni, TST je lah eh.
sabtu tgh mlm akak bzi lipat kain. tgk2 abg ajies dah tido. so kisskiss nanait. pas tu hantar sms jek. tanak kejut dia tido.
tp sampai esok dia tak reply pun. akak tanya 'abang lupa ke?' 'ishh mana adee..' senyum leborr dia jawab. susah nk tgk abg ajies senyum camtu pagi2
tghari dia kuar pegi makan kenduri. akak merajuk tanak ikut sebab dia mcm tanak akak ikut je. kalau dah tanya pun 'ayang taknak pi eh?' instead of 'jom' what else i shud conclude?
lagi pun dia ckp kalau dia pi sorg kejap je, cepat buleh balik. ok lah, akak pun malas nk gi dgn budak 3 org tu, karang makan kemana akak ke mana...
bajet2 pukul 2 abg ajies dah balik buleh la gi jln. sekali.. tunggu punya tunggu punya tungguu tak balik2 lagi. haishh takkan jumpa kawan lama sampai camni. layan joget lambak ke apa?
Umar pulak baik nye lahai tido straight dari pukul 2.30. senang maknye nk membuto sama hehe
dekat pukul 5 baru la apaknya nmpk muka. masuk rumah dah sengeh2. dia ckp dia gi cari kek utk aku. kat pavilion takde, pastu rush pegi pj pun takde ga. dah la jln jem. alahaii.. nak juga kek merah dari syurga itu (read: red velvet by just heavenly) sebab tu je kek yg dia sedap. lenkali bgtau la buleh ku suruh pegi levain je. byk kek kecik2 tomei sedap gak. cukup la berapa kerat je nk makan, beli kek besar2 karang buang je. walaupun satu keturunan haji anwar terlibat sama mmg selalunya separuh je habis. tp  kalau ateh ada bolehlah dia habiskan lagi suku kek tu.
petang dihabiskan dengan menonton Kongsi di astro first. seronok juga sebab boleh kuak lentang, buat air dan makan biskut. dan anak2 boleh buat acara bebas masing2. mlm ni kalau sempat kena ulang tayang sebab termiss beberapa scene masa buat air tadi.
dan oleh kerana misi nk suprisekan aku tidak berjaya, abg ajies belikan aku kuih tart keju sebagai ganti.  ahh.. so thoughtful.

dinner? tak mkn pun. kitorang tatau nk pi mana. last2 pegi murni jek, minum air sampai 3 4 gelas pastu masing2 kena brain freeze. air dia best, mcm2 kaler ada. org ramai mcm biasa, ahad kan. food dia tak sempat rasa. sebab aku macam tak selera nk makan. oder mee utk aisyah n aliya tak seberapa pun tp tgk jiran sebelah2 meja mcm bes je pinggan derang. dah le pinggan dia besar mak aii karang konpem tak abis.
tgk la nnt2 dtg ramai2 baru bes nk makan.
aku tatau la murni ni kedai melayu ke cina. mmg la tgk waiter n cashier melayu tp kat cashier ada patung kucing pakai loceng tu. selalunya kedai cina je yg akan letak menda tu. bawak ong maa.. mana ada org islam letak menda tu? abg ajies ckp ala skrg ni 'trend'
hukalohh...

Monday, March 28, 2011

taraaa....

presenting
the latest addition to the family


ahmad adam daanii.. (as per today) ku tak sure how the spelling wud be.
semlm gi tgk la alalalaa comey je dok buka mata luas2 tgk org keliling hehe.

senyum meleret je adik aku tuh. maklomla org dah jadi bapak. eh daddy la..
moga jadi anak dan muslim yg soleh.

kis kiss from makngah, pakngah, aisyah, aliya and 'umar.

Friday, February 11, 2011

Caaaayunkk diyee..!

tahun 2011 ni mmg pasti meriah la
mak aku saje tgh tunggu 2 cucu
mak mertua aku bakal dapat sorang (ke 2?) hehe
kawan2 ku so far yg tau ada 3 org tgh wek wek
budak ofis sorang tgh tunggu hari, lagi sorang nk kawen hujung minggu ni so kot ada rezeki lagi 2 3 bulan esok ada lah tuu..
kawan yg baru kawen pun ramai..

haishhh
congak2
aku bakal dapat anak buah total koman2 seploh orang tuuuu!!!


bes besss!
seronok kan tgk baby ni

speaking of baby,
umar sekarang gigih nk berjalan je
padahal angkat montot pun fail!
takdenye dia nk dok diam2 dlm riba kau, mesti nk suruh org angkat dia kasik  berdiri
pastu takleh tgk muka org, tak kira la org betul ke hanya gambar org
dia ingat org tu nk borak dgn dia
kalau dia bising2 aku kasi je dia hadap kat plastik diapers yg ada muka baby besar tu haa borak la hang
menjejejeh ayaq lioq dia punya la 'bersembang'!

Tuesday, January 25, 2011

khurafat? aku nak juga!

hari ahad tak berapa nk pagi dah tetiba msuk sms
'nk join khurafat kat  bukit raja tak?'

i was like.. whth???

sejak bila ada cult aktiviti kat klang ni
eh cop baca lagi sekali khurafat ke khairat
kot2 org klang ajak join persatuan khairat kematian kot
elok la jugak..buat2 bekal masa hadapann..
ok sah mmg khurafat

hmm khurafat menda la ni
kalau dah tau khurafat awat yg nk ajak akujoin ni ishh tak senonoh betui laa

sekali abg ajies sound..
'depa ajak tgk wayang laaa>>!!

oh
okaayyy....
hehe
khurafat ni rupanyaa...





sori la semua eh..
dah serik bawa umar tgk wayang
karang seremm pulak daku kena berdiri sorg2 kat belakang tu huhuhuu..

Monday, January 03, 2011

2011

menyambut tahun baru dengan bersukaria bersama keluarga di PeeDee.
dah lama tak pi PD
lima taon ada? maybe kot
TB ada ajak tp manjang tak jadi je
jiran sebelah baru balik PD tp dia takde pulak citer yg air laut dia dah kotor giler
tp maybe tempat kitorang duduk tu je kot
nama je glory tp facilities cam tahun enampulohan.. vintage gituu
lif dah le satu.. lembss nk mamppss..
dah la 3 blok yg panjang2 tu (dan ramai giler prg!) sumerrr dok kerumun lif tu je la..
mmg daif sungguh
apt dia std la.. std apt PD. furniture rotan zaman lapan puluhan kecik comey je.. muat2 bontot ku haha
kitorang dpt corner lot ngadap laut.. bes la dgr bunyi ombak
dapor lak ngadap tepi jln, jenguk sikit nmpk laut gak
peti ais sume ada cuma dapor masak je takde. kalau tak sure kaklong dah masak nasi lomak klang dah pagi2
brekfes free utk 5 org, cam biasa mak abak mmg prefer makan kat luar
along/kaklong nk berchenta bercanda2 kalt luar gak.. so kitorang yg belen ni la yg bertanggungjawab utk memastikan baucer tidak dibazirkan.
mmg tak bazir sebab tgk makanan pun tak selera so amik sikit2 aje nk konfemkan yg mmg tak sedap
aisyah dan aliya awal2 lagi dah nk mandi
dari semlm mmg penuhhh je org dalam kolam
macam2 kaler
dah la ada few groups yg buat family day, gathering la bagai
so mmg gamat la
esoknya pagi2 kitorang dah azam nk masuk kolam sebelum makhluk2 lain tu bangun
tp ropany2 derang lagi awal laaa>>! ciss
aku mmg tak mandi. cari suar tak jumpa, tah  mana ku letak tah
biar TB je la turun kolam jaga anak2
mandi laut? NEHIIII!!
tengok air laut je dah geli.. air kaler itam okayyyy..
tengok dari atas mcm cantik ler biru-hijauan..
bila tgk dekat2 er... tak pe lah.
now i miss langkawi and pangkor!!

sarung kepala aisyah tu ku tak pasti dah serupa crown ke balung ayam?

anyway,
million thanks to seisi keluarga yg menjayakan rancangan awal tahun ni
mmg rezeki 2011 kot.. blom apa2 dah pi bercuti haha
time wif family yg paling mahaiii
and nothing else matter..
not even bunyi2an sumbang di tengah malam hahahaha